Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
5Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pembaharuan Pemikiran Islam

Pembaharuan Pemikiran Islam

Ratings: (0)|Views: 1,524|Likes:
Published by zuhadisaarani

More info:

Published by: zuhadisaarani on Nov 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/09/2013

pdf

text

original

 
Pembaharuan Pemikiran Islam - Kemana Arahnya
?
Al-Qur’an perlu pentafsiran semula. Syari’ah Islam tidak relevan dalam konteksdunia maju hari ini (oleh itu ia tidak perlu dipertahankan !!?). Ajaran Islam tidak membawa kemajuan pada umatnya. Oleh itu perlu suatu pembaharuanpemikiran !!?.Walaupun isu-isu pembaharuan pemikiran tidak dibahAskan sehebat zamanterdahulu namun arusnya masih kuat dan terus berkembang. Sehingga kini kitamasih mendengar lontaran pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan pendapatyang lazim dan difahami ummat. Cetusan pemikiran seperti ini telah mewujudkanbeberapa kelompok manusia. Salah satu kelompok manusia adalah mereka yangcenderung mendukung pembaharuan pemikiran. Mereka ini bukan sekadar menjadipendukung pemikiran ini malah menjadi penerus dan penyebar pemikiran tersebutdengan menerima semuanya tanpa melakukan analisis lebih lanjut. Satu kelompok yang lain pula muncul juga mereka yang menolak pemikiran pembaharuan inikerana bertahan pada pemahaman Islam secara tekstual. Disamping itu terdapat juga sebahagian besar masyarakat awam yang keliru sedangkan mereka tidak memiliki kefahaman Islam yang cukup untuk menilai masalah ini.Persoalannya bagaimana Islam memandang dan menerima pembaharuan pemikirantersebut ?Makna Pembaharuan. Dalam Islam, pembaharuan dikenali sebagai tajdid. Secaraetimologis, tajdid bererti membuat pembaharuan terhadap sesuatu. Dari segiistilahnya ialah pembaharuan pemahaman agama secara syamil dan kamil(sempurna dan menyeluruh) dengan menghidupkan ajaran-ajarannya untuk disebarkan ke seluruh umat manusia.Dr. Yusuf Qardhawi mendefinisikan tajdid sebagai memelihara inti ajaran Islam,watak atau karakteristiknya dan sendi-sendinya. Pemeliharaan ini bertujuan untuk kembali pada ajaran Islam yang murni seperti pada zaman Rasulullah dan Khulafa’Arrasyidin. Sejajar dengan itu, Al-Maududi pula berpendapat tajdid yangsebenarnya adalah membersihkan ajaran Islam dari berbagai bentuk jahiliyah sertaberusaha menghidupkan ajaran Islam yang murni. Jadi, pembaharuan dalam Islam merupakan suatu usaha untuk mengembalikanajaran Islam seperti keadaannya ketika ia muncul pada kali pertama.Mengembalikan ajaran Islam yang tulen dengan cara membersih, tanpa mengubahatau menyelewengkannya (inhiraf) serta tanpa perlu menggantikan ajaran Islamdengan fahaman baru bertujuan untuk menyesuaikannya dengan perkembanganzaman.Pembaharuan pemikiran Islam juga merupakan suatu perjuangan mengembalikanpemikiran umat kepada pemikiran yang sesuai dengan nilai-nilai Ilahiyah serta
 
pemikiran yang sihat dan benar (salimah). Oleh itu pembaharuan pemikiran Islambukan bererti berfikir untuk menghasilkan formula baru dalam ajaran Islam denganmenghapuskan inti ajarannya. Namun ia bermaksud untuk lebih kontekstual danrasional serta tetap iltizam dengan paradigma pemikiran Islam.Fenomena Pengubahsuaian. Kebangkitan umat Islam diiringi.dengan perkembanganperadaban telah menumbuhkan fenomena-fenomena kemajuan umat. Di antaranyaadalah tumbuhnya gerakan pembaharuan Islam yang menjadikan prinsip utamagerakannya adalah mengembalikan keagungan umat (izzah) dan keyakinan umatIslam akan nilai-nilai agamanya yang abadi.Namun dalam waktu yang sama muncul pula aliran pemikiran baru. Aliran inibergerak di atas dasar ingin menafikan kenyataan kemunduran umat denganmencari penyelesaian pembaharuan mentaliti mereka. Mereka beranggapankemunduran umat Islam dalam peradaban kerana keteguhan umat dalammemegang ajaran Islam dan nilai-nilainya. Sedangkan ajaran Islam itu hanyarelevan dengan masa lalu yang telah jauh ditinggalkan oleh perkembangankehidupan manusia. Menurut mereka nilai-nilai Islam tidak lagi memenuhi tuntutan-tuntutan zaman moden. Maka penyelesaian yang paling tepat adalah mengikutisistem pemikiran Barat yang telah terbukti berjaya dalam kemajuan peradaban.Bermula dari pendapat inilah timbulnya “pengubahsuaian” dalam gerakanpembaharuan pemikiran. Berikut ini adalah di antara gejala-gejala“pengubahsuaian” dalam pembaharuan pemikiran Islam yang telah berkembangcukup meluas.[b]1. Bidang Penafsiran Al-Qur’an
Bertitik tolak dari anggapan bahawa interpretasi Al-Qur’an selama ini merupakan modelpenafsiran klasik dan tidak lagi mengikut konteks semasa. Pemikiran ini berusaha melahirkangagasan baru dengan membentuk semula model penafsiran yang lebih kontekstual.Contohnya terdapat pendekatan-pendekatan yang didakwa untuk menyenangkan Al-Qur’anditerima oleh manusia. Mereka beranggapan bahawa Al-Qur’an sebagai wahyu yang berasaldari Tuhan memiliki dinding yang sulit ditembusi. Padahal, Al-Qur’an merupakan manhaj yangmengatur kehidupan manusia dan ajarannya sangat manusiawi. Usaha untuk memberipemahaman penafsiran Al-Qur’an yang meninggalkan dari segi teks ternyata akanmenghilangkan ruh dan nilai keislaman serta menjejaskankan kemurniaan Al- Qur’an. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa sosio-sejarah yang menjadi latarbelakangturunnya Al-Qur’an kebanyakannya dalam konteks ke “Araban”. Sehingga ajarannya jugabanyak ditujukan untuk orang-orang Arab, seperti ayat hijab. Golongan ini mengemukakanhujah mereka bahawa hijab sesuai digunakan di negara Arab kerana keadaannya berpasir danpanas. Oleh itu hukum ini hanya layak diguna pakai untuk orang Arab, bukan umat Islamseluruhnya. Akhirnya pemikiran-pemikiran begini akan membawa kita pada suatu tanggapan
 
