You are on page 1of 13

PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

Talaqqi Musyafahah
Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah.Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.

DEFINISI
Talaqqi dari segi bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.Manakala dari segi istilah ia bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi contoh bacaan dan murid mengikut bacaan guru. Musyafahah dari segi bahasa ialah sebutan dari mulut ke mulut yang diambil daripada pergerakkan dua bibir. Manakala dari segi istilah ia bermaksud murid menerima pengajaran secara sebutan guru dengan melihat pergerakkan bibir guru dan menyebutnya. Kesimpulannya, kaedah talaqqi dan mushafahah (Jurnal Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran, Jun 1996). Maksud kaedah ini, pelajar mengambil bacaan daripada guru, iaitu mendengarnya dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru kemudian mengulang bacaannya dengan didengari oleh guru sehingga guru berpuas hati bacaannya betul dan sebutannya tepat.

Cara pelaksanaan
Sebelum Murid akan duduk bersemuka dengan guru secara langsung dan bersemuka. Semasa Guru mula memperdengarkan bacaan al-Quran. Ketika itu murid-murid dikehendaki mendengar dan memerhatikan gerak bibir guru dalam melafazkan kalimah-kalimah tertentu. Selepas guru selesai menghabiskan bacaan, murid akan mengikut bacaan guru. Ketika itu guru mendengar bacaan murid dan membetulkannya jika terdapat kesilapan di dalam bacaan.

Bacaan guru
Bacaan contoh (membaca terlebih dahulu) Bacaan terang, jelas fasih sebutan makhraj dan sifat huruf serta bunyi dengungannya (Ghunnah) yang tepat dan kadar panjang madnya yang sempurna Dhallun-maudhillun (sesat dan menyesatkan) guru melakukan kesalahan dan mengajar orang lain melakukan kesalahan yang sama

Bacaan pelajar
Langkah 1: mengikut bacaan guru serentak Langkah 2: ikut kumpulan (2,3,5 @ 7 orang) Langkah 3: individu Pelajar yang lebih baik bacaannya membaca dahulu (bacaan contoh) Tugas guru: mendengar dan membetulkan kesalahan bacaan, sama ada makhraj dan sifat huruf @ dll.

Contoh: Asuhan Tilawah Al-Quran


Guru memperdengarkan bacaan surah melalui radio/kaset dan mempaparkan tulisan ayat melalui LCD. Guru membaca ayat surah dan murid-murid mendengar dengan teliti Meminta pelajar membaca secara kumpulan dan kelas sambil membetulkan bacaan pelajar Membaca bacaan surah, pelajar mengikuti bacaan. Pelajar membaca secara kelas dan guru membetulkan bacaan.

Contoh: Hafazan
Memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran melalui kaset dan memaparkan tulisan pada kad ayat. Pelajar mendengar dengan teliti Guru membaca dengan kuat Pelajar mendengar bacaan guru dengan teliti Pelajar membaca secara hafaz surah Al-Quran di hadapan guru sambil guru membetulkan hafazan pelajar Membaca di hadapan guru secara hafaz individu, kumpulan dan kelas Guru memastikan pelajar membaca dengan bertajwid

Kepentingan
Murid dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru. Isi pembelajaran tidak diragui akan kesahihannya. Murid dapat ilmu secara langsung daripada guru. Ini akan mengelakkan murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah

Kesan
Meningkatkan keyakinan murid berhadapan dengan guru. Pembelajaran lebih berpusatkan guru Murid menjadi pasif Kelemahan contoh bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid.

Bibliografi
Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-Qaf: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mohd Yusuf Ahmad. (2005). Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Suryati Md.Yasin. (Jun 15). Kaedah P&P AlQuran 1-Talaqqi Musyafahah. Retrieved January 7, 2011, from \http://sesinarsuria.blogspot.com/2009/06/ka edah-p-al-quran-kaedah-1-talaqqi.html

Aplikasi kaedah Talaqqi Musyafahah


TILAWAH AL-QURAN (Tahun 2) Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Kelas : 2 Wawasan Tarikh : 20 Januari 2011 Bilangan pelajar :30 orang Masa : 30 minit Bidang : Tilawah Al-Quran Tajuk : Bacaan Surah Al-Kafirun ayat 1- 6 Kemahiran: Membaca mengikut hukum tajwid, mad dan waqaf Kaedah : Talaqqi musyafahah, latih tubi Gabungjalin: Membaca dan mendengar Penyerapan : Bahasa Arab, Pendidikan Moral Sumber : LCD, komputer riba, Mashaf Uthmani

Aplikasi kaedah Talaqqi Musyafahah


Cara Penyampaian: Talaqqi Guru dan murid bersemuka (face to face) Guru memperdengarkan bacaan ayat al-Quran melalui video Guru membaca. Bacaan secara kuat (jahar) . Pelajar mendengar bacan guru dengan teliti. Guru mengulangi bacaan beberapa kali. Murid membaca Musyafahah Guru memperdengarkan bacaan surah melalui video dan mempaparkan tulisan ayat melalui LCD. Guru membaca ayat surah dan murid-murid mendengar dengan teliti Meminta pelajar membaca secara kumpulan dan kelas sambil membetulkan bacaan pelajar Membaca bacaan surah, pelajar mengikuti bacaan. Pelajar membaca secara kelas dan guru membetulkan bacaan.

You might also like