Biro Kejurulatihan PESAKA Negeri Selangor yakin bahawa jurulatih memainkan perananpenting sebagai pemangkin kepada pembangunan silat dan kejayaan sesebuah pasukandaerah, pertubuhan serta atlet pesilat. Jurulatih merupakan seorang pemimpin / guru yangbertanggungjawab mempastikan program-program silat dapat membentuk keperibadian danperwatakan yang baik di dalam kehidupan seorang atlet. Setiap jurulatih harus mengamalkantingkah laku yang positif ketika bersama-sama atlit dalam memberikan pengalaman dan potensidiri kepada mereka. Selain itu jurulatih perlulah sentiasa menunjukkan sikap kesukanan danbudi pekerti yang mulia serta menilai setiap atlet dengan baik dan seadilnya.Jurulatih hendaklah menjadi model dalam melaksanakan tugas dengan jujur dan cekap selainmempunyai intergriti yang tinggi. Jurulatih juga mestilah bertanggungjawab dalam membinasemangat kekitaan sewaktu mengambil bahagian dalam sukan, berdisiplin tinggi serta sanggupberkorban apa sahaja demi mencapai kemajuan atlit bimbingannya.Biro Kejurulatihan PESAKA Negeri Selangor percaya bahawa seseorang jurulatih akanmelakukan sesuatu yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga untuk atlit di bawahpenjagaannya. Kod etika jurulatih ini hendaklah diguna pakai oleh semua jurulatih sama adadiperingkat Negeri Selangor, PESAKA Daerah-daerah, pertubuhan/perguruan silat (gelanggangdan sekolah). Kod etika ini sememangnya memberikan penekanan tentang amalan baik yangperlu diikuti oleh seseorang jurulatih.Saya akan sentiasa terikat dam mematuhi kod etika ini ketika menjalankan tugas sebagaiseorang jurulatih.Seorang jurulatih silat bertanggungjawab membantu mengembangkan potensi diri seseorangatlet dengan meningkatkan prestasinya :-
•
Mengenalpasti keperluan setiap individu
•
Meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat, latihan terkawal, membuat penilaiandan mengambil bahagian sebaik mungkin dalam setiap pertandingan.
•
Mewujudkan satu persekitaran dimana seseorang atlet itu sentiasa mendapat motivasibagi mengekalkan penyertaan dan meningkatkan prestasinya.Jurulatih hendaklah mematuhi prinsip-prinsip etika jurulatih yang baik seperti di bawah :-
Sebagai seorang jurulatih :-
Kod Etika Jurulatih PESAKA Negeri Selangor 1
KOD ETIKA JURULATIH
PESAKA NEGERI SELANGOR