You are on page 1of 54

PERBANDINGAN KAUNSELING DAN

PSIKOLOGI DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN


BARAT
KEHIDUPAN BERKUALITI PENDEKATAN
ISLAM HADHARI

NURUL AINI BINTI MUDAYAT


2009

Dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan


kursus Islam Pendekatan Hadhari (IXEX 1308), Universiti Malaya

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

ISI KANDUNGAN
TAJUK

BIL

MUKA SURAT

KONSEP DAN FALSAFAH ISLAM HADHARI

DEFINISI ISLAM HADHARI

10 PRINSIP UTAMA ISLAM HADHARI

DEFINISI KAUNSELING

PERBANDINGAN DI ANTARA PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT


PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM
PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF BARAT
PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

10

DEFINISI PSIKOLOGI

19

PERBANDINGAN DI ANTARA PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT


PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM
PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF BARAT
PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

20

DEFINISI KEHIDUPAN BERKUALITI

28

PERBANDINGAN DI ANTARA KEHIDUPAN BERKUALITI MENURUT


PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM
KUALITI HIDUP MENURUT PERSPEKTIF BARAT
KUALITI HIDUP MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

30

10

PERANAN AGAMA DALAM KAUNSELING DAN PSIKOLOGI

41

11

PERANANN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI DALAM MENINGKATKAN


KEHIDUPAN BERKUALITI

44

11

RUMUSAN

50

10
16

20
24

30
37

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

PERBANDINGAN KAUNSELING DAN


PSIKOLOGI DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN
BARAT : KEHIDUPAN BERKUALITI
PENDEKATAN ISLAM HADHARI

KONSEP DAN FALSAFAH ISLAM HADHARI

Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang
sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah ( Islam Fundamental ). Hal ini
bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang
syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan
tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah 'Hadhari' telahpun digunakan oleh
ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya 'AlMuqaddimah' dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung
menggunakan istilah 'hadhara' yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan
kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. ( Siri Monografi Islam
Hadhari Terengganu Bistari , m/s 3 - Idris Jusoh )

Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan


penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh - yang
berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa
Melayu dan umat Islam amnya. Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau
sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa
kini dalam semua bidang kehidupan.

Lantaran itu Islam Hadhari telahpun dijadikan satu kerangka Dasar Nasional
yang akan dijadikan sebagai asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia
sebagai sebuah negara Islam Maju menjelang Tahun 2020. Dalam erti kata lain,
Wawasan 2020 yang telah dijadikan sebagai 'mainstream' negara selama ini haruslah
berpaksikan kepada ruh Islami atau dalam istilah yang lebih progresifnya ialah Islam
Hadhari . Inilah rahsia yang tersurat disebalik kesungguhan kepimpinan negara di
bawah teraju YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam
Hadhari.

DEFINISI ISLAM HADHARI

Apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari ? 'Islam Hadhari' adalah


gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu : 'Islam' dan 'Hadhari' (sifat). Asal
perkataan 'Hadhari' ialah 'Hadharun' - 'Hadharatun' (Hidup di Bandar) yang
membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun - lawan kepada
perkataan 'badawah' ( kepedalaman atau kemunduran). Bertolak daripada kata
dasar tersebut maka perkataan 'hadharah' ataupun sifatnya 'hadhari' bolehlah
ditakrifkan sebagai hasil tindakbalas antara manusia dengan alam dan kehidupan
sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan


dan peredaran semasa ( waqie).

Pengertian hadharah (hadharatun) itu semakin luas skopnya apabila komuniti


manusia itu semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta apabila mereka
mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke
semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah ataupun
tamadun

adalah

hasil-hasil

usaha

yang

dilakukan

oleh

manusia

untuk

mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk


merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebarluas
faktor-faktor

kebaikan

dan

kebahagiaan

di

kalangan

manusia

sejagat.

Keatas

10 PRINSIP UTAMA ISLAM HADHARI

Bagi menjana pembangunan yang seimbang dan pengintegrasian antara kemajuan


duniawi dan juga persiapan ukhrawi dalam Pembangunan Islam Hadhari di Malaysia,
maka Y.A.B Perdana Menteri telah memberi penekanan kepada Kehidupan Berkualiti
sebagai salah satu daripada 10 Prinsip Utama Islam Hadhari :

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.


2. Kerajaan adil dan beramanah.
3. Rakyat berjiwa merdeka.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan.

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.


6. Kehidupan berkualiti.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8. Keutuhan budaya dan moral.
9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

Penekanan ini telah dikupas sendiri oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi di perhimpunan berkenaan dengan menjelaskan bahawa:

"Islam Hadhari memberi penekanan kepada pembangunan - pembangunan


yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanai dengan
pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu
kehidupan (Kehidupan Berkualiti). Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui
penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan
fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi,
sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik"

Untuk melaksanakan pembangunan bagi membina peradaban Islam di


Malaysia, kita perlukan kepada sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil sebagaimana
yang diamanahkan oleh Allah kepada Kerajaan Barisan Nasional menerusi mandat
rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke-11 yang lalu. Bertepatan dengan firman Allah
S.w.t : Bermaksud :

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari


kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia
telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang
berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama
Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi
mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)".
(Surah an-Nur : Ayat 55 )

Pembangunan Islam Hadhari Satu Amanah Allah. Pendekatan Islam Hadhari


yang dirancang oleh kerajaan dari sudut menjana Kehidupan Berkualiti seperti yang
diutarakan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan salah satu
usaha untuk menguatkan dan mengembangkan agama Islam. Ianya sebahagian
daripada tugas khalifah seperti yang disebut oleh Allah dalam ayat di atas.

Di samping itu, Islam Hadhari akan memberi penekanan kepada


pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan
beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia
menangani cabaran semasa dunia global.

Pendekatan Islam Hadhari Selaras Sunnah Rasul. Pendekatan Islam Hadhari


yang dirancang oleh kerajaan seperti yang dinyatakan di atas, dari sudut menjana
Kehidupan Berkualiti di kalangan rakyat adalah juga berasaskan kepada apa yang

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

telah dilakukan oleh Rasululah S.a.w ketika membangunkan Kota Madinah, iaitu
dengan membina Kehidupan Berkualiti dalam aspek memberi penekanan kepada
usaha membasmi al-jahlu ( Kejahilan ), Membasmi al-fakru (Kefakiran/kemiskinan )
dan membasmi al-maradhu (penyakit).

Perancangan Kerajaan di dalam membangunkan Islam Hadhari di kalangan


rakyat dalam segenap aspek yang dinyatakan di atas merupakan satu usaha amal
soleh. Ini kerana usaha yang sedemikian termasuk dalam kategori meringan dan
memudahkan kesulitan orang lain, yang mana Rasulullah S.a.w telah bersabda,
bermaksud :

"Barang siapa meringankan sesama orang Islam dari kesulitan-kesulitan


dunia, Allah akan meringankannya dari kesulitan-kesulitan hari Khiamat. Barang
siapa memudahkan seseorang yang sedang mengalami kesulitan, Allah akan
memudahkan urusannya, baik di dunia maupun di akhirat.."
(Hadith : Riwayat Muslim )

Bertepatan dengan hadith tersebut, dan dalam konteks memahami dan


menghayatinya dari perspektif Islam Hadhari, maka Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO pada 23 September
2004, juga menyarankan bahawa:

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

"Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu


dirancang Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan
merangkumi bidang pendidikan, penguasaan sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti
ekonomi, hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman
moden ini perlu diberikan perhatian dan diberikan pengiktirafan"

DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah di ketahui umum khususnya


di kalangan masyarakat maju. Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah
masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus di tempuhi oleh
ahli-ahlinya.

Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan tentang kaunseling


akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan di antara
seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan. Dengan lain
perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secara terarah atau
sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menyelesaikan
sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien (orang yang datang berjumpa denga
kaunselor). Definasi yang di berikan ini terlalu umum.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik
tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan
James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia
dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana
dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang
untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada
dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu
proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu
untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri
individu.

Ketiga-tiga definasi yang di pilih ini memberikan penekanan kepada proses


untuk menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses
pembelajaran individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang
dilalui.

Konsep atau definasi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas
dan lebih komprehensif. Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling
merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai
masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi
mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunseling Islam mempunyai liputan skop
masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti
aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.

Mengikut ajaran Islam, kaedah kaunseling ini adalah suatu amalan asas yang

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

perlu dipergunakan dalam perhubungan sesama manusia. Amalan nasihatmanasihati dan menjauhi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam
merupakan asas dalam didikan Islam.

Walau apapun definasinya, pertemuan antara kaunselor dan klien dalam


beberapa sesi kaunseling talah dapat mencapai alternatif terbaik untuk individu
mengatasi masalah yang dihadapi agar dirinya dapat berfungsi dengan lebih
berkesan di alam persekitarannya.

