Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
19Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hadis Sahih

Hadis Sahih

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 5,124|Likes:
Published by zuhadisaarani

More info:

Published by: zuhadisaarani on Nov 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/26/2012

pdf

text

original

 
 
PENGAJIAN HADIS
Hadis Dha‘if: Hukum dan Syarat Pengamalann
ya 
Oleh Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)1. Kata-Kata al-Imam al-Nawawi.2. Pendapat para ilmuan berkenaan pengamalan hadis dha‘if 3. Syarat-syarat pengamalan hadis dha‘if:Ulasan kepada syarat pertamaUlasan kepada syarat kedua.Ulasan kepada syarat ketiga4. Memberi prioriti kepada hadis sahih dan hasan5. Hadis dha‘if tidak boleh dijadikan ukuran nilai sesuatu amal6. Rujukan
 
Setiap kali ketibaan bulan Rejab, timbul perbincangan di kalangan orang ramaiberkenaan beberapa amalan yang khusus kerananya seperti puasa sunat Rejab,solat sunat malam tertentu bulan Rejab dan sebagainya. Di satu pihak terdapatmereka yang mengatakan tidak ada apa-apa amal ibadah yang khusus denganbulan Rejab kerana semua hadis yang menganjurkan ibadah tersebut adalahtidak sahih. Di pihak yang lain mereka membolehkan pengamalan ibadah-ibadahtersebut dengan hujah hadis yang tidak sahih – yakni hadis-hadis dha‘if – bolehdigunakan dalam keutamaan beramal.Dalam risalah ini penulis akan cuba mengupas isu beramal dengan hadis yangdha‘if. Kupasan bersifat umum tanpa terhad kepada amalan bulan Rejab sahajakerana terdapat banyak lagi amalan kita di Malaysia yang disandarkan kepadahadis-hadis yang dha‘if. 
1. Kata-Kata al-Imam al-Nawawi.
Kebanyakan orang yang membolehkan penggunaan hadis dha‘if menyandarkanhujah mereka kepada kata-kata al-Imam al-Nawawi rahimahullah (676H):[1]Berkata para ilmuan daripada kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan selain mereka,dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if dalam bab
 
keutamaan (al-Fadha’il), memberi anjuran (al-Targhib) dan amaran (al-Tarhib)asalkan ianya bukan hadis maudhu’.Adapun dalam bab hukum-hakam seperti halal dan haram, jual-beli, penceraiandan apa-apa lain yang seumpama, tidak boleh beramal dengan hadis dha‘if kecuali dengan hadis yang sahih atau hasan. Melainkan jika hadis-hadis tersebutbersangkutan dengan sikap berhati-hati terhadap bab-bab tersebut, seperti hadisdha‘if yang menyebutkan makruhnya hukum melakukan sebahagian bentuk jual-beli atau pernikahan, maka disunatkan untuk menghindari daripadanya (yangmakruh tersebut) namun ia tidak jatuh kepada hukum wajib.Ada yang menerima kata-kata al-Imam al-Nawawi di atas sebulat-bulatnya,bahkan menganggap mudah bahawa pengamalan hadis dha‘if diperbolehkanasalkan ianya bukan hadis maudhu’. Sebenarnya terdapat beberapa syarat yangperlu diperhatikan oleh seseorang sebelum dia boleh mengamalkan hadis dha‘if.Syarat-syarat ini juga diketahui dan dipegang oleh al-Imam al-Nawawi, hanyabeliau tidak menggariskannya dalam kitabnya al-Azkar kerana kitab tersebutbukanlah kitab ilmu hadis tetapi kitab yang dipermudahkan untuk menjadiamalan orang ramai. Hal ini seperti yang disebutkan sendiri oleh al-Imam al-Nawawi di bahagian muqaddimah kitab al-Azkarnya tersebut. Atas
2. Pendapat para ilmuan berkenaan pengamalan hadis dha‘if 
Dalam kata-kata al-Imam al-Nawawi di atas, beliau menyebut bahawa: “Berkatapara ilmuan daripada kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan selain mereka,dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if……” Kata-kata diatas sebenarnya bukan mencerminkan pandangan ijma’ tetapi jumhur ilmuanIslam. Hal ini diterangkan oleh al-Hafiz al-Sakhawi rahimahullah (902H):[2]……bahawa dalam pengamalan hadis dha‘if terdapat tiga pendapat: (yangpertama adalah) tidak dibolehkan beramal dengannya secara mutlak, (yangkedua adalah) boleh beramal dengannya jika dalam bab tersebut tidak ada yangselainnya (tidak ada hadis yang sahih atau hasan) dan yang ketiga – inimerupakan pendapat jumhur – boleh beramal dengannya dalam bab keutamaanasalkan bukan dalam bab hukum-hakam sepertimana yang telah disebutkansebelum ini akan syarat-syaratnya.Atas 
 
