You are on page 1of 22

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kajian


yang dijalankan di mana ia dapat menyokong dan menjadi garis panduan kepada
pengkaji. Antara perkara yang dibincangkan ialah ciri-ciri keluarga bahagia, kajian-
kajian lalu sebagai sorotan kajian dengan memfokuskan kepada tajuk kajian, dan
membincangkan faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan pembentukan
keluarga bahagia di kalangan staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM. Faktor-faktor
yang akan diterangkan secara lebih terperinci ialah faktor suami isteri, faktor
keilmuan, faktor hubungan ahli kerabat, dan faktor ekonomi.

2.2 Pengertian Keluarga Bahagia


15

Keluarga secara sinonimnya ialah rumahtangga, dan keluarga adalah satu


institusi sosial yang asas kerana ia menjadi penentu (determinant) utama tentang apa
jenis warga masyarakat dan apa taraf tamadun yang akan terbina. Sudah menjadi
satu teori ulung bahawa keluarga menyuburi (nurture) dan membentuk (cultivate)
manusia yang berhemah dan budiman, keluarga yang sejahtera adalah tiang dalam
pembinaan masyarakat dan tamadun yang sejahtera (Sufean Hussin dan Jamaluddin
Tubah, 2004 : 1)

Menurut Paizah Ismail (2003 : 129), ‘keluarga’ disebut sebagai usrah.


Mengikut al-Mu’jam al-Kabir dan Lisan al-Arab ia bererti ‘pertalian yang kuat’.
Dalam pengertian inilah Allah SWT menggunakan perkataan berkenaan dalam
firman-Nya :

  


Maksudnya: “Kami telah menciptaka mereka dan menguatkan
persendian tubuh mereka”.
(Surah Al-Insaan : 28)

Menurut Dr Leha @ Zaleha Muhamat (2005: 2), perkataan ‘keluarga’ ialah


komponen masyarakat yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak atau suami
dan isteri sahaja (sekiranya pasangan berkenaan masih belum mempunyai anak sama
ada anak kandung/angkat atau pasangan terus meredhai kehidupan dengan tanpa
dihiasi dengan gelagat dan karenah kehidupan anak-anak). Pengertian ini hampir
sama dengan pengertian keluarga yang dijelaskan oleh Zakaria Lemat (2003: 71)
iaitu, keluarga merupakan kelompok paling kecil dalam masyarakat, sekurang-
kurangnya dianggotai oleh suami dan isteri atau ibu bapa dan anak-anak. Ia adalah
asas pembentukan sesebuah masyarakat. Kebahagiaan masyarakat adalah
bergantung kepada setiap keluarga yang menganggotai masyarakat.

Takrif keluarga dari satu skop yang lebih luas menurut William J. Goode
(1988: 9), menjelaskan keluarga sebagai suatu unit sosial yang ekspresif atau
16

emosional, ia bertugas sebagai agensi instrumental untuk struktur sosial yang lebih
besar, kesemua institusi dan agensi lain bergantung kepada sumbangannya.
Misalnya, tingkah laku peranan yang dipelajari dalam keluarga menjadi model atau
prototaip untuk tingkah laku yang diperlukan dalam segmen masyarakat lain.

Justeru, keluarga merupakan sebuah sistem asas dalam pembentukan


sesebuah masyarakat yang lazimnya terdiri daripada suami atau bapa, isteri atau ibu
dan anak-anak. Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan masing-masing
supaya sistem kekeluargaan itu berjalan dengan sempurna.

Menurut Aminah Hj Zakaria (2003: 224), kebahagiaan adalah sesuatu yang


abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli
dengan wang dan harta. Kebahagiaan : sesuatu keadaan yang dirasai oleh manusia di
dalam dirinya, iaitu ketenangan hati, kelapangan dada dan kerehatan atau keselesaan
dhamir’. Ianya berpunca dari dalam diri manusia bukan dari luar.

Zakaria Lemat (2003: 72) pula memberi takrifan bahagia iaitu, sesuatu yang
tidak dapat dilihat yang lahir dari hati seseorang dengan sifat-sifat mulia dan terpuji
serta amanah, bersyukur, sangka baik terhadap orang lain dan sebagainya yang kalau
dikaitkan dalam sesebuah rumahtangga bahawa kebahagiaan itu merupakan suatu
yang amat perlu dalam kehidupan berkeluarga kerana ia menjamin matlamat hidup
sama ada di dunia mahupu di akhirat .