bahawa semua ajaran dalam Al-Qur’an adalah khusus untuk orang Arab maka tidak wajib kitamengamalkannya. Yusuf Qardhawi dalam bukunya Bagaimana Memahami Hadits Nabi SAW. mengungkapkanpenafsiran seperti ini merupakan ciri-ciri orang jahil yang tidak mengerti Islam serta tidakmampu meresapi jiwa dan semangat Islam. Mereka juga tidak mampu melihat hakikat Islamdengan mata hatinya (bashirah).
2. Memahami Hadis Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW. merupakan penafsiran Al-Qur’an yang amali. Nabi SAW. mencontohkanpengamalan Al-Qur’an dalam kehidupan seharian. Saidatina Aisyah ra. pernah ditanya tentangakhlak Rasulullah, beliau berkata, "Akhlak beliau adalah Al-Qur’an,". Allah juga telah memujiRasulullah SAW dalam Al-Qur’an dengan firman Nya yang bermaksud ;"…dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung." (QS al-Qalam :4).Peribadi baginda yang mempesonakan mampu menarik ramai manusia mengikuti ajaran yangdibawanya. Namun terdapat segelintir manusia yang tidak senang dengan situasi ini. Merekamembuat propaganda untuk mengaburkan pemahaman umat terhadap hadis Nabi SAW.Dewasa ini muncul pula pemikiran yang ingin memisahkan peribadi Nabi Muhammad sebagaiRasul dengan sebagai manusia. Apabila melihat Muhammad sebagai Rasul, setiap perbuatandan perkataan Muhammad mutlak kebenarannya dari Allah. Maka sebagai seorang Muslimmereka harus mengikuti dan mentaatinya. Namun apabila melihat Muhammad sebagaimanusia biasa, Muhammad tidak luput dari melakukan kesalahan, maka setiap perilakunyatidak semesti diikuti kerana bukan berasal dari Allah.Motif pemikiran tersebut adalah untuk menanamkan dalam fikiran umat Islam apabila kitamendengar sabda Rasulullah SAW perkara utama yang mesti dilakukan terlebih dahulu ialahmemilih adakah Muhammad ketika itu sebagai Rasul atau manusia? Jika sebagai manusia,maka tidak perlu diikuti! Pada hakikatnya mereka meletakkan semua perbuatan dan perkataanRasulullah sebagai manusia yang tidak perlu ditiru dan bukan merupakan ajaran Islam.
3. Merasionalkan Ajaran Islam
Merasionalkan ajaran Islam bererti meninjau kembali atau mengkritik ajaran Islam denganakal. Mengkritik ajaran Islam sama dengan meragukan kebenarannya. Dalam hal ini, merekayang mengikuti aliran pemikiran ini akan menempatkan akal pada peringkat pertama. Bagimereka akal dapat memahami kebenaran wahyu, maka dalam menetapkan ajaran Islam jugamereka menjadikan akal sebagai sumber pertama dan wahyu Allah jatuh ke tempat kedua.Bagi mereka, akal adalah segala-galanya dalam kehidupan yang berfungsi secara aktif danbebas. Parameter untuk mengukur kebenaran adalah rasional atau akal. Kebenaran adalahyang rasional dan kebenaran yang sesuai dengan keadaan alam dan persekitaran. Oleh itu

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Zainab Rahmat liked this
ct_tim872244 liked this
aghni liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->