You are on page 1of 3

Saharul bin Junit Unit Pengurusan Aset & Stor IPG Kampus Tawau

Tarikh : 07 Disember 2011 Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau Puan, SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS Adalah dengan hormatnya perkara di atas di rujuk. 02. Untuk makluman puan, saya telah bercuti dari 24hb November 2011 sehingga 05hb Disember 2011 dan sepatutnya bekerja pada 06hb Disember 2011. Namun apa yang berlaku: a) 05hb Disember 2011 jam 07.45 malam bertempat di Lapangan Terbang Air Asia Kota Kinabalu, saya sekeluarga web check in untuk penerbangan KK ke Tawau. Pegawai Tiket Air Asia menyatakan bahawa tiket yang telah kami daftar adalah pada 05hb Januari 2012 dan bukannya 05hb Disember 2011. (Saya telah tersalah beli tiket pulang). Kami tidak dapat mengubah tarikh tiket tersebut kerana ia sudah di daftar masuk untuk penerbangan 05hb Januari 2012. Di samping itu semua penerbangan pada 05-06hb Disember ke Tawau telah penuh. Saya sekeluarga memutuskan untuk menaiki Bas Ali Topan pada jam 2.00 petang pada 06hb Disember 2011 dan tiba di luar simpang IPG Kampus Tawau pada jam 12.00 tengah malam (07hb Disember 2011).

b)

c)

d)

03.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang benar,

(SAHARUL BIN JUNIT) Sk. Timb. Pengarah IPGKT KUKP IPGKT Pegawai Eksekutif IPGKT Fail

Saharul bin Junit Unit Pengurusan Aset & Stor IPG Kampus Tawau

Tarikh : 07 Disember 2011 Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau Puan, SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KURSUS DI CAMERON HIGHLAND Adalah dengan hormatnya perkara di atas di rujuk. 02. Untuk makluman puan, saya akan mengikuti Kursus Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan bertempat di Rosa Pasadena Hotel, Cameron Highland dari 07-09 Disember 2011. Namun apa yang berlaku: a) Cik Norlizan Otto telah memaklumkan saya bahawa tiket telah di tempah untuk penerbangan pada 06hb Disember 2011 jam 10.30 pagi bersama dengan En. Rosani Tanjil.( No. Booking A2WP2V). Memandangkan saya masih di Kota Kinabalu. (Sila rujuk pada surat tunjuk sebab tidak hadir bertugas saya) saya telah berurusan dengan pusat jualan tiket Air Asia di sana untuk minta di tukarkan tarikh penerbangan pada 07hb Disember 2011 kerana saya tiba di Tawau pada hari tersebut.(Saya telah di berikan No. Booking baru Q93S7G dan di masukkan dalam senarai menunggu sekiranya saya dapat uruskan pertukaran tersebut di kaunter tiket Air Asia Tawau dalam tempoh 24jam. Pada pagi 07hb Disember 2011 jam 7.00 pagi saya telah berada di Lapangan Terbang Tawau. Pada pukul 8.30-9.00 pagi saya berurusan dengann pegawai tiket di sana dan mendapati tiket penerbangan saya telah habis tempoh dan tidak boleh di ubah lagi. Saya pun pulang semula ke IPG Kampus Tawau dan masuk kerja pada pukul 10.30 pagi.

b)

c)

d)

03. Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan memohon pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak puan. Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang benar,

(SAHARUL BIN JUNIT)

Sk. Timb. Pengarah IPGKT KUKP IPGKT Pegawai Eksekutif IPGKT Fail

You might also like