You are on page 1of 24

1.

PRABACAAN

2. PRATULISAN
Kemahiran Menulis
Don Bryne (1979) :menyatakan bahawa simbol-simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap. Hal ini meliputi bebrapa aspek, iaitu: y y y y Menggunakan pelbagai jenis ayat Mencatat dan menyusun maklumat Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca

Konsep Kemahiran Menulis


Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Oleh itu, murid perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Kemahiran Menulis
1. Kemahiran ini perlu diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya murid dapat menulis dengan betul 2. Setiap peringkat kemahiran hendaklah mempunyai hubungan dan kaitan dengan kemahiran-kemahiran lain 3. Pengajaran mesti dirancang dengan teliti supaya murid dapat menguasai dan mempratikkannya dengan baik

Matlamat Kemahiran Menulis


1. Menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin

2. Merakamkan apa-apa yang didengar, dilihat atau dialami

3. Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan tangan akan menghasilkan kemahiran menulis dengan sistematik

Peringkat Pengajaran Menulis


Pengajaran menulis terbahagi kepada tiga peringkat: i. ii. iii. Peringkat pratulisan Peringkat mekanis Peringkat pelahiran

Peringkat Pratulisan

PRATULISAN bermaksud: Pra Tulisan : Sebelum : Lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam

bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Pratulisan merupakan satu peringkat yang dilalui oleh kanak-kanak sebagai persediaan ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.

Peringkat Tulisan Mekanis


Setelah murid faham dan tahu serta mampu memegang pensel dengan betul dan boleh duduk dengn cara yang betul, mereka boleh dilatih untuk membentuk lambang-lambang huruf menggunakan gambar. Latihan perlu dimulakan dengan kertas yang tidak bergaris dan diikuti dengan menggunakan buku bergaris. Setelah murid menguasai menggunakan alat-alat dengan baik, guru perlu melatih murid dengan menggunakan buku dan alat-alat yang lain pula. Selain itu, guru juga perlu memberi perhatian kepada murid untuk menulis sambil mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Pada peringkat ini penguasaan kemahiran menulis ialah mudah dibaca dan

menghasilkan tulisan yang kemas. Fokus utama adalah bertumpu kepada: i. ii. cara memegang alat tulis membentuk garisan dan lengkongan huruf yang betul

iii. mengekalkan jarak dan bentuk huruf

Aktiviti Latihan Tulisan Mekanis


i. ii. iii. Membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal Menulis huruf di atas kertas bergaris dua atau tiga Menulis huruf di atas kertas bergaris satu

iv. Membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapatkan keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam v. vi. vii. viii. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan yang betul abjad a-z Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan songsang abjad z-a Membina suku kata KV dan KVK Membina ayat tunggal

Peringkat Menulis Pelahiran


Pada peringkat ini, murid digalakkan melahirkan fikiran dan idea secara bertulis. Guru dicadang memulakan aktiviti secara terkawal. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan bagi menguasai kemahiran menulis. Antara aktiviti yang dicadangkan: i. ii. iii. Melengkapkan ayat berpandukan gambar-gambar dan perkataan Mengisi tempat kosong dalam ayat Melengkapkan ayat-ayat dalam perenggan sehingga murid dapat

menghasilkan tulisan tanpa panduan iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Mengisi silang kata Melengkapkan rangkai kata Memanjangkan ayat dalam perenggan Menyudahkan cerita Membina ayat berdasarkan gambar Menulis jawapan kefahaman Meulis rencana Menulis karangan daripada tajuk yang diberi

Peringkat Pratulisan
Definisi Pratulisan
Menurut Golden (1984: 4) :kanak-kanak pada umur tiga tahun telah berupaya untuk mengenal pasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan lakaran. Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Oleh itu orang dewasa berperanan untuk memupuk minat kanak-kanak ke atas tulisan dan bacaan bermula pada peringkat umur tersebut. Oleh itu pratulisan boleh didefinisikan sebagai: Kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Di mana melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan. Pratulisan bertumpu pada: i. Latihan-latihan yang berfokus kepada pergerakan tangan ii. Penguasaan gerak tangan bebas supaya dapat menulis dengan selesa iii. Latihan aktiviti pergerakan mata iv. Melakukan koordinasi pergerakan tangan tangan dan mata supaya kanak-kanak dapat mengecam posisi huruf dengan baik

Tujuan Pratulisan

i. ii. iii. iv. v.

