You are on page 1of 11

TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN 5. (a) Banding beza antara lima teori pembelajaran yang telah anda pelajari.

Teori pembelajaran yang manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik darjah anda? Beri sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda. Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di negara kita Malaysia. Pada asasnya konsep pembelajaran adalah berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini. Konsep pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal atau tidak formal. Manusia menggunakan derianya seperti mata, hidung, mata, telinga bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori-teori pembelajaran ini terdiri daripada behaviouris, kognitif, sosial, humanis dan konstruktisme. Penerangan ringkas mengenai lima teori tersebut adalah seperti berikut: Mazhab Behaviouris dipelopori oleh tokoh-tokoh yang terpengaruh iaitu Ivan Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpegang kepada proses pembelajaran yang berkaitan dengan tingkah laku. Kebanyakkan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing dan tikus. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, proses pembelajaran yang berlandaskan pelaziman (conditioning) sesuatu perhubungan baru dan pembelajaran hanya boleh bermula jika terdapat tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Seterusnya, motivasi berperanan sebagai pendorong proses pembelajaran ini. Dalam Mazhab Kognitif pula, ahli-ahli psikologi kognitif terdiri daripada

Koffka, Kohler, Wertheimer Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Reigeluth dan Gagne berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam

akal fikiran di mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat memori dan persepsi. Lokus pembelajaran menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan kapisiti dan kemahiran untuk belajar lebih baik. Mereka juga berpeganga bahawa proses pembelajaran adalah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya. Dengan perkataan lain, sekiranya seseorang itu tidak dapat mengenal pasti perhubungan perkara dan erti yang dipelajarinya, walaupun melalui latihan berkali-kali, proses pembelajaran tidak akan berlaku. Menurut Mazhab Sosial atau neobehaviouris menyarankan teori

pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behaviouris bersama dengan mazhab kognitif yang telah dihuraikan di atas. Tokoh mazhab Sosial seperti

Bandura menegaskan pembelajaran melalui proses pemerhatian atau peniruan. Mereka berpendapat bahawa teori pembelajaran sesungguhnya meliputi aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif. Berlainan pula dengan Mazhab Humanis, mereka berpegang bahawa pembelajaran manusia adalah berasakan kepada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri. Megikut ahli-ahli mazhab Humanis ini termasuk Carl Rogers, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat

diperkembangkan ke tahap optimum.

Bagi tokoh-tokoh Mazhab Konstruktivisme mereka ialah Jean Piaget, Seymour Papert, Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Konstruktivisme adalah teori mengenai pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Tokoh-tokoh konstruktivisme ini melihat pembelajaran sebagai

pembinaan mental dan berasaskan kepada penglibatan aktif pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman. Oleh itu, guru seharusnya mengambil berat akan struktur kognitif sedia ada pelajar. Maklumat baru yang telah diolah akan disesuaikan dan menjadi sebahagian dari pelajar, maka kerangka baru ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Untuk mendapatkan banding beza yang jelas antara kelma-lima teori pembelajaran tersebut, berikut adalah jadual yang dibina berdasarkan pengkelasan kepada mazhab, fokus utama mazhab, cirri-ciri teori pembelajaran dan implikasi kepada guru.

MAZHAB DAN AHLI PSIKOLOGI

FOKUS UTAMA

CIRI-CIRI TEORI PEMBELAJARAN

IMPLIKASI UNTUK GURU

BEHAVIOURIS IVAN PAVLOV WATSON THORNDIK E SKINNER

-Perubahan tingkah laku. -Teori Rangsangangerak balas Pelaziman Klasik

Pembelajaran melalui pemerhatian Bertumpu kepada rangsangan dan gerak balas. Pelaziman klasik -Hubungan rangsangan dan

Konsep kekerapan latihan bersama rangsangan dan gerak balas. Contoh; pujian.

Memastikan proses pembelajaran seiring dengan motivasi.

Pelaziman Operan

gerak balas. -Gerak balas responden, berlaku selepas rangsangan. -bersifat pasif Pelaziman operan -peneguhan positif dan negatif -gerak balas inisiatif sendiri,kesan rangsangan. -bersifat aktif

Mengamalkan prinsip dan dalam agar pembelajaran terkawal. Menjadikan Susana kondusif seronok harmonis. kelas agar dan positif negative kelas

pelajar merasa

KOGNITIF JEAN PIAGET KOHLER BRUNER

-Pembelajaran berlaku hanya dengan akal fikiran

-Proses pembelajaran berdasarkan celik akal atau persepsi

-membentuk iklim bilik darjah yang sesuai dan kondusif -memastikan keperluan

-bertumpu kepada cara pemikiran secara berperingkat. -Tumpuan kepada peubahan bentuk pemikiran iaitu stuktur kognitif -perkembangan kognitif kanakkanak:

asas murid dipenuhi. -mengamalkan prinsip kebolehan dan demokrasi -mengamalkan konsep pendidikan terbuka -menggalak pelajar celik akal untuk selesaikan masalah -mengembangkan isi pengajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak -berfikiran kritis dan kreatif

Deria motor Pra-operasi Operasi konkrit Operasi formal

-lima konsep asas: skema, adaption,keseimbangan,asimila si, dan akomodasi.

