You are on page 1of 9

Pengenalan Aloi ialah bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logam dengan

komposisi tertentu. Aloi terdiri daripada campuran logam utama dengan atom unsur lain yang dipanggil atom asing. Atom asing mempunyai saiz yang berlainan daripada logam utama. Atom asing menempati ruang kosong di dalam kekisi logam tulen. Atom asing mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur dan sekata. Ini menghalang atom-atom logam utama daripada menggelongsor. Ketertempaan dan kemuluran logam akan berkurang.

Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen. Tujuan pengaloian ialah: (a) menambahkan kekerasan dan kekuatan logam tulen. Contohnya: magnalium(aloi magnesium dan aluminium) lebih keras daripada aluminium tulen. (b) membaiki rupa logam dan menjadikan bahan lebih indah. Contohnya: piuter (aloi timah, antimoni dan kuprum) lebih indah daripada timah tulen. (c) mencegah kakisan logam. Contohnya: keluli nirkarat(aloi ferum, karbon, kromium dan nikel) sukar berkarat berbanding dengan ferum(besi) tulen. Besi akan terkakis jika atom besi melepaskan elektronnya: Fe Fe2+ + 2e

Oleh itu besi hanya akan terkakis jika oksigen dan air yang bertindak sebagai agen pengoksidaan bersentuhan dengan besi.

Oleh kerana kepekatan oksigen terlarut di bahagian tengah titisan air adalah rendah daripada bahagian pinggirnya, maka atom besi di bahagian tengah titisan air mengalami proses pengoksidaan: Fe Fe 2+ + 2e ( Pengoksidaan )

Elektron yang dilepaskan oleh atom besi bergerak ke pinggir titisan air. Molekul oksigen dan molekul air mengalami proses penurunan: O2+ 2H2O + 4e 4OH(Penurunan)

Ion ferum (II) yang terhasil akan berpadu dengan ion hidroksida untuk membentuk mendakan ferum (II) hidroksida. Fe2+ + 2OHFe(OH)2 (p)

Ferum (II) hidroksida akan dioksidakan oleh oksigen di udara kepada ferum (III) oksida terhidrat yang berwarna perang yang dipanggil karat besi. 2Fe(OH)2 (p) Fe2O3.x H2O (p) karat besi

EKSPERIMEN 2 : ALOI

Tujuan : Untuk membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nirkarat.

Bahan/peralatan : Paku besi Paku kekuli Paku keluli nirkarat Larutan jeli Larutan kalium heksasianoferat (III) Air Kertas pasir Tabung uji Rak tabung uji

Kaedah: 1. Gosok setiap jenis paku yang berbeza dengan kertas pasir. 2. Letakkan paku besi dalam tabung uji A, paku keluli dalam tabung uji B dan paku keluli nirkarat di dalam tabung uji C. 3. Sediakan 5% larutan jeli dengan cara menambahkan 5 gram jeli ke dalam 100cm3 air mendidih. Kemudian titiskan beberapa titis larutan kalium heksasianoferat (III) ke dalam larutan jeli tersebut (Rajah 1). 4. Tuangkan larutan jeli yang panas ke dalam tiga tabung uji tersebut sehingga keseluruhan paku besi tersebut tenggelam. 5. Letakkan tabung uji tersebut pada rak tabung uji dan biarkan sehingga 5 hari. Perhatikan kepekatan warna biru pada tabung uji tersebut. 6. Rekod pemerhatian pada jadual di bawah.

Keputusan: Tabung uji A B C Kepekatan warna biru Tinggi Rendah Tiada Inferens Pengkaratan berlaku dengan cepat Pengkaratan berlaku dengan perlahan Tiada pengkaratan berlaku

Perbincangan

Dalam eksperimen ini, tiga jenis paku telah dimasukkan ke dalam larutan jeli yang telah dititiskan dengan larutan kalium heksasianoferat (III). Sebelum dimasukkan ke dalam larutan tersebut, paku perlu digosok dengan kertas pasir untuk membuang lapisan pertama yang mempercepatkan kadar pengkaratan paku. Paku dimasukkan ke dalam larutan jeli kerana larutan jeli digunakan sebagai medium untuk mengesan kadar pengkaratan. Fungsi kalium

heksasianoferat (III) pula ialah untuk menguji kehadiran ion ferum (II) yang dapat ditunjukkan dengan kehadiran warna biru pada larutan jeli.
Fe Fe+ + 2e

Paku yang diperbuat daripada besi telah menunjukkan kepekatan warna biru dalam larutan jeli tersebut adalah tinggi. Ini menunjukkan kadar pengkaratan yang berlaku pada paku besi adalah tinggi dan berlaku dengan cepat. Manakala, paku yang diperbuat daripada keluli menunjukkan kepekatan warna biru dalam larutan jeli adalah rendah disebabkan kadar pengkaratan berlaku adalah rendah dan berlaku dengan perlahan. Paku nirkarat tidak menunjukkan kehadiran warna biru di dalam larutan jeli kerana tiada pengkaratan yang berlaku pada paku nirkarat tersebut. Semakin tinggi kepekatan warna biru dalam larutan jeli, semakin tinggi kadar pengkaratan yang berlaku. Perbezaan keputusan berlaku disebabkan komposisi ketiga-tiga paku tersebut adalah berbeza. Bagi paku besi komposisinya ialah besi, paku keluli pula komposisinya terdiri daripada besi dan karbon. Manakala, paku nirkarat pula diperbuat daripada campuran besi, karbon dan kromium.
5