PERBANDINGAN DI ANTARA PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF


BARAT DAN ISLAM

PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Sejak kemunculan bidang ilmu kaunseling, terdapat kira-kira 200 pendekatan


yang

boleh

digunakan

untuk

memberi

kaunseling

pada

individu

yang

memerlukannya. Kaunselor yang luas pengalamannya akan memilih teori-teori yang


dapat disesuaikan dengan permasalahan yang dihadapi oleh klien agar bidang
masalah yang dihadapi oleh klien dapat diatasi dengan berkesan. Daripada
banyaknya bidang pendekatan itu, dapat dikumpulkan ke dalam empat kategori
pendekatan iaitu:

1. Pendekatan psikoanalitik
2. Pendekatan kognitif

10

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

3. Pendekatan afektif
4. Pendekatan tingkah laku

Pendekatan Psikoanalitik

Diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang berlatar belakangkan kehidupan


Yahudi. Beliau telah memperkenalkan konsep assosiasi-bebas (free-assosiation)
selepas berjaya dalam amalan hipnotisa (hypnosis). Freud menggunakan kaedah
assosiasi untuk menerokai minda tidak sedar manusia. Dalam pendekatan
psikoanalitiknya, Freud memberikan penegasan dan percaya bahawa personaliti
individu dapat diketahui melalui kajian minda tidak sedar yang dipunyai.

Pada pandangan Freud, manusia secara fitrahnya bersifat dinamik iaitu


terdapat perpindahan atau transformasi dan pertukaran tenaga dalam pembentukan
personaliti manusia. Pendapat-pendapat yang diutarakan oleh Freud terbukti secara
saintifik kini.

Kaunselor profesional yang mengamalkan pendekatan psikoanalitik akan


menggalakkan klien mereka memerihalkan dan bercakap apa sahaja yang datang
dalam ingatan, terutama sekali peristiwa-peristiwa yang dilalui semasa berada di
tahap kanak-kanak. Melalui pendekatan ini kaunselor cuma membentuk
persekitaran atau atmosfera di mana klien akan merasai bebas untuk melahirkan isi
hatinya.

11

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Pendekatan inu mempunyai pelbagai komplikasi dan kompleksiti. Arlow


(1984) menyatakan bahawa pendekatan psikoanalitik berjaya digunakan untuk
mengatasi mereka yang mempunyai pelbagai kecelaruan termasuklah gangguan
histeria, narcissism, reaksi obsessif-kompulsif, kecelaruan peribadi, ketakutan,
phobia dan kecelaruan seksual.

Pendekatan Kognitif

Ahli kaunseling menggunakan pendekatan kognitif dengan memberikan


tumpuan kepada pemikiran manusia (thinking). Ahli teori kognitif percaya bahawa
pemikiran mempengaruhi perasaan dan tingkahlaku manusia. Jika individu
mengubah cara berfikir, perasaan dan tingkah lakunya juga akan mengalami
perubahan melalui modifikasi tingkah laku. Salah satu pendekatan kognitif yang
popular telah dikembangkan oleh Albert Ellis (1962) yang dikenali sebagai terapi
emotif-rasional atau RET (Rational-Emotive Therapy). Albert membesar dalam
keluarga Yahudi di Pittsburg, Amerika Syarikat. Di usia remajanya, beliau menjadi
atheist disebabkan perceraian kedua ibu bapanya.

Terapi emotif-rasional mengandaikan bahawa manusia secara lahiriah adalah


rasional dan tidak rasional, logikal dan gila (crazy). Ellis juga percaya bahawa sifat
duaan (duality) secara semulajadi ini diwarisi dan akan terus dipunyai andainya tiada
apa-apa pembelajaran berlaku yang akan mengubah cara pemikiran baru pada
individu. Ellis telah menggariskan sebelas kepercayaan tidak rasional yang seringkali

12

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

dipunyai oleh manusia yang menyusahkan dan boleh menimbulkan pelbagai


gangguan emosi.

Kaunselor dalam pendekatan RET ini mengambil peranan yang aktif dan
terus (direct). Kaunselor berfungsi untuk menunjuk arah, mengajar dan
membetulkan kognisi klien. Ellis telah mengenal pasti beberapa ciri peribadi yang
perlu dipunyai oleh kaunselor yang akan menggunakan RET. Mereka haruslah cerdik,
berpengetahuan luas, empathetik, tekal, berfikiran saintifik, berminat untuk
menolong orang dan merupakan pengguna teknik RET.

Terapi emotif-rasional didapati mudah dilaksanakan dan berkesan. Kaedah ini


berkesan untuk digunakan ke atas klien remaja. RET berkesan untuk mengatasi
masalah kecelaruan affektif, kecelaruan ketakutan dan penyesuaian. Di samping RET,
analisis transaksional (transactional analysis) merupakan juga suatu kaedah dalam
pendekatan kognitif.

Pendekatan Afektif

Antara kaedah kaunseling dalam pendekatan affektif yang popular ialah


kaunseling pemusatan-insan (person-centered counseling) diikuti dengan kaunseling
existential dan terapi gestalt.

Pendekatan kaunseling pemusatan-insan diperkenalkan oleh Carl Rogers yang

13

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

dibesarkan di Illinois, Amerika Syarikat dalam keluarga Kristian. Ahli dalam


pendekatan ini mempercayai bahawa manusia adalah untuk yang baik. Manusia
mempunyai ciri-ciri peribadi positif, konstruktif, sentiasa bertindak maju ke hadapan,
realistik dan boleh dipercayai. Setiap insan sedar dan mempunyai daya gerakan
untuk mencapai penghakikian kendiri (self-actualization). Pada pendapat Rogers,
penghakikian kendiri merupakan arah motivasi yang mengarahkan tingkahlaku
manusia yang mempengaruhi dirinya sebagai manusia keseluruhannya. Setiap insan
mempunyai kecenderungan asas untuk berusaha mencapai penghakikian diri
sebenar. Ahli teori pemusatan-insan percaya setiap insan berupaya untuk mencari
makna peribadi diri dan tujuan kehidupan di muka bumi ini.

Peranan kaunselor dalam pendekatan ini dikatakan bersifat holistik atau


keseluruhan. Kaunselor akan menentukan dan membentuk suasana di mana klien
merasai bebas untuk menerokai keseluruh aspek dirinya. Kaunseling dalam
pendekatan ini memberikan

tumpuan kepada hubungan kaunselor dan klien.

Kaunselor sentiasa berhati-hati dan sedar dengan bahasa, perkataan dan gerakbalas
klien.

Pendekatan pemusatan-insan ini berjaya untuk mengatasi pelbagai masalah


upaya umpamanya masalah kepimpinan. Penyesuaian psikologikal, masalah
pembelajaran, frustrasi dan berjaya menolong mengurangi sifat-sifat defensif.

Pendekatan Tingkah Laku

14

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Ahli teori dengan menggunakan pendekatan tingkah laku memberikan


tumpuan kepada pelbagai bentuk tingkah laku klien. Ahli-ahli dalam pendekatan ini
percaya manusia mempunyai masalah disebabkan ketidakupayaan untuk mengubah
tingkah laku sesuai dengan kehendak persekitaran. Kaunselor yang menggunakan
kaedah tingkah laku berusaha untuk menolong kliennya sama ada menpelajari
sesuatu yang baru, bertingkah laku secara diterima atau cuba untuk memodifikasi
atau menghapuskan tingkah laku yang keterlaluan.

Pendekatan tingkah laku selalu digunakan ke atas individu yang mempunyai


masalah yang spesifik seperti kecelaruan makan, penyalahgunaan dadah,
ketidakfungsian seksual dan beberapa kecelaruan lain termasuklah masalah
ketakutan, tekanan, assertif, keibubapaan dan interaksi sosial.

B.F Skinner merupakan tokoh terkemuka yang menggunakan pendekatan


tingkah laku. Beliau dilahirkan di Pensylvania, Amerika Syarikat. Kebanyakan teori
yang dibentuk oleh Skinner berpunca daripada kajian ke atas binatang. Skinner
percaya pembelajaran merupakan penentuan paling asas berhubung dengan tingkah
laku manusia.

Ahli kaunseling dengan pendekatan tingkah laku percaya bahawa semua


tingkah laku yang diperhatikan oleh individu sama ada yang sesuai atau tidak adalah
dipelajari. Peranan kaunselor dalam pendekatan tingkah laku adalah aktif sepanjang
sesi kaunseling. Klien akan belajar, kadang kala tidak belajar atau belajar semula

15

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

tatacara yang khusus untuk tingkah laku.

PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Kaunseling didefinisikan sebagai satu interaksi antara dua individu iaitu


kaunselor dan klien, dalam keadaan profesional dan bertujuan untuk menolong
kepada perubahan tingkah laku klien.

Di dalam Islam, kaunseling mempunyai pengertian dan kedudukan yang


tersendiri. Ini selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri yang berpandukan al-Quran
dan as-Sunnah. Kebanyakan sentuhan kaunseling barat lebih bertumpu kepada
perubahan tingkah laku klien kearah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup
sebagai manusia. Inilah beza utama bagaimana kaunseling berpendekatan Islam
dilihat lebih memberi kesan yang menyeluruh bagi hidup seseorang muslim. Namun
tidak dinafikan, teknik dan gaya pendekatan kaunseling barat boleh juga
diaplikasikan semasa sesi kaunseling berlangsung.

