You are on page 1of 7

2.

0 Pembangunan Kawasan Rancangan Tempatan Dalam g p Konteks Dasar Dan Strategi Nasional Dan Negeri

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

2.0
2.1

PEMBANGUNAN KAWASAN RANCANGAN TEMPATAN DALAM KONTEKS DASAR DAN STRATEGI NASIONAL DAN NEGERI

KONURBASI KUALA LUMPUR

Rancangan Fizikal Negara (RFN) telah menyatakan Konurbasi Kuala Lumpur adalah meliputi kawasan seluas 504,000 hektar. Kawasannya melibatkan Wilayah Lembah Klang sedia ada dan kawasan pembesaran yang meliputi Daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sepang dan Kuala Langat di Selangor serta Daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan (rujuk Rajah 2.1). Jumlah penduduk tahun 2000 dianggarkan seramai 4.8 juta orang. Pada tahun 2020, jumlah penduduk konurbasi ini diunjurkan akan mencapai 12.6 juta orang. Konurbasi Kuala Lumpur merupakan Konurbasi Taraf 1 yang dikenali sebagai Konurbasi Pertumbuhan Nasional (rujuk Jadual 2.1). Jadual 2.1: Hierarki Konurbasi Perbandaran
TARAF 1 HIERARKI Konurbasi Pertumbuhan Nasional KAWASAN Kuala Lumpur-Lembah KlangSeremban i. 2 Konurbasi Pertumbuhan Wilayah ii. iii. 3 Konurbasi Pertumbuhan Pertengahan i. ii. George Town-Kulim-Sungai Petani-Perak Utara Johor Bahru-Pasir GudangTanjung Pelepas Kuantan-Kemaman Ipoh Melaka

i. Alor Setar ii. Kota Bharu Pusat Pertumbuhan iii. Kuala Terengganu Perbandaran / Konurbasi Masa iv. Kangar Hadapan v. Temerloh-Mentakab vi. Lumut- Sitiawan-Manjung vii. Muar- Batu Pahat-Kluang Sumber: Rancangan Fizikal Negara, 2005

Pembangunan Konurbasi Kuala Lumpur akan berterusan berpaksi kepada Bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai misi untuk mencapai status World Class City menjelang tahun 2020. Salah satu pengaruh Bandaraya Kuala Lumpur dapat dilihat kepada sumbangan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja sekitarnya (rujuk Jadual 2.2). Pada tahun 2000, dianggarkan 53.1 peratus peluang pekerjaan yang diwujudkan di dalam Bandaraya Kuala Lumpur adalah untuk tenaga kerja yang datang dari luar Bandaraya. Unjuran yang dibuat pada tahun 2020 menunjukkan peratusan ini semakin mengecil iaitu 37.1 peratus. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar peluang pekerjaan yang disediakan untuk tenaga kerja dari luar Bandaraya Kuala Lumpur meningkat dari 445,400 pada tahun 2000 kepada 520,000 pada tahun 2020.

2-1

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

Rajah 2.1: Pelan Konurbasi Kuala Lumpur

Sabak Bernam
#

Krau Wildlife Reserve


Kelumpang # Kerling #
#

Sungai Besar
#

Kg. Sungai Lima

Sekincan #

Tanjong Karang #

Kuala Selangor North Peat Swamp Forest


#

K. Kubu Baharu Hulu Yam Baharu #

Kuala Selangor # Asam Jawa


#

Serendah# Rawang # # Kuang #


#

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Airport Kapar ?#


Pulau Ketam

Jeram #

Shah Alam
#

Selangor State Park

S. Buloh
# A "

Ampang #

KUALA LUMPUR
#

Puchong Batu Dua Belas

Klang #

# # Pengkalan TUDM#Sungai Besi # # # # #

Titi Broga # Pajam #


# #

Pekan Simpang Durian


# #

Pulau Carey

Kajang Bandar Baru Bangi Dengkil # Banting #

Pertang #

Kuala Klawang
#

Ayer Hitam #
#

Nilai

Mantin
A "