SOSIAL BANDURA WALTERS

NEOBEHAVIOURIS: -tingkah laku dan kognitif permodelan dan peniruan

-pembelajaran sosial interaksi -melalui pemerhatian dan peniruan -proses pembelajaran bersama pemerhatian, mengingat dan reproduksi.

HUMANIS CARL ROGES ABRAHAM H. MASLOW

-Kemanusiaan, sempurna kendiri motivasi, intrinsic individulistik, perkembangan emosi, keperluan efektif dan kendiri positif.

Mencapai kesempurnaan bersama diri sendiri kendiri kepercayaan

Mengamalkan strategi berpusatan murid dan kaedah individu.

Keberkesanan pembelajaran bergantung kepada :

Membentuk iklim bilik darjah yang kondusif tanpa ancaman bahaya.

-motivasi

intrinsik,

bahan

pengajaran dan seiras dengan objektif pelajar. Kesempurnaan hanya boleh kendiri dicapai

Mengamalkan konsep pendidikan terbuka

selepas keperluan asa telah dipenuhi.

KONSTRUKTIVIS VYGOTSKY

-Ilmu pengetahuan berdasarkan inteaksi sosial ,adat dan budaya -saling berkaitan dengan pengalaman atau maklumat terbaru.

-menegaskan proses metakognitif -merancang strategi dan membuat refleksi tentang pembelajaran -prinsip pembelajaran kognitif: Suatu proses aktif dan

Guru

merupakan

penolong, pemudah cara dalam proses pembelajaran Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada perolehan bidang konstuktivisme. hasil dalam

mengunakan maklumat

sensori

Belajar

dari

masa

ke

semasa dan ia aktiviti sosial

Seterusnya, teori pembelajaran amat penting dalam membentuk proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam kelas. Ini kerana teori yang dipraktikkan boleh membawa kepada kkeberkesanannya suatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam suatu kelas. Tidak dinafikan, di dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya , secara tidak langsung terdapat teori pembelajaran yang telah saya praktikkan. Antaranya ialah, teori pembelajaran behaviouris. Ini kerana pelajar kini lebih suka dirangsang untuk melakukan sesatu berbanding membuat gerak balas terlebih dahulu. Sebagai contoh, dalam kelas pemulihan tahap satu, perkataan jawi yang diajar adalah buku. Dengan itu, saya memulakan pengajaran dengan menggunakan perkaitan yang sedia ada untuk membentuk perkaitan baru, iaitu menunjuk kad perkataan bersama sebuah buku untuk mendapat gerak balas anak murid. Sehingga itu, aktiviti ini berulang kali disebut supaya murid mampu menyebut perkataan buky hanya bila kad perkataan sahaja yang ditunjukkan. Ini juga telah dibuktikan dalam kajian Ivan Pavlov, yang menggunakan rembesen air liur bersama bunyi loceng yang mana rangsanganya adalah makanan. Selain itu, teori ini juga memberi teknik baru kepada guru-guru supaya memberi peneguhan (positif dan negatif) kepada pelajar sama ada menambahkan gerak balas pelajar dan peneguhan negatif bagi memberi kesan yang tidak menyeronokkan .Contoh yang terdekat adalah memberi hadiah atau pujian dan menegur murid. Inilah yang dikatakan teori pemelajaran behaviouris. Teknik penghapusan juga saya gunkan untuk membantu proses pengajaran saya iaitu pelajar yang menunjukkan minat serta rajin belajar diberi habuan dan pelajar yang tidak terlibat diberi galakan untuk menjadi seperti rakan mereka yang lain. Ini akan membuatkan tingkah laku pelajar yang kurang memuaskan dapat dikikis serta pencapaian pelajar meningkat bersama keyakinan yang dibentuk.

