Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
5Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
kemahiran menulis

kemahiran menulis

Ratings: (0)|Views: 834|Likes:
Published by Paklong Cikgu

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Paklong Cikgu on Feb 05, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/17/2013

pdf

text

original

 
 
 
PENGENALAN
Kemahiran menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telahmenguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiranmembaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspekteknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkanpenggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan itusendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkantulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan konsep, jenis dan pendekatan dan teknik dalam kemahiran menulis.
Kemahiran
 
Menulis
 
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menyatakan definisi konsep kemahiran menulis serta jenis-jenisnya;2. Mengenal pasti pendekatan, kaedah dan teknik pengajarankemahiran menulis;3. Menilai kekuatan dan kelemahan bentuk penulisan berdasarkan jenis-jenisnya; dan4. Mengaplikasikan teori pemilihan dan penyesuaian bahan untukmembina bahan pengajaran karangan.
TTooppii
 
88
 
 
TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS
 
101
KEMAHIRAN PENULISAN
Menulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun aturmenjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilanwacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulissecara mekanis; iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simboltulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akanditeruskan dengan aktiviti mengarang, yang memerlukan penggemblenganaspek psikologi dan kognitif.
8.1.1 Konsep dan Proses Mengarang
Mengarang, khususnya karangan ialah aktiviti penting dalam kemahiranmenulis. Mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dansebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis. ZaÊba (1952) mengatakan bahawa mengarang ialah kemahiran menyusun dan menggubah kata-kata untukdijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita. Bagi Isahak Haron (1979), karangan bukan sekadar hasil kemahiran menggubah dan menyusun kata-kata, sebaliknyaialah kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya, yang terdapatdalam pemikiran pengarang tersebut melalui perantaraan bahasa. Tegasnya, bolehlah disimpulkan bahawa mengarang itu ialah proses melahirkan idea secaratersusun dan lojik melalui tulisan. Hasilan sesuatu proses mengarang ini bolehmerupakan, ayat, petikan, nota ringkas, laporan atau sebuah buku.Kamarudin Husin (1998) menjelaskan bahawa proses menulis karangan atauproses mengarang itu sendiri ialah:(a) Persediaan: menentukan tajuk atau persoalan yang akan ditulis, danmemilih serta menentukan format penulisan.(b) Mengingat kembali pengalaman: mengingat atau memilih pengalaman ataupengetahuan sedia ada berkaitan tajuk atau persoalan dipilih.(c) Kreativiti: mencari bahan-bahan penulisan.(d) Perbincangan: perbincangan tentang bahan-bahan atau isi yang diperoleh.(e) Penulisan draf: menulis draf atau struktur karangan secara ringkas.(f) Semakan draf dan perbincangan.(g) Penulisan karangan.
8.1
 
 
TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS
102
8.1.2 Pendekatan dalam Kemahiran Menulis (proses,Komunikatif, Pengalaman Bahasa (LEA),Terkawal, Bebas)
(a)
Pendekatan Proses
Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuahkarangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan inipenulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, meyemak danmembincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihatdari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, danpenggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik.Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasaikemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentangformat atau model penulisan yang baik.(b)
Pendekatan Komunikatif
 Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yangpenting. Justeru penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau persolan yang adakaitannya dengan situasi komunikasi boleh dieksploitasi untuk memotivasipelajar. Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulisdalam konteks situasi komunikasi sebenar. Dalam pendekatan ini, bahan- bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah dansebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran &pembelajaran. Bahan autentik ini membolehkan pelajar menulis dalamkeadaan bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur bahasa berbentukformal. Hal ini kerana pendekatan ini beranggapan bahawa penulisanialah proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. Oleh itu,pendekatan ini mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahandan kesilapan pelajar, khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana,kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah perkara biasa. Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa tersebut.(c)
Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)
Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawakemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, danmenulis. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep danpenggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dandituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangandalam proses penulisan karangan.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->