PERTUBUHAN AMANAH HAWI AL KHAIRAT, MALAYSIA
(HAK) Suite 515, Level 5, Block A,Kelana Centre Point, No.3, Jalan SS7/19, Kelana Jaya, 47301 PETALING JAYA, Selangor, Malaysia Tel: 03- 7880-1753 email: hak@alhawi.net Fax: 03-7887-1753
28hb Januari 2012 Kepada,
Jamaah, Ahli Keluarga dan Sanak Saudara Yang Dihormati
Alhamdulillah, Hawi Al Khairat telah selamat di iktirafkan oleh pihak Kerajaan Malaysia sebagai
PERTUBUHAN AMANAH HAWI AL KHAIRAT, MALAYSIA(HAK)
pada 22 Disember 2011.Sebagai pengenalan ringkas, HAK sekian lama, secara kecil-kecilan dan tidak rasmi berusaha mengembalikan kefahaman, amalan, ilmu serta cara hidup yang di amalkan oleh para salaf assaleh yang dahulunya membawa agama islam ke benua ini beratus tahun lalu. Cara hidup ini dipandukan oleh lima tonggak iaitu
ILMU,
AMAL, IKHLAS, WARA’ dan KHAUFILLAH
(atau Takut Terhadap ALLAH) mengikuti
aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang berasaskan syariah mazhab Imam Shafi’e.Sewajarnya, HAK mengambil kesempatan menyambut bulan Rabi’
-ul Awwal, bulan yang dimuliakan Allah s.w.t. dengan lahirnya Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w. sebagai makhluk yang paling dicintaiNya, sebagai aktiviti rasmi yang pertama.HAK bergabung dengan pimpinan NGO Islam lain seperti Yayasan Sofa dari Negeri Sembilan dan Yayasan Al-Jenderami dari Selangor serta berkerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk melaksanakan satu
MAJLIS MAULIDURRASUL s.a.w. AKBAR
pada hari Sabtu 4
Februari 2012 bersamaan 11 Rabi’ul Awwal mulai jam 4:30 petang hingga 9:00
malam di Dewan Bawah Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam,Selangor.