Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword or section
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SISTEM MODULAR : 966 SP Sains Sukan

SISTEM MODULAR : 966 SP Sains Sukan

Ratings: (0)|Views: 1,699|Likes:
Published by Sifu K
Sukatan pelajaran STPM Baharu...
Hak Milik MPM...
Sukatan pelajaran STPM Baharu...
Hak Milik MPM...

More info:

categoriesTypes, School Work
Published by: Sifu K on Feb 05, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/09/2013

pdf

text

original

 
 
STPM/S966
PEPERIKSAANSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(STPM)SAINS SUKANSukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh
 
Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.
 
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
 
 
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusanke arah memperkembangkan lagi potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.”
 
 
PRAKATA
Sukatan pelajaran Sains Sukan ini digubal untuk menggantikan sukatan pelajaran Sains Sukan sediaada yang telah digunakan sejak peperiksaan STPM tahun 2006. Sukatan pelajaran baharu ini akanmula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebutakan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semulasukatan ini adalah mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis PeperiksaanMalaysia terhadap peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui peperiksaan yang baharu ini, pengajian tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dancalon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis PeperiksaanMalaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orentasi pengajarandan pembelajaran di kolej dan universiti.Penggubalan semula sukatan pelajaran Sains Sukan ini merupakan pengemaskinian tajuk, kandungan,dan kemahiran supaya selaras dengan konsep sebenar pengajian Sains Sukan. Sains Sukan merupakan bidang pengajian yang menggabungkan disiplin sains tulen, sains gunaan, dan sains sosial dalamaktiviti fizikal. Matlamat utama mata pelajaran ini adalah untuk memahami konsep Sains Sukan danmengaplikasikannya dalam latihan sukan dan gaya hidup sihat selaras dengan Dasar Sukan Negara.Disiplin Sains Sukan STPM ini meliputi tiga bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada sosiologisukan, pengurusan sukan, kesenggangan dan rekreasi, dan pemakanan sukan. Bahagian kedua terdiridaripada anatomi dan fisiologi, kecergasan fizikal dan kesejahteraan. Manakala bahagian ketiga terdiridaripada psikologi sukan, kejurulatihan sukan, lakuan motor dan kecederaan sukan. Mata pelajaran inimenggabungkan teori dan amali bagi mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman calon. Selain itu,komponen Kemahiran Insaniah juga diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Sukanuntuk membangunkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan danmembolehkan calon bersaing di peringkat global.Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, hasil pembelajaran, bentuk peperiksaan, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh.Usaha untuk mengemas kini sukatan pelajaran Sains Sukan STPM ini telah dilaksanakan olehJawatankuasa yang dipengerusikan oleh Profesor Dr. Abdul Hafidz bin Haji Omar dari UniversitiTeknologi Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang pensyarah dari universititempatan, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia, guru-guru yang berpengalaman luas dalam pengajaran Sains Sukan di tingkatan enam, dan pegawai di Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapanterima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat bakti yangdiberikan. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan Majlis Peperiksaan Malaysia agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Semoga usaha murni ini mencapai matlamatnya.
OMAR BIN ABU BAKAR
Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->