Berkesannya kaunseling berpendekatan islam ini adalah kerana matlamat


akhir yang berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain. Matlamat akhir bagi sesi
kaunseling ini adalah mengkehendaki klien memahami hubungan dengan Allah swt,
hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup dunia dan matlamat
akhir hidup ini.

16

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Kaunseling berpendekatan Islam ini menekankan 4 perkara penting iaitu


pembangunan roh, akal, hati dan pengimbangan nafsu. Keempat-empat perkara
tersebut merupakan tumpuan utama dalam kaunseling pendekatan islam dimana
tujuan akhir kaunseling ini adalah membawa manusia mengenal diri dan
Penciptanya.

1. Pembangunan Roh
2. Pembangunan Akal
3. Pembangunan Hati
4. Pengimbangan Nafsu

Pembangunan Roh

Pembangunan roh merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam.


Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah, mencintai Allah, mula takut pada
Allah, yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah, maka
manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya.

Pembangunan Akal

Membangunkan akal atau dalam kata lain, pencerahan akal (celik akal) dapat
membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebagai hamba disisi
Allah swt. Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada ALLAH yang tidak

17

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi. Akal fikiran dapat membezakan
kebenaran dan kebatilan , juga antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan.

Pembangunan Hati

Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati


dan sebagainya, tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran
yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Hati manusia ibarat bebola kaca
yang jernih dan bersinar. Andai ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang,
maka pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk
melihatnya. Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang
hakikat dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah swt.

Pengimbangan Nafsu

Mengapa tidak dikatakan penghapusan atau perlupusan nafsu? Ini kerana


manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Nafsu yang diimbang dengan
hati yang jernih, ruh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu
membawa manusia kearah kesejahteraan lahiriah dan batinniah. Contohnya, makan
adalah satu aktiviti dalam kehidupan. Andai nafsu jahat yang menguasai nafsu
makan, maka kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi malas,
dan impak yang lebih buruk akan menimpa batinniah sehingga menyebabkan
rosaknya hati dan jiwa.

18

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

DEFINISI PSIKOLOGI

Pada dasarnya, masyarakat umum sudah maklum dengan bidang psikologi


yang sudah sekian lama sinonim sebagai satu bidang yang berkaitan secara langsung
dengan kesejahteraan individu dan masyarakat atau secara khususnya kesejahteraan
dan kesihatan mental walaupun pada kebanyakan masa ia sering ditafsirkan atau
dikaitkan dengan ketidak sejahteraan atau kecelaruan individu khususnya kecelaruan
atau gangguan mental, penyekit jiwa, penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol,
kecelaruan seksual, tekanan dan sebagainya. Udah sekian lama masyarakat lebih
melihat psikologi sebagai satu perkhidmatan khusus untuk individu yang tidak waras
mindanya atau yang sakit metalnya. Kini, sudah sampai waktunya untuk setiap
golongan manyarakat memahami bahawa perkhidmatan psikologi merupakan satu
bidang keilmuan dan juga profesion yang amat luas skopnya, bukan hanya terhad
memberi khidmatnya kepada individu yang tidak waras atau tidak normal, tetapi
juga kepada individu yang sihat, waras dan sempurna, tetapi bermasalah dan
tenggelam punca dengan masalah mereka serta tidak mempunyai kaedah
penyelesaian yang bersesuaian bagi mengatasi masalah mereka.

Istilah psikologi berasal dari perkataan psyche dan diambil dari istilah Greek
purba yang bermaksud jiwa tau yang berkaitan dengan kejiwaan. Psikologi adalah
sains terhadap tingkahlaku dan terhadap proses-proses mental manusia (Charles,
1993). Dalam erti kata lain, ia ditakrifkan sebagai satu bidang ilmu yang mengkaji
proses mental dan tingkahlaku manusia berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang
bersifat saintifik. Ahli psikologi bergantung kepada kaedah pemerhatian dan

19

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

penilaian, ujian dan pengukuran, melakukan kajian makmal secara sistematik dan
sebagainya dalam menerangkan, menjangkakan dan mengawal proses mental dan
perubahan tingkahlaku yang berlaku dalam diri manusia. Bidang psikologi berusaha
menerangkan mengapa seseorang individu bertindak atau melakukan sesuatu
perbuatan dengan mengkaji dan emncari jawapan serta motif di sebalik tingkahlaku
yang mereka lakukan. Mereka juga cuba mengkaji mengapa sesetengah individu
bertindak normal manakala yang lain pula bertindak secara tidak normal, di luar
kawalan akal yang waras dan secara agresif. Seterusnya, dengan jawapan yang ada,
ahli psikologi akan merangka program dan strategi dalam usaha mengawal individu
agar sentiasa bertingkahlaku dalam lingkungan norma-norma murni yang telah
ditetapkan dalam masyarakat.

PERBANDINGAN DI ANTARA PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF


BARAT DAN ISLAM

PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Psikologi didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang tingkahlaku dan proses


mental organisme. Tiga idea penting dalam definisi ini ialah; 'saintifik', 'tingkahlaku'
dan 'proses mental'.

Saintifik bermakna kajian yang dilakukan dan data yang dikumpulkan


mengikuti prosedur yang sistematik. Iaitu, dengan mengikuti langkah-langkah
berikut:

20

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

1. Nyatakan masalah & tentukan hipotesis yang hendak dikaji


2. Reka bentuk kajian & tentukan teknik pengumpulan data
3. Pengumpulan data & melakukan analysis data
4. Melaporkan penemuan untuk memastikan sejauh manakan hipotiesis dapat
dibuktikan.

Walau pun kaedah saintifik diikuti, ahli-ahli psikologi perlu membuat pelbagai
inferen atau tafsiran berdasarkan dapatan yang diperolehi. Ini adalah kerana subjek
yang dikaji adalah haiwan dan manusia dan tidak seperti sesuatu sel (sperti dalam
kajian biologi) atau bahan kimia (seperti dalam kajian kimia) yang secara
perbandingan lebih stabil. Manakala mengkaji tingkahlaku haiwan atau manusia
memenanglah sukar dan memerlukan kerap membuat inferen atau tafsiran.

Seperti bidang-bidang sains lain, psikologi berasal sebahagian daripada


falsafah. Psikologi yang dikaji secara saintifik bermula pada akhir abad ke 19 dan
umur bidang ini adalah lebih kurang 100 tahun; agak muda jika dibanding dengan
disiplin-disiplin lain. Tumpuan disiplin psikologi pada awalnya ialah mengkaji dan
memahami bagaimana manusia atau organisme mengetahui atau belajar. Kemudian,
psikologi terbahagi-bahagi kepada sub-disiplin lain seperti psikologi perkembangan,
psikologi sosial, psikologi organisasi, psikologi kaunseling dan lain-lain.

Ahli-ahli falsafah telah lama cuba menerangkan apa itu pengetahuan/ilmu,


bagaimana manusia menguasai pengetahuan/ilmu atau mengetahui sesuatu dan

21

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

bagaimana manusia menggunakan pengetahuan itu.

Mungkin teori yang tertua berkenaan pengetahuan ialah Teori Salinan (Copy
Theory) yang dicadangkan oleh ahli falsafah Yunani Alcmaeon, Empedocles dan
Democritus pada abad ke4 & ke5 sebelum masihi. Menurut teoro ini kita melihat
sesuatu objek and salinan objek itu terbentuk dalam minda kita. Oleh itu kita
mengetahui objek itu melalui salinan yang berada dalam minda kita.

Ahli-ahli falsafah yang datang kemudian menolak teori salinan. Menurut


mereka perwakilan (salinan) mungkin tidak merupakan objek asal dan sekiranya kita
hanya mengetahui salinan, adalah sukar untuk menentukan bahawa salinan itu
adalah tepat. Ahli-ahli falsafah realisme (realism) seperti Thomas Reid menolak
konsep salinan dan mencadangkan bahawa kita mengetahui tentang sesuatu objek
secara langsung tanpa melalui perwakilan atau salinan. Masalah dengan penerangan
ini ialah; jika kita mengetahui sesuatu secara langsung, mengapa kita selalu
membuat kesilapan. Contohnya, sesuatu bintik pada lantai kita sangkakan adalah
seekor serangga yang sebenarnya adalah titik cat yang tertinggal.

Kemudian terdapat ahli-ahli falsafah idealisme (idealisme) yang menolak


sama sekali objek. Bagi mereka apa yang terdapat dalam minda kita ialah idea;
semua pengetahuan kita terdiri daripada idea dan bukan perkara atau benda.

Pengasas psikologi moden bermula di Eropah dengan Wilhelm Wundt yang

22

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

pertama menubuhkan makmal psikologi. Tumpuan psikologi awal ialah mengkaji


aspek-aspek sensasi (sensation), persepsi (perception) dan tumpuan. (attention).
Hermann Ebbinghaus, seorang Jerman, merupakan ahli psikologi yang pertama
mengkaji pembelajaran secara saintifik. Pada tahun 1879, dia menggunakan dirinya
sendiri sebagai subjek dalam eksperimen yang mengkaji pembelajaran dan ingatan.