Pandangan Sarjana Islam seperti Imam Al-Ghazali telah membahagikan


konsep kebahagian kepada dua iaitu, kebahagian di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Imam Al-Ghazali menyarankan untuk mendapatkan kebahagiaan terbahagi kepada
empat iaitu kemuliaan jiwa, kemuliaan tubuh badan, kemuliaan zahiriah, dan
kemuliaan kurniaan Allah (Zakaria Lemat, 2003). Firman Allah SWT :
17

   


  
  
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami
kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dengan sebaiknya
dan jauhilah kami dari seksaan neraka”.
(Surah Al-Baqarah : 201)

Menurut pandangan Barat, keluarga bahagia atau keluarga sejahtera ialah


keluarga yang memiliki dan menikmati segala kemewahan material. Anggota-
anggota keluarga tersebut memiliki kesihatan yang baik yang memungkinkan mereka
menikmati limpahan kekayaan material. Bagi mencapai tujuan ini, seluruh perhatian,
tenaga dan masa ditumpukan kepada usaha merealisasikan kecapaian kemewahan
kebendaan yang dianggap sebagai perkara pokok dan prasyarat kepada kesejahteraan
(Dr. Hasan Hj. Mohd Ali, 1993 : 15). Kini, terdapat segelintir keluarga di Malaysia
juga beraggapan bahawa memenuhi keperluan material adalah ciri utama
kebahagiaan rumahtangga. Ia sepatutnya dimiliki mengikut keperluan semasa dan
bukannya mengikut kehendak hawa nafsu sehingga membebankan pasangan
terutamanya suami.

Pandangan yang dinyatakan oleh Barat jauh berbeza dengan konsep keluarga
bahagia yang diterapkan oleh Islam. Menurut Dr. Hasan Hj. Mohd Ali (1993: 18 –
19) asas kepada kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga di dalam Islam terletak
kepada ketaqwaan kepada Allah SWT. Keluarga bahagia adalah keluarga yang
mendapat keredhaan Allah SWT. Allah SWT redha kepada mereka dan mereka
redha kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

  


    
   
Maksudnya: “Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada-
Nya, yang demikian itu, bagi orang yang takut kepada-Nya”.
(Surah Al-Baiyyinah : 8)
18

Menurut Paizah Ismail (2003 : 147), keluarga bahagia ialah suatu kelompok
sosial yang terdiri dari suami isteri, ibu bapa, anak pinak, cucu cicit, sanak saudara
yang sama-sama dapat merasa senang terhadap satu sama lain dan terhadap hidup
sendiri, boleh hidup dengan gembira, mempunyai objektif hidup yang jelas sama ada
secara individu atau secara bersama, optimistik dan mempunyai keyakinan terhadap
sesama sendiri, merasa selesa dengan apa yang ada dan sebagainya.

Kesimpulannya, keluarga bahagia ialah sebuah keluarga yang terbentuk


berlandaskan Al-Quran dan Sunnah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di
akhirat. Kebendaan bukanlah sebagai ukuran untuk membentuk keluarga bahagia
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh negara Barat.

2.3 Ciri-ciri Keluarga Bahagia

Pada dasarnya, keluarga bahagia sukar diukur memandangkan ia merupakan


satu perkara yang abstrak dan hanya boleh ditentukan oleh pasangan yang
berumahtangga. Namun, terdapat beberapa ciri-ciri keluarga bahagia yang boleh
dijadikan panduan kepada pasangan yang ingin membentuk keluarga bahagia. Ciri-
ciri tersebut ialah:

2.3.1 Rumahtangga Didirikan Berlandaskan Al-Quran Dan Sunnah

Asas yang paling penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ialah
rumahtangga yang dibina atas landasan taqwa, berpandukan Al-Quran dan Sunnah
19

dan bukannya atas dasar cinta semata-mata. Ia menjadi panduan kepada suami isteri
sekiranya menghadapi pelbagai cabaran yang akan timbul dalam kehidupan
berumahtangga. Firman Allah SWT:
  
    
Maksudnya: “Kemudian jika kamu selisih faham / pendapat tentang
sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasulullah
(Sunnah)”.
(Surah An-Nisa’ : 59)

