Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
65Activity

Table Of Contents

0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cinta Masam Manis

Cinta Masam Manis

Ratings:

5.0

(2)
|Views: 18,846 |Likes:
Published by Malinda Miskat

More info:

Published by: Malinda Miskat on Feb 03, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/21/2013

pdf

text

original

 
Penulis/Cdt:
CINTA MASAM MANIS**1**
NAMA saya Qisya Nur Alifa Binti Zahiddin. Berusia dua puluh empat tahun. Berstatus bujang danmasih solo. Jantina mestilah perempuan. Takkan jantan pulak! Anak sulung daripada tigaberadik. Biarpun menjawat jawatan sebagai anak sulung merangkap ketua kontinjen anak-anakHaji Zahiddin Bin Haji Nawawi dan Hajah Azyan Binti Haji Sulaiman, namun saya merupakananak kesayangan. Ini kerana saya merupakan satu-satunya anak perempuan babah dan umi.Disebabkan itulah saya telah diiktiraf sebagai anak kesayangan mereka. Hehehe… seronoknya!Rasa macam menang anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian je.Saya memang anak manja. Maklumlah, sepuluh tahun sebelum Qayyum dan Qayyim lahir, sayamerupakan anak tunggal. Jadi pada saya yang cute lagi comel inilah tertumpah segala kasihsayang. Saya sangat dimanjakan oleh babah dan umi, juga Tok Ling dan Nek Tee. Manatidaknya, saya ni juga merupakan satu-satunya cucu perempuan Tok Ling dan Nek Tee.Keadaan tetap sama walaupun setelah Qayyum dan Qayyim dilahirkan. Saya tetap jadi anakmanja dan kesayangan ramai. Terutama anak manja kepada lelaki yang paling saya sayangi iaituHaji Zahiddin. Malah babah lebih manjakan saya berbanding dua adik lelaki saya tu. Sebab tusaya digelar anak bapak. Alahai… macam cerita P.Ramlee pulak dah. Hehehe…Qisya bermonolog. Wajahnya dibelek lagi. Rasanya ini sudah kali yang ke-99 dia membelek-belek wajahnya di hadapan cermin. Dah cantik sangatlah kononnya tu. Kalaulah cermin dihadapannya itu boleh berkata-kata, tentu cermin tu akan kata “Tolonglah Cik Qisya Nur Alifa…aku dah tak larat asik duk mengadap muka kau berhari-hari. Kasi la aku masa untuk berehat.”Huhuhu!Qisya melebarkan senyumannya. Rasa bangga pula dia melihat penampilan dirinya ketika ini.Tampak anggun dan manis. Ala-ala wanita muslimah melayu terakhir gitu. Cewah! Anak darakesayangan Haji Zahiddin dah mula perasan sendiri. Hidungnya sudah kembang kempismenahan rasa perasan yang melanda sanubari kewanitaannya. Apatah lagi bila terkenang pujianTok Ling dan Nek Tee tentang penampilan terbaharunya itu sewaktu dia balik ke kampunghalaman terchenta.Kata Tok Ling, “CUCU TOK LING NI BERTAMBAH CANTIK BILA DAH BERTUDUNG. INIBARULAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI GADIS MELAYU SEJATI.” Hehehe… lebar senyumanQisya sewaktu Tok Ling memujinya. Pujian yang ikhlas tu. Mana tahu ikhlas? Ala… tahulah! TokLing tu mana pernah bohong bila bab puji-puji ni.Kata Nek Tee pulak, “LAWA CUCU PEREMPUAN NEK TEE NI. MANIS AJE BERTUDUNG.SEJUK MATA DAN HATI SESIAPA YANG MEMANDANG. BANGGA NEK TEE TENGOK CUCUNEK TEE YANG CANTIK NI. SIKIT HARI LAGI MESTI KENA PINANG DENGAN PUTERA
 
RAJA.” Aduh... semakin kembang lubang hidung Qisya dibuatnya. Mengalahkan hidung seladangbetina sahaja. Pantang betul dia bila ada yang memuji dia cantik. Mulalah dia tersenyum bagaitak ingat dunia. Qisya! Qisya! Memang spesis tak boleh dipuji langsung.Qisya tersenyum lagi. Lesung pipit di pipi kiri dan kanannya menyerlah dengan dalam. Kata Afiq,lesung pipit Qisya sama dengan lesung pipit milik Preity Zinta. Cantik dan menarik! Hmmm…iyalah tu. Macamlah Qisya tak tahu yang si Afiq tu saja nak mengurat. Pasal tu cakap begitu.Main puji-puji! Main ayat-ayat cinta! Siap nak samakan Qisya dengan Preity Zinta lagi. Lawa tu!Alahai Afiq Bin Alif… kalau iye pun awak nak mengurat, cubalah guna taktik yang canggih sikit.Ini tidak… guna pun taktik zaman purba. Zaman babah Qisya nak mengurat umi Qisya. Hisy…tak menusuk kalbu sungguh! Buat Qisya tak ada hati nak melayan ayat-ayat cinta si Afiq tu.Alamatnya, Afiq kena terima hakikat bahawa dia dan Qisya hanya boleh menjadi sekadar kawanbiasa sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jika Afiq masih berdegil dan meneruskan niatnya untukmenjadikan Qisya teman wanita istimewanya, Qisya tak akan layan Afiq lagi. Cukuplah hubunganpersahabatan mereka setakat disitu sahaja. Itulah ugutan Qisya sebaik sahaja Afiq selesaimeluahkan ayat-ayat cintanya pada Qisya buat kali yang kedua. Kali yang pertama gagal segagalgagalnya!Tapi itu cerita dua tahun lalu. Waktu mereka sama-sama menuntut di UiTM, Shah Alam. Tamatsaja pengajian, Qisya dan Afiq terputus hubungan. Dia sendiri tak tahu ke mana hilangnya lelakiyang pernah menjadi peminat setianya sewaktu di Kampus itu. Rindu juga rasanya hendakbertemu dengan Afiq poyo, nama glamor Afiq sewaktu di Kampus. Apa Qisya kata tadi? Rindu?!Opss… dia rindu bukan sebab dalam hati ada cinta, ya. Jangan pulak ada yang salah tafsir. Diarindu sebab dah lama tak menyakat temannya itu. Walaupun kehadiran Afiq sewaktu di Universitisesuatu yang merimaskan Qisya, sebab Afiq ni suka sangat berjiwang-jiwang. Namun Afiqmerupakan satu-satunya kawan lelaki yang cukup tahan dengan perangai Qisya yang gila-gilaitu. Hehehe…Sekali lagi Qisya membelek-belek wajahnya. Manalah tahu kalau ada jerawat batu yangmemusnahkan penampilan anggunnya hari itu. Tak jadilah dia nak berlagak depan Nisya danCasabelle. Seminggu dia bercuti di kampung halaman, rasa rindu pula dia pada dua sahabatbaiknya itu. Sepanjang beristirehat di kampung, Nisya dan Casabelle langsung tidakmenelefonnya. Dia pun dua kali lima juga. Langsung tak bertanyakan khabar dua sahabat sehatisejiwannya itu. Kata sahabat baik. Tidur sebantal, makan sepinggan! Tapi jejak saja kaki kekampung halaman, Qisya terus lupa pada Nisya dan Casabelle.Kerinduan yang membuak-buak pada babah, umi, Qayyum dan Qayyim, menyebabkan Qisyalupa pada kawan-kawan di Kuala Lumpur. Keseronokan menikmati buah-buahan di dusun milikTok Ling, membuatkan ingatan Qisya pada Nisya dan Casabelle terus lenyap entah ke mana.Huhuhu… kejam juga Qisya ni. Kalaulah Nisya dan Casabelle tahu… sah merajuk selama duatahun dua sahabat itu.
 
Hmmm… boleh tahan cantik jugak aku ni, ya! Tambah-tambah bila dah bertudung macam ni.Bertambah cantik aku dibuatnya. Kalah Yuna! Hehehe… Qisya sudah masuk bakul angkatsendiri. Tudung bawal hitam yang tersarung dikepala diperkemaskan. Balik ke KL setelahseminggu bercuti di kampung kenalah nampak cantik. Mana boleh nampak sememeh depanNisya dan Casabelle. Kenalah berlagak sikit depan dua minah kerek tu. Hehehe…Kalau aku tahu macam ini punya cun aku bertudung, umur 7 tahun lagi aku dah jadi muslimahsolehah. Tak payah nak tadah telinga dengar bebelan umi yang asyik menyuruh aku bertudung.“INGAT CANTIK SANGATKAH BILA TAYANG RAMBUT MACAM TU? KAN ELOK KALAU KAKLONG BERTUDUNG. MANIS AJE. INI TIDAK… DAH MACAM PONTIANAK HARUM SUNDALMALAM AJE UMI TENGOK. MENAKUTKAN SUNGGUH!”Itulah bait-bait bebelan Hajah Azyan bila anak gadisnya masih belum bersedia untuk bertudungdulu. Mahu cair juga tahi telinga Qisya sebaik sahaja mendengar bebelan umi yang tak henti-henti itu. Macam burung kakak tua. Hehehe…Qisya dan adik-adiknya memang tak pernah nak tahan mendengar bebelan Hajah Azyan yangtak ada warna merah tanda nak berhenti itu. Mulalah masing-masing sibuk nak buat sesuatu.Sedangkan tak ada apa pun yang nak disibukkan. Saja nak larikan diri. Mana tidaknya, jika umidah start membebel pukul 6.00 pagi, pukul 10.00 malam baru bebelan umi akan berhenti. Itupunsebab umi dah masuk tidur. Kihkihkih… Namun sejak Qisya bekerja dan tinggal menyewa di KL,dia sudah jarang mendengar bebelan umi. Paling-paling yang membebel macam mak nenek puncuma si Nisya anak pakcik Darsani.Entah macam manalah babah boleh bertahan mendengar bebelan umi yang tak berkesudahanitu? Mungkin disebabkan rasa cinta babah pada umi, menyebabkan babah sanggup mendengar bebelan isterinya itu. Opsss… bukan mungkin la! Memang betul pun babah sayangkan umi. Jikatidak, masakan babah masih bertahan dengan umi walaupun mulut umi tak pernah berhentimengomel dan bentuk badan umi dah tak seramping dulu. Hehehe… Qisya memang cukupkagum melihat cinta babah dan uminya. Persis cinta Adam dan Hawa. Cayalah!STREETTT…………..Qisya tersentak. Sepenuh hati dia menekan brek kereta sampai berdecit bunyinya. Hampir melayang semangatnya. Kursss… semangat! Nasib baik roh Qisya tak cabut lari meninggalkantuannya sendirian. Jika tidak, alamat tinggal arwahlah dia jadinya. Terkejut kambing gurun betuldia bila dengan tiba-tiba sahaja sebuah kereta BMW 6 series warna hitam berkilat meluncur dengan laju masuk ke simpang jalan. Nyaris melanggar keretanya yang baru hendak keluar daripada simpang. Mujur dia sempat menekan brek.

Activity (65)

You've already reviewed this. Edit your review.
coklet ferrero liked this
Izzah Izz liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
polylina liked this
Machitah Awie liked this
Munirah Hayati liked this
Farhana Ramli liked this
Amirr Top liked this
Amirr Top liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->