You are on page 1of 33

Asas Fotografi Digital

versi 0.6 Tarikh kemaskini terakhir : 25 June 2008

Nota disediakan oleh Adhadi Mohd. http://www.adhadimohd.com/training

Laman1

Terima kasih kerana memuat turun Nota Asas Fotografi Digital. Nota ini adalah untuk edaran secara percuma. Anda dialu-alukan untuk menggunakan nota ini untuk sebarang tujuan pembelajaran samada secara percuma atau berbayar. Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membuang sebarang kredit atau link di dalam nota ini. Sekiranya terdapat sebarang ralat atau perubahan, kepada training@adhadimohd.com untuk dikongsikan semula. Semoga anda mendapat faedah dari nota ini, dan selamat maju jaya. Terima kasih. Adhadi Mohd Photographer http://www.adhadimohd.com sila emailkan

Laman2

isi kandungan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Pengenalan PeralatanFotografiDigital Dedahan/Exposure Histogram WhiteBalance Fokus Kualiti&FormatGambar PenggunaanFlash TeknikteknikFotografi AsasKomposisi Warna Pencahayaan

Laman3

1.0 Pengenalan
Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi:
Komposisi Asas Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar. Pemilihan lensa Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan. Penggunaan ISO ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600. ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap. Teknik Digital Darkroom Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya. Retouching Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya. Gambar Hitam Putih / Monochrome Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital. Laman4 seperti

Filters Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air. Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro.

Focal Length / Bukaan pandangan Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm.

Perisian pengurusan Imej (workflow) Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan sebagainya.

Laman5

2.0

Peralatan Fotografi Digital

Kategori Kamera Digital SLR 1. 2. 3. 4. Pro Semi pro Prosumer Hobyist

Format-format Sensor Kamera DSLR


Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan pelbagai factor lain. Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya. Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat tinggi.

Full frame
Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm. Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti: Nikon D3 Canon 1Ds Canon 1Ds Mark II 1Ds Mark III Canon EOS 5D Contax N Digital Laman6

Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

Cropped format
Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame. APS-C Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon. Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis: Canon EF, EFS Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N Sistem Four Third

Lensa
Jenis-jenis Lensa Terdapat 4 jenis lens. Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8. Macro lens : mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar. Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan photojournalism. Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh. Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8 Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.

Laman7

Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut : Kategori Ultrawide fisheye Lensa Nikkor10.5mmf/2.8GED AFDXFisheye Selainini: Tokina1017mm Pandanganmembengkok.Perpektiflatarbelakangyang luas. Kesesuaianpenggunaan:Bangunan,landscape,aksi, kanakkanak,perkahwinan,acaraacaratidakrasmi, portraitkreatif. Contoh Gambar

UltraWide

NikkorAFS1424mm f/2.8GED Selainlensini: NikkorAFS1224mmf4 EDDX Sigma1020mm Tokina1224mm

Perspektiflatangbelakangyangluas.

Laman8

Kesesuaianpenggunaan:Bangunan,landscape,group photo,perkahwinandanphotojournalism. Standard Zoom Kitlens Nikkor1855mmf/3.5 5.6GEDIIAFSDXZoom Selainlensini, Tamron1750mmf2.8 Canon1755mm Latarbelakangyangluasdanbolehditukarkepada standardzoom Kesesuaianpenggunaan:semuajenisfotografi Standard (tiada zoom) Noctilux50mmf/1.0 Lainlain Nikkor50mm1.4&1.8 Nikkor35mm perspektiflatarbelakangyangbiasa. Kesesuaianpenggunaan:semuajenisfotografiterutama yangmementingkankurangnyapembengkokanperspektif (distortion) Telefoto (tiada zoom) Canon85mmf1.2L

Perspektiflatarbelakangyangkecil. Kesesuaianpenggunaan:portrait

Laman9

Telefoto Zoom

Nikkor70200mmf/2.8G EDIFAFSVR

Kesesuaianpenggunaan:fotografiuntukjarakjauh, portrait

Sumber gambar :www.pbase.com

Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan besar.

30mm f2.8 80mm f2.8

Panjang Fokal

Laman10

Lanskappada18mm,kotakputihmenandakan1/5daritinggidanlebarasas

Lanskapyangsamapada90mm,fokal5xlebihpanjangsepertiyangditandakanpadakotakputihdiatas.

