You are on page 1of 1

Pengenalan.

Piagam Pelangan merupakan panduan bagi membantu jjabatan/agensi kerajaan memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan menepati kemahuan organisasi dan pelangan. Piagam pelanggan merupakan janji agensi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan standard kualiti tertentu yang peka kepada keperluan dan ekspektasi pelanggan. Ia juga merupakan satu komitmen bertulis jabatan atau agensi kerajaan terhadap penyampaian keluaran atau perkhidmatan kepada pelanggan. menyampaikan keluaran atau perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Piagam pelanggan ini merupakan arahan daripada Ketua Setiausaha Negara yang bertarikh 2 Jun 1993 yang menyatakan bahawa Semua agensi Kerajaan adalah dikehendaki melaksanakan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 3 Tahun 1993 iaitu Panduan Mengenai Piagam Pelangan. Pengenalan Piagam pelangan ini sejajar dengan kehendak kerajaan yang sentiasa inginkan kualiti dan produktiviti dipertingkat terutamanya dalam

perkhidmatan awam. Pengenalan Piagam Pelangan ini juga merupakan kemuncak kepada usaha-usaha yang dijalankan. Dengan kata lain, Piagam Pelangan bolehlah diertikan sebagai satu komitmen bertulis jabatan/agensi kerajaan terhadap penyampaian pengeluaran atau perkhidmatan kepada pelangan. Ia merupakan satu jaminan jabatan/agensi untuk menyampaikan keluaran atau perkhidmatan mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan.

You might also like