You are on page 1of 2

PRINSIP BERBUAT BAIK KEPADA IBU DAN BAPA

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah kewajipan yang dapat diterima oleh
mana-mana agama sekalipun; sehingga Islam tidak memisahkan sama sekali
hubungan kekeluargaan yang terjalin walaupun berlainan agama. Islam
mewajibkan ummatnya menjaga hubungan yang baik dengan kedua ibu dan
bapa sebagaimana firman-Nya:

ِ‫وَبِا ْلوَالِدَيْنِ ِإحْسَانًا وَذِي ا ْلقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِين‬


Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim
dan orang-orang miskin. (Surah al-Baqarah : 83)

Namun seorang anak itu hanya wajib mentaati ibu bapanya selagi mereka tidak
menyuruh kepada maksiat dan syirik kepada Allah s.w.t. Ini jelas dengan apa
yang telah terkandung dalam kitab-Nya. Firman Allah s.w.t :

ِ َ‫ن أ‬
‫ن‬ ِ ‫علَى وَهْنٍ َو ِفصَالُ ُه فِي عَامَ ْي‬ َ ‫َو َوصّيْنَا الِْ ْنسَانَ بِوَالِدَيْ ِه حَ َملَتْ ُه أُمّهُ وَهْنًا‬
َ‫س َلك‬ َ ْ‫ن جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْ ِركَ بِي مَا لَي‬ ْ ِ‫ َوإ‬. ُ‫ك ِإلَيّ الْ َمصِير‬ َ ‫اشْكُ ْر لِي َولِوَالِدَ ْي‬
ّ‫ن أَنَابَ ِإلَيّ ثُم‬
ْ َ‫علْ ٌم فَلَ ُتطِعْهُمَا َوصَاحِبْهُمَا فِي الدّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتّبِعْ سَبِيلَ م‬ ِ ِ‫بِه‬
َ‫ِإلَيّ مَ ْرجِعُكُ ْم َفأُنَبّئُكُمْ ِبمَا كُنْ ُتمْ تَعْ َملُون‬
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu
yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu ,maka janganlah kamu mengikuti
keduanya ,dan pergauilah keduanya di dunia dengan baik,dan ikutilah jalan
orang yang kembali kepada-Ku,kemudian hanya kepada-Ku lah
kembalimu,maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (al-
Luqman : 14-15)

Hadis-hadis di bawah ini adalah termasuk di bawah prinsip berbuat baik kepada
kepada ibu dan bapa.

‫ سألت النبى صلى ال عليه وسلّم‬: ‫عن عبدال إبن مسعود رضى ال عنه قال‬
: ‫ي ؟ قال‬ّ ‫ ثمّ أ‬: ‫ قلت‬.‫ الصلة على وقتها‬: ‫ب إلى ال ؟ قال‬ّ ‫ أيّ العمال أح‬:
‫ الجهاد فى سبيل ال‬: ‫ ثمّ أيّ ؟ قال‬: ‫ قلت‬. ‫برّ الوالدين‬
Daripada Abdillah bin Mas’ud, beliau berkata : "Aku bertanya kepada Nabi s.a.w
; Amalan manakah yang lebih Allah suka? Rasulullah menjawab : Sembahyang
pada waktunya. Aku berkata : Kemudian apa? Rasulullah s.a.w menjawab :
Berbuat baik kepada kedua ibu dan bapa. Aku berkata : Kemudian apa?
Rasulullah s.a.w menjawab : Berjuang di jalan Allah. (Riwayat al-Bukhari,
Muslim, al-Nasa’i dan Ahmad)
َ‫ل َلك‬
َ ‫سلّ َم ُأجَاهِدُ قَا‬
َ َ‫علَيْهِ و‬
َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ّ‫ل لِلنّبِي‬ ٌ‫ج‬ ُ ‫عَنْ عَ ْبدِ الِّ ْبنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ َر‬
ْ‫أَبَوَانِ قَالَ نَعَمْ قَالَ َففِيهِمَا َفجَاهِد‬
Daripada Abdullah bin Amar beliau berkata : "Seorang lelaki berkata kepada
Nabi s.a.w : "Aku hendak berjihad". Nabi bertanya kepadanya : "Adakah kamu
mempunyai ibubapa?" Beliau menjawab : "Ya". Nabi s.a.w berkata : "Maka
berjihadlah pada mereka berdua." (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-
Tirmizi dan Ibnu Majah)

Kedudukan Ibubapa dalam Islam terletak pada tempat yang mulia dan tinggi
hinggakan seseorang itu lebih patut menjaga ibubapanya yang memerlukannya
dari berperang di medan perang. Walaupun peperangan suatu perkara yang
amat penting kerana kekuatan sesebuah negara bergantung kepadanya namun
berkhidmat kepada kedua ibubapa adalah lebih penting.

Sesetengah pengulas-pengulas hadis menyebutkan secara mutlak lafaz


‘ibubapa’ iaitu sama ada kafir atau Islam. Dengan itu, seorang yang beriman
wajib berkhidmat kepada ibubapanya walaupun ibubapanya itu kafir atau tidak
seakidah dengannya.

Manakala kedudukan seorang ibu itu adalah tiga kali lebihnya daripada seorang
ayah sepertimana sabdanya :-

‫علَيْ ِه‬
َ ُّ‫صلّى ال‬َ ِّ‫جلٌ ِإلَى َرسُولِ ال‬ ُ ‫ل جَاءَ َر‬ َ ‫ن أَبِي هُرَيْرَةَ َرضِيَ الُّ عَ ْنهُ قَا‬ ْ َ‫ع‬
ْ‫صحَابَتِي قَالَ أُ ّمكَ قَالَ ُثمّ مَن‬ َ ‫ن‬ ِ‫س‬ ْ ُ‫ق النّاسِ ِبح‬ ّ َ‫ن َأح‬ ْ َ‫سلّمَ َفقَالَ يَا َرسُولَ الِّ م‬
َ َ‫و‬
َ‫قَالَ ثُ ّم أُ ّمكَ قَالَ ُثمّ مَنْ قَالَ ُث ّم أُ ّمكَ قَالَ ثُمّ مَنْ قَالَ ثُ ّم أَبُوك‬
Daripada Abi Hurairah r.a, beliau berkata : "Seorang lelaki telah datang kepada
Rasulullah s.a.w lalu berkata : "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak
untuk aku berbuat baik? Rasulullah menjawab : "Ibumu". Dia bertanya (lagi) :
"Kemudian siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab : "kemudian ibumu". Kemudian
dia bertanya (lagi) : "Kemudian siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab : "kemudian
ibumu". Dia bertanya (lagi) : "Kemudian siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab :
"Kemudian ayahmu". (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad)

You might also like