You are on page 1of 8

Masyarakat India merupakan kaum yang ketiga terbesar bilangannya di Malaysia.Kebanyakan mereka menganut agama Hindu.

Dalam konteks agama Hindu,mereka juga turut menitikberatkan perpaduan di antara ahli keluarga dan masyarakat amnya dengan memberi perhatian kepada semua golongan.Kepercayaan dan budaya dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda.Ini secara tidak langsung dapat membantu memupuk toleransi pelbagai kaum yang ada di negara kita.Masyarakat India juga mengamalkan sistem berkeluarga.Yang lebih utama dalam masyarakat mereka ialah konsep tersebut yang membentuk keperibadian dan jati diri masyarakat India agar bertindak mengikut batas-batas yang dibenarkan oleh ajaran agama mereka. Keluarga masyarakat India dibentuk oleh semua anggota lelaki yang

seketurunan,isteri serta anak-anak yang belum berkahwin.Andainya anak perempuan mereka berkahwin mereka akan menjadi anggota keluarga suaminya.Mereka berkeluarga dengan tujuan untuk mendapatkan zuriat sebagai penyambung keturunan.Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada pada setiap insan.Aspek utama ialah Aram/dharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral dan etika.Ianya merupakan objektif utama dalam kehidupan ini .Terdapat tiga jenis dharma antaranya ialah sadarma dharma yang menekankan sifat-sifat am yang perlu ada bagi semua manusia seperti kebenaran ,kesabaran,memaafkan,tidak mencuri kawalan minda ,kawalan deria,tidak melakukan kekejaman ,pengetahuan ,ikhlas dan lain-lain nilai yang baik.Nilai-nilai tersebut sebenarnya merupakan nilai yang mampu melahirkan masyarakat yang benar-benar baik dan semestinya sekiranya dihayati sepenuhnya mampu menjadi salah satu faktor penyumbang kearah perpaduan kaum di peringkat kejiranan dan nasional khasnya.Terutamanya di dalam negara kita yang penduduknya berbilang agama dan bangsa dan keturunan.

Selain itu agama Hindu turut menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian.Percaya kepada konsep trimurti-brahma(Tuhan Pencipta),vishnu( Tuhan pemelihara dan siva(Tuhan pemusnah).Namun begitu kuasa agung bagi mereka ialah Brahma.Mereka percaya kepada konsep Karma dan kelahiran semula di mana seseorang kan dihidupkan semula sesudah mati mengikut balasan perlakuan mereka.Justeru itu mereka perlu sentiasa berkelakuan baik agar mendapat balasan karma yang baik apabila dihidupkan semula.Nilai ini turut menjadi pendorong kepada mereka agar berkelakuan baik sesama manusia.Ini Kerana andai jika tidak mereka tidak berbuat baik semasa hidup dihayat ini .Mereka akan dihidupkan semula dengan penuh kehinaan dalam kelahiran baru mereka.Sekiranya mereka mempunyai nilai nilai murni dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan darjat yang tinggi pada kelahiran akan dating sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusiangan kelahiran.Jika sebaliknya berlaku mereka akan terus dilahirkan semula sehingga individu dapat membebaskan rohnya dari kelahiran semula dengan melakukan kebaikan.Nilai ini sudah semesti dapat menyumbang sama dalam membentuk masyakat yang bersatu padu di kalangan pelbagai kaum di negara kita. Satu lagi yang amat penting dalam masyarakat India yang mengamalkan ajaran Hindu ialah nilai Ahimsa.Ahimsa bermaksud tidak boleh membunuh sesuatu yang bernyawa walaupun bintang untuk mengisi perut.Nilai ini secara tidak langsung melahirkan konsep kasih sayang sesama manusia.Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya penindasan dan kekejaman sesama manusia.Sekiranya nilai ini benar-benar dihayati dan diamalkan sudah semestinya tahap perpaduan di negara kita akan terus kukuh .Binatang sekalipun tidak boleh dibunuh inikan pula manusia .Ini bermakna ajaran Hindu Tidak menggalakkan penganutnya untuk bermusuhan atau memusuhi orang lain.

