You are on page 1of 14

PRINSIP AQIDAH DALAM HADIS

Muhammad Hanief bin Awang Yahaya

Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sebagai agama yang terakhir mempunyai
beberapa prinsip yang menjadi tonggak utama yang menjamin hubungan
manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama mereka dan dengan
semua jenis makhluk di alam ini. Rasulullah s.a.w. yang diutuskan oleh Allah
s.w..t. sebagai rasul bertanggungjawab untuk menjelaskan maksud-maksud Allah
yang terkandung di dalam al-Qur’an. Penjelasan Rasulullah s.a.w. dalam bentuk
ucapan, tindakan dan pengakuan dikenali sebagai hadis. Hadis-hadis Rasulullah
s.a.w. tersebut berlegar di atas beberapa paksi yang dikatakan sebagai prinsip
atau roh Islam. Hakikat ini dapat diamati dengan melakukan kajian dan renungan
yang khusus terhadap hadis-hadis.

Sesuatu hadis dapat diakui sebagai mengandungi prinsip apabila inti


kandungannya dapat dirujukkan kepada satu makna atau konsep yang
terkandung dengan jelas di dalam al-Qur’an. Dengan ini, kehadiran hadis itu
dikatakan sebagai penjelasan pengukuhan dan penegasan terhadap makna al-
Qur’an. Dalam istilah ulama Usul Hadis dan Usul Fiqh, konsep ini dikenali
sebagai bayan Taqrir.[1] Begitu juga pabila diteliti kepada hadis-hadis lain, tentu
membawa tema atau makna yang selaras.

Prinsip utama atau yang merupakan tonggak dan asas kepada hadis-hadis
Rasullullah s.a.w. ialah menyeru kepada ajaran tauhid. Maksud tauhid ialah
seseorang insan membebaskan dirinya dari sebarang bentuk syirik terhadap
Allah dan beriktikad bahawa Allah s.w.t. maha esa tidak mempunyai sebarang
sekutu, dalam zat-Nya, sifat-sifat-Nya, perbuatan-perbuatan-Nya, nama-nama-
Nya dan hukum-hukum-Nya.[2] Sementara lawan kepada tauhid ialah syirik iaitu
menyamakan mana-mana makhluk dengan Allah dalam mana-mana perkara
berikut iaitu dalam zat-Nya, sifat-sifat-Nya, perbuatan-perbuatan-Nya, nama-
nama-Nya dan hukum-hukum-Nya.[3]
Pengakuan Allah sebagai Pencipta, Pentadbir yang Esa dan Dialah sahaja yang
berhak disembah merupakan ajaran utama para Rasul. Hakikat ini terkandung di
dalam surah al-Anbiya’, ayat 25:

‫عبُدُون‬
ْ ‫ك مِنْ َرسُولٍ إِ ّل نُوحِي ِإَليْهِ َأنّهُ لَ إِ َلهَ إِلّ َأنَا فَا‬
َ ِ‫َومَا َأ ْرسَ ْلنَا مِنْ َق ْبل‬
ِ
“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami
wahyukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada tuhan yang hak melainkan Aku,
maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.”

Ajaran tauhid merupakan roh ajaran Islam dan ianya akan terbukti apabila kita
menafikan selain dari Allah sebagai tempat pengabdian kita. Apabila kita
memeriksa hadis-hadis Rasulullah s.a.w., prinsip ini amat ditekankan
terutamanya hadis-hadis yang bersifat sebagai nasihat yang lengkap dan bersifat
universal seperti hadis Jibrail yang datang bertanyakan tentang hakikat Islam,
Iman dan Ihsan, hadis rombongan Abdul Qais, hadis Islam diasaskan di atas
lima rukun, hadis cabang-cabang Iman, agama itu nasihat dan banyak lagi.

Tauhid itu merupakan hak Allah s..w.t yang wajib disempurnakan oleh hamba
dengan menjauhi syirik.

