You are on page 1of 1

Bersabar Dalam Berdoa

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:Allah sentiasa
memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara)
dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya
cepat-cepat diperkenankan.? Lalu baginda ditanya oleh seseorang:?Apa maksudnya
meminta dicepatkan??Jawab baginda:?Umpamanya seseorang itu berkata dalam
doanya:?Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku
(diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.? (Muslim

: Huraian

Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah
berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus
menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan
sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita
atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga
doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang
lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai
kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun
belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: Ya Tuhanku, sesungguhnya
tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah
kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada
akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan
seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi
..iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa

You might also like