2.3.2 Rumahtangga berasaskan kasih sayang (mawaddah warahmah)

Tanpa ‘al-mawaddah’ dan ‘al-Rahmah’, masyarakat tidak akan dapat hidup


dengan tenang dan aman terutamanya dalam institusi kekeluargaan. Dua perkara ini
sangat-sangat diperlukan kerana sifat kasih sayang yang wujud dalam sebuah
rumahtangga dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bahagia, saling
menghormati, percaya-mempercayai dan tolong-menolong. Tanpa kasih sayang,
perkahwinan akan hancur, kebahagiaan hanya akan menjadi angan-angan sahaja.
Firman Allah SWT :

  


   
 
 
 
 
   
  
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
berfikir”.
20

(Surah Ar-Rum : 21)

Seharusnya, dalam menjalinkan hubungan antara suami isteri ketenangan dan


keutuhan hidup bersama berasaskan kasih sayang diutamakan, bukannya
perkahwinan yang berasaskan kepada tuntutan hawa nafsu semata-mata. Allah
mengutuk perkahwinan yang hanya berasaskan tuntutan nafsu kerana kebahagiaan
tidak akan wujud dalam perkahwinan seperti ini. Firman Allah:

 
  
  
   
  
  


  
Maksudnya: “Dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang
bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah Telah
menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. dan
dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (yaitu) mencari isteri-
isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina”.
(Surah An-Nisa’ : 24)

2.3.3 Mengetahui Peraturan Berumahtangga

Setiap keluarga seharusnya mempunyai peraturan yang patut dipatuhi oleh


setiap ahlinya yang mana seorang isteri wajib taat kepada suami dengan tidak keluar
rumah melainkan setelah mendapat izin, tidak menyanggah pendapat suami
walaupun si isteri merasakan dirinya betul selagi suami tidak melanggar hukum
syarak, dan tidak menceritakan hal rumahtangga kepada orang lain. Anak pula wajib
taat kepada kedua ibu bapa selagi perintah keduanya tidak bertentangan dengan
21

larangan Allah. Lain pula peranan sebagai seorang suami atau bapa. Suami
merupakan ketua keluarga dan menjadi tanggungjawab suami memastikan setiap ahli
keluarganya mematuhi peraturan dan memainkan peranan masing-masing dalam
keluarga supaya sebuah keluarga bahagia dapat dibentuk. Firman Allah SWT :

   


  
  
  
 
 

 
  
  
 

 

  
 
 
    
  
Maksudnya: “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,
oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki)
atas sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki)
Telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka
wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri
ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara
(mereka)[290]. wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya,
Maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur
mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu,
Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar”.
(Surah An-Nisa’: 34)

2.3.4 Menghormati dan Mengasihi kedua ibu bapa


22

Perkahwinan bukanlah semata-mata menghubungkan antara kehidupan


kedua-dua pasangan tetapi ia juga melibatkan seluruh kehidupan keluarga kedua-dua
belah pihak terutamanya, hubungan terhadap ibu bapa kedua-dua pasangan. Oleh
itu, pasangan yang ingin membina sebuah keluarga bahagia seharusnya tidak
mengenepikan ibu bapa dalam urusan pemilihan jodoh terutamanya anak lelaki.
Anak lelaki perlu mendapat restu kedua-dua ibu bapanya kerana perkahwinan tidak
akan memutuskan tanggungjawabnya terhadap kedua-dua ibu bapanya. Selain itu,
pasangan juga perlu mengasihi ibu bapa supaya mendapat keberkatan untuk
mencapai kebahagiaan dalam berumahtangga.

Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadis yang menerangkan kewajipan


seorang anak terhadap ibu bapanya. Antaranya :

Firman Allah SWT:

 
  
 
   
   
  

  
Maksudnya: Dan kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada
dua orang ibu- bapanya. dan jika keduanya memaksamu untuk
mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada
pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti
keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku khabarkan
kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan.
(Surah al-Ankabut : 8)
23

Hadis daripada Al-Hakim dan Ahmad meriwayatkan daripada Abu Rimthah katanya
(Drs. Abdul Ghani Azmi Haji Idris, 2005 : 771) :

َ ّ ‫س سل‬
‫م‬ َ َ‫ه عَل َي ْسهِ و‬ ُ ‫صّلى الل س‬ َ ِ‫ل الله‬ ُ ‫ت إ َِلى َر‬
ِ ْ ‫سو‬ ُ ْ ‫إ ِن ْت َهَي‬
َ ‫خا‬ َ َ َ ‫خت‬ ُ َ
َ ‫ك وَأَبا‬
َ ‫م‬ ُ
‫م‬ّ ُ‫ك ث‬ َ ‫ك وَأ‬ ْ ‫ك وَأ‬ ُ ْ‫ه ي َُقو‬
ّ ‫ ب ِّر أ‬: ‫ل‬ ُ ُ ‫معْت‬ ِ ‫س‬َ َ‫ف‬
(‫ )صحيح‬. ‫ك أد َْناك‬ َ َ ‫أ َد َْنا‬
Maksudnya: “Aku sampai kepada Nabi SAW maka aku mendengar
baginda bersabda : Buatlah kebaktian kepada ibumu, dan bapamu,
saudara perempuanmu, saudara lelakimu, kemudian yang lebih dekat
dan yang lebih dekat.”
(Sahih)
24

2.3.5 Menjaga hubungan kerabat dan ipar

Antara tujuan ikatan perkahwinan ialah untuk menyambung hubungan


keluarga kedua-dua belah pihak sama ada hubungan dengan saudara mara mahupun
adik beradik (ipar) isteri ataupun suami. Melalui hubungan ini, ia akan dapat
mengelakkan kerenggangan hubungan dalam keluarga sekaligus dapat membina
sebuah keluarga bahagia kerana, terdapat beberapa masalah perceraian berlaku
adalah disebabkan kerenggangan dengan kerabat dan ipar. Banyak ayat yang
memerintahkan supaya diperkukuhkan hubungan sanak saudara, berbuat baik dan
tolong menolong sesama mereka. Antaranya :

Firman Allah :

  


  
 
 



 
 
 
 
  
   
   
  
Maksudnya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah
kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-
orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan
teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-
banggakan diri.
(Surah An-Nisaa’ : 36)
25

Hadis daripada Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas ra. bahawa
Rasulullah SAW bersabda (Drs. Abdul Ghani Azmi Haji Idris, 2005 : 787):

َ َ َ ‫م‬
‫ى‬ ُ َ ‫س سأل‬
ْ ‫ه فِ س‬ َ ْ ‫ى رِْزقِ سهِ وَي ُن‬ ُ َ‫ط ل‬
ْ ِ‫ه ف‬
َ ‫س‬ َ ْ ‫ن ي ُب‬
ْ ‫بأ‬ ّ ‫ح‬ َ ‫نأ‬ْ َ
ْ َ
(‫ )صحيح‬. ‫ه‬ ُ ‫م‬
َ ‫ح‬ِ ‫ل َر‬ ْ ‫ص‬ ِ َ ‫أث َرِهِ فَلي‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang suka supaya ia
dimurahkan/dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka
hendaklah ia menghubungkan pertalian keluarganya.”
(Sahih)

2.4 Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Pembentukan


Keluarga Bahagia

Membina sebuah keluarga bahagia dalam rumahtangga bukanlah suatu


perkara yang mudah. Terdapat banyak faktor yang mendorong pasangan suami isteri
boleh membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah SWT. Antara faktor-faktor
yang dinyatakan dalam kajian ini ialah faktor suami isteri, faktor keilmuan, faktor
hubungan ahli kerabat, dan faktor ekonomi.

2.4.1 Faktor suami isteri

Suami isteri merupakan tunjang utama dalam pembentukan sebuah keluarga


bahagia. Damainya sebuah institusi perkahwinan itu bergantung kepada hubungan
dan peranan suami isteri untuk membentuk keluarga masing-masing. Menurut Wan
Mahmood bin Wan Yaacob (1998: 8), dalam ucapan perasmian Seminar Pemantapan
Keluarga Siri Ke IV, perlakuan suami atau siteri boleh mempengaruhi keharmonian
26

sesebuah rumahtangga. Fenomena suami ataupun isteri tidak lagi menghormati di


antara satu sama lain sering terjadi pada masa kini. Ibu bapa atau ketua keluarga
perlu memainkan peranan terutamanya saling hormat-menghormati di antara satu
sama lain kerana anak-anak akan mudah terpengaruh dengan tingkah laku mereka.