Beliaulah yang memperkenalkan ujian 'kaitan bebas' (free association) yang


menguji kaitan antara perkataan yang diberikan oleh penyelidik dan perkataan yang
perkataan yang berikan oleh subjek.

Ebbinghaus juga terkenal dengan eksperimen yang menunjukkan fenomena


ingatan dikalangan manusia. Dalam tahun 1885, dia menjalankan satu eskperimen
yang menunjukkan bahawa kadar lupaan lebih ketara pada permulaan (55% selepas
1 jam) dan berkurangan seterusnya (14% selepas 31 hari).

Tingkahlaku ialah apa jua aktiviti yang dapat diperhatikan, direkod dan
diukur. Tingkahlaku juga dapat diperhatikan apabila individu menyebut atau menulis
sesuatu. Misal kata, catatan seorang tentang ketakutannya atau sikapnya merupakan
tingkahlaku.

Proses Mental merangkumi segala proses-proses yang terlibat dengan


pemikiran, ingatan, pembelajaran, sikap, emosi dan sebagainya. Inilah menjadi
tumpuan ahli-ahli psikologi tetapi masalahnya ialah proses-proses ini tidak boleh

23

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

dilihat dan sukar merekod dan mengukur dengan tepat. Oleh pada pada tahun 60an,
ahli-ahli enggan menerima kajian mengenai proses-proses ini kerana ia tidak boleh
dijalankan secara saintifik. Bagaimana pun paradigma telah berubah dan dengan
kaedah-kaedah baru, kajian mengenai proses-proses mental diterima sebagai
psikologi.

PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Hakikat psikologi Islam dapat dirumuskan sebagai "satu cabang ilmu islam
yang berhubungan dengan aspek-aspek dan perilaku kejiwaan manusia, agar secara
sedar ia dapat membentuk kualiti diri yang lebih sempurna dan mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Psikologi Islam sudah sepatutnya menjadi wacana sains yang objektif. Bahkan
boleh dikatakan telah mencapai tahap ilmiah. Anggapan bahwa Psikologi Islam tidak
mencapai tahap ilmiah adalah tidak benar, sebab Psikologi Islam telah melampaui
batas-batas ilmiah. Objektif suatu ilmu hanyalah persoalan kesepakatan, yang
kreterianya bukan hanya kuantitatif melainkan juga kualitatif.

Psikologi barat telah mendapatkan "ijmak" dari kalangan ilmuan barat.


Demikian juga Psikologi Islam telah mendapatkan "ijmak" dari kalangan ilmuan islam
pula. Jika orang lain berani menonjolkan pemikiran psikologi melalui tanggapan
mereka sendiri serta mendakwa keabsahannya, mengapa kita ilmuan islam tidak

24

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

berani melakukan hal yang sama, iaitu menonjolkan pemikiran Psikologi Islam
berdasarkan Islam?

Hall dan Lindzey menyatakan bahwa tokoh besar seperti Freud, Jung dan
McDougall tidak hanya berijazah dalam ilmu perubatan, tetapi juga ahli psikoterapi.
Hal ini menunjukkan pengembangan psikologi yang dibawa oleh mereka adalah
bersumber dari profesion dan lingkungan ilmu perubatan dan bukan berasal dari
penelitian akademik.

Para pemerhati, penganalisa dan peneliti disiplin psikologi akhir-kahir ini


telah membuka jendela untuk mengintip wacana yang berkembang di dalam
khazanah Islam. Mereka sedar bahwa Psikologi Barat baru berusia dua abad. Padahal
kajian dan pengamalan kejiwaan dalam Islam telah lama berkembang. Mereka
mengetahui kedalaman ilmu islam lalu mereka meneroka dan cuba menonjolkannya.

Hall dan Lindzey telah menulis satu bab khusus untuk Psikologi Timur.
Menurutnya salah satu sumber yang kaya dari psikologi yang dirumuskan dengan
baik adalah dari agama-agama timur. Dalam dunia Islam, para sufi (pengamal ajaran
tasawwuf) telah bertindak sebagai para psikologis rohani. Inilah pengakuan jujur
mereka.

Tasauf merupakan dimensi rohani (batiniah) dalam Islam yang membicarakan


struktur jiwa, dinamika proses dan perkembangannya, penyakit jiwa dan terapinya,

25

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

proses penempaan diri di dunia spiritual (suluk), proses penyucian jiwa (tazkiyah alnafs) dan cara-cara menjaga kesihatan mental. Aspek-aspek ini dalam sains modern
masuk ke dalam wilayah psikologi. Demikaiankah sedikit kupasan terhadap psikologi
atau kaunseling islam yang mula mendapat tempat di jiwa orang-orang yang
cintakan Islam dan ilmu islam.

Definisi psikologi islam di atas mengandung tiga unsur utama:

1. Kajian ilmu-ilmu Islam


2. Perilaku jiwa manusia
3. Nilai estetika

Kajian ilmu-ilmu Islam

Psikologi Islam merupakan salah satu dari kajian ilmu-ilmu keislaman. Ia


memiliki kedudukan yang sama dengan disiplin ilmu keislaman yang lain, seperti
Ekonomi Islam, Sosiologi Islam, Politik Islam, Kebudayaan Islam, dan sebagaianya.
Islam di sini bermaksud corak, cara pandang, pola pemikiran, paradigma dan
aliran. Maksudnya psikologi yang dibangunkan dengan gaya berfikir sebagaimana
yang berlaku pada tradisi keilmuan dalam Islam sehingga dapat membentuk aliran
tersendiri yang unik dan berbeza dengan psikologi barat.

Tentunya hal itu tidak terlepas dari kerangka ontologi (hakikat jiwa),

26

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

epistimologi (bagaimana cara mempelajari jiwa) dan aksiologi (tujuan mempelajari


jiwa) dalam Islam. Melalui kerangka ini maka akan tercipta beberapa bahagian
psikologi dalam Islam, seperti Psikopatologi Islam, Psikoterapi Islam, Psikologi Din
Islam, Psikologi Perkembangan Islam dan Psikologi Sosial Islam.

Perilaku jiwa manusia

Psikologi Islam membicarakan aspek-aspek dan perilaku kejiwaan manusia.


Aspek-aspek kejiwaan dalam Islam seperti al-ruh, al-nafs, al-kalb, al-`aql, al-dhamir,
al-lubb, al-fuad, al-sirr, dan al-fithrah. Setiap aspek tersebut memiliki eksistensi,
dinamisme, proses, fungsi, dan perilaku yang perlu dikaji melalui al-Quran, alSunnah, serta dari khazanah pemikiran Islam.

Psikologi Islam tidak hanya menekankan perilaku kejiwaan tetapi


membicarakan secara mendalam erti jiwa itu sendiri. Sebagai satu fakulti insan, jiwa
manusia bersifat punya potensi dan perlakuan yang sangat tergantung pada usaha.
Ini menunjukkan psikologi Islam mengakui adanya kesedaran dan kebebasan
manusia untuk berfikir, berkehendak, dan bersikap secara sedar. Walaupun begitu
kebebasan tersebut tetap dalam batas-batas sunnah-sunnah Allah Swt.

Nilai estetika

Psikologi Islam sarat dengan nilai etika kerana Psikologi Islam memiliki tujuan

27

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

yang hakiki dan merangsang kesedaran diri agar mampu membentuk kualiti diri yang
lebih sempurna untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Manusia dilahirkan dalam
situasi tidak mengetahui apa-apa lalu ia tumbuh dan berkembang untuk mencapai
kualiti hidup.

Psikologi Islam merupakan salah satu disiplin yang membantu seseorang


untuk memahami ekspresi diri, aktualisasi diri, realisasi diri, konsep diri, citra diri,
harga diri, kesedaran diri, menguasai diri baik untuk diri sendiri dan orang lain. Jika
dalam pemahaman diri tersebut ditemukan adanya penyimpangan perilaku maka
Psikologi Islam berusaha menawarkan berbagai konsep yang bersumberkan ilahiyah.

Ini bertujuan untuk mengarahkan kualiti hidup yang lebih baik serta
mengecapi nikmat kebahagiaan hidup di sepanjang zaman. ini bermakna
mempelajari psikologi Islam dapat memberi kebahagiaan diri sendiri dan orang lain.
Bukan menambah masalah baru seperti hidup dalam keterasiangan, kegersangan,
dan kegelisahan.

DEFINISI KEHIDUPAN BERKUALITI

Kualiti bermaksud darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi dan bermutu,


manakala perkataan hidup bermaksud terus bernyawa, bernafas atau tinggal di
kediaman. Ringkasnya kualiti hidup bermaksud keadaan hidup dan persekitaran
tempat tinggal yang tinggi mutunya dan cemerlang melebihi tahap minima atau
biasa.

28

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Kualiti hidup bermakna kehidupan yang baik dan dipercayai bahawa


kehidupan yang baik ini bersamaan menjalani kehidupan dengan kualiti yang tinggi.
Istilah perubatan menggunakan konsep kualiti hidup yang sempit iaitu
menggambarkannya sebagai salah satu faktor seiring dengan penambahbaikan
produk-produk perubatan. Kualiti hidup seharusnya berkait dengan ketinggian
peringkat kehidupan manusia yang biasa ( Ventegodt, 2003:1031 ).