:‫ فقال لي‬،‫ "كننت ردينف الننبي على حمار‬:‫وعنن معاذ بنن جبنل (رضني ال عننه)؛ قال‬
‫ ال‬:‫ قلت‬."‫ ومنا حنق العباد على ال؟‬،‫"ينا معاذ! أتدري منا حنق ال على العباد‬
.ً‫ "حق ال على العباد أن يعبدوه ول يشركوا به شيئا‬:‫ قال‬.‫ورسوله أعلم‬

Daripada Muaz bin Jabal katanya: “Saya pernah satu kali membonceng seekor
keldai bersama Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya kepada saya: “Wahai Muaz,
tahukah apakah hak Allah ke atas hamba-Nya dan haknya ke atas Allah?” Saya
menjawab: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Hak
Allah ke atas para hamba-Nya ialah hendak dia beribadat kepada-Nya dan
jangan mensyirikkan-Nya.”

Tauhid juga merupakan asas pendidikan anak-anak. Di dalam surah Luqman,


ayat 13, Luqman telah mengajarkan kepada anaknya beberapa ajaran Allah
s.w.t. Perkara pertama yang diajarkan ialah mentauhidkan Allah dengan
menjauhkan syirik.

ٌ‫ظلْمٌ عَظِيم‬
ُ َ‫شرْكَ ل‬
ّ ‫ك بِالِّ ِإنّ ال‬
ْ ِ‫ظهُ يَا بُ َنيّ َل ُتشْر‬
ُ ِ‫ن ِل ْبنِهِ وَ ُه َو يَع‬
ُ ‫وَِإذْ قَالَ لُ ْقمَا‬

Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu beliau memberi
pelajaran kepada anaknya: “ Hai anakku, janganlah engkau mempersekutukan
Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman
yang besar.”

Hal yang sama ditekankan oleh hadis. Rasulullah mengajarkan Ibn Abbas:

‫ كنت خل فَ النبي صلى‬:‫ رضي ال عنهما – قال‬- ‫عن أبي العباس عبد ال بن عباس‬
‫ احفظِن ال‬،‫ احفظِن ال يحفظنك‬:‫ (ينا غلمُن إنني أُعَّلمُك كلمات‬: ‫ال علينه وسنلم يوماً فقال‬
‫ واعلم أن المننة لو‬،‫ وإذا اسننتعنت فاسننتعن بال‬،‫ إذا سننألت فاسننأل ال‬،‫تجده تجاهننك‬
‫اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إل بشيء قد كتبه ال لك وإن اجتمعوا على‬
‫ رفعننت القلم وجفّنت‬،‫أن يضروك بشيننء لم يضروك إل بشيننء قنند كتبننه ال عليننك‬
.)‫الصحف‬
Daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari saya berada di belakang
Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda: Wahai anak, saya akan mengajarkan
kepadamu bebrapa kalimah, jagalah Allah pasti Allah akan menjagamu. Jagalah
Allah kamu akan dapatinya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, maka
mintalah daripada Allah. Apabila kamu memohon pertolongan, maka pohonlah
daripada Allah. Ketahuilah jika semua umat berkumpul untuk memberi manfaat
kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan mampu melakukannya
kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah untukmu. Dan jika mereka
berkumpul untuk memudaratkanmu dengan sesuatu benda maka mereka tidak
mampu bertindak demikian kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah
ke atasmu. Sesungguhnya pena sudah diangkat dan lembaran telah kering.”
(hadis riwayat al-Tirmizi di dalam al-Jami`, Ahmad di dalam Musnad dan al-
Tabarani di dalam al-Mu`jam al-Kabir)

Ada beberapa prinsip tauhid dan keimanan di dalam hadis ini.

Pertama, jagalah Allah bermaksud, menjaga hak-hak-Nya, perintah dan


larangan-Nya, sempadan dan batas Islam. Hak dan kewajipan yang paling
utama terhadap Allah ialah tauhid dan menjaga aqidah. Allah akan menjagamu
bermaksud, faedah dan manfaat yang diperolehi oleh muslim apabila dia
menjaga hak-hak Allah, iaitu ia akan terselamat dari neraka dan memperolehi
syurga. Jagaan Allah terhadap hamba-Nya juga membawa maksud manfaat dan
kebaikan dalam kehidupannya seperti sihat tubuh badan dan keselamatan
nyawa dan jiwa.