Kg. Terengtang
#

Bahau #

e Sepang
#

Seremban #

Kuala Pilah Seremban Kg. Dangi # Kota # Gemenche #

KUALA LUMPUR International Airport


#

Rantau Rembau # #

Port Dickson

Sumber: Rancangan Fizikal Negara, 2005

PETUNJUK:-

Jadual 2.2: Penduduk Dan Peluang Pekerjaan Bandaraya Kuala Lumpur, 2000 Dan 2020
PENDUDUK DAN PEKERJAAN Bilangan Penduduk Bandaraya Kuala Lumpur Bilangan Pekerjaan Bandaraya Kuala Lumpur Bilangan Tenaga Kerja Bandaraya Kuala Lumpur Bilangan Tenaga Kerja dari Luar Bandaraya Kuala Lumpur % Tenaga Kerja dari luar Bandaraya Kuala Lumpur TAHUN 2000 1.4 juta 838,400 393,000 445,400 53.1 % TAHUN 2020 2.2 juta 1,419,500 880,000 520,000 37.1%

Sumber: Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020

2-2

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

2.2

STRATEGI PEMBANGUNAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR SELANGOR 2020)

2020 (RSN

Strategi Multi Focus RSN Selangor 2020 memberi penekanan terhadap perkembangan pusat-pusat pertumbuhan sebagai pusat ekonomi yang maju dan self contained serta mudah dikawal dan diurus, berbanding amalan semasa yang menggalakkan urban sprawl. 2.2.1 i. Ciri-Ciri Utama Strategi Multi Focus Pengekalan Dan Pemuliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Kawasan Sensitif Alam Sekitar yang telah dikenalpasti akan terus dipulihara. Di antara kawasan yang terlibat ialah kawasan hutan simpan kekal, kawasan berbukit dan bercerun curam, kawasan pesisiran pantai dan sungai, kawasan kepulauan dan kawasan tadahan air. Ia bertujuan untuk memastikan aset semula jadi tidak musnah dan pupus sehingga menimbulkan risiko bencana dan untuk dinikmati oleh generasi akan datang. ii. Pengekalan Wilayah Lembah Klang Sebagai Pusat Pembangunan Yang Dinamik

Kawasan Wilayah Lembah Klang merupakan kawasan pembangunan perbandaran yang termaju di Malaysia dan sebahagian besarnya terletak di Negeri Selangor. Pembangunan perbandaran di dalam Wilayah Lembah Klang akan terus digalakkan dan dijadikan pemangkin pembangunan negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Memandangkan kawasan ini hampir mencapai tahap tepu, pembangunan secara infill dan pembangunan semula adalah digalakkan terutamanya di pusatpusat bandar utama yang mengalami tekanan pembangunan yang tinggi. Strategi pembangunan di wilayah ini juga memberi penekanan kepada peningkatan pengurusan lalu lintas dan penyediaan infrastruktur yang lebih sempurna bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dan banjir kilat yang sering berlaku di kawasan ini. Ini adalah untuk memastikan persekitaran Wilayah Lembah Klang akan terus kondusif untuk pembangunan ekonomi bandar. iii. Peluasan Zon Pembangunan Perbandaran Di Pinggir Wilayah Lembah Klang

Untuk menampung pertambahan penduduk dan aktiviti pembangunan ekonomi, peluasan kawasan perbandaran adalah diperlukan. Oleh itu, zon perbandaran diperluaskan ke kawasan selatan Daerah Kuala Selangor dan utara Daerah Kuala Langat sebagai zon pembangunan utama. Peluasan ini juga meliputi kawasan tengah Daerah Kuala Selangor dan selatan Kuala Langat sebagai zon pembangunan sekunder yang mengambilkira pembangunan-pembangunan komited di kawasan berkenaan. Pembangunan di kawasan ini bagaimanapun ditumpukan di pusat-pusat pertumbuhan yang dikenalpasti. iv. Pengukuhan Pembangunan Ekonomi Semasa Dan Pembentukan Asas-Asas Ekonomi Baru Terutamanya Di Kawasan Kurang Maju Pembangunan ekonomi negeri dipertingkatkan melalui pengukuhan aktiviti semasa dan mempelbagaikan lagi aktiviti ekonomi berdasarkan kepada kekuatan asas ekonomi tempatan sesuatu zon pembangunan yang dikenalpasti. v. Penyerakan Pembangunan Ke Luar Wilayah Lembah Klang Melalui Pembangunan Pusat-Pusat Pertumbuhan Strategik Yang Bersifat Mandiri Dan Berorientasikan Transit