Panjangfokaldanperspektif.
Sekiranya2gambardiambilpadajarakyangsamapadakepanjanganfokalyanglain,maka gambardarifocallengthpanjangakankelihatansepertiterpotongdarigambardarifocallength yangsatulagi. Sebagaicontoh,untukmendapatkanportraittubuhsepenuhnya,andabolehmenggunakan wideangleatautelephoto.Bagaimanapundengantelephotoandaperlubergeraklebihke belakang,Gambarakankelihatansamatetapiperspektifakanjadiberbeza.

Laman11

Berikutadalahperbezaanpadaperspektifapabilakitamengunakan3jenisfocallengthuntuk mendapatkansatugambaryangserupa.

Laman12

Kad Memori
Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital. Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza. Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro. Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst. Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi sekitar RM200 sahaja.

Laman13

3.0

Dedahan / Exposure

Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan ISO.

Kelajuan Shutter
Kelajuanshutterbolehdikatakansebagaisettingdedahankeramembukashutterdengan2kali lebihbesarakanmemberikandedahanyanglebihbanyakdalam1julat(1stop).Kelajuan shutteryangtinggiseperti1/1000akanmenghentikansubjekyangbergerakKelajuanyang rendahseperti1/10akanmerakampergerakanobjekdengansamar(blur).

Shutteryanglajuseperti1/2000diperlukanuntukmenghentikantitisanairsepertidiatas. Cahayayangcukupdiperlukansupayagambartidakmenjadigelap.

Shutteryangrendahseperti4saatbolehmenjadikanpergerakanairnampaklembut. Tripoddiperlukanuntukmengelakkangegaran.

Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan

Laman14

membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar. Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon.

APERTURE
Aperture adalah pintu yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital.

Pintu yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama. Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil. Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu Laman15

cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait. Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop

f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

f-32 . Bokeh kurang kemas

f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan kemas.

Kesan f-number pada kualiti bokeh.

Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka. Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh: Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5 atau f4. Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture. Laman16

ISO
ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details. Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur. Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja. ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) :

ISO
100-200

Kesesuaian
Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio. Waktu mendung, dibawah litupan. Waktu di dalam rumah

Hasil
Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum.

400

Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan. Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar. Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode.

800

1600

Waktu malam dan kurang bercahaya

3200-6400

Waktu yang gelap dan tidak bercahaya.

Laman17

Depth Of Field
Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar. DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa, crop factor dan bukaan aperture.

Jenis Dedahan (Exposure Modes)


1. Programmed AutoExposure Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil. Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16) supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp. Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8) supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas. 2. Semi Programmed AutoExposure Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure. Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan. 3. Manual Exposure Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.

METERING
Laman18

Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev) . Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering.. Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder. Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala. Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain didalam viewfinder. Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja.

Panduan Sunny 16
Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari, tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter. Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO. Sebagai contoh: Aperture ISO 100 200 400 800 Kelajuan Shutter 1/100 ~1/125 1/200 ~1/250 1/400 ~1/500 1/800 ~1/1000

f-16 f-16 f-16 f-16

Laman19

Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan

Tahap Cahaya Sedikit mendung

Cara mengetahui Ada bayang-bayang dan bucunya lembut.

Bukaan Aperture f11

Mendung biasa

Sangat mendung

Masih ada bayang-bayang tetapi agak samar-samar dan bucu hampir sangat lembut. Tiada bayang-bayang

f8

F5.6

Tip-tip untuk mengawal Exposure 1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja. 2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi overexpose. 3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk mengelakkan silhouette. 4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject. 5. Gambar terbaik tidak semestinya sempurna dari segi exposure. Jurugambar yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.

Laman20

4.0 Histogram
Di dalam sesebuah gambar, biasanya jurugambar digital akan mengecam tone sesebuah gambar pada tigabahagian,iaituShadow,Midtone&Highlight.

Gambar1:Contohgambarajahhistogramimejdanbahagianpengecaman.

Gambar2:menunjukkankaitanantaraHistogramdenganimej.Kawasanbertandakuningmenunjukkan shadow.Kawasanmerahadalahhighlight.Kawasanyangtidakbertandaadalahmidtones.