Kedua, Allah s.w.t. sentiasa menjaga dan mengawasi hamba-hamba-Nya.


Segala gerak-geri dan tidak tanduknya di dalam pengetahuan Allah dan ilmu
Allah adalah maha sempurna. Hal ini juga ditekankan oleh makna hadis Jibril
iaitu:

. ‫أن تعبد ال كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك‬

“Kamu hendaklah beribadat kepada Allah seolah kamu melihatnya. Jika kamu
tidak merasai keadaan ini maka hendak kamu yakin Allah melihat kamu.”
(hadis riwayat Muslim)
Ketiga, memohon pertolongan hanya kepada Allah. Makna ini selaras dengan
ayat 5, surah al-Fatihah. Hanya kepada Allah tempat bermohon kerana meminta
pertolongan itu mempunyai makna ketundukkan, kehinaan dan berhajat dan
inilah erti yang terkandung dalam makna ibadat. Menurut al-Qurtubi, ibadat
asalnya bermaksud kehinaan dan ketundukan.[4]

Keempat, hanya Allah memudaratkan dan memberi manfaat. Walaupun jika


semua makhluk berpakat menetang Allah itu tidak akan menjejaskan kekuasaan-
Nya. Allah maha berkuasa.

Kelima, segala yang berlaku kepada seseorang sama ada memberi manfaat
kepadanya atau sebaliknya, itu merupakan ketentuan Allah. Allah maha
berkuasa lagi maha mengetahui.

Tauhid dan keimanan kepada Allah tidak akan sempurna jika seorang muslim itu
tidak mempercayai taqdir Allah yang merupakan rahsia ilmu Allah.

Keenam, hadis ini memberi penekanan iaitu wajib mengajarkan aqidah yang
sahih kepada umat agar mereka dapat mengetahui dan mentauhidkan Allah
dengan sebenar-benarnya. Penekanan sewajarnya diberikan pada peringkat
kanak-kanak remaja lagi. Kesungguhan Rasulullah s.w.t. mendidik umatnya
supaya mengambil berat persoalan tauhid. Hakikat ini sejajar dengan
pengutusan Rasulullah s.a.w. yang memiliki sifat penyayang dan prihatin. Allah
s.w.t. berfirman:

ٌ‫عَليْكُ ْم بِا ْل ُم ْؤمِنِينَ رَءُوف‬


َ ٌ‫حرِيص‬
َ ْ‫عنِتّم‬
َ ‫عَليْهِ مَا‬
َ ٌ‫عزِيز‬
َ ْ‫لَقَدْ جَا َءكُ ْم رَسُولٌ مِنْ َأنْ ُفسِكُم‬
ٌ‫رَحِيم‬

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari kalangan kamu
sendiri, berat terasa olehnya penderitaan kamu, Sangat menginginkan
(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan dan penyayang
terhadap orang-orang mukmin. (Al-Tawbah: 128)

Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Mustadrak (no. 2136):

‫عن بن مسعود أن رسول ال صلى ال عليه وسلم قال ليس من عمل يقرب إلى الجنة‬
‫إل قد أمرتكم به ول عمل يقرب إلى النار إل قد نهيتكم عنه‬

“Daripada Ibn Mas`ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda tidak satu amalan
yang mendekatkan kepada syurga melainkan aku telah menyuruh kamu
melakukannya dan tidak ada amalan yang mendekatkan kepada neraka
melainkan aku telah melarang kamu dari melakukannya.”

Untuk mengajarkan Islam kepada tempat-tempat yang tertentu, Rasulullah s.a.w.


menghantar sahabat-sahabat. Seruan dan perkara pertama yang ditekankan
ialah tauhid.