Berdasarkan pemerhatian, paku besi lebih cepat karat berbanding keluli dan paku nirkarat tidak berkarat. Komposisi paku yang berbeza mempengaruhi kadar pengkaratan. Paku yang telah dicampurkan dengan bahan lain selain besi seperti karbon dapat memperlahankan kadar pengkaratan tetapi tidak

menghalang pengkaratan. Kesimpulan : Hipotesis telah diterima. Semakin tinggi kepekatan warna biru yang terhasil di dalam larutan jeli, semakin tinggi kadar pengkaratan. Besi lebih cepat karat berbanding keluli manakala nirkarat tidak mengalami pengkaratan. Langkah berjaga-jaga :

1. Pastikan lima titisan kalium heksasianoferat (III) dimasukkan ke dalam larutan jeli tersebut. 2. Pastikan larutan jeli menutupi keseluruhan paku. 3. Paku hendaklah digosok dengan betul untuk menghilangkan lapisan pertama paku yang dapat mempercepatkan kadar pengkaratan paku.

Soalan: 1. Jelaskan fungsi larutan kalium heksasianoferat (III). Kalium heksasianoferat (III) ditambah ke dalam larutan jeli sebagai penanda untuk melihat kehadiran ion ferum (II), Fe2+ iaitu kehadiran warna biru dalam larutan jeli. Fe Fe+ + 2e

2. Apakah hubungan di antara kepekatan warna biru tabung uji dengan kadar pengkaratan? Semakin tinggi kepekatan warna biru dalam tabung uji, semakin tinggi kadar pengkaratan yang berlaku pada paku tersebut.

3. Jelaskan bagaimana pepejal jeli boleh digunakan untuk membuktikan hasil eksperimen. Pepejal jeli boleh digunakan untuk memerangkap dan melihat warna biru dengan jelas. Hal ini kerana penyerapan berlaku paling lambat di dalam pepejal.

4. Namakan komposisi bagi keluli dan keluli nirkarat. Keluli: 99% besi dan 1% karbon Keluli nirkarat : 74% besi, 8% karbon + nikel dan 18% kromium

5. Berdasarkan inferens yang anda buat, bandingkan kadar pengkaratan besi, keluli dan keluli nirkarat. Berdasarkan pemerhatian, besi akan berkarat lebih cepat berbanding keluli. Manakala, keluli nirkarat tidak berkarat. Paku yang diperbuat daripada keluli nirkarat tidak berkarat kerana ia merupakan aloi yang diperbuat daripada campuran besi, karbon dan kromium. Kehadiran karbon akan melambatkan kadar pengkaratan tetapi tidak enghalang pengkaratan berlaku.
7

6. Bagaimanakah susunan atom pada logam yang mempunyai kaitan dengan ketempaan (boleh ditempa) dan kemuluran logam?

Ketempaan ialah kebolehan logam untuk membentuk kepada bentuk yang lain. Manakala, kemuluran ialah satu sifat fizik iaitu kebolehan untuk mengekalkan cangaan plastik tanpa retakan atau patah (dalam logam, contohnya apabila ditarik menjadi dawai). Apabila logam dikenakan tekanan, maka susunan atom dalam logam tersebut akan berubah.

Susunan atom dalam logam

Susunan

atom

dalam

logam

setelah dikenakan tekanan

7. Jelaskan perbezaan di antara substitutional alloy dan interstitial alloy

Aloi

dapat

diklasifikasikan

sebagai

subtitutional

alloy

dan

interstitial alloy, bergantung kepada cara pembuatannya. Di dalam subtitutional alloy komponen terdiri daripada saiz yang sama dan pelbagai jenis atom mudah berganti antara satu sama lain dalam struktur kristal. Manakala, bagi interstitial alloy berlaku apabila atom-atom daripada satu komponen adalah lebih kecil berbanding atom lain dan atom-atom yang kecil akan mengisi ruang di antara atom-atom yang bersaiz besar.

Bibliografi Buku Foong, Y. S. (2001). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KIMIA Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Kau, T. K. (2005). Ulangkaji Total Kimia Tingkatan 4 & 5 SPM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Toon, T. Y. (1995). Panduan Kimia Amali STPM Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit fajar bakti Sdn. Bhd.

Internet Wikipedia. (2009). Alloys. Retrieved Julai 24, 2011, from Wikipedia Free Encyclopedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Alloy

Wikipedia. (2009). Karat. Retrieved Julai 24, 2011, from Wikipedia Free Encyclopedia: http://id.wikipedia.org/wiki/Karat

Yen. (2010). Manufacture Substances in Industry. Retrieved Julai 24, 2011, from E-Learning for SPM: http://e-learningspm.blogspot.com/2011/05/chapter 9-manufacture-substances-in.html

You might also like