You are on page 1of 8

SOALAN TUGASAN Sosiolinguistik ialah ilmu mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat.

Aspek bahasa yang diguna pakai oleh sesuatu masyarakat merupakan suatu fenomena yang boleh dikaji daripada sudut linguistik.

Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Kita mudah dapat menyemak bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial, perhubunganperhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. Sosiolinguistik adalah bidang ilmu yang mengkaji kesan sebarang aspek masyarakat ke atas bahasa. Sosiologi bahasa pula mengkaji kesan bahasa terhadap masyarakatnya. Aspek-aspek ini boleh terdiri daripada norma dan nilai dalam masyarakat, harapan masyarakat, suasana yang wujud dalam masyarakat, dan lain-lain lagi. Dalam analisis telah digariskan kepada beberapa perkara yang perlu dimuat dan dikaji. Antaranya ialah dari segi penggunaan Penggunaan kata ganti nama, penggunaan perkataan taboo (kata larangan) , penggunaan pidgin., penggunaan kreol, penggunaan kolokial dan penggunaan bahasa rojak. Oleh yang demikian perlu dihuraikan definisi tentang perkara yang tersebut.

1. Penggunaan kata ganti nama. Penggunaan kata ganti nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang Kata ganti diri terdiri daripada:

(a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b) kata ganti diri singkat, (c) kata ganti tanya. (d) kata ganti tempat. 2. Penggunaan perkataan taboo (kata larangan) Tabu atau pantangan adalah suatu pelarangan sosial yang kuat terhadap kata, benda, tindakan, atau orang yang dianggap tidak diinginkan oleh suatu kelompok, budaya, atau masyarakat. Pelanggaran tabu biasanya tidak dapat diterima dan dapat dianggap menyerang. Beberapa tindakan atau kebiasaan yang bersifat tabu bahkan dapat dilarang secara hukum dan pelanggarannya dapat menyebabkan pemberian sanksi keras. Tabu dapat juga membuat malu, aib, dan perlakuan kasar dari masyarakat sekitar. Dalam setiap kelompok masyarakat, terdapat kata-kata tertentu yang dinilai tabu. Kata-kata tersebut tidak diucapkan, atau setidaknya, tidak diucapkan di depan para tamu dalam kondisi formal dan penuh sopan santun. Kata tabu (taboo) diambil dari bahasa Tongan, merupakan rumpun bahasa Polynesia yang diperkenalkan oleh Captain James Cook kemudian masuk ke dalam bahasa Inggris dan bahasa-bahasa Eropah lainnya yang artinya tindakan yang dilarang atau dihindari. Ketika suatu tindakan dikatakan tabu, maka segala sesuatu yang berhubungan dengan tindakan tersebut juga dianggap tabu. Seseorang pada awalnya dilarang melakukan sesuatu; kemudian dilarang untuk berbicara mengenai apapun yang berhubungan dengan hal tersebut. . 3. Penggunaan pidgin Sebuah pidgin (diucapkan , pdn ) Bahasa adalah bahasa sederhana yang berkembang sebagai saranan komunikasi antara dua atau lebih kumpulan yang tidak memiliki bahasa yang sama. Hal ini paling umum digunakan dalam situasi seperti perdagangan, atau di mana kedua-dua kumpulan berbicara bahasa yang berbeza dari bahasa negara di mana mereka tinggal (tetapi di mana tidak ada bahasa yang umum antara kumpulan-kumpulan). Pada dasarnya, pidgin adalah sarana komunikasi

linguistik disederhanakan, seperti yang dibina spontan, atau dengan konvensyen, antara kumpulan orang. Pidgin bukanlah bahasa asli dari setiap masyarakat tutur, namun belajar bukan sebagai bahasa kedua. Pidgin A mungkin dibina dari kata-kata, bunyi, atau bahasa tubuh dari pelbagai bahasa lain dan budaya. Pidgins biasanya memiliki prestij yang rendah terhadap bahasa lain.

4. Penggunaan kreol Bahasa Kreol merupakan bahasa yang sudah menjadi bahasa ibunda serta merupakan bahasa pertama bagi sesebuah keluarga atau pun kelompoknya. Penggunaan bahasa ini tidak terbatas kepada kelompoknya sahaja, malah turut juga ditiru sebutannya oleh masyarakat Melayu yang hidup bersama kelompok penutur tersebut. Menurut R.A. Hudson (1983: 66), menyatakan bahawa bahasa kreol adalah daripada bahasa pidgin yang telah diterima sebagai bahasa natif. Manakala Peter Trudgill pula mendefinisikan bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penuturpenutur yang menukarkannya sebagai pertama, seperti yang tersebut dalam bukunya yang telah diterjemahkan oleh Nik Safiah Karim(1984:234) Sosiolinguistik Satu Pengenalan. Bahasa Kreol ialah bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan sesebuah negara tetapi datang dari luar. Ia telah begitu lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan. Bahasa itu kemudiannya menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok penutur dalam masyarakat berkenaan.