3. Syarat-syarat pengamalan hadis dha‘if.
Sepertimana yang dikatakan oleh al-Hafiz al-Sakhawi di atas, jumhur ilmuanmembolehkan penggunaan hadis dha‘if dalam bab keutamaan beramal selagimana diperhatikan syarat-syaratnya. Syarat-syarat tersebut dikemukakan olehbeliau seperti berikut:[3]Saya mendengar guru kami rahimahullah (yakni al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani,852H) selalu berkata, bahkan telah mencatitkannya dengan tulisannya untuksaya bahawa syarat pengamalan hadis dha‘if ada tiga:1. Yang disepakati, bahawa kelemahan hadis tersebut tidak berat. Makaterkeluarlah apa yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang dusta atau dituduhsebagai pemalsu hadis serta yang parah kesalahannya.2. Bahawa ianya mencakupi asas umum (agama). Maka terkeluarlah sesuatuyang diada-adakan kerana tidak memiliki dalil asas yang mengasaskannya.3. Bahawa ia diamalkan tanpa berkeyakinan ia adalah sabit (daripada Nabi),agar tidak disandarkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam apa yang tidakdisabdakan olehnya.Seterusnya marilah kita mengulas lanjut tiga syarat di atas. 
3.1 Ulasan kepada syarat pertama
Hadis dha‘if yang diperbolehkan penggunaannya ialah hadis yang ringankelemahannya. Maka dari sini dapat kita ketahui bahawa setiap hadis yang ingindigunakan, sekalipun untuk tujuan keutamaan beramal dan memberi anjuranserta amaran, perlu dirujuk kepada sumbernya yang asal dan disemak darjatnya.Ini kerana tanpa merujuk kepada sumbernya yang asal dan menyemakdarjatnya, kita tidak akan mengetahui sama ada kelemahannya adalah ringanatau berat. Dirujuk kepada sumbernya yang asal bererti mencari hadis tersebutdalam kitab-kitab hadis sama ada ia benar-benar wujud atau tidak. Disemakdarjatnya bererti dikaji sanadnya sama ada ianya sahih atau tidak. Jika ianyatidak sahih, maka disemak sama ada kelemahannya adalah ringan atau berat.Jika kelemahannya ringan maka ia lulus syarat yang pertama ini, jikakelemahannya adalah berat maka ia gagal.Di sini penulis merasa perlu untuk membetulkan salah faham masyarakat,termasuk para da’i, penceramah, penulis dan ilmuan yang selain daripada ahlihadis, yang berpendapat boleh menggunakan apa jua hadis asalkan ia duduk didalam bab keutamaan beramal (al-Fadha‘il) dan memberi anjuran serta amaran(al-Targhib wa al-Tarhib). Mereka tidak menyemak asal-usul hadis tersebut samaada ia wujud atau tidak dalam kitab-kitab hadis yang lengkap dengan sanadnya.

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Emhy Suhaemy liked this
arian_minhat liked this
Izumi Mimy liked this
wawh096471 liked this
E-zati Sophia liked this
Fakih Usman liked this
Fakih Usman liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->