Selain itu, kualiti hidup juga ditakrifkan sebagai kecemerlangan kehidupan


manusia yang membawa kepada kesejahteraan masyarakat. Kualiti hidup
masyarakat boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan pembangunan
manusia di dalam sesbuah negara ( Azemi Che Hamid, 2006:333 ).

Kualiti hidup menurut Laily et al. ( 2002:44-45 ) pula, berkait rapat dengan
persepsi individu terhadap kehidupan mereka sama ada memuaskan atau tidak.
Persepsi ini berasaskan penilaian yang dibuat terhadap kepuasan yang dirasai
daripada keinginan yang dicapai atau tidak. Menurut Persatuan Bangsa-bangsa
Bersatu, kualiti hidup merujuk kepada aspek kesejahteraan hidup yang dialami,
kepuasan terhadap keperluan dan kehendak, kesejahteraan fizikal, penggunaan
material dan bukan material serta kebebasan manusia.

Konsep kualiti hidup melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem


sosial daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih
baik. Demikian itu, kualiti hidup merangkumi semua aspek termasuk pembangunan

29

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

ekonomi, sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar. Di Malaysia, kualiti
hidup ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses
dan kebebasan untuk mendapatkan pengetahuan dan menikmati taraf hidupyang
melebihi keperluan asas dan psikologi individu untuk mencapai tahap kesejahteraan
sosial yang seiring dengan hasrat.

Kualiti hidup juga dilihat sebagai merangkumi seluruh ruang lingkup bidang
kehidupan manusia itu sendiri. Ini adalah kerana setiap disiplin kehidupan itu
menyumbang kepada perasaan, kepuasan dan makna kebahagiaan dan keselesaan
hidup yang sentiasa dicari dan diusahakan oleh manusia.

PERBANDINGAN DI ANTARA KEHIDUPAN BERKUALITI MENURUT PERSPEKTIF


BARAT DAN ISLAM

KUALITI HIDUP MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Terdapat beberapa teori yang membincangkan mengenai kualiti hidup


menurut perspektif barat. Antara teori yang membincangkan tentang kualiti hidup
menurut perspektif barat adalah teori Maslow, teori realiti dan teori Integratif.

Tokoh yang memperkenalkan teori Keperluan iaitu Abraham Maslow


(Maslows hierarchy of needs) dalam Towards a Psychology of Being (1962) telah
membangunkan satu teori mengenai kualiti hidup. Teori ini masih dianggap
konsisten tentang kualiti hidup setelah hampir selepas 40 tahun. Teori Maslow

30

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

adalah bertujuan untuk pembangunan ke arah kegembiraan atas konsep keperluan


serta kehendak manusia. Dalam teori Maslow, menerangkan bahawa kewujudan
psikologi sempurna kendiri berdasarkan pembangunan personal individu. Beliau
meletakkan lapan peringkat keperluan manusia bagi kriteria kehidupan yang baik
untuk menilai kualiti hidup. Maslow membina teorinya dalam bentuk tangga hierarki
keperluan manusia bagi menjelaskan teorinya.

Menurut Maslow dalam teorinya tersebut, terdapat lapan keperluan dalam


melihat perjalanan hidup manusia. Lapan hierarki keperluan ini terbahagi kepada
tiga peringkat iaitu peringkat asas, peringkat pertengahan dan peringkat atas.
Peringkat asas hierarki merangkumi keperluan asas yang pertama fisiologi adalah
seperi makanan, pakaian dan tidur, keperluan asas kedua adalah keperluan
keselamatan yang merangkumi tempat tinggal untuk keselamatan diri, keperluan
asas ketiga adalah keperluan kasih sayang seperti menjadi kepunyaan seseorang dan
keperluan asas yang keempat adalah dihormati. Manakala, peringkat keperluan
pertengahan hierarki merangkumi keperluan pertengahan yang kelima iaitu
keperluan untuk pengetahuan dan kefahaman seperti faham tentang diri dan
dunianya dan keperluan pertengahan yang keenam iaitu keperluan untuk kreativiti
nilai etestika.

Peringkat keperluan yang terakhir adalah peringkat atas yang

merangkumi keperluan atas yang ketujuh iaitu keperluan untuk sempurna kendiri (
self-actualization ) bagi menyedari makna hidup personal dan akhir sekali bagi
peringkat atas yang merangkumi keperluan atas yang kelapan iaitu keperluan untuk
menjangkaui atau unggul dimana keperluan ini untuk menjadi seseorang yang

31

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

berintegrasi dan bernilai daripada sebahagian dunia ini.

Teori yang seterusnya yang membincangkan mengenai kualiti hidup bagi


perspektif barat adalah teori realiti. Tokoh yang memperkenalkan teori realiti ialah
William Glasser. Menurut William Glasser dalam teorinya menyatakan bahawa setiap
individu di dalam minda masing-masing sudah terbentuk gambaran dunia atau
gambaran yang ada di minda masing-masing iaitu satu kehidupan yang
membahagiakan diri sendiri seperti syurga. Selain itu, menurut beliau, menyatakan
bahawa individu mempunyai pilihan yang boleh dibuat. Ini menggambarkan tahap
kematangan kita berdasarkan pilihan.

Kualiti hidup menurut William Glasser sudah wujud dalam hidup masingmasing. Oleh itu, setiap individu mempunyai matlamat tersendiri. Kualiti hidup
ditentukan oleh diri sendiri dan sentiasa berubah mengikut masa dan mempunyai
matlamat. Kualiti hidup ini juga menurut teori William Glasser, setiap manusia ada
pilihan sendiri dan berbeza antara manusia zaman dahulu dan manusia zaman
sekarang. Contohnya ialah kualiti hidup bagi mat rempit adalah berbeza dengan
pegawai perubatan. Dalam erti kata lain, setiap individu mempunyai kualiti hidup
yang berbeza-beza. Selain itu, kualiti hidup merupakan keadaan membangkitkan
semangat diri setiap individu, membahagiakan diri masing-masing dimana kualiti
hidup tidak boleh hidup bersendirian yang memerlukan penglibatan orang dalam
hidup setiap individu yang membahagiakan diri masing-masing dan setiap individu
perlu menghargai kualiti hidup masing-masing.

32

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Selain itu, dalam usaha setiap individu ingin mengecapi kualiti hidup,
individu-individu tidak dapat mengelak daripada berinteraksi dengan orang lain.
Dalam erti kata lain, manusia perlu sentiasa cuba berusaha berhubung dengan
sesama sendiri yang membahagiakan diri sendiri untuk mengecapi kualiti hidup.
Berhubung menurut teori William Glasser adalah perlu bersifat dua hala, tidak boleh
memaksa dan bersandarkan kepada rasa hormat. Sebagai contohnya ialah Ali ingin
berkawan dengan Azman tetapi Azman tidak mahu berkawan dengan Ali, maka, Ali
perlu hormat dengan keputusannya. Contoh lain ialah Dzarfan tidak boleh memaksa
suraina untuk bercinta dengannya tetapi Dzarfan boleh menarik Suraina jatuh cinta
dengan dia melalui tingkah laku. Dalam erti kata lain, untuk bercinta dengan
seseorang, cara tingkah laku akan menarik orang lain untuk bercinta dengan diri kita.
Berhubung adalah penting dalam kehidupan setiap manusia kerana tanpa
berhubung, individu akan gagal. Sebagai contohnya ialah sekiranya ibu bapa buang
bayi ketika dilahirkan kerana ibu bapa menganggap bayi itu satu bebanan, maka ia
putus hubungan dengan bayi tersebut ( disconnect ).

Selain itu, menurut teori realiti yang diutarakan oleh William Glasser, beliau
menyatakan bahawa manusia dilahirkan dengan 5 keperluan asas iaitu belonging,
power, fun, freedom, dan survival. William Glasser menyatakan bahawa melalui
berhubung dan attachment meliputi 5 keperluan asas iaitu keperluan hierarki
Maslow yang pertama iaitu keperluan kasih sayang ( belonging ) dalam usaha
mengecapi kualiti hidup. Menurut beliau, kasih sayang amat penting dalam
keperluan psikologi dimana dengan kasih sayang, setiap individu dapa merasakan diri

33

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

disayangi dan dipunyai. Selain itu, keperluan yang kedua menurut William Glasser
iaitu kuasa ( power ) dimana setiap individu memerlukan kuasa untuk
membangunkan dan bukan menjatuhkan atau menindas. Sekiranya tidak
mempunyai kuasa, diri sendiri akan merasakan ditindas, huru-hara, dilayan sebagai
hamba abdi, didera, melukakan hati orang lain, maka ia dikatakan sudah hilang sifat
kemanusiaan tetapi bersifat kebinatangan. Sekiranya salah guna kuasa, lamakelamaan diri orang lain rasa tidak disayangi. Selain itu, keperluan yang ketiga
menurut teori realiti William Glasser ialah kebebasan ( kebebasan ). Setiap individu
inginkan kebebasan. Sebagai contohnya peluang untuk membuat keputusan dan
pilihan. Kebebasan tidak bermakna setiap individu boleh buat sesuka hati tetapi
perlu ikut tatasusila undang-undang. Tetapi sekiranya tidak mempunyai kebebasan,
maka hidup tidak seronok kerana ikut kata-kata orang. Dalam erti kata lain,
kebebasan perlu berpada-pada. Selain itu, keperluan keempat menurut William
Glasser ialah keseronokan ( fun ). Setiap individu perlu ada keperluan kasih sayang,
keperluan kuasa, dan keperluan kebebasan untuk mendapatkan keperluan
keseronokan. Tanpa kasih sayang, kuasa dan kebebasan, maka individu tidak akan
mendapatkan keseronokan. Setiap individu perlu seronok supaya kualiti hidup juga
seronok. Walau bagaimanapun, setiap individu perlu ingat jangan lupa daratan. Akhir
sekali, keperluan survival.

Selain itu, teori realiti yang diutarakan oleh Wlliam Glasser amat
mengutamakan sosial setiap individu sama ada dalam perhubungan keluarga atau
luar. Melalui perhubungan sosial yang berkualiti, seseorang dapat mengecapi kualiti

34

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

hidup masing-masing. Perhubungan sosial berlaku kepada perhubungan yang dibuat


dengan orang lain yang saling membangunkan antara satu sama lain dimana
wujudnya pilihan dengan siapa setiap individu ingin berhubung. Individu sentiasa
akan berhubung dengan orang lain yang menyumbangkan kepada penghasilan kualiti
hidup.

Kualiti hidup menurut William Glasser merujuk kepada persepsi yang wujud
diminda seseorang yang bersifat subjektif dimana seseorang rasa bahagia. Sebagai
contohnya ialah wanita yang berkerjaya, berpangkat tinggi sanggup meletakkan
jawatannya untuk memberi tumpuan kepada keluarganya disebabkan kualiti
hidupnya iaitu anak-anak adalah aset yang paling bernilai dalam hidupnya.

Teori yang lain yang membincangkan mengenai kualiti hidup bagi perspektif
barat adalah teori kualiti hidup integratif. Tokoh yang mengutarakan teori Kualiti
Hidup Integratif ialah Ventegodt. Dalam teori Kualiti Hidup Integratif, terdapat teoriteori yang tergabung daripada tiga kumpulan yang setiap satunya prihatin dengan
aspek kehidupan yang baik dan dibentuk dalam rangka spektrum yang dikenali
sebagai teori Kualiti Hidup Integratif ( The Integrative Quality of Life ( IQOL ) Theory ).

Kualiti hidup terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kualiti hidup yang subjektif
dan kualiti hidup yang objektif. Kualiti hidup yang subjektif merangkumi bagus (wellbeing), kepuasan hidup ( satisfaction with life ), kegembiraan ( happiness ) dan
makna kehidupan ( meaning of life ). Manakala, kualiti hidup yang objektif

35

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

merangkumi keseimbangan biologi ( biological order ), menyedari potensi kehidupan


( realization of life potential ), memenuhi kehendak ( fulfillment of needs ) dan
faktor-faktor objektif (objective factors). Selain itu, teori aspek kehidupan
merangkumi 3 bahagian iaitu kualiti hidup yang subjekif ( subjective quality of life ),
kualiti hidup yang wujud (existential quality of life) dan kualiti hidup yang objektif (
objective quality of life ).

Aspek yang pertama iaitu kualiti hidup yang subjektif yang merangkumi
bagaimana seseorang individu merasai atau berpandangan mengenai kehidupan
yang baik yang dialami oleh mereka sendiri. Setiap individu dapat menilai bagaimana
mereka melihat sesuatu perkara berdasarkan perasaan dan idea masing-masing.
Aspek yang kedua ialah kualiti hidup yang wujud iaitu melihat sejauh mana baiknya
kehidupan seseorang individu pada tahap yang lebih dalam.setiap orang berhak
dihormati dan menjalankan hidup dengan harmoni. Aspek yang ketiga ialah
bagaimana kehidupan seseorang individu difahami dan ditafsirkan oleh dunia luar.
Pandangan dipengaruhi oleh kebudayaan tempat tinggal seseorang individu. Objektif
bermaksud fakta luaran yang memudahkan membina kemudahan hidup.

KUALITI HIDUP MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Walau apapun pandangan manusia tentang makna kualiti hidup, pandangan


ini berasaskan pandangan hidup seseorang berdasarkan ilmu, kepercayaan dan
pengaruh masyarakat di sekeliling hidupnya. Islam sebagai satu cara hidup sudah

36

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

pasti mempunyai idea tentang makna kehidupan dan bentuk kualiti yang terkandung
di dalamnya.

Menurut kaca mata Islam, kualiti hidup bermula dengan hakikat tujuan
kejadian manusia itu sendiri oleh penciptanya, Allah SWT. Tanpa memenuhi tuntutan
penciptaan itu, maka tiadalah ertinya kemajuan dan kenikmatan hidup dunia yang
dikecapi dari sudut Allah SWT. Al-Quran telah merakamkan tujuan penciptaan ini
pada ayat 51: 56 : Surah Az-Zariyat iaitu Dan ( ingatlah ) Aku tidak menciptakan jin
dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu .
Dalam ayat ini jelas dinyatakan tujuan penciptaan manusia itu adalah untuk
menyembah dan beribadat kepada Allah SWT. Menyembah dan beribadat ini
bermaksud mengukuhkan perasaan itu dalam diri bahawa adanya hamba yang
menyembah iaitu makhluk manusia dan adanya Tuhan yang disembah, iaitu Allah
SWT. Selain itu, manusia diciptakan sebagai peranan khalifah di muka bumi ini.
Konsep khalifah ialah memakmurkan bumi ini mengenali pontensi dan kekuatan
bumi, pelbagai simpanannya dan harta yang terpendam. Allah SWT berfirman dalam
Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah, 2: 30) iaitu Dan ( ingatlah ) ketika Tuhanmu
berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi. Berhubung dengan dua ayat tersebut, Islam menyediakan
kerangka visi dan misi kehidupan manusia di muka bumi. Berpandukan kepada
kompas kehidupan ini, maka aspek pengisian dan kualiti dalam bidang kehidupan
perlu diberi perhatian kerana menyumbang kepada kejayaan manusia sebagai
hamba Allah SWT dan khalifah sekali gus.

37

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Dalam perspektif Islam, manusia dijadikan khalifah Allah SWT untuk


memakmurkan bumi ini dan menjadikan tempat tinggal yang selaras dengan fungsi
manusia tersebut sebagai khalifah. Makmur disifatkan sebagai mempunyai hasil
yang banyak iaitu daerah atau negeri, mempunyai penduduk yang banyak dan cukup
kehidupannya, hidup mewah atau serba cukup dan tidak kekurangan apa pun.
Kehidupan yang bahagia dan berkualiti merupakan matlamat penting yang ingin
dicapai oleh setiap manusia. Rasulullah s.a.w sendiri mengajar kita melalui doa
masyhur yang dipetik daripada Al-Quran untuk memohon dan mengusahakan
kehidupan yang baik di dunia mahupun di akhirat dalam surah Al-Baqarah, 2: 201
iaitu Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari azab neraka. Kehidupan hasanah ( baik ) yang dipohon ke
hadrat Allah SWT, dalam ayat ini jelas menunjukkan Allah mahu kita mengikhtiarkan
yang baik, bagus, elok dan berkualiti dalam kehidupan kita. Kehidupan ini yang
dimaksudkan ialah di dunia yang akan membawa kepada kehidupan yang baik di
alam akhirat kelak. Makna hasanah (baik) dapatlah dikaitkan dengan pertamanya,
perkataan mutu, iaitu taraf kebaikan, kecerdasan , kepandaian, kualiti, nilaian (
untuk sesuatu ) dan keduanya perkataan kualiti iaitu darjah kecemerlangan
biasanya yang tinggi dan bermutu.

Pada masa yang sama, langkah mengenal pasti kelemahan dan melaksanakan
proses pembaikan yang berterusan dalam kehidupan juga amat perlu dilakukan. Ini
ialah sebahagian aspek pengawalan kualiti yang menjadi tonggak utama untuk
memastikan matlamat kecemerlangan hidup dapat dicapai. Sehubungan dengan itu,

38

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Islam amat menggalakkan umatnya untuk terus memperbaiki kehidupan mereka ke


tahap yang lebih baik. Sikap tidak hanya berpuas hati dengan pencapaian dan
prestasi semasa sahaja ialah sikap cemerlang yang bakal mewarisi kehidupan yang
lebih baik dan berkualiti. Oleh itu, perlu ada pemikiran, sikap dan tindakan untuk
meningkatkan kemajuan dan pencapaian hidup lebih baik berbanding dengan masa
lampau.

