You are on page 1of 12

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN 2011 1 Apakah yang dimaksudkan dengan daya tahan kardiovaskular?

A Keupayaan jantung, salur darah dan sistem respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti fizikal B Kemampuan otot atau sekumpulan otot menghasilkan daya bagi mengatasi rintangan dengan usaha yang maksimum C Kemampuan dan keupayaan otot melakukan sesuatu aktiviti berulang-ulang atau berterusan dalam jangka masa yang panjang tanpa cepat letih dan lesu D Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya maksimum Tujuan latihan fartlek ialah meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan juga membantu mengelakkan A keseronokan B kecederaan C kebosanan D kekuatan Komposisi badan diukur dengan menggunakan A kaliper B neraca C pembaris D angkup vernier Apakah tujuan merekod perkembangan komposisi badan secara konsisten bagi seseorang individu? A Merawat masalah obesiti B Mengawal berat badan yang sesuai CMencegah daripada jangkitan penyakit D Mempercepatkan proses pertumbuhan badan Kemampuan individu menghasilkan satu prestasi pergerakan yang pantas dipanggil A kuasa B kelajuan C kelenturan D kekuatan otot Latihan yang dijalankan secara khusus ataupun spesifik untuk meningkatkan kemampuan bahagian tubuh badan dikenali sebagai A set B ulangan C intensiti D kekhususan

Antara berikut manakah merupakan otot kardiak? A Deltoid B Otot bisep C Otot perut D Otot jantung Pada bahagian badan yang manakah lipatan kulit diukur? I Bahagian sisi dalam betis II Bahagian trisep kiri III Bahagian perut IV Bahagian paha kiri A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Mengapakah latihan dilakukan dari intensiti yang rendah dahulu? A Memudahkan atlet B Menjimatkan masa C Mengelakkan kecederaan D Meningkatkan kecergasan fizikal

10 Apakah yang dimaksudkan dengan set? A Jumlah bilangan lakukan aktiviti B Himpunan ulangan perlakuan C Isipadu beban yang digunakan D Latihan yang dijalankan secara specifik 11 Apakah tujuan kemahiran mengadang dalam permainan bola baling? A Mengelirukan pihak lawan B Mendapat mata kemenangan C Melambatkan pergerakan dan mengehadkan ruang serangan pihak lawan D Membolehkan pemain bergerak dengan bola untuk melepasi pihak lawan 12 Selepas gol dijaringkan balingan permulaan dilakukan dari A papan garisan B kawasan gol pihak lawan C kawasan balingan percuma D tengah kawasan permainan 13 Antara pemain badminton berikut, yang manakah pernah menjuarai perseorangan Kejohanan All England? I Muhammad Hafiz Hashim II Wong Peng Soon

III Jalani Sidek IV Razif Sidek A 1dan II B I dan IV C II dan III D II dan IV

14 Mengapakah undian dilakukan sebelum memulakan perlawanan dalam permainan badminton? A Menentukan pihak yang akan membuat servis mula B Membolehkan pihak yang memenangi undian untuk memilih siapa lawan mereka C Membolehkan pihak yang memenangi undian membuat servis mula atau memilih gelanggang D Membolehkan pihak yang memenangi undian mendapat mata percuma 15 Berapa orang pesertakah yang diperlukan dalam sesebuah pasukan bagi acara lari berganti-ganti? A 2 orang B 4 orang C 6 orang D 8 orang 16 Alatan apakah yang diperlukan dalam acara lari berganti-ganti? A Tali B Bola C Baton D Gelung 17 Siapakah yang boleh memotong masuk sebaik sahaja melintasi lengkuk cut-in dalam acara 4 x 400 m? A Pelari ketiga B Pelari kedua C Pelari pertama D Pelari keempat

18 Siapakah yang perlu mengambil baton yang terjatuh semasa larian dalam acara lari berganti-ganti? A Jurulatih B Pelari sepasukan C Pegawai sukan yang bertugas D Pelari yang menjatuhkannya 19 Penghantaran dan penerimaan baton dilakukan sepanjang zon pertukaran baton yang berukuran A 10 meter B 15 meter C 20 meter D 25 meter 20 Berapa jeniskah pergerakan tubuh badan dalam gimnastik irama? A Lima jenis B Enam jenis C Tujuh jenis D Lapan jenis 21 Antara berikut, dokumen yang manakah digunakan dalam penyemakan stok? I Buku rekod peralatan II Buku rekod kemajuan III Buku rekod kehadiran IV Buku rekod keluar masuk alatan sukan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 22 Maklumat apakah yang biasanya tercatat dalam buku rekod peralatan? A Tarikh pinjaman B Nombor inventori C Tandatangan peminjam D Lokasi alatan sukan disimpan