Menurut Papia dan Olds, krisis rumahtangga, pertengkaran dan keadaan yang
tidak harmonis menjadikan anak-anak mempunyai perasaan yang berbelah bahagi,
serba salah, bimbang, rasa bersalah, cepat tersinggung, cepat marah, menghadapi
ketegangan, murung dan banyak lagi tingkah laku kecelaruan sahsiah anak. Oleh itu,
suami isteri harus mewujudkan ketenteraman, rasa kasih sayang, menstabilkan
keadaan rumahtangga dan mengukuhkan institusi kekeluargaan agar wujudnya
suasana keluarga bahagia (Iran bin Herman, 2003 : 48-49). Firman Allah :

  


  
 

 
 
   
  
 
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di
antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Surah Ar-Ruum : 21)

Walaupun ketenteraman rumahtangga tanpa krisis dan kesefahaman


merupakan faktor penyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga, tetapi
tanggungjawab suami isteri seharusnya tidak diketepikan sebagai elemen yang boleh
menjadi punca keretakan dalam rumahtangga. Sesetengah pasangan lupa bahawa
mereka mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Suami isteri perlu
menjalankan tanggungjawab sebagai suami, isteri, dan tanggungjawab bersama.
27

Suami merupakan ketua keluarga yang memainkan peranan paling penting


untuk membentuk sebuah keluarga bahagia. Suami yang bahagia ialah suami yang
sanggup berkorban dan berusaha untuk kepentingan keluarga dan rumahtangga
daripada yang lain iaitu memberi makan makanan yang baik untuk anak-anak dan
isteri, menjaga hak isteri, memberi pakaian yang bersesuain dengan pakaian Islam,
mendidik anak-anak dan isteri dengan didikan Islam yang sebenar serta memberi
tempat perlindungan. Antara firman Allah dan hadis yang menerangkan
tanggungjawab suami ialah :

Firman Allah SWT:

 
 
 
   
  
 
  
 
Maksudnya: Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu
bercocok tanam, Maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu
itu bagaimana saja kamu kehendaki. dan kerjakanlah (amal yang
baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan Ketahuilah
bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. dan berilah kabar gembira
orang-orang yang beriman.
(Surah Al-Baqarah : 223)

Hadis daripada Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Mas’ud al-
Ansari ra bahawa Rasulullah SAW bersabda (Drs. Abdul Ghani Azmi Haji Idris,
2005 : 503):

َ َ َ ‫إ‬
‫س سب َُها‬ ْ َ ‫ة عََلى أهْل ِهِ وَهُ سوَ ي‬
ِ َ ‫حت‬ ً ‫م ن ََفَق‬
ُ ِ ‫سل‬ْ ‫م‬ ُ ْ ‫ذا أن َْفقَ ال‬ ِ
ً َ‫صد َق‬
‫ة‬ َ ‫ه‬ َ
ُ ‫تل‬ َ
ْ َ ‫كان‬
(‫)صحيح‬
28

Maksudnya : “Apabila seorang muslim membelanjakan satu nafkah


ke atas isterinya dengan mengharapkan pahala dari Allah maka
nafkah yang dibelanjakan itu adalah satu sedekah baginya.
(Sahih)

Isteri solehah ialah isteri yang tahu menjaga hak suami, harta suami, anak-
anak, menjaga maruah diri dan juga maruah suami serta membantu menjalankan
urusan keluarga dengan sifat ikhlas, jujur, bertimbang rasa, amanah, dan
bertanggungjawab. Tanggungjawab isteri terhadap ahli keluarganya amatlah besar
dan ia hendaklah taat terhadap segala perintah suaminya selagi tidak bertentangan
dengan syarak. Ketaatan isteri terhadap suami dijelaskan dalam hadis Rasulullah
(Drs. Abdul Ghani Azmi Haji Idris, 2005 : 514):