‫صنلى ال علينه وسنلم – معاذاً إلى نحنو أهنل‬-‫" لمنا بعنث الننبي‬:‫ عنن ابنن عباس قال‬،
‫ إلى أن‬،‫ فليكننن أول مننا تدعوهننم‬،‫ إنننك تقدم على قوم مننن أهننل الكتاب‬:‫ قال له‬،‫اليمننن‬
‫ فأخنبرهم أن ال فرض عليهنم خمنس صنلوات فني‬،‫ فإذا عرفوا ذلك‬،‫يوحدوا ال تعالى‬
‫ تؤخنذ منن‬،‫ فإذا صنلوا فاخنبرهم أن ال افترض عليهنم زكاة أموالهنم‬،‫يومهنم وليلتهنم‬
."‫ وتوق كرائم أموال الناس‬،‫ فخذ منهم‬،‫ فإذا أقروا بذلك‬،‫غنيهم فترد على فقيرهم‬

Daripada Ibn Abbas, katanya: Tatkala Rasulullah s.a.w. mengutuskan Muaz


kepada penduduk Yaman, baginda memberi beberapa nasihat: Sesungguhnya
kamu akan mendatangi satu kaum dari Ahli Kitab. Hendaklah perkara pertama
kamu dakwahkan mereka ialah mentauhidkan Allah. Apabila mereka telah
mengetahui perkara ini maka beritahulah kepada mereka Allah s.w.t. telah
menfardukan lima sembahyang sehari semalam. Apabila mereka telah
bersembahyang maka beritahulah pula Allah telah menwajibkan zakat harta
mereka, iaitu diambil daripada orang yang kaya di kalangan mereka dan
diberikan kepada faqir miskin mereka. Apabila mereka telah mengetahui perkara
ini maka ambillah daripada mereka dan berwaspadalah dari mengambil harta
orang ramai yang paling baik.
(hadis al-Bukhari dan Muslim)

Tauhid kepada Allah menjamin keselamatan di dunia

‫ حتى يشهدوا أن ل إله إل ال وأن‬،‫" أمرت أن أقاتل الناس‬:‫قال رسول ال صلى ال عليه وسلم‬
."‫ إل بحقها‬،‫ فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم‬،‫محمداً رسول ال‬

Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia


sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan
Muhammad itu pesuruh Allah. Maka apabila mereka telah berbuat demikian
darah mereka itu terselamat daripadaku kecuali dengan haknya.
(hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sembahyang Witir Adalah Manifestasi Tauhid Kepada Allah

Sembahyang witir dilakukan pada akhir waktu malam sebelum fajar menyising
atau boleh juga dilakukan selepas insya sebelum tidur. Bagaimanapun witir tidak
dilakukan dua kali dalam satu hari. Witir bermaksud tunggal. Ini sebagai satu
isyarat supaya kita mengingati Allah itu tungal dan esa. Dalam hadis disebutkan:

‫ إن ال وتنر يحنب‬:‫عنن علي رضني ال عننه قال قال رسنول ال صنلى ال علينه وسنلم‬
.‫الوتر‬

Sesungguhnya Allah itu tunggal dan Dia menyukai yang tunggal.


(Hadis riwayat al-Tirmizi, Abu Daud dan al-Nasa’i)
Ini bermakna dengan melakukan sembahyang witir, seseorang itu dapat
menghayati falsafah tauhid dan keesaan Allah. Tambahan pula Rasulullah s.a.w.
membacakan beberapa surah dalam sembahyang witir yang menekankan tema
keesaan dan kesucian Allah dari segala kekurangan dan syirik. Antara surah
yang dibacakan ialah Surah al-A`la, al-Kafirun dan al-Ikhlas.