Laman21

5.0 White Balance

Setiapgambarmempunyaisuhuwarna.Suhuyangrendahakanmenyebabkanwarnagambarmenjadi kemerahandansuhuyangtinggiakanmenyebabkangambarmenjadikebiruan. Di dalam gambar yang mempunyai rujukan warna putih, biasanya white balance kurang menjadi masalah. Bagaimanapun, sekiranya tidak sebarang rujukan, anda boleh menukar white balance secara manual. ColorTemperature 10002000K 25003500K 30004000K 40005000K 50005500K 50006500K 65008000K 900010000K LightSource CahayaLilin LampuTungsten Sunrise/Sunset LampuFluorescent Flash Tengahhari dengan langit tidak berawan (mataharitegakdikepala) Sedikitmendung Dibawahlindunganatausangatmendung

Laman22

6.0 Fokus
Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus ini tidak berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual focus. Antara perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah: 1. 2. 3. 4. 5. Subject terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual focus adalah cara terbaik. tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di perlukan. Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual focus atau bersihkan lens. Terlalu dekat. Gunakan close up filter. Subject bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus

Laman23

7.0

Kualiti & Format Gambar

Resolusi Gambar
Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktu menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihan resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan. Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan. Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar anda dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar. Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besar memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat. Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch. Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar. Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan Saiz cetakan 3R 31/2 x 5 in 4R 4x6 in 5R 5x7 8R - 8x10 11R - 11x14 *jangkaan cetakan pada 200dpi Pixel* 700x1000 800x1200 1000x1400 1600x2000 2200x2800 Megapixel <1 1 1.5 3.2 6

Compression
Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. Di dalam format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. DI dalam kamera, pilihan ini biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah seperti HIGH, FINE, NORMAL, BASIC. Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti gambar berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat artifak.

Format Fail Gambar


kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail JPEG. Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format ini. JPEG adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima oleh kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. Jpeg mudah di hantar kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card. Laman24

TIFF Tagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak dan publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya. Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak RAW Format yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise reduction. Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin yang vendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan printing.

Laman25

8.0

Penggunaan Flash

Antara teknik-teknik penggunaan flash Auto flash Fill flash Red Eye flash Slow-sync flash Rear curtain flash

Laman26

9.0

Teknik-teknik Fotografi

Portrait Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu.

Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di rancang dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh jadi suatu snapshot. Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil snapshot dan casual portrait dengan baik. Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan karakter seseorang. Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk mengambil gambar portrait dengan baik. Model terbaik adalah diri sendiri.

Kesesuaian Lensa Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari 100mm untuk mengelakkan distortion dan huge dof. Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai. Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik. Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan lebih asli dan selesa. Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga. Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Sekiranya anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba letakkan subjek pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan menyebabkan subjek amat distorted.

Komposisi portrait Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan hidung tidak memotong facial line.

Laman27

Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta oleh lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest. Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame. Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen seperti pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik. Avoid merging.

Portrait Berkumpulan Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen dan di letakkan di titik rule of third.

Macro Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar. Landskap Merakam gambar pemandangan dan persekitaran. Kanak-kanak Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan lens yang pantas. Sport Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak digunakan. Candid Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.

Laman28

10.0 A Asas Kom mposisi

Titik punca tarikan

Subjek u utama Hampir semua gamb memerlukan sekuran bar ngya ek kurangny satu subje utama sebagai sumber cerita uta ama sesebua gambar. ah Foregrou und / latarhadapan dan Background / n latarbela akang Latarhada apan berma aksud satu ka awasan dida alam gambar y yang berada di hadapan subject utama. Latar bela akang pula b berada dibelakang subje ect utama. Gambar c contoh ini m mempunyai la atarhadapan n, subject utama dan latar belakang g.

Peletakan subjek n Rule of th hird Di da alam panduan ini, cub bahagika gambar anda ba an kepad 9 kotak dengan me da embuat 4 ga arisan sepe di erti bawah Titik peng h. glihatan (foc point) ya lebih din cal ang namik adalah di titik pert temuan anta setiap ga ara aris. gunaan rule of third di dalam portrait. Subjek uta ama Pengg gambar ini adalah mata. h

