Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
85Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kesesakan Lalu Lintas

Kesesakan Lalu Lintas

Ratings:

4.0

(8)
|Views: 10,848 |Likes:
Published by lingsiew88

More info:

Published by: lingsiew88 on Nov 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/27/2013

pdf

text

original

 
Kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang belum dapat diatasi di kotabesar seperti Kuala Lumpur walaupun sistem pengangkutan awam di negara inisemakin hari semakin canggih. Huraikan sebab-sebab berlakunya kesesakan lalulintas yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam.
Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan awamdi nusa kita makin hari makin maju dan giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan.Sehubungan dengan itu, penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kitakian banyak, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagaijenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak kerajaan yang berjiwa rakyatuntuk penduduk di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan lalulintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran Ringan (LRT),Komuter dan sebagainya. Walaupun pelbagai jenis pengangkutan disediakan,malangnya, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita masih tidak pernah mencapaititik noktah selama ini. Fenomena ini berubah menjadi lebih kronik danmembimbangkan semua pihak terutamanya pada waktu puncak. Masalah iniharuslah dititikberatkan oleh semua pihak dan bersama-samalah kita bergandingbahu menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Hal yang tidak dapatdinafikan ialah kesesakan dan pengangkutan awam adalah simbiosis. Nescaya,beberapa punca yang menyebabkan kesesakan lalu lintas tetap berlaku sabanwaktu dalam perjalanan walakin pengangkutan awam disediakan.Jadual perjalanan yang tidak sistematik merupakan punca utama menyebabkankesesakan lalu lintas berlaku. Haruslah kita menerima hakikat bahawa jadualperjalanan yang tidak sistematik disebabkan kelemahan pihak pengurusan jadualperjalanan. Hal ini demikian kerana pihak berkenaan tidak memahami keadaansebenar secara mendalam, mereka menyediakan jadual berdasarkan waktumereka. Sebagai contohnya, waktu pemandu akan berehat bermula pada pukulsatu tengah hari hingga pada pukul dua petang. Waktu rehat mereka merupakanwaktu rehat warga kantor dan waktu pelajar pulang dari sekolah. Natijahnya,pelajar yang menaiki bas untuk balik ke rumah atau yang ingin menghadiri kelastambahan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bas. Secara ringkasnya,kesesakan lalu lintas berlaku kerana kesibukan ibu bapa membawa anak-anakmereka balik ke rumah atau menghadiri kelas tuisyen.Memang yang tidak dapat dinafikan, tambang yang mahal juga menjadi salah
 
satu faktor kesesakan lalu lintas berlaku. Hal ini demikian kerana kenaikan hargaminyak yang disebabkan peningkatan permintaan dalam pasaran dunia dankejatuhan nilai Dolar Amerika telah menjejaskan taraf hidup dalam kalanganmasyarakat. Sebagai contoh, baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawaminyak petrol akan dinaikkan lagi jika kerajaan tidak mampu menanggung subsidiharga petrol. Jumlah kenaikan harga minyak sebanyak beberapa kali ini telahmeningkatkan beban hidup masyarakat. Penataran ini menyebabkan penumpangterpaksa menanggung lagi kos kehidupan yang lebih tinggi. Selain itu, beban ibubapa juga akan dipertingkatkan kerana sesetengah pelajar menaiki bas ke sekolahatau menghadiri kelas tuisyen. Oleh sebab terpaksa menanggung kos tambang yangtinggi, masyarakat sanggup berkereta sendiri supaya dapat mengurangkan kosperbelanjaan bulanan. Natijahnya, kesesakan lalu lintas terus berlaku.Tambahan pula, bilangan bas dan teksi yang tidak cukup juga merupakan satusebab yang sukar dinafikan. Tidaklah menghairankan jika peruntukan belanjawankerajaan dikatakan kurang untuk kemudahan awam kerana kerajaan lebihmengutamakan pembangunan fizikal negara berbanding dengan meningkatkankebajikan masyarakat. Hal ini juga disebabkan oleh hanya beberapa bas syarikatyang ditubuhkan seperti Transnasional, Metro, Intrakota dan sebagainya. Denganitu, bas awam tidak menjadi pilihan utama penumpang dari suatu destinasi kesuatu destinasi yang berdekatan atau sebaliknya. Fenomena ini berlaku keranagolongan muda pada zaman ini tidak mahu membazir masa dengan setakat untukmenunggu ketibaan bas ke suatu tempat Mereka berpendapat bahawa “masa ituemas”. Oleh hal yang, mereka rela memandu sendiri. Impaknya, masalahkesesakan lalu lintas terus membengkak dalam arus pembangunan negara.Satu lagi punca berlakunya kesesakan lalu lintas ialah perkhidmatan yangkurang berkualiti dan kurang efisien. Pengangkutan awam tidak menjadi pilihanutama generasi kini merupakan perkara yang lumrah. Hal ini demikian keranaterdapat segelintir pemandu teksi dan bas yang biadab terhadap penumpang. Disamping itu, kebanyakan bas berada dalam keadaan yang kotor, panas, busuk, dankurang selesa. Misalnya, pemandu bas tidak menghormati penumpang denganmemarahi mereka mahupun warga tua hanya kerana mereka membawa makananke dalam bas, tertekan loceng di destinasi yang salah dan sebagainya. Oleh halyang demikian, pengguna berasa tidak puas hati terhadap pemandu bas. Hal inijuga menyebabkan pengguna tidak yakin akan perkhidmatan pengangkutan awam.

Activity (85)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
cikgu shafa liked this
Hilda Wahab liked this
Mohamad Ismail liked this
Mizan Misran liked this
farishaamira liked this
farishaamira liked this
farishaamira liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->