5. Penggunaan kolokial Bahasa kolokial. Bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan, bukan bahasa baku, Bahasa basahan ialah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan. Bahasa basahan ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu ia tidak digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah. Perbualan harian menggunakan bahasa yang disebut sebagai kolokial. Dalam bahasa Melayu, bahasa kolokial lazimnya menggugurkan subjek dan jarang menggunakan imbuhan. Unsur sinkof seperti tak,

nak, dah, tu, ni dan sebagainya banyak digunakan. Bahasa kolokial juga mempunyai pengaruh dialek dan bahasa pasar. Contohnya 'kau orang, depa atau mu.

6. Penggunaan bahasa rojak Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu. Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.

Responden pertama. Bidodata Nama : Tuan Azha b. Tuan Mohamed. Umur : 38 tahun Bangsa : Melayu Perkerjaan : Pendidik Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda. Asal : Pasir Putih, Kelantan. Tempat Bekerja : Sek. Keb. Sultan Zainab 2 , Kota Bharu. Status : Berkahwin

Tuan Azha b. Tuan Mohamed. Seorang ustaz yang berasal dari Kelantan. Berusia 38 tahun yang kini mengajar di Kota Bharu, Kelantan. Anak Kelantan Jati yang memulakan kerjayanya di Malaysia Timur, iaitu di Semporna, Sabah. Namun kepekatan Bahasa Daerah Kelantannya tidak dapat diubah walaupun merantau begitu lama. Seorang yang pekat pertuturannya dengan pertuturan secara kolokial. Keseluruhan pertuturan yang dirakamkan mempunyai unsur tersebut. Saya sebagai penemuramah juga terpaksa menggunakan pertuturan kolokial. Sebagai contoh beliau menuturkan perkataan belarok yang membawa maksud mengikuti rombongan pengantin. Terdapat penggunaan kata singkatan yang digunakan dalam perbualan tersebut. Antaranya ialah demo bermaksud kamu dan kawe yang bermaksud saya. Akan tetapi penggunaan kata ganti nama tersebut keseluruhannya dipengaruhi pertuturan kolokial. Disamping itu beliau juga terdapat juga penggunaan bahasa rojak dalam pertuturannya. Antara yang disebut ialah folder merupakan perkataan dalam Bahasa Inggeris. Akan tetapi penggunaan bahasa rojak tidak banyak terdapat dalam perbualan tersebut.

Responden ke 2 Bidodata Nama : Abdul Khabir b. Ghazali Umur : 36 tahun Bangsa : Melayu (banjar) Perkerjaan : Penolong Pengurus PNB Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda. Asal : Jalan Baru, Tanah Kebun, Parit Buntar. Tempat Bekerja : PNB Pulau Pinang. Status : Berkahwin

Responden yang kedua merupakan seorang penolong pengurus PNB yang berkerja di Pulau Pinang. Seorang yang berbangsa melayu-banjar. Bertutur dalam bahasa banjar dengan baik dan juga bahasa melayu dengan baik. Semasa perbualan dijalankan, beliau ada menggunakan kata ganti nama. Antaranya aku, kau, dan mereka. Keseluruhannya dalam bentuk dialek bahasa banjar. Penggunaan bahasa kreol yang menjurus kepada bahasa suku kaum banjar yang berasal dari Banjarmasin. Namun jelas dalam perbualan ini memang kata ganti nama digunakan.

Penggunaan

Bibileografi : Rodman, Robert., An Introduction to Language (USA: The Dryden Press, 1988), hlm.279. Ullmann, dalam I Dewa Putu Wijana dan Muhammad Rohmadi Sosiolinguistik;Kajian Teori dan Analisis (Yogyakarta: Pustaka Pelajar, 2006), hlm.110. Harimurti Kridalaksana, Kamus Linguistik (Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 1983), hlm.233.

Wardhaugh, Ronald. An Introduction to Sociolinguistics (Oxford : BasilBackwell, 1986), hlm. 237.

You might also like