Pendekatan utama penyerakan pembangunan ke luar Wilayah Lembah Klang adalah dengan mengenalpasti pusat-pusat pertumbuhan sedia ada yang sesuai untuk menjadi pusat-pusat pertumbuhan strategik serta pusat-pusat transit di lokasi yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi di kawasan sekitarnya. Pembangunan dan perkembangan pusat-pusat ini akan dipergiatkan untuk menjadikannya sebagai pemangkin utama pembangunan di kawasan luar Wilayah Lembah Klang.

2-3

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

vi. Pengintegrasian Pusat Transit Antarabangsa, Utama Dan Sekunder Serta Penekanan Kepada Perkembangan Fungsi Penggunaan Transit Ciri istimewa yang dipamerkan oleh strategi pembangunan ini adalah penekanan terhadap pembangunan infrastruktur pengangkutan yang mampan serta konsep pembangunan koridor transit untuk seluruh Negeri Selangor. Pengintegrasian pusat transit dan pembangunan berasaskan koridor transit ini adalah untuk mengambil manfaat daripada kewujudan pusat-pusat pengangkutan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta kedapatan rangkaian perhubungan darat yang menyeluruh. Penekanan ini menuntut pembangunan sistem pengangkutan yang berintegrasi untuk memberi manfaat terhadap pergerakan manusia serta barangan dari segi keselesaan, keselamatan dan reliability serta pemeliharaan alam sekitar secara menyeluruh. 2.2.2 Hubungkait Strategi RSN Selangor 2020 Dengan Kawasan MPAJ

Beberapa aspek yang terkandung di dalam strategi RSN Negeri Selangor jelas menyediakan rangka kerja kepada pembangunan kawasan MPAJ. Antara aspek yang disentuh termasuklah :i. Menekankan kepada perkembangan pusat-pusat pertumbuhan sebagai pusat yang maju dan self contained serta mudah dikawal dan diurus. Pusat-pusat pertumbuhan yang dicadangkan di dalam kawasan MPAJ ialah Hulu Klang sebagai Core Area. Di antara dasar-dasar yang terdapat dalam RSN Selangor 2020 berkaitan dengan strategi pembangunan ini adalah:DASAR FZ 9:ARAH DAN STRATEGI PEMBANGUNAN FIZIKAL NEGERI SELANGOR DITUMPUKAN KEPADA PEMBANGUNAN PELBAGAI PUSAT PERTUMBUHAN DAN PENGGUNAAN KONSEP PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT BAGI KAWASAN PEMBANGUNAN BARU Cadangan Am:FZ9 C1: ii. Menggalakkan corak pembangunan yang padat dan mendiri serta mengandungi pelbagai guna tanah di pusat-pusat pertumbuhan (nuclei)

Strategi Pembangunan Berorientasikan Transit mengesyorkan pembangunan pusat-pusat transit bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan rel dan pengangkutan awam. Dasar-dasar yang berkaitan adalah:DASAR FZ 9:ARAH DAN STRATEGI PEMBANGUNAN FIZIKAL NEGERI SELANGOR DITUMPUKAN KEPADA PEMBANGUNAN PELBAGAI PUSAT PERTUMBUHAN DAN PENGGUNAAN KONSEP PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT BAGI KAWASAN PEMBANGUNAN BARU Cadangan Am:FZ9 C2: Menggalakkan pembangunan berorientasikan transit di lokasi-lokasi yang strategik di laluan-laluan utama di seluruh negeri untuk memberi kemudahsampaian yang tinggi ke pusat-pusat pembangunan Menggalakkan pelaksanaan amalan Smart Growth dalam pemajuan guna tanah di pusat-pusat transit di mana penekanan adalah terhadap:-

FZ9 C3:

Pembangunan yang padat (compact) tetapi mampan; Penyediaan guna tanah yang bercampur tetapi tidak bercanggah; Penyediaan pelbagai mod pengangkutan dan sistem pengangkutan mampan; Pembangunan baharu dalam kawasan tepubina sedia ada; Pembangunan berskala manusia untuk mesra penduduk; dan Pewujudan lingkungan awam.

