Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
11Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ciri-Ciri Hadis Maudhuk

Ciri-Ciri Hadis Maudhuk

Ratings: (0)|Views: 454 |Likes:
Published by zuhadisaarani

More info:

Published by: zuhadisaarani on Nov 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
 
CIRI-CIRI HADIS MAUDHU :
HADIS YANGMENGGUNAKAN LAFAZ AL-HUMAIRA`
 
Muhammad Hanief Awang Yahaya
 
Meriwayatkan hadis maudhu` hukumnya haram dengan disepakati oleh semua ulama.Malah Imam al-Juwaini menghukumkan kufurnya orang yang mereka hadis palsu.Supaya kita tidak terlibat dalam gejala yang menghancurkan agama ini kita hendaklahmengetahui apakah tanda atau ciri hadis yang palsu. Di antara ciri-ciri hadis maudhu` ialah terdapatnya lafaz Humaira
seperti yang tersebutdi dalam riwayat ini:
ءاريمحلا نع كد رطش اوذخ 
“Ambillah separuh agama kamu daripada al-Humaira’. ” 
  Al-Mizzi berkata: Setiap hadis yang menyebutkan lafaz Ya Humaira’ iaitu adalah hadismaudhu` kecuali sebuah hadis dalam al-Nasa’i. (al-Masnu` hal. 212) Ibn al-Qayyim menyebutkan setiap hadis yang menyebutkan lafaz Ya Humaira’ atau al-Humaira’ maka itu adalah direka dan palsu seperti “Wahai Humaira’, jangan kamumakan tanah kerana ia akan menyebabkan begini, begini..” begitu juga hadis : “Ambillahseparuh agama kamu daripada al-Humaira’ ”
. Al-Manar al-Munif 
, hal. 60
`.
  Al-Zahabi berkata: Ada dikatakan setiap hadis yang terdapat Ya Humaira’ tidak sahih.
(Siyar A`lam al-Nubala’ 
, jil. 2, hal. 167. Ibn Kathir berkata: Adapun hadis “Ambillah separuh agama kamu daripada al-Humaira’” itu adalah hadis gharib jiddan bahkan munkar. Saya pernah bertanya kepada gurusaya, al-Mizzi dan beliau memberi jawapan: “Sampai hari ini saya tidak menemuisanadnya”. Al-Zahabi berkata: “Ini adalah antara hadis yang sangat lemah yang tidak diketahuisanadnya”. (
Tuhfah al-Talib
, hal.170.) Mulla Ali al-Qari berkata: Hadis ‘Ambillah separuh agama kamu daripada al-Humaira’tidak diketahui asal usulnya. (al-Masnu` hal. 98) Hafiz Ibn Hajar menyebutkan bahawa dalam riwayat al-Nasa’i daripada jalan sanad AbuSalamah daripada `Aishah bahawa orang-orang Habsyah datang bermain laluRasulullah s.a.w. bersabda kepada `Aishah: “Ya Humaira’ adakah kamu suka untuk melihat mereka”. Jawab Aishah: “Ya”. Sanadnya sahih, saya tidak tahu dalam hadissahih yang menyebutkan Humaira’ kecuali hadis ini sahaja. (
 Fath al-Bari 
, jil. 2, hal.444) Oleh itu hadis: “Ambillah separuh agama kamu daripada al-Humaira’ ” tidak mempunyai sebarang sanad untuk dikaji kedudukan perawi-perawinya maka ia adalahtidak sahih.

Activity (11)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Solah My liked this
Hadi liked this
Hadi liked this
WanEzulfikri liked this
ghtyjuyuiuk liked this
Qaisara Raudhah liked this
Qaisara Raudhah liked this
Fatima Niz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->