‫وعن عبد العزيز بن جريج قال سألنا عائشة رضي ال عنها بأي شيء كان‬
‫يوتسر رسسول ال صسلى ال عليسه وسسلم ؟ قالت كان يقرأ فسي الولى ب ) سسبح اسسم‬
‫ربسك العلى وفسي الثانيسة بقسل يسا أيهسا الكافرون وفسي الثالثسة ب قسل هسو ال أحسد‬
‫والمعوذتين‬

Diriwayatkan daripada Ubay bin Ka`b bahawa: Rasulullah s.a.w. sering


melakukan witir dengan membaca Surah al-A`la dalam rakaat pertama, al-
Kafirun dalam rakaat kedua dan al-Ikhlas bersama surah al-Falaq dan al-Nas
dalam rakaat ketiga.

(hadis riwayat Al-Tirmizi dan Abu Daud)

Kandungan surah al-A`la menegaskan bahawa Allah yang telah mencipta dan
mentadbir alam semesta. Oleh itu, manusia wajib bertasbih kepada Allah. Surah
al-Kafirun pula menafikan segala yang disembah selain dari Allah sementara
Surah al-Ikhlas menegaskan keesaan Allah dan Dia tidak menyerupai makhluk
dari apa sudutpun. Segala makhluk, semuanya amat berhajat dan memerlukan
kepada-Nya. Intisari surah al-Falaq dan al-Nas pula ialah dengan Allah
sahajalah, kita memohon perlindungan dari segala macam kejahatan.

Rasulullah s.a.w. juga menegaskan bahawa surah al-Ikhlas menyamai satu


pertiga al-Qur’an kerana mengandungi makna tauhid.
‫وعنن أبني الدرداء قال قال رسنول ال صنلى ال علينه وسنلم أيعجنز أحدكنم أن يقرأ فني‬
‫ليلة ثلث القرآن ؟ قالوا وكينف يقرأ ثلث القرآن ؟ قال قنل هنو ال أحند يعدل ثلث القرآن‬
.

Daripada Abu al-Darda’, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apakah salah


seorang kamu mampu membaca satu pertiga al-Qur’an dalam satu malam?
Para sahabat bertanya: Bagaimana boleh dibaca satu pertiga al-Qur’an?
Rasulullah bersabda: Surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Qur’an.

(hadis riwayat Muslim)

Begitu juga dalam sembahyang sunat fajar Rasulullah s.a.w. sering membaca
surah al-Kafirun dan al-Ikhlas. Surah al-Kafirun merupakan pernyataan Tauhid al-
Nafi iaitu menafikan selain daripada Allah sebagai yang berhak disembah
manakala surah al-Ikhlas menegaskan bahawa hanya Allah yang dikatakan
sebagai Tauhid al-Ithbat.

Menghalalkan Yang Haram Dan Mengharamkan Yang Halal Membatalkan


Tauhid

Allah s.w.t. telah menegaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 22 bahawa segala
yang ada telah diciptakan untuk manusia. Dengan itu, setiap perkara itu adalah
halal kecuali terdapat nas yang mengatakan sebaliknya. Sebarang keputusan
atau hukum yang mengharamkan sesuatu yang halal menyebabkan akidah
seseorang rosak. Tindakan ini sebenarnya mencampuri urusan Allah dan seolah-
olah mencabar kekuasaan Allah. Oleh kerana Rasulullah s.a.w.
menggambarkannya sebagai syirik dan bertuhankan selain Allah.

: ‫عن عدي بن حاتم قال‬


،‫ يا عدي اطرح عنك هذا الوثن‬:‫ فقال‬،‫ "أتيت النبي صلى وفي عنقي صليب من ذهب‬-
:‫ قال‬،}ّ‫ {اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون ال‬:‫وسمعته يقرأ في سورة براءة‬
‫ وإذا حرموا‬،‫ ولكنهنم كانوا إذا أحلوا لهنم شيئا اسنتحلوه‬،‫أمنا إنهنم لم يكونوا يعبدونهنم‬
. ‫ هذا حديث غريب ل نعرفه ال من حديث عبد السلم بن حرب‬."‫عليهم شيئا حرموه‬

Daripada `Adi bin Hatim katanya: Saya menemui Rasulullah s.a.w. dalam keadaan pada

leher saya ada salib dari emas. Baginda bersabda: Wahai `Adi, buangkanlah darimu

berhala ini. Kata `Adi : Saya mendengar Rasulullah s.a.w. membaca surah Bara’ah:

Mereka menjadikan pendita-pendita mereka dan rahib-rahib mereka sebagi tuhan selain

Allah. Adapun menyembah mereka, mereka (golongan Nasara) itu tidak berbuat

demikian. Tetapi apabila paderi-paderi mereka menghalalkan sesuatu kepada mereka,

maka mereka menganggapnya sebagai halal dan apabila paderi-paderi itu mengharamkan

sesuatu ke atas mereka, mak merekapun mengharamkan juga.

(hadis riwayat al-Tirmizi)

Menjaga Dan Melindungi Tauhid

1. Hadis larangan tentang gambar

،‫ فيهنا تصناوير‬،‫ ذكرتنا كنيسنة رأينهنا بالحبشنة‬:‫ أن أم حبيبنة وأم سنلمة‬:‫عنن عائشنة‬
‫ إذا كان فيهننم الرجننل الصننالح‬،‫ (إن أولئك‬:‫فذكرتننا للنننبي صننلى ال عليننه وسننلم فقال‬
‫ فأولئك شرار الخلق عند ال‬،‫ وصوروا فيه تلك الصور‬،‫ بنوا على قبره مسجدا‬،‫فمات‬
. ‫يوم القيامة‬
Daripada `Aishah bahawa Ummu Habibah dan Ummu Salmah menyebutkan
sebuah gereja yang dilihat oleh mereka berdua di Habsyah dan di dalamnya
terdapat gambar-gambar. Lalu mereka berdua menceritakan perkara itu kepada
Rasulullah s.a.w. lantas baginda bersabda: Sesungguhnya mereka itu, apabila
seorang lelaki yang soleh dari kalangan mereka meninggal dunia, mereka akan
membina masjid di atas kuburnya, dan mereka membuat gambar-gambar di
atasnya. Mereka itulah makhluk yang paling jahat di sisi Allah pada hari akhirat.

(hadis al-Bukhari, Muslim dan al-Nasa’i)

‫ دخل علي رسنول ال صنلى ال عليه وسنلم وأنا متسنترة بقرام فينه‬:‫ قالت‬.‫عن عائشنة‬
‫ ثنم قال (إن منن أشند الناس عذابنا يوم‬.‫ ثنم تناول السنتر فهتكنه‬.‫ فتلون وجهنه‬.‫صنورة‬
. ‫ الذين يشبهون بخلق ال‬،‫القيامة‬

Daripada `Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. masuk menemui beliau ketika beliau
berada di balik tabir yang mempunyai gambar. Tiba-tiba berubah wajah baginda.
Lalu mengambil tabir tersebut dan mengutis-ngutisnya seraya bersabda:
“Sesungguhnya orang paling dahsyat siksaannya di hari akhirat ialah orang yang
menyerupakan dengan ciptaan Allah.”

(Hadis riwayat Muslim)

Hadis di atas mengajar kita sudah menjauhi unsur-unsur yang boleh membawa
kepada syirik. Larangan yang dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu kerana
keadaan zaman mereka masih lagi hampir dengan situasi penyembahan berhala
dan gambar-gambar yang dijadikan pujaan. Gambar-gambar dilukis sebagai
membesarkan orang yang dilukiskan wajahnya dan dijadikan perantaraan untuk
meminta pertolongan dengan Allah kerana mereka adalah orang-orang soleh
dan hampir dengan Allah.[5]
‫ سنمعت رسنول ال صنلى ال علينه وسنلم يقول (كنل مصنور فني‬:‫ فقال‬.‫عنن ابنن عباس‬
‫ نفسا فتعذبه في جهنم‬،‫ بكل صورة صورها‬،‫ يجعل له‬.‫النار‬

Daripada Ibn Abbas katanya:” Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


Setiap pelukis akan berada di dalam neraka lalu dijadikan setiap gambar yang
dilukiskan nyawa dan akan menyeksanya di dalam neraka Jahannam.”