َ َ ‫ل َ يصل ُح ل ِب‬
‫ر‬
ٍ ‫شس‬ َ ُ ‫ص سل‬
َ َ ‫ح ل ِب‬ َ ْ‫شرٍ وَل َسو‬ َ َ ‫جد َ ل ِب‬
ُ ‫س‬ْ َ‫ن ي‬ْ ‫شرٍ أ‬ َ ُ ْ َ
َ َ َ َ
‫جَها‬
ِ ْ‫جد َ ل َِزو‬ ُ ‫س‬ْ َ‫ن ت‬
ْ ‫مْرأةَ أ‬ َ ْ ‫ت ال‬ ُ ‫مْر‬
َ ‫شرٍ ل‬ َ َ ‫جد َ ل ِب‬
ُ ‫س‬
ْ َ‫ن ي‬
ْ ‫أ‬
(‫حّقهِ عَل َي َْها )حسن‬ َ ِ ‫ن عَظ َم‬ ْ ‫م‬ِ
Maksudnya: “Tidaklah patut bagi seorang manusia sujud kepada
manusia, dan jika patutlah manusia sujud kepada manusia tentulah
aku menyuruh wanita supaya sujud kepada suaminya kerana
besarnya hak suami atas isterinya.”
(Hasan)

2.4.2 Faktor keilmuan

Membentuk sebuah keluarga bahagia bukanlah bergantung kepada


pengalaman semata-mata. Setiap pasangan hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan
yang kukuh dalam semua aspek dan bukannya hanya mengutamakan ilmu
perkahwinan semata-mata. Pasangan perlu memahirkan diri dalam pelbagai bidang
ilmu antaranya ilmu ekonomi, sosial, akhlak, ibadah dan sebagainya. Ilmu
pengetahuan mampu menyelesaikan segala masalah yang melanda dalam
rumahtangga secara rasionalnya.
29

Membina sebuah keluarga bahagia dengan asas yang kukuh terutamanya


dengan pengetahuan keagamaan dapat menjadikan individu berfikir, dan bertindak
sesuai dengan fitrah insaniah yang diberikan oleh Allah SWT. Keluarga Islam harus
selalu meningkatkan kualiti pemikiran Islam yang sebenarnya sesuai dengan
perubahan zaman. Hingga kini terdapat keluarga Islam yang tidak dapat
membezakan di antara ciri-ciri kehidupan masyarakat Islam dan masyarakat muslim
yang sebenarnya (Asmah Bee Mohd Noor, 2003: 92-93).

Menurut Wan Mahmood bin Wan Yaacob (1998: 7), dalam ucapan perasmian
Seminar Pemantapan Keluarga Siri Ke IV, beliau menjelaskan bahawa pengabaian
terhadap pendidikan agama dalam segenap kehidupan merupakan faktor utama
berlakunya kegagalan pentadbiran rumahtangga. Islam meletakkan suami sebagai
bapa dan pemimpin utama untuk memimpin setiap ahli keluarga ke jalan yang baik
dan diredhai Allah SWT. Jika mereka jahil dan tidak mengetahui serta memahami
selok belok agama, maka keluarga yang dipimpin juga akan menghadapi masalah.
Akhirnya matlamat untuk membina sebuah keluarga bahagia tidak akan terlaksana.

Jelasnya, pendidikan keluarga dalam Islam merupakan suatu proses berlaku


berterusan. Sejak di tahap kanak-kanak, remaja, berkahwin, bercucu, dan di tahap-
tahap seterusnya, keluarga Islam harus memahami tujuan kehidupannya yang
sebenar menurut Al-Quran. Al-Quran sebagai panduan dan rujukan utama untuk
umat Islam telah mencirikan pelbagai aspek ilmu pengetahuan berhubung dengan
kehidupan manusia di muka bumi ini.

2.4.3 Faktor hubungan ahli kerabat


30

Setiap pasangan yang telah berkahwin perlu menyesuaikan diri dengan


keadaan ahli keluarga pasangan masing-masing. Perkara ini sangat penting supaya
tidak berlaku salah faham yang boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga yang
baru ingin dibina. Asas yang paling utama ialah mengadakan hubungan yang erat
dengan ibu bapa kedua-dua belah pihak. Imam Ali dalam Prof Sheikh Ibrahim
Amini (1994: 144), mengatakan :

“Menjalinkan persahabatan dan bergaul dengan cara baik dapat


menghindarkan seseorang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang
tidak baik”.

