You are on page 1of 62

PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH BAHASA MELAYU MULAI

2008
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

UPSR

MODUL PENATARAN

PRAKATA
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dapat menerbitkan Modul Penataran Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Bahasa Melayu UPSR. Usaha ini merupakan satu usaha yang amat baik dan tepat pada masanya. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan tugas yang murni ini. Penghasilan modul ini ialah satu usaha, aktiviti, proses, untuk memastikan petugas-petugas pentaksiran PBS mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang terselaras semasa menjalankan tugas. Modul ini boleh membantu semua petugas pentaksiran yang terlibat dengan tugas-tugas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pegawai-pegawai yang akan menjalankan penataran terdiri daripada pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri juga gabungan /daerah dan guru-guru yang dilantik sebagai Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK), Ketua Pentaksir Negeri (KPN), Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) Pentaksir Kawasan (PKw) dan Ketua Pentaksir Sekolah (KPS) Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap fenomena kerja ini berterusan demi merealisasikan moto LPM adil, sahih dan amanah. Terima kasih Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

KANDUNGAN Prakata 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 Pengenalan Konsep, Dasar PLBS Kerangka PLBS Pengoperasian PLBS Rumusan

MUKA SURAT

4 6 23 28 56

BAB 1 PENGENALAN

1.0

PENGENALAN

MATLAMAT Modul ini bertujuan untuk membantu petugas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membuat penataran dengan berkesan. Dengan adanya modul ini, fokus penataran PBS akan lebih jelas dan seterusnya membantu petugas pentaksiran PBS melaksanakan tugas dengan lebih berkesan OBJEKTIF Objektif modul adalah untuk petugas-petugas petaksir PBS dapat : Mengetahui konsep, prinsip dan prosedur PBS Memahami dengan jelas konsep, prinsip dan prosedur PBS Melaksana PBS secara terselaras Merancang dan melaksanakan PBS di peringkat negeri, gabungan / daerah dan sekolah dengan jayanya ORGANISASI KANDUNGAN Modul ini mengandungi manual pengendalian pemantauan PBS dan manual penyelarasan PBS PBS, manual

BAB 2 KONSEP, DASAR PBS PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS) BAHASA MELAYU

KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENGENALAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terdiri daripada: Science Practical Work Assesstment (PEKA) Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)

PENYATAAN DASAR Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditadbir mengikut kuasa-kuasa yang diberikan kepada Pengarah Peperiksaan berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Seksyen 67, Seksyen 68 dan Seksyen 69. Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. Calon yang beragama Islam wajib melaksanakan Ujian PAFA. Pelaksanaan PEKA dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan atau tiada skor PBS. Calon istimewa yang ingin mendapatkan pengecualian PBS hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Negeri. PBS dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) mesti dilaksanakan mengikut dokumen pentaksiran PLBS. Setiap calon mestilah mempunyai semua skor / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan. Jawatankuasa Induk PBS peringkat kebangsaan / negeri / gabungan / daerah dan sekolah perlu ditubuhkan. Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak sekolah. Petugas PBS adalah personel yang dilantik. Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab pihak sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan. Semua rekod dan evidens, perlu disimpan dengan selamat selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan. 8

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Sekolah mengeluarkan pelaporan pelaksanaan PLBS

KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut: Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan. Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens. Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran. Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina. Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dimoderatkan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti. Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan 10

tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan. Pelaporan positif Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

11

PERANCANGAN PENTAKSIRAN 1. Perancangan Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik. 2. Penataran Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar program PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang pelaksanaan PBS. 3. Pelaksanaan Pentaksiran Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam dokumen pentaksiran, format pentaksiran atau buku panduan pelaksanaan PBS. 4. Penyelarasan Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor. 5. Pemantauan Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 6. Pengesanan Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan impaknya memperbaiki PBS. 7. Laporan Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan.