23 Apakah bentuk insentif yang diberikan kepada pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kokurikulum? I Pingat II Hadiah III Sijil penyertaan IV Surat penghargaan A Idan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 24 Antara berikut yang manakah merujuk kepada insentif intrinsik? A Wang B Sijil penghargaan C Biasiswa pelajaran D Semangat patriotisme 25 Antara yang berikut yang manakah individu yang menjadi idola dalam bidang sukan? I Shalin Zulkifli II Rosyam Nor III Mohd Hafiz Hashim IV Datuk Nicol Ann David A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, IIIdan IV 26 Dalam keadaan cuaca panas, ciri-ciri pakaian yang manakah paling sesuai? A Seluar pendek B Berwarna gelap C Menampakkan identiti D Mudah menyerap peluh 27 Penonton berperanan mengamalkan amalan permainan bersih dengan cara A bermain dengan adil dan jujur B menghormati keputusan pengadil C mengambil tindakan ke atas pemain D memberikan hadiah kepada pasukan 28 Apakah kesan kepada penonton daripada amalan permainan bersih? A Meningkatkan imej pasukan B Kelancaran perlawanan dan pertandingan C Meningkatkan minat penonton terhadap sesuatu acara sukan D Mengajar nilai-nilai penting seperti semangat kesukanan

29 Prinsip, nilai dan pegangan yang diterima sebagai panduan tingkah laku dalam kehidupan seharian dikenali sebagai A etika B moral C peraturan D undang-undang 30 Apakah kesan daripada permainan bersih kepada pemain? A Meningkatkan jumlah penonton B Mengelakkan berlakunya kecederaan C Meningkatkan minat penonton terhadap sesuatu acara sukan D Mengurangkan jumlah pemain yang dikenakan tindakan disiplin 31 Apakah aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa melakukan aktiviti kelenturan? A Jangan gunakan tilam B Lakukan aktiviti secara perlahan-lahan C Melakukan pergerakan mengenjut-enjut D Dongakkan kepala ketika melakukan aktiviti

Pergerakan berkoordinasi dan estetik diiringi muzik sambil menggunakan peralatan seperti reben, tali,gelung atau bola. Penyataan 1 32 Pernyataan 1 di atas menerangkan tentang A gimnastik irama B gimnastik artistik C pergerakan kreatif D gimnastik pendidikan 33 Memberikan nafkah dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada isteri adalah antara peranan dan tanggungjawab A anak B bapa C isteri D suami

34 Antara berikut, kemahiran asas manakah perlu ada dalam permainan badminton? A Mengelecek bola B Menjaring gol C Mengacah D Smesy 35 Mengapakah peralatan sukan disusun dengan baik dan teratur? A Supaya kelihatan cantik B Alatan sukan tahan lebih lama C Memastikan peralatan tidak digunakan D Memudahkan penyimpanan dan pengambilan alatan 36 Agensi yang bertanggungjawab merujuk kes penganiayaan yang telah berlaku kepada pegawai perubatan untuk mengesahkan sama ada ia benar-benar berlaku atau tidak ialah A Polis Diraja Malaysia B Kementerian Kesihatan C Jabatan Kebajikan Masyarakat D Pasukan Perlindungan Kanak-kanak 37 Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang amalan pemakanan yang sihat? A Makan makanan yang berkalori tinggi B Minum minuman yang berkabonat C Banyakkan makan makanan berserat D Mengambil makanan ringan sebelum waktu makan 38 Pengambilan makanan terlalu sedikit atau terlalu banyak berbanding keperluan metabolisme badan dikenali sebagai A gaya hidup sihat B gaya hidup tidak sihat C pemakanan yang sihat D pemakanan yang tidak sihat 39 Makronutrien terdiri daripada A lemak B protein C karbohidrat D semua di atas 40 Antara berikut, yang manakah sumber vitamin A? A Susu B Daging C Makanan bijirin D Sayur-sayuran

