Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Topik 5_Menganalisis Dan Menterjemah Data_WAJ3105PPG

Topik 5_Menganalisis Dan Menterjemah Data_WAJ3105PPG

Ratings: (0)|Views: 2,724|Likes:
Published by afizah_mohdnoor705

More info:

Published by: afizah_mohdnoor705 on Feb 06, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/06/2013

pdf

text

original

 
WAJ 3105 LITERASI NOMBOR
1
TAJUK 5 : Menganalisis dan Menterjemah Data5.1 Pengenalan
Bab ini akan memperkenalkan bidang Statistik yang asas. Di sini, beberapa analisisdata yang mudah akan dijalankan Data- data ini akan dikumpul dan diringkaskandalam jadual dan diwakilkan dengan perwakilan- perwakilan seperti carta dan graf.Seterusnya perwakilan ini akan diterjemahkan melalui penerangan yang berkaitanseperti mengenalpasti ukuran kecenderungan memusat, serakan atau jenis taburandan ini akan memberi makna dan gamabaran yang jelas. Kemahiran ini amat perluditerapkan dalam pendidikan guru khususnya dan sangat berguna dalam kehidupanseharian.
5.2 Pembahagian Data
Data kuantitatif boleh dibahagi kepada 4 jenis menggunakan empat jenis skalapengukuran. Skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untuk mengkelasatau menunjukkan tahap/nilai sesuatu ukuran. Suatu data dikelaskan dalam skala
a.
nominal,
b.
ordinal,
c.
sela, dan
d.
nisbah5.2.1 Data NominalNominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yangpaling rendah. Skala ini mengkategorikan pemboleh ubah berdasarkan persamaan danseterusnya memberikan nama kepada pemboleh ubah berkenaan. Jantina, ras danwarna adalah contoh data nominal. Jantina diwakilkan dengan 1 bagi lelaki dan 2 bagiperempuan. Nilai nombor 1 bukan bermaksud lebih kecil dari 2 atau lebih baik dari 2.Nilai nombor 1 dan 2 hanyalah melambangkan atau mewakili kategori bagi lelaki danperempuan. Begitu juga bagi ras dimana 1 mewakili kaum Melayu, 2 mewakili kaumCina, 3 mewakili kaum India dan 4 mewakili kaum-kaum lain. Nombor hanya perwakilansesuatu kumpulan data. Serupa juga bagi warna dimana kita boleh menyatakan 1sebagai Merah, 2 sebagai kuning, 3 sebagai hijau dan sebagainya.Ciri-ciri utama skala nominal adalah:i. Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja, misalnya, individu yangdikelaskan ke dalam kategori lelaki tidak boleh menjadi ahli kategori jantina lain.ii. Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan, tetapidianggap sebagai nama kategori sahaja.iii. Pengkelasan data asal bagi data nominal bersifat satu kepada satu.
 