Selain itu, membina kehidupan yang baik, berkualiti, dan bahagia ini ialah
impian setiap manusia. Rasulullah s.a.w sendiri menegaskan bahawa kebahagiaan
seseorang itu penting dan empat perkara yang telah dikesan daripada sabdanya iaitu
Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita solehah, rumah yang
luas, jiran yang baik dan kenderaan yang sesuai ( Riwayat Ibnu Hibban ). Hadis ini
menjelaskan bahawa kebahagiaan dan berkualiti hidup manusia dapat diukur dari
segi, pertama, keluarga iaitu mempunyai isteri yang solehah, kedua, tempat tinggal
iaitu mempunyai rumah yang luas, ketiga, soal kemasyarakatan iaitu jiran yang baik
dan keempat kesenangan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain
iaitu mempunyai kenderaan yang selesa. Terdapat juga hadis yang menyatakan
tentang unsur-unsur kebahagiaan dan kualiti hidup manusia, iaitu soal kesihatan dan
masa lapang yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kesihatan yang baik untuk bekerja
dan masa lapang yang membolehkannya untuk berehat dan melakukan aktiviti
rekreaksi merupakan dua bentuk nikmat dalam mengukur tahap kualiti hidup
seseorang manusia.

39

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Selain itu, Islam sebagai satu sistem kehidupan yang lengkap ialah syariat
Allah yang menyediakan panduan bagi manusia menikmati kualiti yang baik bagi
setiap satu cabang kehidupan tersebut, di samping mendapat keredaan Allah SWT.
Dalam Islam, setiap komponen kehidupan ini ada pedoman dan garis panduannya.
Inilah asas yang paling penting bagi menentukan sama ada sesuatu bidang
kehidupan itu baik serta berkualiti dimana seharusnya menepati kehendak Allah
SWT.

Terdapat 5 prinsip maqasid al-syariah yang diturunkan oleh Allah SWT itu
yang bermatlamatkan memeliharakan kemaslahatan hidup manusia itu sendiri.
Antara prinsip maqasid al-syariah yang berkaitan dengan 5 perkara iaitu pertama,
menjaga,

memartabatkan

dan

memperkasakan

agama,

kedua,

menjaga,

memartabatkan dan memperkasakan akal, ketiga, menjaga, memartabatkan dan


memperkasakan nyawa, keempat, menjaga, memartabatkan dan memperkasakan
harta dan kelima, menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan.

Kesimpulannya, individu, keluarga, masyarakat, dan kerajaan perlu


memahami dan melaksanakan peranan masing-masing untuk menjamin kualiti
kehidupan yang menyeluruh dan berterusan. Islam merupakan sistem kehidupan
yang sempurna dan membawa semua manusia ke arah kebaikan, kualiti dn
keredhaan Allah SWT.

PERANAN AGAMA DALAM PENDEKATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI

40

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Tiada seorang manusia normal di dunia ini yang tidak mempunyai masalah.
Tidak kira masalah yang dihadapi besar atau kecil, ia akan tetap mengambil ruang
kepada kestabilan mental individu dalam usaha mencari jalan penyelesaian. Ada
yang menerima masalah dan tekanan tersebut sebagai ujian dan dugaan daripada
Ilahi malah tidak kurang juga yang menyalahkan takdir Tuhan.

Tekanan dalam menghadapi permasalahan ini pula berbagai dan bergantung


kepada kekuatan mental individu tersebut. Antara langkah yang boleh digunakan
dalam meredakan tekanan tersebut adalah melalui kaedah kaunseling.

Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk


menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia
dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Manakala Corey (1977)
sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien
diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan
masalah pada dirinya. James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu
proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu
untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri
individu.

Tidak dapat disangkal, membicarakan mengenai kaunseling, lazimnya tidak


dapat lari daripada teori, kaedah dan teknik kaunseling yang dibawa dari Barat.
Nama-nama seperti Sigmund Freud, Carl Rogers, Albert Ellis sangat sinonim dengan

41

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

ilmu kaunseling sehinggakan terdapat pandangan negatif yang melihat kaunseling


seringkali mengabaikan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia,
iaitu elemen agama mahupun kerohanian (Sapora Sipon: 2005).

Sigmund Freud sendiri menganggap bahawa agama sebagai satu ilusi dan
boleh mengherotkan pandangan manusia terhadap kehidupan. Ahli-ahli psikologi
sezaman dengan Freud menganut aliran relativism ethical dan ethical hedonism.
Pengaruh teori evolusi Darwin menyebabkan Freud dan ahli-ahli psikologi lain pada
waktu itu berpandangan bahawa kejadian manusia secara semula jadinya adalah
hampir sama dengan kejadian binatang. (Lundin, 1985).

Mereka berpendapat bahawa manusia pada asasnya adalah bersifat


hedonistik dan menolak sama sekali unsur moral dan etika yang boleh dioptimakan
dalam diri manusia. Pemisahan agama dalam bidang kaunseling juga mungkin ada
kaitannya dengan usaha Barat untuk mengasingkan ilmu agama dengan ilmu sekular
yang lahir daripada konsep the separation of state and church (Sapora:ibid).

Di dalam Islam, kaunseling mempunyai pengertian dan kedudukan yang


tersendiri. Ini selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri yang berpandukan al-Quran
dan as-Sunnah. Kebanyakan sentuhan kaunseling barat lebih bertumpu kepada
perubahan tingkah laku klien ke arah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup
sebagai manusia.

42

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu
yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat,
dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.

Ahli-ahli Psikologi Barat kini sendiri telah memperakui sekaligus menidakkan


teori Freud dan rakan-rakan sezamannya mengenai perkaitan antara agama dan
masalah psikologikal ini. Keperluan agama dalam merawat masalah psikologikal
diakui oleh West (2002) yang berpendapat kerohanian atau keagamaan menjadi
sebahagian daripada kehidupan dan dilihat serta diakui sebagai sesuatu yang sangat
berharga.

Kajian oleh Glaser dan Bozarth (2001) mendapati kerohanian yang positif
adalah sangat perlu untuk perkembangan diri yang sihat dan keberfungsian. Individu
yang mempunyai identiti kerohanian yang positif berfungsi lebih baik dari segi
interpersonal dan emosi individu.

Telah dibuktikan bahawa sebahagian besar ahli profesional mempercayai


nilai manusia dan gaya hidup mempunyai kesan yang mendalam ke atas kesihatan
mental dan keberfungsian emosi dan sesetengah nilai lebih mengikut kesejahteraan
mental daripada yang lain (Jensen & Bergin, 1988).

Agama juga berperanan sebagai satu mekanism untuk membantu


menghadapi kesukaran kehidupan. Ini kerana institusi keagamaan dan sistem

43

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

kepercayaan berfungsi sebagai satu mekanism yang bersifat pencegahan. Banyak


bukti empirikal mencadangkan kepercayaan agama, latihan dan institusi menjadi
berkesan dengan peranan pencegahannya. Penglibatan agama yang diukur melalui
pelbagai cara dilihat mengurangkan kejadian membunuh diri, penggunaan dan
penyalahgunaan dadah dan alkohol serta perpecahan keluarga (Payne, Bergin,
Bielema & Jenkins, 1992).

PERANAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI DALAM MENINGKATKAN KEHIDUPAN


BERKUALITI

Sebagaimana yang telah diperkatakan, skop bidang psikologi amatlah luas dan
bertujuan bagi membawa manusia ke arah kesejahteraan, khususnya kesejahteraan
mental, emosi, dan tingkah laku. Bidang psikologi yang luas ini bagaimanapun
mempunyai bidang pengkhususan yang tertentu dan di Malaysia, antara
pengkhususan yang amat popular adalah seperti berikut:

1. Klinikal psikologi
2. Kaunseling psikologi
3. Psikologi organisasi dan industri
4. Psikologi pendidikan dan persekolahan
5. Psikologi kesihatan

Klinikal psikologi

44

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Bidang pengkhususan psikologi yang memberi fokus kepada diagnosis gangguan


psikologi, punca dan juga menawarkan pelbagai intervensi dan rawatan psikologi
terhadap individu yang berkaitan. Di antara intervensi tersebut seperti psikoterapi,
terapi tingkah laku, terapi kognitif, hipnoterapi, kaunseling dan lain-lain. Kumpulan
sasaran terdiri dari pesakit mental yang ringan, sederhana dan berat, serta juga
individu yang normal. Biasanya berkhidmat di hospital kerajaan, atau klinik swasta,
universiti hospital, dan di fakulit-fakulti perubatan.

Kaunseling psikologi

Bidang yang mengkhusus dalam permasalahan manusia yang biasanya di peringkat


normal atau ringan. Mengamalkan teknik-teknik atau kemahiran kaunseling yang
tertentu dalam membantu menyelesaikan masalah manusia. Mereka berkhidmat di
jabatan-jabatan kerajaan, pusat kaunseling di universiti dan juga di sekolah.

Psikologi Oragnisasi dan Industri


Pengkhususan adalah dalam penilaian dan kecekapan individu sebagai seorang
pekerja, peningkatan motivasi dan produktiviti di tempat kerja, meningkatkan
kecekapan pekerjaan, pemeliharaan perhubungan yang baik antara majikan dan
pekerja dan juga pemantauan kesejahteraan di tempat kerja. Mereka bekerja dalam
bidang industri dan organisasi sama ada awam dan swasta. Satu contoh bentuk
perkhidmatan psikologi yang telah dilaksanakan pada peringkat perkhidmatan awam
adalah Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

45

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

Putrajaya. Antara objektif penubuhan bahagian ini ialah menyediakan dasar dan
perkhidmatan psikologi kepada kakitangan sektor awam melalui kaedah bimbingan
dan nasihat, sesi psikoterapi dan kauseling, perkhidmatan rundingcara, menyediakan
ujian dan laporan psikologikal, menyediakan program dan modul peningkatan
kerjaya dan kesejahteraan sosial untuk kakitangan awam dan keluarga.