Laman29

Satu lagi co ontoh pengg gunaan rule of third

M den Divine Proportion Golden Mean / Gold Ratio / D

Kekemas latarbelakang san Latarbela akang ringk kas Latarbelakang yang baik tidak mengandu ungi elemen nelemen ya tidak pe ang enting dan ti idak diperluk kan. Seorang jurugambar yang baik harus mengetahui bagaimana i ut terbaik k bagi hi mendapatkan sudu memperoleh latarbelak kang yang b baik. Sebaga contoh da ai alam gamba ar di sebela ah, dengan mengguna n akan sudut pandanga t an tinggi, lata arbelakang yang dipero olehi adalah rumput hija au yang kem dan men mas narik. Laman30

dkan focus Menghad ermakna hanya subjek y yang penting dalam foto g ograf kelihata an Menghadkan focus be ar en ang adi sharp didalam gamba dan eleme yang kura penting akan menja samar. Sebagai contoh: c ai Kaedah ini boleh dicapa dengan aperture, bia asanya yang g mengawal a paling luas seperti f2.8 atau f1.4.

Keseimbang K gan Kita K boleh me enjadikan ko omposisi leb menarik bih dengan me encipta keseimbangan didalam n gambar. Sebagai S gambar contoh, disebelah, dibahagikan oleh pem misah diago onal pada bahagian tengah, mencip satu keseimbangan pta untuk kedua subject. s

Tips Pan ntas Untuk Mengawal k komposisi Pastikan ada subjek uta P a ama yang m mampu men njadi stopping power u untuk mata yang melihat. m Pastikan latarbelakang ya baik, tid serabut d melengk P ang dak dan kapkan subject utama. Pastikan kom P mposisi adala seringkas yang mun ah ngkin. Elakka dari mem an masukkan se emua elemen yang wujud didep anda. pan Komposisi ya paling ku adalah y K ang uat yang mampu menyampa u aikan mesej paling cepa dan at je elas. Pelajari gamb orang la dan kenalpasti garis P bar ain san dan ben ntuk2 yang menjadi building block gambar tersebut. r

Laman31

Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu pemandangan, adakah ketinggian sebuah bangunan, bentuk bunga, wajah yang jelita, pastikan komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan jelas. Cropping, apabila framing portrait manusia, elakkan memotong pada sendi seperti lutut atau siku. Terutama pada subjek utama. Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor bulat. Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat. Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar orang lain. Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi terbaik di computer.

11.0 Warna

Mengawal warna 1. Mahirkan diri dengan white balance. Eksperimen dengan white balance yang berlainan. 2. Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2 warna yang berlainan kecerahan dan jenis warna. Contohnya kuning berlawanan dengan biru, hijau dengan magenta, merah dengan biru muda. 3. Gunakan Vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling menarik. 4. Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah se asli yang mungkin. 5. Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast.

Laman32

12.0 P Pencahayaan a
Tip-tip m menggunaka cahaya persekitara an an 1. A Ambil gamba pada wakt awal pagi dan petang kerana cahaya waktu it paling me ar tu tu enarik 2. G Gunakan ref flector untu menambah kecerah uk han pada w wajah, elak kkan guna flash se eberapa mungkin. 3. S Silhouttes adalah untuk m menunjukkan bentuk ses n suatu subjec ct. 4. K Kurangkan ke ekuatan flas apabila m sh mengambil gambar pada waktu teng a gahhari. Fill flash adalah untuk menguran k ngkan shado tetapi b ow bukan meng ghilangkanny sama sekali. ya Sesuatu bent akan keh S tuk hilangan ben ntuk sekirany tiada con ya ntrast. 5. E Elakkan flare e/kilauan matahari atau lampu ya u ang kuat un ntuk menge elakkan mas salah ku urang contra atau ma ast, asukkan flare untuk kesa artistic. e an 6. W Warna semul lajadi adalah paling men h narik dan sat turated pada waktu lang berawan. a git 7. A Apabila meng gambil gam mbar sewaktu berkabus, naikkan ex u xposure untuk mendapa atkan ke ecerahan se emula. 8. P Pada waktu gelap, gunak night portrait mode a g kan atau rear curtain flash.

Gabungan fl G lare/kilauan matahari, rear curtain n n flash dan ke f elajuan shut tter yang pe erlahan bole eh memberikan hasil yang m m menarik.

Shooting mo : Manual S ode Aperture : f/2 A 25 Shutter spee : 1/30 S ed Flash : TTL-Bl, -0.7EV, R F Rear Curtain Flash n

Laman33

You might also like