You are on page 1of 27

Bahagian K-Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka

UNIT 12 FLAGSHIP E-MELAKA

MISI
Untuk menjadikan Unit 12 Flagship e-Melaka K-Ekonomi sebagai satu organisasi berasaskan pembelajaran dan pengetahuan dengan menggalakkan penghasilan idea-idea baru, programprogram yang bermanfaat dan penggunaan serta penyampaian maklumat yang tepat dan pantas melalui polisi yang efektif, inisiatif berpasukan dan infrastruktur kelas pertama.

LEARNING & GROWTH

Memastikan kemahiran, Pengetahuan dan nilai yang Betul di gunapakai

Menghidupkan budaya inovasi, Pembelajaran berterusan, kepimpinanKerja berpasukan dan customer focus
ORGANISATION CAPITAL DEVELOPMENT

Memastikan maklumat yang di Hantar berkaitan ,tepat pada Masa dan berkualiti.
INFORMATION CAPITAL DEVELOPMENT

HUMAN / TALENT CAPITAL DEVELOPMENT

HALA TUJU STRATEGIK

Mengurus sumber maklumat dan data program untuk memastikan keperluan Bahagian bagi memastikan Melaka Maju sentiasa seiring dengan perkembangan semasa dapat dipenuhi. Pengurusan organisasi terhadap seluruh sumber ICT, aktiviti ICT yang perlu dilakukan dan pengurusan ICT di dalam kaitan dan interaksi dengan bahagian lain di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka dan agensiagensi berkaitan. Mengurus aplikasi sebagai satu pelaburan, dari mengenali keperluan dan kehendak pengguna dan sistem kepada pembangunan sistem dan operasi serta penyelenggaraan sistem untuk kegunaan jangka panjang.

PELAN STRATEGIK

* Sumber: MAMPU

FUNGSI

Merancang dan melaksanakan program-program berkaitan ICT dan Multimedia berdasarkan kepada 12 flagship yang telah di gariskan. Memantau perkembangan setiap program yang akan di laksanakan, sedang dilaksanakan dan yang telah di laksanakan. Mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam setiap program yang di rancang. Menyediakan laporan terperinci berkaitan perlaksanaan program, keberkesanan program dan impak jangka panjang kepada kumpulan sasaran program. Menyediakan platform komunikasi yang terbaik kepada peserta program bagi memastikan segala input dapat di sampaikan secara terus.

NILAI TAMBAH

Rakyat

Industri

Kerajaan Negeri

PELANGGAN

Peningkatan Kualiti Hidup

Persekitaran bisnes yang kondusif

Peningkatan ekonomi

K-EKONOMI

PROGRAM LATIHAN, SEMINAR, PELUANG BISNES, TEKNOLOGI MELALUI PENYAMPAIAN 12 FLAGSHIP UNIT 12 FLAGSHIP E-MELAKA

WAWASAN

MALAYSIA MAJU 2020

DIGITAL MELAKA

Rakyat Negeri Melaka e-Dagang, e-Masjid, e-Pelancongan, e-Kesihatan, e-Komuniti, e-Politik e-Belia, e-Media, e-Sekuriti, e-Pendidikan, e-Wanita, e-Kerajaan K-Ekonomi

12 FLAGSHIP E-MELAKA

Program e-Melaka telah dilancarkan pada tahun 2003 sempena Tahun ICT Negeri Melaka. Ia diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka setelah beliau kembali ke Melaka dari lawatan kerjanya di Seoul, Korea. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk kemudahan rakyat mendapatkan Latihan Pembelajaran Komputer & Internet untuk mendapatkan maklumat, menimba ilmu pengetahuan dengan motto JANA PENGETAHUAN, BINA KEKAYAAN & JAMIN KESEJAHTERAAN .

1.

E-KOMUNITI

Diwujudkan bagi tujuan untuk merapatkan jurang digital rakyat di Melaka, dengan menekankan kepada golongan surirumah, pesara dan pekerja kolar biru. Selain asas komputer, program ini menggalakkan rakyat Melaka berinteraksi melalui sistem rangkaian sosial. SASARAN PESERTA: Ibu Tunggal, Surirumah dan Pekerja Kolar Biru Pesara,

2.

E-DAGANG

Bertujuan membangunkan satu portal perniagaan yang membolehkan rakyat Melaka menjual dan membeli menggunakan Internet. Selain itu, membantu pengusaha IKS membuat pemasaran secara dalam talian menggunakan pelbagai medium online dengan harapan dapat menggalakkan rakyat Melaka menggunakan sistem perbankan elektronik. SASARAN: Pengusaha IKS

3.

E-KERAJAAN

Dilaksanakan bagi meningkatkan kompetensi dan kebolehan kakitangan dipertingkatkan dari semasa kesemasa dengan penggunaan aplikasi dan kemudahan ICT & Multimedia. Selain itu, pembangunan aplikasi e-Kerajaan bagi membantu kerajaan & rakyat dalam urusan secara atas talian. SASARAN : Kakitangan Kerajaan

4.