41 Apakah unsur yang terdapat dalam karbohidrat? I Karbon II Oksigen III Nitrogen IV Hidrogen A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 42 Antara yang berikut yang manakah terlibat dalam proses pembetukan tulang, gigi dan meningkatkan fungsi otot? A Zink B Kalsium C Kuprum D Magnesium 43 Reaksi positif daripada stres yang boleh menjadi pendorong kepada seseorang untuk berusaha lebih maju dikenali sebagai A distres B konflik C eustres D motivasi 44 Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud penyalahgunaan bahan A menjual ubat-ubatan sesuka hati B mengambil ubat-ubatan berlebihan C menggubah ubat-ubatan bertujuan untuk mendapatkan pendapatan lebih D mengambil dadah atau ubat-ubatan yang diperoleh secara haram bukan untuk tujuan perubatan 45 Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang kesan pengambilan dadah terhadap keluarga? A Menyebabkan ketagihan B Memusnahkan harapan ibu bapa C Menggangu sistem otak dan saraf D Memudahkan tubuh mendapat penyakit 46 Kanak-kanak yang dimaksudkan dalam Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 ialah individu yang berumur kurang daripada A 12 tahun B 15 tahun C 18 tahun D 20 tahun

47 Apakah bentuk ataupun jenis penderaan terhadap kanak-kanak seperti suka mencerca, mencaci, menghina atau menjatuhkan air muka kanak-kanak? A Penganiayaan B Penderaan seks C Buruh kanak-kanak D Penderaan mental dan emosi 48 Agensi yang bertanggungjawab untuk menyiasat aduan penderaan atau penganiayaan yang diterima dan melaporkan kepada polis jika kes berkenaan perlu dihadapkan ke mahkamah ialah A Pasukan Perlindungan kanak-kanak B Jabatan Kebajikan Masyarakat C Kementerian Kesihatan D Polis Diraja Malaysia 49 Agensi manakah yang berperanan membuat pemeriksaan kesihatan terhadap kanakkanak yang disyaki didera serta memberikan rawatan perubatan sekiranya perlu? A Polis Diraja Malaysia B Kementerian Kesihatan C Jabatan Kebajikan Masyarakat D Pasukan Perlindungan Kank-kanak 50 Apakah yang dimaksudkan dengan pertolongan cemas A Bantuan dengan segera B Bantuan dari orang awam C Pertolongan sesiapa yang berada berhampiran D Rawatan segera dan sementara yang diberikan kepada orang tercedera sebelum dibawa ke hospital 51 Apakah tujuan pertolongan cemas? A Menyelamatkan nyawa B Untuk mendapatkan perhatian orang ramai C Menjadi orang yang bertanggungjawab D Dapat menjadi masyarakat yang berperikemanusiaan 52 Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, apakah nombor panggilan yang perlu dihubungi untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans? A 119 B 919 C 999 D 994

53 Apakah bahagian yang perlu diberi perhatian semasa memeriksa pernafasan mangsa? I Mata II Leher III Mulut IV Hidung A I dan II B I dan IV C II dan III D II dan IV 54 TOTAPS adalah kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa setelah diberi rawatan A ABC B CPR C RICE D DRABC 55 Apakah yang perlu dilakukan jika bahagian anggota yang tercedera tidak dapat digerakkan? A Tinggalkan mangsa di tempat kejadian B Membawa mangsa ke hospital dengan segera C Membantu mangsa menggerakan anggota yang tercedera D Beri rawatan segera walaupun tiada pengetahuan pertolongan cemas 56 Pertolongan cemas hanya boleh diberi oleh A doktor sahaja B sesiapa yang ikhlas menolong C mereka yang mempunyai pengetahuan D orang yang berhampiran dengan pesakit 57 Antara berikut yang manakah kesan stres kepada individu? I Hilang selera makan II Sakit kepala dan sukar tidur III Berasa loya dan muntah-muntah IV Mudah berpeluh pada bahagian badan dan tangan A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D I, III dan IV

58 Apakah ciri-ciri individu yang suka berlapar? I Tidak melakukan senaman II Terlalu bimbing dan takut akan kegemukan III Mempunyai selera makan yang tinggi IV Imej kendiri yang tiba-tiba berubah A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 59 Antara berikut, apakah ciri-ciri keluarga yang cemerlang? I Ikatan kekeluargaan yang akrab II Bekerjasama III Saling membantu antara satu sama lain IV Sentiasa bersikap positif A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 60 Dalam kejohanan sukan yang lalu, rumah sukan yang manakah telah menjuarai kategori keseluruhan? A Bendahara B Temenggung C Laksamana D

61

You might also like