Selain

itu,

kaitan

antara

rangsangan

dengan

gerak

balas

dapat

diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuhlah gerak balas terlazim itu. Sebagaimana pelajar saya yang sentiasa diberi pujian, setiap kali itulah mereka mendapat hasil yang baik dalam pembelajaran. Maka, pencapaiannya di masa akan dating terus meningkat. Apa yang pasti, sebab-sebab yang menyokong saya memilih teori pembelajaran ini ialah cirinya u\yang lebih menonjol berbanding dengan yang lain. Berama dengan itu juga, guru-guru digalakkan memberi intensif bagi pelajarnya untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar. Namun, sebagai

kesimpulannya, tidak ksemua teori-teori pembelajaran itu membawa kepada satu keputusan yang tepat dan nyata. Bahkan ia sentiasa berubah mengikut keadaan tertentu.

5. (b) Pengetahuan tentang teori pembelajaran adalah penting sebelum proses pembelajaran. Berdasarkan pengalaman mengajar anda, bincangkan

pernyataan dengan memberi contoh yang sesuai.

Teori-teori pembelajaran yang dibincangkan adalah menunjuk kepada prinsip-prinsipdan hokum-huku pelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Ilmu ini amat penting sebelum proses pembelajaran bernula. Melalui teori-teori pembelajaran inilah, seorang guru akan mengetahui bagaimana cara-cara pelajar belajar. Seterusnya, menghubungkaitkan prinsip-prinsip dan hukumnya dengan kaedah serta teknik mengajar untuk mencapai objektif pembelajaran yang berkesan. Berdasarakan pengalaman mengajar saya sebagai guru j-QAF membantu kelas pemulihan jawi dan al-Quran, saya memerlukan suatu pendekatan yang kreatif bagi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar pemulihan. Ini kerana penerimaan sebarang maklumat daripada mereka agak lambat berbanding pelajar yang bukan kelas pemulihan. Dengan itu, pengenalan huruf jawi dan suku kata suatu perkataan adalah berdasarkan gerak tangan atau badan pelajar. Hakikatnya, pelajar saya kini mampu mengingat sesuatu perkataan itu dengan mudah. Selain itu, teknik pengajaran yang berkesan akan menarik minat seseorang pelajar untuk melakukan aktiviti pembelajaran yang seterusnya. Bagi menceriakan suasana pembelajaran juga, saya sentiasa mengaitkan sesuatu ynag positif denan tugasan pembelajaran bagi kelas saya. Sebagai contoh, aktiviti kelas lebih ditekankan kepada kerja berkumpulan. Di samping itu, saya mementingkan hubungan kerjasama dalam kumpulan. Dengan ini, pelajar saya akan sentiasa mempunyai semangat berdaya saing dalam pembelajaran sesama mereka. Keberkesanan pemelajaran murid juga dapat dilakukan sekiranya pihak guru tahu teori-teori pembelajaran yang diajar dengan menyelitkan teknik penegyhan

samada positif atau negatif. Sebagaimana pelajar kelas pemulihan saya. Seandainya mereka boleh menjawab soalan dengan baik, maka ganjaran galakan akan diberi untuk memupuk kendiri positif mereka serta berkeyakinan dalam pembelajaran. Pengetahuan dalam teori-teori pembelajaran ini juga akan memberi idea kepada seseorang guru itu untuk mengorganisasikan isi pembelajaran mengikut tahap pelajar sebagaimana pelajar pemulihan saya. Pelajar yang kurang mahir akan diajar mengikut tahap kecerdikan mereka masing-masing bersama teknik-teknik yang dicadangkan. Sementara itu, pengalaman mengajar saya turut menjadi sumber inspirasi saya dalam mendidik anak-anak murid terutamanya dalam membuat banding beza situasi untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan sesuatu maklumat. Ini akan membantu pelajar kelas pemulihan saya membuat diskriminasi antara satu dengan yang lain. Penyediaan bahan bantu mengajar yang baik juga dapat menarik perhatian pelajar saya. Sebagai contoh , kad huruf yang dibuat dengan warna yang pelbagai akan menonjolkan rupa bentuk kad huruf tersebut. Dengan kata lain, pembinaan sesuatu bahan yang kritis dan kreatif pastinya akan membuahkan hasil. Kesimpulannya, pelbagai teori-teori pembelajaran serta teknik-teknik yang membawa kepada kepentingan proses pembelajaran. Oleh itu, perancangan yang sistematik sebelum proses pembelajaran berdasarkan teknik-teknik tertentu akan menunjukkan prestasi dan pencapaian anak murid itu sendiri.

RUJUKAN Eee Ah Meng (1994) Psikologi Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Charles g. Morris and Albert A. Moisto (1999) Understanding Psychology, New Jersey: Prentice Hall.

Duane P. Schultz and Sydney Ellen Schultz (2001) Theorie of Personality, United State: Wadsworth/ Thomson Learning.

Russel A. Powel (2001) Introduction of Learning and Behaviour, Australia: Wadsworth/ Thomson Learning.

Mok Soon Sang (2003) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1 dan 2 ) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

You might also like