Menurut Dr. Fadhal Ilahi, makna selawat Allah atas mereka (yang berada di safpertama) adalah seperti yang dikatakan oleh Imam ar-Raghib al-Asfahani, iaitu:"Tazkiyah (Penyucian daripada dosa-dosa) terhadap mereka." Selawatnya paramalaikat pula: "Iaitu berbentuk doa dan permohonan keampunan." Alangkahberuntungnya sesiapa yang mendapat tazkiyah daripada Allah dan doa pengampunandaripada para malaikat.3) Rasulullah memohon keampunan buat mereka di saf pertama sebanyak tiga kali.Daripada 'Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yangberada di saf pertama tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali.(Riwayat Ibnu Majah). Alangkah bahagia sekiranya orang yang paling mulia di atasmuka bumi ini memohon keampunan untuk kita.Demikianlah beberapa keutamaan saf paling hadapan di dalam solat berjemaah. Yangamat dikesalkan terdapat ramai di antara kita yang tidak lagi memberi perhatianterhadap keutamaan-keutamaan ini. Umat Islam di Malaysia seakan-akan tidak ghairahmerebut saf pertama.Mereka lebih memilih untuk mendapatkan tempat yang membolehkan mereka bersandardengan selesa seperti di tiang-tiang atau di dinding masjid, berdekatan dengankipas dan pintu supaya dapat cepat keluar setelah selesai bersolat.Ada pula yang datang awal ke masjid tetapi berborak dahulu di luar masjid sambilmenghisap rokok. Alangkah ruginya mereka ini. Sesungguhnya Rasulullah menyatakanbahawa sesiapa yang secara sengaja memenuhi saf belakang, maka Allah akanmembelakangkan mereka.Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah melihat ada sebahagian sahabatnyayang tidak mahu maju ke saf pertama, maka baginda bersabda: Majulah dan ikutilahsaya, sedangkan orang-orang di belakang harus mengikutimu pula! Sesuatu kaum yangselalu suka di belakang, tentu akan dibelakangkan pula oleh Allah. (RiwayatMuslim).Adakah kerugian yang lebih besar daripada kerugian dibelakangkan oleh Allah? Olehitu datanglah awal ke masjid untuk solat berjemaah dan rebutlah saf pertama.PERANAN IMAMRasulullah sebelum memulakan solat, akan memastikan makmum di belakangnyameluruskan saf terlebih dahulu. Anas bin Malik berkata, ketika telah iqamah untuksolat, Rasulullah menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya bersabda: Luruskansaf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku.(Riwayat Bukhari)Kebiasaan yang kita lihat di masjid-masjid, para imam hanya melaungkan "luruskansaf", "luruskan saf" tanpa melihat jemaah di belakang sama ada mereka mematuhiperintahnya atau tidak.Mereka seperti hanya melepaskan batuk di tangga. Sedangkan Rasulullah akanmenghadap para makmum dan memastikan arahan meluruskan saf benar-benardilaksanakan oleh para sahabat. Malah ada riwayat yang menyatakan Baginda pergi kesetiap barisan untuk melihat sama ada saf benar-benar telah lurus sebelummemulakan solat.Daripada Albara' bin 'Aazib berkata: Adalah Rasulullah memasuki celah-celahbarisan (saf) sambil mengusap dada dan bahu kami. (Riwayat Abu Daud).
Add a Comment