E-PENDIDIKAN

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bidang ICT & Multimedia dengan harapan pelajar dapat meningkatkan kretiviti dan inovasi. Selain itu, kaedah dan pembelajaran secara atas talian diperkenalkan agar pelajar dapat suasana pembelajaran baru dan menyeronokan Sasaran : Pelajar Sekolah Rendah/Menengah dan IPTA/IPTS

5.

E-PELANCONGAN

Bertujuan memberikan maklumat mengenai lokasi pelancongan di negeri Melaka yang menggunakan sistem (Geographical Information System) GIS dan Virtual Reality Tour. Selain itu portal ini juga akan menempatkan maklumat berkenaan kemudahan penginapan, tempat makan yang popular serta maklumat mengenai (Satu Daerah Satu Industri) SDSI. Sasaran : Pengusaha Tempat Pelancongan / Pelancong

6.

E-POLITIK

Dibangunkan untuk memberi maklumat mengenai ahli dewan undangan negeri kawasan berkenaan. Portal ini menempatkan maklumat yang menjadi rujukan mengenai aktiviti yang dijalankan dikawasan berkenaan. Sistem ini juga membolehkan rakyat berinteraksi secara terus dengan wakil rakyat secara atas talian. Sasaran: Ahli Exco / YB / Setiausaha YB /Orang Awam

7.

E-BELIA

Dilaksanakan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan para belia agar. Program-program yang dirancangkan serta membolehkan komunikasi interaktif antara golongan belia dengan pihak penganjur, supaya boleh memperkenalkan lebih banyak aktiviti yang sesuai dengan kehendak remaja masa kini. SASARAN : Belia / Persatuan Belia

8.

E-KESIHATAN

Membantu sektor kesihatan meningkatkan kualiti pemnyampaian yang lebih baik dan teratur menerusi teknologi ICT & Multimedia. Selain itu, menerusi flagship ini dapat membantu rakyat untuk berinteraksi bagi mendapatkan nasihat dan panduan kesihatan melalui portal yang dibangunkan. SASARAN : Doktor / Pengamal Perubatan / Orang Awam

9.

E-SEKURITI

Bertujuan memberikan pendedahan mengenai isu risiko keselamatan serta memberikan maklumat kepada rakyat Melaka supaya tidak menjadi mangsa ancaman keselamatan digital. Kursus penerangan dan seminar akan menghuraikan kaedah ancaman ini serta langkahlangkap proaktif bagi membendung ancaman ini. SASARAN : Pelajar Sekolah / Pelajar IPTA/IPTS / Ibu Bapa / Orang Awam

10.

E-MEDIA

Diwujudkan bagi membantu pihak media untuk menyediakan maklumat penyiaran menggunakan Internet serta mewujudkan satu direktori rujukan bagi rakyat Melaka bagi mendapatkan bahan berkenaan. SASARAN : Pengamal Media Cetak dan Elektronik

11.

E-WANITA

Dilaksanakan bagi membantu golongan wanita terutama ibu tunggal meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang membolehkan mereka menjana pendapatan melalui latihan dan pendidikan yang diberikan. SASARAN : Ibu Tunggal / Surirumah / Remaja Wanita

12.

E-MASJID

Bertujuan bagi memperkenalkan ICT dalam bidang dakwah Islam, teks khutbah, rakaman ceramah agama serta aktiviti masjid akan dimuatkan dalam portal ini bagi rujukan masyarakat setempat. Selain penyediaan sistem portal ini, infrastruktur ICT di masjid akan dibaiki bagi membolehkan pihak pengendali masjid boleh mengemaskini bahan berkenaan secara terus ke dalam portal. SASARAN : Pegawai Syarak Masjid / Orang Awam

KEJAYAAN
JUMLAH SASARAN PESERTA JUMLAH YANG DICAPAI PERBEZAAN JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN

TAHUN

2003- 2008

45,404

2009

5000

6004

1004

51,408

2010

5000

6837

1837

58,245

2011

3500

3683

183

61,928

STATISTIK MENGIKUT FLAGSHIP | 2011


FLAGSHIP
E-Komuniti E-Kerajaan E-Media E-Sekuriti E-Belia E-Pendidikan E-Pelancongan E-Niaga E-Wanita E-Kesihatan E-Politik E-Masjid

JUMLAH PROGRAM
34 20 9 8 17 9 5 2 3 3 6 6

JUMLAH KESELURUHAN (ORANG)


1779 354 184 376 336 260 90 65 61 190 197 149

JUMLAH

120

4026

GAMBAR AKTIVITI
LATIHAN ASAS KOMPUTER DAN INTERNET KAKITANGAN BAKAL BERSARA NEGERI MELAKA: SIRI 8/2011

GAMBAR AKTIVITI
LATIHAN ASAS KOMPUTER DAN INTERNET KAKITANGAN BAKAL BERSARA NEGERI MELAKA: SIRI 8/2011

GAMBAR AKTIVITI
LATIHAN KEMAHIRAN ADOBE ILLUSTRATOR CS3

GAMBAR AKTIVITI
LATIHAN PENGURUSAN PORTAL EMASJID SIRI 3/2011

TERIMA KASIH

Q & A

You might also like