(Hadis riwayat Muslim)

2. Larangan kubur dijadikan masjid

.‫ لعنن ال اليهود والنصنارى‬:‫عنن أبني هريرة؛ أن رسنول ال صنلى ال علينه وسنلم قال‬
." ‫اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد‬
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah telah
melaknat Yahudi dan Nasara. Mereka telah menjadikan kubur-kubur nabi
mereka sebagai masjid.”
(hadis Muslim)

Hadis ini memberitahu bahawa tempat yang betul untuk beribadat kepada Allah
s.w.t. mestilah bersih dari sebarang unsur yang membawa kepada syirik.

3. Menjauhi tanggapan sial untuk menjaga akidah tauhid

Rasulullah s.a.w. menjelaskan aqidah tauhid kepada ummat Islam dengan


menegaskan tidak ada sebarang bentuk sial kerana segala-galanya sudah
ditakdirkan Allah. Penyakit yang menimpa manusia berlaku kerana bukan
jangkitan penyakit itu sendiri melainkan Allah yang menyebabkan berlakukan
jangkitan tersebut.
‫ ول‬،‫ ل عدوى ول طيَرة‬:‫ قال رسننول ال صننلى ال عليننه وسننلم‬:‫عننن أبنني هريرة قال‬
. ‫ و ِفرّ من المجذوم كما تفرّ من السد‬،‫هامة ول صفر‬

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada


sebarang jangkitan, tidak ada sial burung, tidak ada sial burung hantu dan tidak
ada sial bulan Safar. Larilah dari mangsa kusta seperti kamu lari dari singa.”

(hadis al-Bukhari)

4. Larangan bersembahyang ketika matahari terbit dan terbenam

Rasulullah s.a.w. melarang dari mendirikan sembahyang ketika matahari


terbit dan tenggelam. Larangan ini bertujuan untuk menghindarkan diri dari
menyerupai orang-orang yang menyembah matahari.

: ‫عن ابن عمر رضي ال عنهما قال‬


‫ (إذا طلع حاجب الشمس فدعوا‬:‫قال رسول ال صلى ال عليه وسلم‬
،‫ وإذا غاب حاجب الشمس فدعوا الصلة حتى تغيب‬،‫الصلة حتى تبرز‬
‫ فإنها تطلع بين قرني‬،‫ول تحينوا بصلتكم طلوع الشمس ول غروبها‬
. ‫ أو الشيطان‬،‫شيطان‬

Daripada Ibn Umar katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila dua kening
matahari terbit, janganlah bersembahyang sehinggalah ia kelihatan dengan
jelas. Apabila kening matahari tenggelam maka janganlah bersembahyang
sehingga ia lenyap. Jangan kamu tunggu untuk bersembahyang pada
matahari terbit dan tenggelam kerana ia terbit di antara dua tanduk syaitan.”

(hadis al-Bukhari)
Hadis di atas menunjukkan bahawa syaitan akan berada dekat matahari
supaya orang yang menyembah matahari ini menyembahnya juga.
Rasulullah s.a.w. melarang sembahyang pada ketika itu supaya tauhid
orang-orang Islam terpelihara. Berdasarkan kepada faktor ini juga
sebahagian ulama mengatakan sebab Rasulullah s.a.w. tidak menggalakkan
sunat qabliah maghrib ialah kerana zaman mereka itu masih lagi hampir
dengan golongan yang menyembah matahari. Oleh itu baginda merasa
keberatan untuk bersembahyang pada ketika itu.

[1]
Muhammad Sulaiman al-Asyqar, al-Wadih Fi Usul al-Fiqh, hal. 96

[2]
Muhammad Anwar al-Badakhsyani, Talkhis Syarh al-`Aqidah al-Tahwiyyah, hal. 24

[3]
Ibid., hal. 32

[4]
Abdul Rahman Ali al-Shaikh, Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tuwhid, hal. 11.

[5]
Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami Wa adillatuhu, jil.4, hal. 2671

You might also like