Cerita tentang Alqamah yang mengutamakan isteri daripada ibunya sehingga


menyebabkannya dia tidak boleh mengucapkan dua kalimah syahadah tatkala ajalnya
tiba. Pujukan Rasulullah SAW untuk memaafkan anaknya tidak diendahkan oleh
ibunya sehingga Rasulullah SAW memerintahkan Alqamah dibakar, barulah ibunya
memafkannya. Sebaik sahaja beliau dimaafkan oleh ibunya, dengan mudah sahaja
lidahnya mengucapkan dua kalimah syahadah seterusnya meninggal dunia (Kamarul
Azmi Jasmi, 2004 : 10). Berdasarkan cerita Alqamah ini, sebagai anak seharusnya
tidak mengenepikan ibu bapa walaupun telah berkahwin terutamanya anak lelaki.
Anak lelaki masih mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya.
Pengajarannya, kebahagiaan sebuah keluarga bahagia juga bergantung kepada redha
kedua ibu bapa dan tidak boleh mengenepikan mereka dalam urusan ini.

Al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa selain ibu bapa, seorang anak juga
perlu menjaga hubungan kekeluargaan dengan kerabat-kerabat sebelah ibu dan bapa.
Al-Nawawi menjelaskan bahawa seorang anak dikira berbakti kepada ibu bapanya
sekiranya dia menjaga hubungan yang baik dengan kerabat-kerabat mereka (Kamarul
Azmi Jasmi, 2004 : 11). Islam juga turut menggalakkan supaya diutamakan kaum
kerabat terlebih dahulu sekiranya ingin memberikan sedekah kerana melalui cara ini
ia akan dapat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan disamping mendapat
ganjaran pahala bersedekah. Firman Allah :
31

 
   
  




  
  
   
 
Maksudnya: Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan.
Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah
diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-
orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." dan
apa saja kebaikan yang kamu buat, Maka Sesungguhnya Allah Maha
mengetahuinya.
(Surah Al-Baqarah : 215)

2.4.4 Faktor ekonomi

Pengurusan ekonomi dalam rumahtangga seharusnya tidak dipandang remeh


oleh setiap pasangan. Menurut Dr. Johari bin Mat (1998: 12), kedudukan ekonomi
yang tidak stabil menyebabkan masalah akan timbul dalam rumahtangga. Ia akan
terjadi sekiranya suami tidak dapat memberi nafkah yang secukupnya, atau isteri
terlalu mementingkan aspek material di luar kemampuan suami atau keluarga.
Sebaiknya, setiap keluarga harus mengukur kemampuan masing-masing agar jangan
sampai aspek ekonomi rumahtangga sebagai sebab bergolaknya keluarga dan
penghalang untuk membentuk sebuah keluarga bahagia.

Suami isteri atau ibubapa sepatutnya bijak dalam menyusun, mengatur, dan
merancang kewangan keluarga. Melalui kejayaan mengurus kewangan keluarga,
kesejahteraan hidup ahli keluarga akan terjamin dan kejayaan dalam semua aspek
akan dapat dicapai (Nik Mustapha Nik Hassan, 2004 : 2). Oleh itu, sangat penting
suami isteri merancang kewangan keluarga dari segi pendapatan dan perbelanjaan
32

supaya tidak berlakunya pembaziran atau perbelanjaan yang keterlaluan sehingga


membebankan pasangan kerana Allah benci kepada pembaziran. Firman Allah :

  


   
 
 
   
 

Maksudnya: “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di
setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah
berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang berlebih-lebihan”.
(Surah Al-A’raf : 31)

Terdapat pasangan yang sanggup berhutang semata-mata untuk mengejar


kemewahan tanpa melihat kemampuan yang ada pada diri masing-masing. Orang
yang bijaksana akan menghindari hutang dan tidak akan meminjam wang untuk
keperluan-keperluan yang tidak penting. Perekonomian yang berdasarkan pinjaman
(dengan riba), yang diterima dari bank-bank dan sejenisnya, menurut Islam dan akal
yang waras adalah salah dan keji (Prof Sheikh Ibrahim Amini, 1994: 171-172).

