Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
140Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengurangkan Gejala Sosial

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengurangkan Gejala Sosial

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 29,971|Likes:
Published by lingsiew88

More info:

Published by: lingsiew88 on Nov 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/04/2013

pdf

text

original

 
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengurangkan Gejala Sosial
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampumeranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Sejak akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosialkerap terpampang menerusi dada akhbar. Isu ini menjadi suatu isu yang hangatdiperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosialyang dimaksudkan ialah gejala vandalisme, buli dan ponteng. Keutuhan institusikekeluargaan begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehinggainstitusi ini diibaratkan seperti cerucuk di dalam sesebuah bangunan yang kukuh.Malah, institusi kekeluargaan begitu penting dalam usaha menangani gejala sosialsehingga kempen “Rumahku Syurgaku” diadakan secara besar-besaran. Program inimenekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikankeutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagimenghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepadaanak-anak mereka dan mengasuh anak-anak
bagai menatang minyak yang penuh
.Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilaidan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikapsesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikissama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yangada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerjamereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujungminggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawaremaja
makan angin
di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis adamenyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yangmencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingankeluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasihsayang ayah dan ibu.Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yangsempurna. Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadappembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjaminkeimanan remaja agar dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang
 
buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka.Tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebihdaripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benarsama sekali. Mereka juga harus memastikan anak-anak mereka mendapat ajaranagama yang sempurna. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untukmembekalkan ajaran agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya
. Didikan agama yang dibekalkan kepadaremaja dapat memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai bentengpertahanan diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkandiri dalam apa-apa tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkannama baik sesebuah keluarga.Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikananak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah.Dari semasa ke semasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungipihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anakmereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarangpertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapaakan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yangbermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlumemastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak merekatidaklah bagai mencurahkan air ke daun keladi
.
Setiap penyakit pasti adapenawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana
mencegahitu lebih baik daripada mengubati
. Ibu bapa memainkan peranan untuk menjagakepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak merekadan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wangringgit.Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka
kerana
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
.
Ibu bapa sememangnya perlumemastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuanmereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibubapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyaitabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok keranaanak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnyamerokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri

Activity (140)

You've already reviewed this. Edit your review.
Safina Nasha liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
josm994834 liked this
Syu Syu Adah added this note
saya suke esei yg ada selitkan hadis....bombastik:)...
Izzatul Ismah liked this
Izzatul Ismah liked this
Ustaz Firdauz liked this
Nanang Kasim liked this
Wai Ying liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->