Agama Hindu juga turut mengajar penganutnya mementingkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab sebagaimana termaktub dalam dharma yang dinamakan

rajadharma.Rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seseorang pemerintah dalam melindungi perundangan sosial.Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagian rakyat dan rajadharma memerlukan seseorang pemerintah yang menganggap kebahagian rakyat merupakan kebahagian baginya dan kebajikan rakyat sebagai tugas utama.Andai nilai ini dapat dihayati dan diamalkan sepenuhnya maka akan lahirlah masyarakat yang penuh toleran antara pemerintah dan rakyat yang secara tidak langsung akan mewujudkan keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum yang menganuti pelbagai agama di Malaysia. Nilai mulia yang ada dalam ajaran agama Hindu juga dilihat selari prinsip kelima Rukun Negara iaitu 'Kesopanan dan Kesusilaan'. Tokoh etika Hinduisme, Patan Jali menerangkan wujud dua konsep dalam Hinduisme.Pertama, konsep Yamas yang menitikberatkan pembinaan sahsiah diri. Ia mengandungi lima prinsip etika, iaitu tidak menghasut (asteya), tidak tamak haloba (aparigraha), tidak menipu dan amanah (sathya), baik fizikal dan rohani (bramacharia) dan pemikiran baik (ahimasa).Konsep kedua ialah Niyamas iaitu nilai etika untuk kepentingan masyarakat. Ia mengandungi lima prinsip etika merangkumi bersih perlakuan (saucha), hormati orang lain (santhosa), membantu orang lain (tepaha), dermawan (iswariaparanidha) dan hidup berdisiplin (suadhyaya). Dalam konteks masyarakat majmuk, tabiat menghasut antara kaum boleh menyebabkan masyarakat menjadi huru-hara serta mengancam keselamatan negara. Justeru, seseorang penganut Hindu yang baik mengamal prinsip etika itu pasti akan menjadi rakyat yang baik, sekali gus mewujudkan perpaduan yang jitu dikalangan pelbagai kaum di Malaysia.

Dasar perpaduan dan integrasi nasional pelbagai etnik adalah perlu untuk rakyat hidup bersatu padu ,aman dari persengketaan dan kucar-kacir.Dalam sebuah negara yang pel;bagai kaum penduduknya keharmonian dan kerukunan hidup rakyatnya amat bergantung kepada sikap mereka yang prihatin dan bertasamuh dalam apa-apa yang membabitkan aqidah dan pelajaran agama secara prinsip.Semangat syura hendaklah disemai dan disiram dan dibajai dari masa ke semasa dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dsalam masyarakat.Ianya perlu diadakan perbincanganberkisar tentang penghayatan nilai-nilai murni dan bukan masalah yang berkaitan dengan aqidah kerana Islam tiada kompromi dengan permasalahan yang melibatkan Tauhid. Jelas kepada kita bahawa penghayatan nilai-nilai murni mengikut ajaran agama masing-masing oleh masyarakat perlu disuburkan dari masa ke semasa kearah perpaduan yang lebih mapan.Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakan intiti terbesar dalam negara kita iaitu Melayu,Cina dan India menyeru dan mengajak penganutnya agar dapat menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni agama masing-masing demi perpaduan sejagat.Ketiadaan mahupun kekurangan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat mampu meruntuhkan tembok perpaduan yang sekian lama kita bina dengan penuh ukhwah.Kerajaan telah berusaha menangani sebarang permasalahan yang timbul dan sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangandan percambahan minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing dalam menggalas misi negara.Lantaran itu seluruh warga Malaysia tak kira apa pun anutan wajar menghayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran agama masing-masing demi kebaikan kita semua sebagai warga sebuah negara yang berdaulat bernama Malaysia.

Bibliografi 1. Ahmad fawzi Basri dan Abdul Halim Ahmad ed.(1987)Isu-isu perpaduanNasional: Cabaran,Pencapaian dan Masa Depan.Universiti Utara Malaysia. 2. Mohd Ayop Abd Razid 2009.Semua agama relevan jayakan Satu Malaysia
3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0118&pub=Utusan_Mal aysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive 4. Dr Yusuf Al-Qardhawi Edisi Bahasa Malaysia oleh Prof.Madya Doktor Mat Saad Abdul Rahman .Kedudukan Non-Muslim dalam Masyarakat Islam. 5. Seminar Buku .2010 .Hubungan muslim-non muslim dalam konteks Malaysia,anjuran Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.

Saya telah berkesempatan untuk menemubual jiran saya yang merupakan pengamal tulin ajaran hindu bernama Jayanthy a/p Ramasamy. Di bawah merupakan petikan temubual yang telah saya jalankan. Soalan temubual Selamat pagi,Saya jamhari bin masdar salah seorang penuntut PJJ USM ingin menemubual tuan tentang beberapa perkara berkaitan agama hindu. Selamat pagi.Saya tiada sebarang masalah jika encik Jamhari ingin menemubual saya.

Agama Islam sentiasa menyeru umatnya agar hidup bersatu padu,apakah ajaran agama hindu juga ada unsur-unsur tersebut? Ya sebagaimana agama Islam,agama Hindu turut mementingkan perpaduan.Ini amat jelas dalam atau apa yang diamakan oleh keluarga India beragama Hindu.