Oleh itu, pasangan perlu merancang setiap perbelanjaan dan bukannya hanya
mengikut tuntutan nafsu yang ingin memenuhi kehidupan meterial. Perbelanjaan
tanpa perancangan menyebabkan kehidupan sentiasa terasa terhimpit dengan
masalah kewangan tetapi sekiranya ia mampu dirancang, ia dapat mengelak
seseorang daripada beban hutang dan muflis. Imam Ja’far dalam Prof Sheikh
Ibrahim Amini (1994 : 171) mengatakan :

“Saya menjamin bahawa orang yang membelanjakan wangnya


secara sederhana sahaja tidak akan menjadi miskin”.
33

Menurut Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (2004: 7), kebiasaannya perbelanjaan
boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu keperluan asas (makanan, pakaian,
tempat, tinggal, pelajaran, pengangkutan, dan sebagainya), keperluan kesenangan
(keselesaan tempat tinggal seperti memasang penghawa dingin dan sebagainya),
tabungan dan pelaburan, dan akhir sekali sedekah, wakaf, hibah, dan sebagainya (Nik
Mustapha Hj. Nik Hassan, 2004: 7). Walaubagaimanapun, pengagihan perutukan
perbelanjaan untuk keempat-empat bahagian tersebut bergantung kepada
kemampuan pendapatan. Sekiranya pasangan mampu mengambil insiatif ini,
sekurang-kurangnya setiap pasangan yang ingin membina sebuah keluarga bahagia
bebas daripada beban ekonomi keluarga.
34

2.6 Kajian Lepas

Penyelidik telah menyorot beberapa kajian ilmiah lepas yang berkaitan


dengan tajuk. Sorotan kajian yang dibincangkan ini mempunyai kaitan secara tidak
langsung dengan faktor-faktor pembentukan keluarga bahagia.

Kajian Rozumah Baharudin et al. (1999), yang bertajuk Institusi Keluarga


Islam Di Malaysia Fungsi Dan Kesejahteraan mendapati subsampel suami dan isteri
secara keseluruhan melaporkan bahawa mereka memperolehi kebahagiaan dalam
perkahwinan adalah kerana wujudnya persefahaman dengan pasangan masing-
masing 66%, dan wujudnya sikap bertanggungjawab terhadap keluarga mereka
21.7%.

Kajian Hamidah Ab. Rahman (2004), dalam kertas kerja bertajuk Faktor
Penyumbang Kepada Masalah Keluarga Tunggal Dan Penceraian: Kajian Kes Di
Negeri Johor Darul Takzim, mendapati responden sangat bersetuju bahawa
penyumbang kepada masalah keluarga tunggal yang utama ialah faktor ekonomi iaitu
tidak berkeupayaan berbelanja mewah (skor min 4.02), diikuti faktor pengangguran
(sukar mendapat pekerjaan), dan faktor urbanisasi (tekanan hidup di bandar lebih
tinggi) masing-masing diberi skor min 3.44. Manakala penyumbang utama masalah
kepada perceraian ialah faktor ekonomi (skor min 3.80), faktor komunikasi (3.60),
faktor urbanisasi, dan faktor pengabaian tanggungjawab masing-masing skor min
3.40. Kajian ini menetapkan skil 1 bermaksud sangat tidak bersetuju dan skil 5
bermaksud sangat setuju.

Kajian yang dijalankan oleh Noraishah (2004), bertajuk Persepsi Masyarakat


Felda Air Tawar Dua Terhadap Perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah Dalam
Membentuk Keluarga Bahagia mendapati, jumlah responden bersetuju Modul
Keluarga Sakinah berperanan dalam membantu menyelesaikan masalah rumahtangga
(67.28%), mengajar responden lebih bertanggungjawab terhadap keakraban dalam
35

hubungan kekeluargaan (89.86%), menjadikan ahli keluarga saling hormat-


menghormati (85.20%), perubahan menjadi suami atau isteri yang baik (87.10%),
memberi ilmu dan penghayatan terhadap ilmu kekeluargaan berlandaskan syariat
(94.0%), dan menjadikan responden lebih bersikap tenang dalam menangani masalah
rumahtangga (90.8%).

2.7 Kesimpulan

Faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan pembentukan keluarga


bahagia yang telah dibincangkan perlu dikaji, dan diberi perhatian supaya
pembentukan sebuah keluarga bahagia yang diidamkan oleh setiap pasangan dapat
diperkukuhkan terutamanya di kalangan staf akademik, Fakulti Pendidikan UTM.

You might also like