You are on page 1of 2

Untuk memulakan majlis khatam al-Quran adalah seeloknya ianya dibuka dengan bacaan alFatihah ( ).

Kemudian barulah majlis khatam dimulakan dengan bacaan surah ad-Dhuha ( ) sehingga sampai surah an-Nas ( ). Apabila sampai pada ayat terakhir dalam surah ad-Dhuha ( ) sehingga surah an-Nas ( ), disunatkan bagi pembaca alQuran menyebut lafaz Takbir. Sejarah Bacaan Takbir Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah terputus menerima wahyu dari Allah S.W.T seketika sehingga orang-orang Musyrik berkata : Muhammad telah ditinggalkan oleh tuhannya! Tidak berapa lama selepas itu turunlah surah ad-Dhuha ( ). Nabi Muhammad S.A.W berkata : (Allah Maha Besar) dan Baginda mengarahkan kepada pembaca al-Quran supaya membaca Takbir apabila sampai pada surah ad-Dhuha ( ) dan seterusya pada surahsurah selepas itu sehingga tamat bacaan. Sebahagian ulama meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bertakbir atas sebab bersyukur kepada Allah S.W.T kerana menafikan kata-kata orang-orang Musyrik. Manakala sebahagian yang lain mentafsirkannya sebagai kegembiraan Nabi diatas turunnya wahyu selepas beberapa ketika terhenti. Bacaan takbir telah diriwayatkan oleh kebanyakan pembaca al-Quran dan ianya menjadi suatu adat ke atas pembaca al-Quran sebagaimana ianya menjadi amalan bagi setiap pembaca alQuran di daerah negara lain ketika dalam perayaan atau majlis membaca al-quran dan begitu juga ketika mereka mendirikan Qiamullail pada bulan Ramadhan. Mereka (Qura) tidak meninggalkan perkara ini (takbir) ketika mereka mengkhatamkan al-Quran dalam apa-apa keadaan sekalipun. Lafaz-Lafaz Takbir 1. 2. 3. Lafaz ini disebut sebelum membaca Basmalah pada awal surah. Secara mudahnya, lafaz ini disebut setiap kali selepas selesai membaca ayat terakhir dalam surah. Bila Bermula Bacaan Takbir Dan Bila Berakhirnya? Ada 2 pendapat mengenai bilakah bermulanya bacaan takbir ini. Pendapat tersebut ialah : 1. Bermula selepas akhir surah ad-Dhuha ( ) 2. Bermula selepas akhir surah al-Lail ( ) Walaupun ulama berselesih pendapat mengenai bilakah bermulanya bacaan takbir ini. Namun, mereka bersepakat mengenai tempat berakhirnya bacaan takbir iaitu selepas tamat bacaan surah an-Nas ( ). Selepas menghabiskan bacaan surah an-Nas ( ), pembaca alQuran hendaklah menyambung bacaan mereka dengan membaca surah al-Fatihah ( ) dan disambung dengan 5 ayat dari awal surah al-Baqarah ( ) kemudian diikuti dengan bacaan ayat 115 surah al-Anam ( ). Doa Khatam Al-Quran Mengenai doa khatam al-Quran, sebenarnya tiada nas atau doa khas dan khusus untuk khatam al-Quran. Apa-apa sahaja doa yang baik adalah diharuskan. Namun demikian, lazimnya doa inidibaca. Anda boleh download doa tersebut dalam bentuk Microsoft Word di sini supaya ianya boleh diedit dan diperbanyakkan. Untuk tidak menghampakan pembaca, saya turut memberi doa khatam al-Quran yang lain :

Rujukan : Ahkam Tajwid Wa Fadhail al-Quran, Doa Khatam

Ustaz imran shamsir http://www.imranshamsir.com/al-quran/kaedah-khatam-al-quran/

You might also like