WAJ3105 Literasi Nombor
TAJUK 2: OPERASI DAN PENGIRAAN
2.1 SinopsisDalam tajuk ini, pelajar akan membina teknik-teknik untuk membuat pengiraan mental
dan penganggaran di samping meneroka kaedah kertas dan pensil dalam pengiraannombor bulat melibatkan empat operasi asas. Pengiraan mental dan penganggaranmemerlukan pemahaman yang mantap tentang nombor, penguasaan fakta asas, celiknombor dan keupayaan menakluk matematik.Bab ini juga membincangkan tentang penggunaan kalkulator dan komputer sebagai alatpengiraan dalam matematik. Penggunaan kalkulator dan komputer dapat membantupelajar menjalani pembelajaran yang lebih berkualiti dengan menyelesaikan masalahmatematik yang lebih mencabar.2.2 Hasil Pembelajaran:
Mengira menggunakan kaedah- kaedah: pensil dan kertas, kalkulator,komputer,secara mental, dan bahan manipulatif.
Menyenaraikan dan menerangkan kesesuaian menggunakan kalkulator dankomputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah.2.3 Ringkasan kandungan
Pengiraan dan Operasi
Kaedah Pensil dan kertas
Penggunaan Kalkulator dan Komputer : kesesuaiannya
Pengiraan mental dan penganggaran
Penggunaan bahan manipulatif2.4 Mengajar Tambah dan TolakPelajar sekolah rendah perlu menguasai kemahiran mengira nombor bulat selepasmemahami konsep asas nombor. Empat operasi asas untuk mengira ialah tambah,tolak, darab dan bahagi. Dalam tajuk ini kita akan tumpukan kepada dua operasi asas,iaitu tambah dan tolak yang telah mula diperkenalkan semasa pra sekolah dan TahunSatu. Walaubagaimanapun, operasi tambah dan tolak akan terus diajar setiap tahundengan melibatkan nilai digit yang lebih besar.2.4.1 Algoritma Tambah dan TolakDalam bahagian ini, kita akan lihat algoritma untuk operasi tambah dan tolak melibatkannombor bulat. Tumpuan kita menggunakan model dan logik untuk memahami prosedurpengiraan dalam mencari hasil tambah dan tolak.Dalam kajian kecil 2.4.1, perhatikan kaedah pensil dan kertas yang biasa digunakandalam pengiraan.
Kefahaman Utama dalam
Bahagian 2.4.1Terdapat lebih daripada satu algoritma untuk menambah dan menolak nombor bulat.Kebanyakan algoritma untuk menambah dan menolak nombor bulat mengambilkiranilai tempat, ciri- ciri dan mencari persamaan untuk mencerakinkan pengiraan kepadayang lebih mudah serta menggunakannya untuk mencari jumlah atuapun hasiltolak yangdikehendaki.