You are on page 1of 2

LELAKI BURUAN WANITA

--------------------

"Percaya Diri". Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh
wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya
kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba
bermain bola sepak. Secara tidak langsung
bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik.

"Berdiri tegak ketika bercakap". Anda juga boleh melakukan senaman di


bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk
membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya.
Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih
yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.

"Lelaki Lucu". Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat.
Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman
wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih
berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem
atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia
kembali tersenyum. Pujukan dengan cara ini
lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh
mencari idea agar si dia dapat melupakan
krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan
kekusutan yang melanda jiwanya.

"Romantik". Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus


diingat romantik bukan bermakna gatal atau
miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata.
Sikap yang mengambil berat tentang diri
mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh
wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged
atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang
romantik.

"Lelaki Bijak". Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk
kecergasan, selalulah bersenam kerana ini
akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak
mudah menerima ilmu atau perkara baru.
Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca. Tidak semestinya anda seorang
ahli akademik tetapi anda boleh
mencubanya. Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda
seorang yang intelek. Selain kacak, hati
wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.

"Suka Kanak-Kanak". Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah


berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk
menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-
kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi
bapa yang penyayang.

"Bijak Berdandan". Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh.
Selain pakaian yang sesuai dan kemas,
kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah
dipotong rapi dan bersih.

You might also like