Supaya kanak-kanak kenal kesemua huruf Supaya kanak-kanak dapat membezakan huruf kecil dan huruf besar Supaya kanak-kanak menulis dari arah yang betul Supaya kanak-kanak menulis huruf dalam posisi dan arah yang betul Supaya kanak-kanak dapat mengikut urutan huruf yang betul

Kelebihan Pratulisan
i. Menyediakan kanak-kanak sebelum beralih kepada kemahiran tulisan

ii. Kanak-kanak yang melalui peringkat pratulisan akan lebih cepat mengenal huruf dan lebih cekap menulis huruf iii. Kanak-kanak yang melalui peringkat pratulisan akan lebih berminat untuk belajar kerana mereka dapat memahami peringkat tulisan dengan lebih baik iv. Guru juga tidak menghadapi banyak masalah dalam mengajar kerana kanakkanak ini sudah melalui peringkat pratulisan v.

Perlaksanaan Pengajaran Pratulisan


Menurut Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) : mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sering berlaku seperti: i. Menulis bentuk huruf yang tidak betul dan senget. Guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai anduan untuk murid menulis ii. Tidak dapat menulis dengan sekata. Guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan. Di mana perhatian perlu kepada cara murid memegang pensel dan kedudukan tangan di atas meja ketika menulis iii. Tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Guru perlu melakukan latih tubi menulis huruf mengikut jarak hujung jari atau mengukur jarak dengan sebatang pensel Selain itu, guru perlu menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul. Aktiviti menulis ini boleh digabungkan dengan

permainan dan sebagainya bagi mengelakkan kebosanan murid. Muzik latar juga boleh membantu menarik minat murid ketika menulis. Proses pembelajaran menulis pratulisan adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting pada peringkat ini. Aktiviti-aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas kepada penguasaan kemahiran menulis seperti menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.

Peringkat Pratulisan
i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke belakang ii. iii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus. Menyambung titik-titik di atas kertas

iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah dan bawah ke atas v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung dan bulatan arah jarum jam. vi. vii. Melukis garis condong Menyalin corak dan bentuk-bentuk mudahiv.

viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk-bentuk huruf tersebut

Aktiviti-Aktiviti Latihan Pratulisan


1. Latihan pergerakan tangan Aktiviti ini dijalankan supaya murid bersedia untuk menggunakan jari bagi memegang pensel di samping sebagai latihan penggunaan otot-otot tapak tangan.

Murid dikehendaki: y y y y y y y y y y y Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali Menggenggam dan menghancur atau meronyokkan sehelai daun atau kertas Menggenggam dan merasakan beg yang berisi kekacang Menggenggam dan merasakan beg yang mengandungi bola Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja atau di lantai Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir, garam atau tanah Menggoyangkan tangan Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh Memasangkan butang baju, menanggalkan dan memasangkan semula Membuka tali kasut dan mengikat semula

2. Latihan pergerakan mata Aktiviti ini bertujuan untuk mengimbangi pergerakan mata kanak-kanak. Murid dikehendaki: y Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru y Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama untuk pada mata yang sebelah lagi y Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari ke kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri y Menyebut benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis dan benda-benda yang sederhana juga benda-benda besar y y Menyebut warna benda atau alat yang dipegang oleh guru Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulatan, separuh bulat, bujur dan sebagainya

3. Latihan pergerakan yang melibatkan koordinasi tangan dan mata Aktiviti ini adalah bertujuan supaya murid dapat membuat pengecaman terhadap sesuatu objek dan mengkoordinasikan mata bagi benda-benda yang serupa. Murid dikehendaki: y y y y Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan Mencantum bahagian-bahagian gambar terpotong, misalnya jigsaw puzzle Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak secara berpasangan y y y y y y y y y y Mewarnakan gambar Mencantumkan titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar Membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas Mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas. Menguntaikan manik Menentukan arah jalan atau aliran sungai Memadankan gambar bagi benda-benda yang sama rupa. Memilih gambar yang berlainan dalam satu set Mencari lima benda yang tersembunyi dalam satu lukisan Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal y Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya Berikut adalah contoh penerangan lanjut kegiatan pratulisan. Aktiviti ini boleh diubahsuai dan dijalankan di dalam bilik darjah. Aktiviti ini boleh dikembangkan bagi memantapkan persediaan murid dalam pramenulis dengan lebih baik dan menarik. Dengan aktiviti pratulisan seperti ini murid-murid akan berminat dan tidak cepat bosan. i. Mari Menabung

Alat yang diperlukan: y Kotak kasut yang salah satunya mempunyai lubang, pastikan lubang berada tidak sejajar/searah antara satu dengan lain. Ini bertujuan agar permainan lebih bervariasi dan bertentang y Duit syiling/butang baju (pelbagai saiz)

Permainan ini bertujuan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), koordinasi mata

tangan serta melatih kecekapan dan kelembutan jari dan pergelangan tangan semasa murid mencuba memasukkan duit syiling/butang baju pelbagai saiz dan pelbagai polisi lubang. ii. Membantu Menjemur

Alat yang diperlukan: y y y Penyepit baju Gambar kanak-kanak/sapu tangan/stokin dan lain-lain yang sesuai Tali (diikat antara dua kerusi) # Permainan ini bertujuan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), melatih kekuatan jarijari dan koordinasi dua tangan serta koordinasi mata-tangan.

iii.

Memasukkan Kacang ke Dalam Straw

Alat yang diperlukan: y Straw dan kacang hijau

# Permainan ini bertujuan melatih pola pegang alat tulis, koordinasi dua tangan, koordinasi mata-tangan, melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta melatih konsentrasi dan kesabaran. iv. Mengguli dan Membuat Doh

Alat yang diperlukan: y y y y Tepung gandum Garam Pewarna Sedikit minyak masak # Permainan ini bertujuan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari. v. Melakar Bentuk (objek/huruf/nombor) menggunakan jari telunjuk di atas

permukaan yang berlainan Alat yang diperlukan: y y Pasir Besen/dulang # Permainan ini bertujuan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari. vi. Menyambung Titik

Alat yang diperlukan: y y y Pensel Pensel warna Kertas putih

# Permainan ini bertujuan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan.

Contoh-contoh yang boleh dihasilkan dalam aktiviti pratulisan

Gambarajah 1: Mengguli dan membuat rekaan doh

Gambarajah 2: Latihan menulis dari kiri ke kanan.

3. PEMULIHAN BACAAN
3.1 PENGENALAN Menurut Atan Long (1976), membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca: Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca) Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Faktor yang ada pada bacaan Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kandungan bahan,struktur cerita,penggunaan dan organisasi bahan grafik.

3.2

AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN

(a)

Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran

fonetik yang betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza.Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan. Guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti: Bibir Gigi Gusi Lelangit keras Lelangit lembut

Anak tekak Lidah Rongga tekak Rongga mulut

(b)

Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid. Melalui

aktiviti pemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan menghafal huruf a sehingga z dengan urutan yang betul. Guru perlu melaksanakan aktiviti berikut: Nyanyian lagu A,B,C Menayangkan huruf satu persatu secara berulang Padanan abjad Menyebut huruf satu persatu secara berulang

(c)

Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu

diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. Latihan ini juga melibatkan penggunaan gambar untuk merangsang murid supaya bertutur.

(d)

Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai

kemahiran membaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklah permainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf, permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv, kvk, kv+kv dank v+kvk.

(e)

Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam

mengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan, membina, menggunakan dan menilai bahan. Bahan

pengajaran pula perlulah menarik dan memenuhi keperluan pancaindera.

3.3

PENDEKATAN PEMULIHAN BAHASA Kaedah suku kata Kaedah cantuman

Kaedah fonik

Pelajari

perkataan

Mengeja suku kata perkataan bermakna

Berasaskan kata bermakna. Perkataan dicantumkan.

suku

yang belum dikenali dengan menggunakan bunyi bahasa.

b (beh) + a (ah) = ba t (the) + u (uh) = tu

Bermula

dengan 2

ma + ma =mama a+ da = ada ba + ju =baju mama ada baju

suku kata, 3 suku kata, 4 suku kata dan seterusnya.

ba + tu = batu

3.4

PEMULIHAN MEMBACA DALAM MATA PELAJARAN (a) Mata pelajaran muzik Contoh aktiviti : menyebut nama huruf mengikut melodi.

(b) Mata pelajaran pendidikan seni visual Contoh aktiviti : mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan gambar yang dilukis, kraf, kolaj dan ukiran yang dihasilkan.

(c) Mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan Contoh aktiviti : bermain dengan huruf dan perkataan secara lokomotor.

3.5

PROSEDUR PELAKSANAAN (a) Pemulihan membaca dalam mata pelajaran muzik (1) Membaca lirik lagu sebaris demi sebaris secara berpandu. (2) Membaca lirik lagu mengikut irama. (3) Menyanyi lagu dengan iringan. (4) Guru menunjukkan kad imbasan abjad a ( berwarna merah untuk tempo cepat) i ( berwarna biru untuk tempo lambat) (5) Murid menyebut abjad sambil bergerak dalam tempo lambat dan cepat. (6) Murid menyanyi dengan membuat gerakan tempo lambat dan cepat berpandukan kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru. (7) Murid menyanyi sambil mengangkat kad imbasan berpandukan tempo yang dinyanyikan.

(b) Pemulihan membaca dalam mata pelajaran seni visual Elemen Bahasa : Suku kata KV Teknik/ Aktiviti : Kolaj

(1) Murid menghasilkan pelbagai jenis garisan dengan bimbingan guru. (2) Guru mengedarkan kad bercetak huruf kepada murid. Contoh : a e i o u p b c d (3) Murid memilih bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan kolaj huruf. (4) Guru mengedarkan kad gambar kepada murid. (5) Murid menamakan objek tersebut secara lisan. (6) Murid menggabungkan hasil kolaj untuk menghasilkan suku kata berdasarkan gambar yang diberi. Contoh: Gambar Baju

(c) Pemulihan membaca dalam mata pelajaran pendidikan jasmani (1) Memanaskan badan seperti berjalan, berlari dan melakukan regangan. (2) Aktiviti simulasi Mari Naik Kereta Api dimulakan. (3) Bahagikan kepada dua kumpulan.Kumpulan hendaklah dalam bentuk barisan.Barisan tersebut perlulah seolaj-olah seperti kereta api. (4) Setiap pelajar menulis huruf kecil (k, p, t, i , r ) di belakang badan rakan dengan menggunakan jari telunjuk sambil membunyikan huruf tersebut. (5) Pelajar berpusing ke arah belakang dan mengulang aktiviti tersebut. (6) Pelajar diminta membentuk huruf kecil tadi dengan menggunakan barisan kereta api tadi.

3.6

ANALISIS AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN Guru perlu mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan murid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat membantu perancangan dan penyediaan proses pengajaran. Pengetahuan dan pemahaman guru dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman. Aktiviti pemulihan

membaca perlulah dilakukan dengan menggunakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asas kemahiran berbahasa iaitu membaca.

4.

PEMULIHAN TULISAN
4.1 KONSEP PEMULIHAN TULISAN Pada masa kini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid-murid lain akan diasingkan dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Waktu-waktu pelajaran tertentu telah ditetapkan untuk memberikan pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan mengenai latar belakang murid, supaya pengajaran yang hendak dijalankan benar-benar sesuai untuk murid tersebut.

Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dijalankan, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini dinamakan sebagai saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada dalam bidang membaca, menulis atau mengira. Langkah diagnosis akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

4.2

TEKNIK PENGAJARAN PEMULIHAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS

Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyaikaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna.Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada cara memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak.

Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran pada kebiasaannya mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yang bersetuju dengan pendapat Hidreth(1947) menyatakan bahawa punca utama masalah menulis dalam kalangan murid ialah masalah psikomotor , masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf danperkataan serta daya ingatan yang lemah.

Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis : a) arah tulisan yang tidak betul, b) terlalu jarak atau terlalu dekat, c) bercelaru, d) senget, e) terlalu menekan ketika menulis f) tulisan yang berlapis-lapis. g) lambat

Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan bahawa guru-guru sekolah rendah haruslah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas.

Terdapat juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan.Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untuk memastikan pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jarak hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel.

Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jikaguru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis.

5.3

CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkatperingkat permulaan dan mendirikan asas penulisan. Penerangan, tunjuk cara serta contohcontoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh muridmurid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

5.4

KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh.Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Usaha pengajaran permulaan dalam penulisan pada kebiasaannya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid tersebutmasih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon.

Langkah-langkah untuk mengajar memegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut: 1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut.Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja. 2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. 3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jaridan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa. 4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

5.

Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) pada kedudukan yang betul

PELAKSANAAN BAHAGIAN 2 (1) Guru melekatkan kad gambar dan suku kata di papan hitam. (2) Guru memberi penerangan tentang peraturan aktiviti permainan.

Peraturan Permainan (1) Murid membentuk satu bulatan yang besar. (2) Guru memberi kotak beracun kepada setiap kumpulan. Muzik dimainkan. (3) Kotak tersebut dihantar dari seorang murid ke murid yang lain sehingga muzik berhenti. (4) Murid yang memegang kotak beracun semasa muzik dihentikan akan mengambil sekeping kad suku kata. (5) Murid berkenaan akan membaca suku kata tersebut dan diikuti oleh murid yang lain. (6) Murid tadi akan memadankan kad suku kata dengan kad gambar di papan hitam. (7) Murid tadi diminta membaca suku kata yang lengkap dan diikuti oleh murid yang lain. (8) Aktiviti ini diteruskan selama 30 minit. (9) Pada akhir aktiviti, murid yang berjaya memadankan dengan tepat akan diberi ganjaran.

You might also like