Bagaimana keluarga masyarakat India dibentuk agar selaras dengan seruan kerajaan yang sentiasa mencanangkan perpaduan ? Keluarga masyarakat India dibentuk oleh semua anggota lelaki yang seketurunan,isteri serta anakanak yang belum berkahwin.Andai anak perempuan mereka berkahwin mereka akan menjadi anggota keluarga suaminya.Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat objektif mulia yangmesti ada pada setiap .

Boleh puan nyatakan apakah nilai tersebut ? Aspek utama ialah Aram/dharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral dan etika.Ia merupakan objektif utama dalam kehidupan ini.Terdapat 3 jenis dharma antaranya ialah sadarma dharma yang menekankan sifat-sifat am yang perlu ada bagi setiap manusia seperti kebenaran,kesabaran,memaafkan,tidak mencuri,kawalan minda,kawalan deria,tidak melakukan kekejaman,berpengetahuan ,ikhlas dan lain-lain nilai yang baik.

Adakah nilai nilai yang boleh dikatakan menyeru masyakat beragama hindu untuk tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai agama? Pengganut agama Hindu turut menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian.Percaya kepada konsep trimurti-brahma ,visnu dan siva.Namun kuasa yang paling agung bagi pengganut hindu ialah Brahma.Mereka percaya kepada konsep karma dan kelahiran semula di mana sesorang akan dihidupkan semula semula sesudah mati mengikut perlakuan mereka.

Tadi tuan menyebut bahawa agama hindu percaya kepada Dharma dan kehidupan semula.Bagaimana kepercayaan ini boleh menjadikan pengganut agama hindu akan melakukan kebaikan dan bukannya kejahatan? Lantaran kepercayaan ini ,mereka perlu sentiasa berkelakuan baik agar mendapat balasan karma yang baik apabila dihidupkan semula.Nilai inilah yang mendorong pengganut agama Hindu untuk berkelakuan baik sesame manusia.Ini kerana andai mereka tidak berkelakuan baik semasa hayat ini mereka akan dihidupkan semula dengan penuh kehinaan dalam kelahiran baru mereka.Sekiranya merekanya mereka mengamalkan nilai nilai murni maka mereka akan dilahirkan semula pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran.

Bagaimana sekiranya mereka terus melakukan perkara-perkara tidak baik dalam kehidupan semula.Apakah terjadi kepada mereka? Jika mereka terus melakukan perkara-perkara yang tidak baik mereka akan terus dilahirkan semula sehingga rohnya dapat dibebaskan dari kelahiran semula dengan melakukan kebaikan.Pastinya nilai ini akan menjadi penyumbang penting kea rah perpaduan kaum di Negara kita.

Maksud tuan selagi mereka tidak berbuat kebaikan selagi itulah mereka akan dihidupkan semula? Ya,selagi mereka tidak melakukan kebaikan selagi itulah mereka akan terus dihidupkan semula.

Selain daripada yang tuan telah sebutkan.Adakah nilai-nilai lain yang boleh menyumbang kearah perpaduan bangsa Malaysia? Satu lagi nilai yang ada dalam agama hindu yang mampu menyumbang kepada perpaduan ialah nilai Ahimsa.Ahimsa bermaksud tidak boleh mebunuh sesuatu yang bernyawa walaupun binatang untuk mengisi perut.Nialai ini secara tidak langsung melahirkan konsep kasih seyang sesama manusia.Sekiranya nilai ini benar-benar dihayati dan diamalkansedah semestinya tahap perpaduan akan bertambah kukuh.Binatang pun tidak boleh dibunuh inikan pula manusia.Ini bermakna ajaran hindu tidak menggalakkan pengganutnya untuk bermusuhan mahupun memusuhi orang lain.

Bagaimana pula dari segi kepimpinan atau pun pemimpin? Agama hindu juga turut mengajar pengganutnya mementingkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab sebagaimana termaktub dalam dharma yang dinamakan Rajadharma. Rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seseorang pemerintah bagi melindungi perundangan social.Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagian rakyat dan

rajadharma memerlukan seorang pemerintah yang mengganggap kebahagian rakyat merupakan kebahagiaan baginya dean kebajikan rakyat sebagai tugas utama.Andai nilai ini dapat dihayati dan diamalkan sepenuhnya maka akan lahirlah masyarakat yang penuh toleran antara pemerintah dan rakyat yang secara tidak langsung akan mewujudkan keharmonian dan perpaduan kaum di Negara kita. Terima kasih ,tuan kerana sudi ditemubual.

Sama-sama,rasanyakan jam tak ramai orang melayu yang sanggup untuk menemubual bangsa lain dan orang yang berlain agama macam ni.

Gambar Jayanthy a/p Ramasamy dengan pakaian tradisional India semasa di temubual dirumahnya.

You might also like