WAJ 3105 LITERASI NOMBOR
2
5.2.2 Data OrdinalOrdinal ialah skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau pangkatan. Data ordinalboleh disusun sama ada daripada yang terendah kepada nilai yang tertinggi ataudaripada yang lemah kepada yang cemerlang. Nombor atau kategori yang digunamenggambarkan ukuran asal pemboleh ubah mengikut susunan daripada kecil kepadayang besar atau dari kategori yang kurang baik kepada kategori yang lebih baik.Kedudukan, gred dan jawatan adalah contoh data ordinal. Pelajar yang mendapatnombor 1 dalam kelas tentunya lebih baik dari pelajar yang mendapat nombor 2, 3 danseterusnya. Gred A juga lebih baik dari gred B, C dan D. Sarjan lebih berpangkatberbanding koperal dan lans-koperal.Ciri-ciri utama data ordinal adalah :i. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif.ii. Ukuran yang digunakan, memperlihatkan pemeringkatan secara logik.iii. Ukuran mempunyai pemberat dimana setiap kategori mempunyai pemberat yangkurang atau lebih berbanding kategori lain.Markah, ketinggian, berat, gred, dan jawatan adalah contoh data ordinal. Markah 80%tentunya lebih baik dari 50%. 160 cm sudah pasti lebih tinggi dari 100 cm. Benda yangberatnya 60 kg tentunya lebih berat dari 25 kg.5.2.3 Data SelaSkala sela ini mempunyai ciri pemeringkatan dan juga mempunyai perbezaan bagisetiap unit sela yang sama nilai. Skala ini berupaya menunjukkan perbezaan antarabeberapa kategori dan ia boleh menunjukkan kesamaan dalam unit ukuran yangdigunakan. Contoh ukuran berskala sela ialah ukuran suhu. Dalam hal ini, perbezaansuhu antara 25°C dengan 35°C adalah sama dengan perbezaan suhu antara 5°Cdengan 15°C, iaitu perbezaan 10 darjah. Nilai perbezaan ini sama kerana ia dikira darititik origin iaitu 0°C. Nilai sifar (0) merupakan suatu nilai yang arbitrari, yang tidakmenggambarkan nilai kuantiti
kosong,
iaitu skala sela tidak mempunyai nilai mutlak.Misalnya, suhu 0°C merupakan nilai permulaan sistem pengukuran suhu dalam °C.Suhu 0°C di sini bukan bermakna tidak ada kepanasan. Begitu juga dengan markahpencapaian. Katakan pelajar A mendapat markah 90 dan pelajar B mendapat markah75. Bezanya adalah 15 markah. Jika pelajar C mendapat 60 markah dan pelajar Dmendapat 45 markah, bezanya juga adalah 15 markah. Kita boleh kata perbezaanpelajar A dengan B dan perbezaan C dengan D adalah sama. Kita tidak boleh katakankepandaian pelajar A dua kali ganda pelajar D walau pun pelajar A mendapat 90markah dan pelajar D mendapat 45 markah. Sekiranya seorang pelajar memperolehi 0markah, tidak bererti dia tiada kepandaian kerana nilai sifar (0) ini bukan mutlak danhanya sebagai permulaan ukuran sahaja.
 
WAJ 3105 LITERASI NOMBOR
3
Ciri-ciri skala sela adalah :i. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif.ii. Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik.iii. Ukuran yang diguna mempunyai pemberat, iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecilatau lebih besar daripada yang lain.iv. Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga adalaharbitrari.v. Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua perbezaanukuran.5.2.4 Data NisbahSkala nisbah ialah skala yang mempunyai semua ciri skala sela dan juga nilai mutlak.Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong dan mutlak. Jarak, berat dan wangadalah contoh data berskala nisbah. Jarak 6 km adalah dua kali jarak 3 km. Nilai wangRM10 adalah dua kali ganda nilai wang RM5. Nilai sifar (0) bagi jarak 0 km dan RM0adalah benar-benar tiada jarak dan tiada wang.Latihan 1 :Apakah jenis data bagi makanan kegemaran?Apakah jenis data bagi saiz kasut?Apakah jenis data bagi kedudukan dalam kelas?Latihan 2 :Apakah yang dimaksudkan dengan skala Likert?Berikan contoh yang sesuai bagi data yang menggunakan skala Likert.
5.3 Mengumpul dan Mewakilkan Data
5.3.1 Mengumpul DataData asal atau data mentah boleh samaada digunakan terus atau dikumpulkan untukdiwakilkan dalam bentuk yang dikehendaki. Data yang digunakan terus atau tidak perludikumpulkan biasanya adalah dalam kuantiti yang kecil atau mempunyai julat yangkecil. Misalnya data mengenai cita-cita pelajar dalam sesuatu kelas. Perwakilan databoleh digambarkan secara terus samada melalui piktograf, carta palang atau apa sajaperwakilan yang sesuai.

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
thiyagu liked this
Sylviria Jad liked this
itoi liked this
Rainus TeNg liked this
Ong Sze Ling liked this
Rahim Aflah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->