Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
23Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Proposal Kajian Tindakan

Proposal Kajian Tindakan

Ratings: (0)|Views: 859 |Likes:
Published by Azura Hashim

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Azura Hashim on Jan 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/08/2014

pdf

text

original

 
1.0TAJUK KAJIAN
Penggunaan Konsep Bayar Hutang dalam Meningkatkan Kefahaman dan Kemahiran Pelajar Tingkatan 1 Harmoni bagi Tajuk Penambahan dan Penolakan Nombor Negatif dalam Mata pelajaran Matematik.
2.0NAMA PENGKAJI
Kertas cadangan kajian tindakan ini dikemukakan oleh pelajar DPLI UPSI Semester 1/2011 yangterdiri daripada:1)Azura Binti Hashim2)Natasya Binti Othman3)Norhidayu Binti Dahalan4)Nornajiah Binti Mat Khatib
3.0NAMA SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal,Pulau Pinang
1
 
4.0PENGENALAN / LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam sukatan pelajaran Matematik sekolah menengah, terdapat pelbagai tajuk yangdisenaraikan mengikut standard Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Salah satudaripada tajuk tersebut ialah nombor negatif. Nombor negatif merupakan nombor yangmempunyai nilai yang lebih kecil dari nombor sifar seperti -1, -2, -3 dan seterusnya. Nombor negatif merupakan satu nombor yang dianggap abstrak. Operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian ke atas nombor negatif sering kali mendatangkan masalah kepada pelajar serta guru untuk memahami prinsip-prinsip konkrit. Maka pelbagai kaedah telahdiperkenalkan untuk memudahkan pelajar. Namun, pelajar masih lagi melakukan kesalahan yangdikenali sebagai kesalahan lazim (Normunirah, 2006).Punca yang menyebabkan kelemahan pelajar dalam menguasai konsep nombor negatif ialahdisebabkan oleh topik nombor negatif yang bersifat abstrak. Kelemahan pelajar dalam penguasaan nombor negatif juga disebabkan oleh pendirian atau sifat pelajar itu sendiri.Sesetengah pelajar menganggap topik ini tidak penting dalam kehidupan seharian dan sukar untuk menguasai konsep yang menyebabkan mereka enggan untuk mempelajari nombor negatif (Kementerian Pendidikan, 1994).Kelemahan pelajar memahami konsep dan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasamempelajari tajuk nombor negatif, akan menimbulkan kesukaran kepada mereka untumengikuti tajuk yang seterusnya yang berkaitan dengan nombor negatif. Masalah ini akanmenyebabkan mereka memandang rendah akan kebolehan diri sendiri, lantas cenderung berputusasa.
2
 
Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), guru harus merancang danmenggunakan pelbagai cara bagi memastikan murid dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Guru harus tahu bahawa murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.Justeru, kaedah P&P yang terbaik di samping berkesan untuk pelbagai murid perlu diusahakan. Namun, proses P&P tidak dapat dipisahkan dengan penguasaan kemahiran pedagogi. Oleh itu,keberkesanan teknik pedagogi membantu murid memahami mata pelajaran matematik denganlebih mudah di samping menyeronokkan.
5.0PENYATAAN MASALAH
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1993), sebilangan guru menjelaskan bahawa tajuk nombor negatif yang membabitkan integer dan operasi ke atas integer merupakan tajuk yangsukar diajar dan difahami oleh pelajar. Selain itu, Jabatan Pelajaran Sarawak (1996) jugamengatakan bahawa tajuk nombor negatif merupakan salah satu tajuk yang sukar dipelajari.Operasi asas ke atas nombor negatif sering kali mendatangkan masalah kepaksa guru dan pelajar untuk memahami prinsip dan konsepnya secara konkrit (Nik Azis,1992)Dalam topik nombor negatif memang terdapat pelbagai kesalahan yang sering kali menjadimasalah di kalangan pelajar. Kesalahan-kesalahan ini bukan sahaja mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran bahkan mengekang penguasaan konsep nombor negatif yang berkesan. Ia menjadi lebih sukar apabila terdapat persepsi pelajar yang salah terhadap matematik,dengan menganggap bahawa subjek ini abstrak dan menjemukan.Dalam kertas cadangan kajian tindakan ini, sasaran yang dikaji ialah pelajar-pelajar Tingkatan 1Harmoni seramai 5 orang.Masalah yang dikenal pasti adalah pelajar sukar untuk memahami danmenguasai konsep asas penambahan dan penolakan nombor negatif.
3

Activity (23)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Aili Chen liked this
tanjungsofiera liked this
Aili Chen liked this
Aili Chen liked this
Aili Chen liked this
Aili Chen liked this
Aili Chen liked this
Aili Chen liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->