You are on page 1of 2

SAYANGI BUMI KITA

PENCEMARAN ALAM SEKITAR.


Kita sedia maklum bahawa, alam sekitar meliputi beberapa juzuk penting yang meliputi air, udara, tanah dan bunyi. Di kebanyakan tempat di seluruh dunia, keempat-empat juzuk berkenaan telah mengalami krisis yang teruk dan aktiviti memulihara akan mengambil tempoh masa yang agak lama. Maka untuk hidup, antara mahu atau tidak, generasi yang akan datang terpaksa menanggung pelbagai risiko masalah kesihatan, krisis bekalan air dan makanan, udara yang tidak berkualiti serta kekuatan bunyi melebihi paras yang dibenarkan. Bekalan air bersih telah pun banyak dicemari oleh pelbagai kotoran dan sisa buangan. Toksik, bahan-bahan kimia, najis binatang, minyak dan sampahsarap merupakan beberapa contoh sisa buangan yang membahayakan bekalan air minum dan kebanyakan air terpaksa dirawat berikutan pencemarannya. Pencemaran yang serius juga berlaku apabila negara-negara membangun wujud sebagai sebuah negara industri. Kita boleh lihat di negara-negara Barat dan Eropah yang sering berlumba mencipta beberapa jenis senjata perang umpamanya kapal selam, kereta kebal diikuti peluru berpandu, senjata nuklear dan kini merebak pula penggunaan senjata kimia. Ia juga boleh membunuh manusia dan menyebabkan ekologi terancam kerana senjatasenjata demikian boleh menyebabkan masalah ozon. Selain dari itu, akibat aktiviti manusia yang menyebabkan masalah ozon semakin ketara apabila beberapa bahan kimia seperti methyl chloroform, carbon tetrachloride, klorin dan bromin dilepaskan dengan bebas ke atmosfera. Klorin dan bromin sebenarnya mengandungi bahan kima yang kekal di atmosfera berabad-abad lamanya. Ini kerana, setiap atom klorin dan bromin akan memusnahkan beribu-ribu molekul ozon. Lapisan ozon itu adalah penting sebenarnya jika ia telah menipis akan menyebabkan sinaran radioaktif ultraviolet masuk ke bumi. Sinaran radioaktif ultraviolet yang masuk ke bumi telah meningkat kepada 8 hingga 12 peratus. Sinaran radioaktif ultraviolet ini sebenarnya berbahaya kepada manusia terutama yang meliputi rantaian makanan sama ada di darat dan di laut akan

terjejas serius, kesihatan manusia juga terganggu dengan lebih ramai akan mengalami penyakit barah kulit, penyakit bular (cataracts) dan penekanan sistem imuniti. Selain itu, bekas-bekas aerosol, penyaman udara, kusyen, cipcip komputer, peti sejuk, insulasi buih dan sebagainya dibuang dengan sewenang-wenangnya oleh manusia yang menganggapnya sampah didalam rumah. Tanpa menyedari, bahan-bahan berkenaan boleh memusnahkan ozon yang hakikatnya akan dideritai oleh semua peringkat sama ada generasi hari ini dan akan datang. Selain itu, pengeluaran asap dari serombong kilang-kilang industri juga turut mengakibatkan ozon lebih parah. Pembebasan asap tersebut adalah bahanbahan kimia beracun yang menyebabkan ruang udara tidak lagi berkualiti kerana dimonopoli oleh bahan-bahan karbon dan gas-gas fotokimia yang tidak berguna. Ini akan mengakibatkan terwujudnya penyakit-penyakit ganjil yg menular pada manusia di abad ini disebabkan oleh pencemaran yang berleluasa. Justeru itu, kita hendaklah serius dalam menangani masalah alam sekitar dengan memelihara persekitaran kita. Ini kerana memelihara alam sekitar adalah tugas yang mudah dan menyeronokkan sebelum tibanya satu tahap memulihara yang tentunya akan memerlukan banyak pengorbanan tenaga, kemahiran, wang ringgit dan tempoh yang agak lama. Rujukan: http://www.kpdnhq.gov.my/kpdn/hep/BPD/6_2002/6_2002_6.htm

You might also like