12

13

PELAKSANAAN JADUAL PELAKSANAAN


TEMPOH JAN-OKT JAN-JULAI

SUBJEK

TAHAP TAHUN 1- 5

BAHASA MELAYU (PLBS)

TAHUN 6

Petugas Pentaksiran Terdiri daripada: Ketua Pentaksir Kebangsaan Ketua Pentaksir Negeri Ketua Pentaksir Kawasan Pentaksir Kawasan Ketua Pentaksir Sekolah Pentaksir Sekolah Ketua Pentaksir Kebangsaan(KPK) Dilantik oleh LPM guru terlatih opsyen berkaitan mata pelajaran dan mengajar mata pelajaran berkenaan disahkan dalam jawatan Berpengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 10 tahun dan ke atas Boleh memegang jawatan untuk satu mata pelajaran sahaja

14

Ketua Pentaksir Negeri(KPN) Dilantik oleh JPN guru terlatih opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran dan mengajar mata pelajaran berkenaan disahkan dalam jawatan berpengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan sekurangsekurangnya 5 tahun ke atas Boleh memegang jawatan untuk satu mata pelajaran sahaja

Ketua Pentaksir Kawasan(KPKw) Dilantik oleh JPN guru terlatih opsyen berkaitan mata pelajaran dan mengajar mata pelajaran berkenaan Berpengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 3 tahun dan ke atas disahkan dalam jawatan Boleh memegang jawatan untuk satu mata pelajaran sahaja

Pentaksir Kawasan(PKw) Dilantik oleh JPN guru terlatih opsyen berkaitan mata pelajaran dan mengajar mata pelajaran berkenaan Berpengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 3 tahun dan ke atas disahkan dalam jawatan

15

Boleh memegang jawatan untuk satu mata pelajaran sahaja

Ketua Pentaksir Sekolah (KPS) guru terlatih opsyen mata pelajaran berkaitan jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan. boleh memegang jawatan untuk satu mata pelajaran sahaja

Pentaksir Sekolah (PS) guru terlatih guru yang dilantik dalam jawatan opsyen mata pelajaran berkaitan jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan

16

SENARAI TUGAS Tugas Ketua Pentaksir Kebangsaan(KPK) Sebelum pentaksiran: 1. Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai mata pelajaran di LPM 2. Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama Ketua Pentaksir Negeri (KPN) 3. Merancang jadual / aktiviti pemantauan dan penyelarasan 4. Membuat pemantauan dan penyelarasan peringkat kebangsaan Semasa Pentaksiran: 1. Berjumpa Pengetua / Guru Besar sekolah memaklumkan kehadiran semasa lawatan ke sekolah. 2. Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah Selepas Pentaksiran: 1. Mengumpul dan menyatukan laporan daripada semua KPN 2. Mengemukakan cadangan dan tindakan susulan kepada LPM Tugas Ketua Pentaksir Negeri(KPN) Sebelum Pentaksiran: 1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan kebangsaan 2. Menyelaras tugas Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) 3. Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat negeri 4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

17

Semasa Pentaksiran: 1. Berjumpa Pengetua / Guru Besar sekolah memaklumkan kehadiran semasa lawatan ke sekolah 2. Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah 3. Melaksanakan penyelarasan skor peringkat daerah. Selepas Pentaksiran: 1. Mengumpul dan menyatukan laporan daripada KPKw dan menghantar kepada KPK dan SPP JPN 2. Menjadi penasihat kepada Jawatankuasa Kes Khas Sekolah

Tugas Ketua Pentaksir Kawasan(KPKw) Sebelum Pentaksiran: 1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat kawasan 2. Memberi taklimat kepada PKw Semasa Pentaksiran: 1. Menyelaras pentaksiran oleh PKw 2. Bertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui proses pentaksiran yang lengkap 3. Melaksanakan penyelarasan skor di peringkat kawasan Selepas Pentaksiran: 1. Menjadi penasihat kepada Jawatankuasa Kes Khas Sekolah 2. Mengumpul dan menyatukan laporan daripada PKw dan menghantar kepada KPN

18

Tugas Pentaksir Kawasan(PKw) Sebelum Pentaksiran: 1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri/kawasan 2. Memberi taklimat kepada KPS Semasa Pentaksiran: 1. 2. 3. Menyelaras pentaksiran oleh KPS Bertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui proses pentaksiran yang lengkap Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah

Selepas Pentaksiran: 1. Mengumpul dan menyatukan laporan daripada KPS dan menghantar kepada KPKw 2. Menjadi penasihat Jawatankuasa Kes Khas Sekolah

