You are on page 1of 1

SeLoKa SaYaNG

-------------

Jika hari ini kau ditinggalkan


Jangan sesekali kau meninggalkan
Kerana esok pasti ada yang datang
Dan lusa akan ada yang sayang

Selagi sayangmu belum mampu diluahkan


Selagi itu kau belum cukup menyayangi
Selagi itu dirimu harus lebih kau hargai
Selagi itu dia tidak layak kau miliki

Sekali kau ditanya adakah kau menyayangi


Maka usah ragu-ragu jika ia benar bagimu
Jika tidak kau dikata mengada-ngada
Dan jual mahal tak bertempat

Sekali kau diajak untuk bersama


Maka usah cepat beri jawapan
Jika tidak kau dikata gila
Kerana yang bertindak begitu murah harganya

Jika dia gagal melumpuhkan lidahmu


Jika dia gagal membuntukan fikiranmu
Dirinya belum menyentuh jiwamu
Dirinya belum miliki hatimu

Kalau sayang, lepas biar ia terbang


Jika takdir telah menentukan
pasti perginya akan pulang
Hanya penantianmu suatu penyeksaan

kekadang kita perlu melatih diri


memupuk kesetiaan tanpa sebarang janji
dengan itu kau lebih setia menyayangi
dengan itu tiada niat untuk mengkhianati

biar kau bukan terhebat dihatinya


asal kau tulus setia dihatinya
nanti bila datang yang paling hebat
kau tetap lebih hebat miliki hatinya

Cinta mengajar kita erti kedewasaan


Nafsu mengajak kita bersikap keanak-anakan
Sayang mengajar kita erti kesopanan
Marah mengajak kita bersikap kebinatangan

Biar kita tak miliki sayang orang yang disayang


asal jangan lupa untuk terus menyayang
dan jangan lupa kau juga pasti disayang
kerana kau miliki sayang Yang Tak Dilafazkan

p/s: hargai setiap detik yang kita ada walaupun hanya sekelumit waktu....
sekurang2nya itu lebih baik daripada tiada apa2...

You might also like