Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Golongan Anti Hadis

Golongan Anti Hadis

Ratings:

5.0

(2)
|Views: 2,409|Likes:
Published by Salahuddin Kakashi

More info:

Published by: Salahuddin Kakashi on Nov 17, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/16/2009

pdf

text

original

 
1
Golongan Anti Hadis
Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui Hadis atauSunnah Nabi Muhamad s.a.w. sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. merupakan sumber kedua syariat Islamselepas al-Quran. Sumber pengambilan hukum yang terlah disepakati oleh paraulamak ada empat, iaitu:1.
 
Al-Quran2.
 
Al-Sunnah atau Hadis3.
 
Ijmak4.
 
Qiyas.
Sejarah Golongan Anti HadisGolongan Anti Hadis Pada masa sahabat
Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar Hadis, terdapatseorang yang meminta agar tidak perlu mengajar Hadis, memadai dengan al-Quran sahaja. Imran menjawab: "Engkau dan sahabat-sahabat engkau bolehmembaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir.Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itumenjawab: "Terimakasih, aku baru sedar." Dan dikemudian hari orang itumenjadi seorang ahli fikah.Perkara yang terjadi kepada Umayah bin Khalid pula. Dia sedaya upaya cubamencari penyelesaian seluruh masalah dengan hanya merujuk kepada al-Quransahaja. Akhirnya dia berkata kepada Abdullah bin Umar bahawa di dalam al-Quran dia hanya berjumpa dengan masalah sembahyang di rumah dan ketikaperang sahaja. Sedangkan masalah sembahyang musafir tidak dapat ditemui.Abdullah bin Umar menjawab: "Wahai keponakanku, Allah telah mengutuskanMuhamad s.a.w. dan kita tidak tahu apa-apa. Kita kerjakan sahaja apa yang Nabis.a.w. lakukan."Ayub al-Sakhtiyani berkata: "Apabila engkau mengajar Hadis kepada seseorang,kemudian dia berkata: "Tak perlu pakai Hadis, ajarkan kami al-Quran sahaja",maka ketahuilah bahawa orang itu sesat dan menyesatkan."Di atas, jelas bahawa bibit-bibit anti hadis sudah mulai wujud sejak zamansahabat lagi. Cuma ia tidak serius dan masih berbentuk pandangan individu, tidaksecara kelompok, jamaah atau gerakan. Dan ia berlaku disebabkan salah fahamterhadap kedudukan hadis sebagai sumber syariah. Namun dengan cepat iadiperbetulkan.Sejak masa berkenaan, pandangan mahukan al-Quran sahaja tanpa hadis lenyappada akhir kurun kedua hijrah. Ia tidak kedengaran lagi. Kerana umat pada masalalu sepakat menerima Hadis sebagai sumber kedua hukum di dalam Islam. BaikDari kelompok majoriti – Ahlus Sunnah maupun kelompok-kelompok kiri yangmajoriti seperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij – masing-masing menerima Hadissebagai sumber hukum. Walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakanbahawa kaum Muktazilah adalah termasuk di dalam golongan anti hadis, tetapipendapat ini tertolak samasekali. Pendapat berkenaan bergantung kepadabeberapa riwayat (cerita), sedangkan kenyataannya Muktazilah menerima Hadis.Ini berlaku kerana seorang yang bermazhab Muktazilah bernama al-Nazam telahmenolak Hadis. Ini pendapat ini tidak lebih dari pendapat peribadi beliau, bukan
 
