Professional Documents
Culture Documents
hidup dalam aman dan tenteram, selamatkanlah kami dari segala keburukan. Ya Allah, Engkaulah yang lebih mengetahui tentang hati dan perasaan kami, Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan tujuan kami pada saat ini, kami yakin bahawa hanya kudrat dan iradat-Mu sahaja yang dapat menyelamatkan kami dari segala bentuk bahaya dan keburukan. Justeru itu, kami pohonkan ya Allah, Engkau peliharakanlah serta hindarkanlah kami daripada segala bahaya dan keburukan itu. Jadikanlah majlis ini sentiasa mendapat pertunjuk ke jalan yang diredhai serta hindarkanlah hati-hati kami dari sifat-sifat buruk yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan.