You are on page 1of 10

PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

PENGENALAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak.

MENGGAMBAR

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawal atau bebas. Corak terbahagi kepada dua iaitu corak terancang dan corak tidak terancang.

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang ini juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan alat dan bahan juga teknik penghasilan.

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni uang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

ESTETIKA DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

CARA UNTUK MENAMPILKAN UNSUR ESTETIKA DALAM SESEBUAH KARYA :

PENIRUAN
menterjemah secara langsung objek atau imej

EKSPRESI DALAM PERASAAN DAN EMOSI


Mengekspresi lukisan mengikut perasaan dan emosi seperti gembira, sedih dan sebagainya.

MENGGUNAKAN KAEDAH FORMALISTIK


penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa.

KEASLIAN
Keunggulan idea atau gagasan.

ASAS SENI REKA

4.2.1 UNSUR SENI

GARISAN

Garisan merupakan cantuman satu siri titik. Jenis : nipis, tebal, berbulu, putus-putus, beralun dan sebagainya. Tujuan : melakar, melukis, membuat jalinan, membuat rupa dan bentuk.

2. JALINAN

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek. Jenis : jalinan tampak dan jalinan sentuh

3. RUPA

Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Bersifat 2 dimensi. Kategori : Rupa Organik dan Rupa Geometri. Jenis : Rupa positif dan negative / rupa dan corak / rupa dan lambang / rupa dan muka taip.

4. BENTUK

Bentuk bersifat 3 Dimensi. Mempunyai isipadu. Jenis : Bentuk Ilusi dan Bentuk Konkrit

5. RUANG

Ruang merupakan kawasan di anatara atau kawasan di sekeliling objek. Boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan, dan juga warna Dikaitkan dengan garisan, perspektif, warna, dan bentuk.

6. WARNA

Jenis Warna Warna Asas Warna Sekunder Warna Tertier.

4.2.2 PRINSIP REKAAN

HARMONI

Menggambarkan suasana yang selesa, nyaman, aman dan tenang.

PENEGASAN

Bermaksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati.

IMBANGAN

Menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jenis : Imbangan simetri dan imbangan tidak simetri.

KONTRA

Bermaksud pencanggahan atau berlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam sesebuah karya.

PERGERAKAN

Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna.

KESATUAN

Bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat.

KEPELBAGAIAN

Bermaksud kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan persembahan yang membentuk satu gubahan.

You might also like