2
pendapat Muktazilah. Buktinya, majoriti orang-orang Muktazilah mengkafirkanbeliau.
Golongan Anti Hadis Pada Zaman Imam al-Syafi'i
Ada satu kisah tentang dialog antara Imam Syafi’I dengan Golongan Anti Hadis:Golongan Anti Hadis bertanya kepada imam Syafi’I: "Ada atau tidak, dalil yangbersifat zhanni menghalalkan suatu masalah yang telah diharamkan dengan dalilbersifat pasti?"Imam Syafi’I: "Ada."Golongan Anti Hadis: "Apa dia?"Imam Syafi’I: "Apa pendapatmu mengenai orang yang membawa harta disebelah saya ini? Bukankah dia ini haram dibunuh dan hartanya haramdirampas?"Golongan Anti Hadis: "Ya. haram dibunuh dan hartanya haram dirampas"Imam Syafi’I: "Tetapi, apabila ternyata ada dua orang saksi yang mengatakanbahawa orang ini baru sahaja membunuh orang lain dan merompak hartanya..Apakah pendapat kamu mengenai orang ini?’ Golongan Anti Hadis: "Dia mesti diqisas dan hartanya mesti dirampas untukdikembalikan kepada warisnya."Imam Syafi’I: "Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi berbohong atauterkeliru?"Golongan Anti Hadis: Ya, ada kemungkinan."Imam Syafi’I: "Jika begitu, kamu telah membolehkan membunuh (qisas) danmerampas harta dengan dalil zhanni, sedangkan membunuh dan merampas hartaitu telah diharamkan menggunakan dalil yang pasti."Golongan Anti Hadis: Ya, kerana kita diperintahkan untuk menerima persaksian."
Golongan Anti Hadis Abad Modern
Setelah beberapa abad (lebih kurang sebelas abad), muncul semula pemikirananti hadis. Muncul di Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh Muhamad Abduh. Iamuncul, dipercayai hasil dari suntikan penjajah Barat yang ketika itu sedangrancak menjajah negara umat Islam. Mereka berjaya menimbulkan keraguan dihati sebahagian kecil umat Islam. Tujuannya adalah untuk melumpuhkan teruskekuatan umat Islam yang ketika itu sememangnya sedia dalam keadaan lemah.Dr Taufiq Sidqi telah menulis dua artikel di dalam majalah al-Manar pimpinanSaiyid Rasyid Redha. Pada mulanya, idea-idea Dr. Taufiq mendapat perhatian dariSaiyid Rasyid Redha, tetapi menurut Dr. Mustafa al-Siba’I, beliau menarik balikpandangan berkenaan.Di dalam artikel berkenaan, Dr.Taufiq menyeru al-Quran sahaja, tidak perlusunnah.
Golongan Anti Hadis Di Malaysia
Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melaluibukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukanHadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islamkembali kepada al-Quran sahaja.Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagalkerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidakbermakna beliau tidak dapat bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti Hadisnya.
 
3
Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar tempatanmengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islamkembali kepada al-Quran sahaja.
Buku Hadis: Satu Penilaian Semula
Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadissebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktorberikut:1.
 
Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis(Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abadketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullahs.a.w. wafat.2.
 
Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahanal-Khulafa' al-Rasyidin.3.
 
Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan,anti-intelektualisme, kebekuan dan opurtunis politik.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
i.
 
Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zamanRasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalahdakwaan yang tidak benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w. telah wujudbersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini telah termaktub di dalamkitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak Islam silam seperti kitabTabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Di dalamnya tidakterlepas dari menyebutkan bagaimana keadaan mula turun wahyu.Begitu juga yang tertulis di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-Qurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu Kathir dll. Di dalamnya terdapatpenjelasan mengenai ayat pertama mula diturunkan dan sebab turunnya.Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana Rasulullah s.a.w.mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan Islam.Di atas semua itu adalah bukti wujudnya Hadis pada zaman Rasulullahs.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para penulis kitab tarikh, tafsirdan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat untuk melakukanpendustaan.ii.
 
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda memang diakui tidakdibukukan. Walaupun begitu Sunnah atau Hadis Nabi s.a.w. tetap:a.
 
Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,b.
 
Dibolehkan menulis hadis-hadis nabic.
 
Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabatdan umat Islamd.
 
Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh parasahabat yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-menulis hadis memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w.Terdapat tiga peringkat, iaitu:Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadiskerana dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran.Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khaskepada Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasahayat Baginda.Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin keatas kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberikebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->