Psikologi Pendidikan dan Persekolahan

Telibat secara langsung dalam proses mental ketika pembelajaran seperti daya
ingatan, motivasi, kerajinan, daya tumpuan, kepintaran dan kecerdasan, serta
persekitaran pembelajaran. Mereka akan merangka kurikulum dan kerja kursus yang
berkaitan serta melihat kesesuaian dan hasilnya dalam menyediakan individu yang
berpendidikan. Mereka juga akan mengadakan program latihan untuk meningkatkan
keupayaan mental manusia untuk menerima maklumat dan pendidikan. Mereka
turut menyelesaikan permasalahan berkaitan aspek pembelajaran di kalangan
manusia seperti masalah pembelajaran, disiplin dan perhubungan di tempat
tersebut.

Psikologi Kesihatan

Mengkhusus dalam mengenalpasti mengapa manusia sihat dan sakit, menilai apakah
amalan-amalan yang dilakukan individu yang sihat dan begitu juga sebaliknya, serta
meneliti program-program yang mampu menggalakkan manusia mengamalkan

46

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

amalan-amalan yang sihat dalam kehidupan serta langkah-langkah pencegahan


penyakit. Antaranya program kesedaran kesihatan mental, aspek intervensi psikologi
dalam pencegahan penyakit jantung, hipertensi, kencing manis, strok, kanser dan
sebagainya.

Terdapat banyak lagi bidang pengkhususan psikologi yang lain seperti psikologi
experiment, psikologi neuro, psikologi biologi, psikologi sosial dan psikologi komuniti
yang masih belum dilihat kepentingannya di negara ini berbanding di negara-negara
maju.

Pendekatan disiplin psikologi ke arah memartabatkan kesejahteraan mental manusia


bermula pada tahun 1978 apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO
memperkenalkan konsep sihat yang merangkumi kesihatan menal dalam
agendanya. Dan melalui satu jawatankuasa khas berhubung dengan penjagaan
kesihatan mental di bawahnya, terdapat lima usul yang dikemukakan demi
memartabatkan aspek kesihatan mental di negara-negara membangun termasuklah
Malaysia iaitu :

1. Mewujudkan satu dasar di peringkat kebangsaan berhubung kesihatan


mental dan menubuhkan satu unit khas kesihatan mental di setiap
pentadbiran kawasan.
2. Memperuntukkan dana pembiayaan tertentu bagi tujuan melatih dan
merekrut pakar berkaitan, kemudahan rawatan dan penyelidikan.

47

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

3. Mewujudkan satu perkhidmatan penjagaan kesejahteraan mental secara


menyeluruh dengan berkerjasama

dengan pertubuhan-pertubuhan lain

dalam komuniti yang tidak mempunyai asas perubatan dan kesihatan.


4. Mendidik semua pekerja dalam pelbagai peringkat organisasi terhadap
kepentingan penjagaan kesihatan mental yang baik.
5. Mendidik pakar kesihatan mental supaya merawat para pesakit secara
bersungguh-sungguh dan pada masa yang sama turut memberi latihan asas
kepada kakitangan lain yang turut berkhidmat dalam proses rawatan dan
penjagaan kesihatan mental.

Peranan perkhidmatan psikologi dalam meningkat keupayaan masyarakat untuk


memelihara mengekalkan kesihatan mental dan kesejahateraan hidup mereka boleh
difahami secara jelas apabila isu-isu berikut ditangani sebagaimana yang diusulkan
oleh WHO.

Berdasarkan kepada usul tersebut, berikut adalah beberapa langkah dan


strategi yang boleh dijalankan dalam usaha mencapai matlamat itu :

1. Sistem sokongan yang diberikan sama ada secara indivdu atau berkumpulan
mampu mengurangkan risiko untuk mengalami masalah berkaitan kesihatan
mental. Self help group pula mampu membantu ke arah peningkatan
penyesuaian diri bagi sesiapa yang bermasalah mental dan emosi dengan
bebanan kos yang paling minima.

48

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

2. Pengetahuan berkaitan latar belakang budaya dan agama mampu


menyumbang kepada pencapaian kesihatan mental yang positif dan
penyelidikan berkaitan aspek ini perlu ditingkatkan lagi.
3. Rangsangan psiko-sosial awal secara positif mampu mencegah gangguan
mental dan tingkah laku di kalangan bayi-bayi yang kurang upaya dengan
melibatkan peranan aktif ibu bapa.
4. Sekolah amat pentign sebagai pusat asas mempromosikan kesihatan mental
yang positif. Para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk
mencapai tahap kesihatan mental yang baik. Guru-guru perlu dilatih supaya
peka dengan isu berkaitan kesihatan mental agar sebarang permasalahan
dapat dicegah pada peringkat awal.
5. Apabila berlaku sebarang masalah gangguan mental, sebab musabab
biologikal perlu diberi perhatian utama. Sekiranya tiada sebarang asas
berpunca dari sebab tersebut, maka aspek psiko-sosial menjadi keutamaan
dan pesakit perlu diberi pendedahan awal berhubung kemahiran asas
kesihatan mental yang baik dan sumber rawatan yang boleh diperolehi.
6. Pandangan masyarakat terhadap penyakit mental yang dihidapi seseorang
pesakit boleh menentukan tahap pemyembuhan dan relapse, oleh itu adalah
penting

memahaminya

supaya

program

intervensi

tertentu

dapat

dilaksanakan.
7. Kaedah tradisional dalam menangani isu kesihatan mental perlu diberi
perhatian dengan menilai peranan dan keberkesanannya secara saintifik
memandangkan banyak isu silang budaya dan keagamaan dalam masyarakat

49

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

dilibatkan secara langsung dengan kesihatan mental.


8. Program-program untuk mencegah gangguan mental dalam masyarakat
wajar melibatkan program penjagaan kanak-kanak sebelum dan selepas lahir,
program imunisasi, pemakanan, pencegahan dan rawatan jangkitan.

KESIMPULAN

Peranan perkhidmatan psikologi sudah tidak dapat dipertikaikan lagi dalam


memelihara dan meningkatkan kesejahteraan hidup dan memperbaiki tahap
kesihatan mental individu dan masyarakat. Masyarakat perlu didedahkan dengan
bidang ini sebagai satu profesion yang bersifat membantu, memulih dan merawat
serta mencegah pelbagai permasalahan mereka khususnya berkaitan kesihatan
mental, kestabilan emosi dan kesejahteraan tingkah laku. Mereka jua perlu bersikap
proaktif terhadap isu berhubung kesihatan mental seperti ruang lingkup
perkhidmatan psikoterapi dan kaunseling, stigma berkaitan hospital mental dan
pesakit mental serta sebagainya.

Dalam usaha untuk mempertikaikan lagi perkhidmatan psikologi ini dalam


membantu membangunkan negara melalui masyarakat yang sihat dan sejahtera, ahli
psikologi wajar mempertingkatkan penglibatan mereka secara aktif dalam pelbagai
sektor kemasyarakatan dan bertindak sebagai kumpulan penggerak dengan inisiatif
tersendiri serta bekerjasama dengan profesion lain sebagai satu pasukan. Mereka
juga perlu aktif dan berani untuk mengetengahkan kepada negara dan masyarakat
terhadap bentuk perkhidmatan yang mereka boleh berikan supaya bidang ini dapat

50

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

diliihat sebagai satu bidang yang banyak fungsi dan kelebihannya dalam membawa
masyarakat ke arah kehidupan yang sejahtera.

51

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

BIBLIOGRAFI

Asmah Bee Mohd Noor. (1999, November). Pendekatan Kaunseling Barat. Kertas
Kerja Metodologi Kaunseling Dalam Menangani Masalah Akidah Umat Islam
Masa Kini, yang dibentangkan dalam Muzakarah Kaunseling dan Pemantapan
Akidah, Langkawi, Kedah.

C. George Boeree. The Ancient Greeks: Socratis, Plato & Aristotle. Shippensburg
University: Pennsylvania.

C. George Boeree. Modern Philosophy. The Begining. Shippensburg University:


Pennsylvania

C. George Boeree. Psychology: The Beginning. Shippensburg University: Pennsylvania

C. George Boeree. Psychology: Wundt and James. Shippensburg University:


Pennsylvania

C. George Boeree. Psychology: Freud and Psychoanalysis. Shippensburg University:


Pennsylvania

C. George Boeree. Psychology: Gestalt Psychology. Shippensburg University:


Pennsylvania.

52

ISLAM PENDEKATAN HADHARI

IXEX
1308

C. George Boeree. The Cognitive Movement. Shippensburg University: Pennsylvania.

Kamal Abd. Manaf. Kaunseling Islam. Utusan Publication & Distributor Snd Bhd:
Kuala Lumpur.

Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid et al. Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan
Peradaban. Yayasan Dakwah Islamiah: Kuala Lumpur.

53

You might also like