2-4

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

iii.

Strategi Pembangunan Zon Ekonomi Mandiri menggalakkan pembangunan ekonomi berasaskan kekuatan sumberjaya ekonomi yang boleh didapati di sekitar kawasan MPAJ seperti zon pelancongan eko; zon industri sokongan dan automatif; zon pembangunan ekonomi bandar utama. Dasar-dasar yang berkaitan termasuklah :DASAR EK 1 :ZON PEMBANGUNAN FIZIKAL HENDAKLAH DIMAJUKAN DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI EKONOMI YANG BERSESUAIAN SEPERTI BERIKUT :a. b. c. d. e. f. g. h. i. Ekonomi Bandar (Wilayah Lembah Klang) Aktiviti Berteknologi Tinggi Dan Penyelidikan Dan Pembangunan (Koridor Raya Multimedia) Pelancongan (Pulau Carey Sungai Pelek) Maritim (Pelabuhan Klang) Pelancongan Dan Perikanan (Kuala Selangor) Pertanian Dan Perindustrian Tani (Tanjung Karang- Sabak) Pertanian Dan Pelancongan Agro (Lembah Agro) Automotif Dan Industri Sokongan (Rawang Bernam Jaya) Pelancongan Eko (Taman Negeri)

Cadangan Am :EK1 C1 : EK1 C2 : EK1 C3 : EK1 C4 : EK1 C5 : Membangunkan zon-zon pembangunan ekonomi yang dicadangkan Memajukan sekurang-kurangnya sebuah pusat perkhidmatan yang lengkap bagi setiap zon pembangunan Menyediakan kawasan pembangunan yang sesuai dan mencukupi di setiap zon pembangunan Menyediakan kemudahan awam, perhubungan dan infrastruktur yang lengkap dan cekap bagi menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi sesuai dengan zon pembangunan ekonomi berkenaan Mengawal perancangan dan pembangunan di setiap zon pembangunan agar tidak bercanggah dengan aktiviti pembangunan yang ditetapkan bagi zon berkenaan

DASAR EK 4 :PEMBANGUNAN EKONOMI DI LUAR WILAYAH LEMBAH KLANG AKAN DIPERTINGKATKAN, DIPERKUKUHKAN DAN DIPELBAGAIKAN Cadangan Am:EK4 C1: Meningkatkan aktiviti pembangunan ekonomi di luar Wilayah Lembah Klang berdasarkan kekuatan sumber ekonomi di zon berkenaan serta menggalakkan lagi pertumbuhan industri hiliran

2-5

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

Rajah 2.2: Hubungkait Strategi RSN Selangor 2020 Dengan Kawasan MPAJ

STRATEGI PEMBANGUNAN MULTI FOCUS

STRATEGI PEMBANGUNAN PELBAGAI NUCLEI

STRATEGI PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT

STRATEGI PEMBANGUNAN ZON EKONOMI MANDIRI

Strategi ini memberi penekanan terhadap perkembangan pusat-pusat pertumbuhan sebagai pusat ekonomi yang maju danself contained serta mudah dikawal dan diurus berbanding amalan semasa yang menggalakkan urban sprawl

Strategi ini adalah inspirasi daripada kewujudan rangkaian perhubungan infrastruktur dan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap, serta pembangunan perbandaran yang tertumpu di kawasan pusat transit. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan dan konflik lalulintas

Strategi pembangunan ini menekankan pendekatan pembangunan ekonomi berasaskan kekuatan sumber jaya ekonomi yang boleh didapati di sekitar kawasan yang dikenal pasti. Ini bertujuan untuk mempelbagaikan asas ekonomi dan memastikan setiap kawasan di Selangor dapat dibangunkan serentak

Pusat Pinggir Metro Ampang Core Area Hulu Klang Pengekalan dan Pemuliharaan KSAS Sempadan Koridor Pembangunan Bandar

Zon Pembangunan Ekonomi Bandar Utama Zon Automotif dan Industri Sokongan Zon Pengekalan, Pemuliharaan dan Pelancongan Ekonomi

2-6

You might also like