19

Tugas Ketua Pentaksir Sekolah (KPS) Sebelum Pentaksiran: 1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah 2. Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada PS dan calon Semasa Pentaksiran: 1. Menyelaras pentaksiran oleh PS 2. Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi 3. Mentaksir calon 4. Mengisi borang-borang penskoran individu/borang gred individu dan lain-lain yang berkaitan. 5. Memberi kerjasama kepada KPN/KPKw/PKw dalam urusan penyelarasan Selepas Pentaksiran: 1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh KPN/KPKw/PKw 2. Menyerahkan skor kepada SUP 3. Menyimpan rekod dan evidens selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan 4. Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKw 5. Memastikan borang penskoran individu/borang gred individu yang berpindah sekolah dihantar ke sekolah baru 6. Menyediakan pelaporan pelaksanaan PBS bagi setiap calon 7. Membantu Jawatankuasa Kes Khas Sekolah

20

Tugas Pentaksir Sekolah (PS) Sebelum Pentaksiran: 1. 2. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon Semasa Pentaksiran: 1. prestasi 2. 3. 4. Mentaksir calon Mengisi borang-borang penskoran individu/borang gred individu dan lain-lain yang berkaitan. Memberi kerjasama kepada KPN/KPKw/PKw/KPS dalam urusan penyelarasan Selepas Pentaksiran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh KPN/KPKw/PKw/KPS Menyerahkan skor kepada SUP Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada KPS Memastikan borang penskoran individu/borang gred individu yang berpindah sekolah dihantar ke sekolah baru Menyediakan pelaporan pelaksanaan PBS bagi setiap calon 21 Membimbing dan membantu calon meningkatkan

7.

Membantu Jawatankuasa Kes Khas Sekolah

GRED SEMPADAN SKOR PLBS Gred Sempadan Skor PBS Gred Sempadan Skor adalah julat skor yang menggambarkan pencapaian gred dalam PBS bagi mata pelajaran berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pelaporan Pelaporan PBS dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu: a) Peringkat sekolah PLBS / SBOA Penyataan - PEKA / PAFA / PLBS Borang Penskoran Individu atau Borang Gred Induk dan Kelompok / Keseluruhan / Induk / Laporan

b) Peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Slip keputusan

22

Pelaporan Pencapaian PLBS calon yang dicatatkan dalam borang rekod pencapaian murid adalah seperti berikut : A. PENENTUAN PURATA GRED GRED A B C D B. PERKIRAAN PURATA GRED Purata Skor = Jumlah Skor/Bilangan Skor C. PENENTUAN PURATA GRED PURATA SKOR 1.0 hingga 1.4 1.5 hingga 2.4 2.5 hingga 3.4 3.5 hingga 4.0 CONTOH : Pencapaian pelajar bagi konstruk tatabahasa dan kosa kata bagi tiga kali pencerapan adalah : DBB Purata skor = 1 + 3 + 3 3 23 PURATA GRED D C B A SKOR 4 3 2 1

= 2.33 Purata Gred = C

24

Jadual Kerja Pengendalian PLBS Tahun 6

Bil 1

Perkara Tempoh Pelaksanaan PLBS *

Tarikh Januari-31 Julai

Tindakan Sekolah

Penghantaran PLBS/SBOA Report

Laporan

4-7 Ogos 11-14 Ogos

KPS kepada PKw PKw kepada KPKw

18-20 Ogos 25 Ogos

KPKw kepada KPN KPN kepada KPK dan SPP JPN

29 Ogos

KPK kepada LPM

SPP JPN Negeri KPK KPN KPKw PKw KPS

Sektor Penilaian dan peperiksaan Jabatan Pelajaran Ketua Pentaksir Kebangsaan Ketua Pentaksir Negeri Ketua Pentaksir Kawasan Pentaksir Kawasan Pentaksir Sekolah

* Bergantung kepada input daripada Bahagian Produksi, LPM

25

KERANGKA PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)

BAB 3

KERANGKA PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS) 26

PENGENALAN Latar Belakang Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di semua peringkat persekolahan. Walau bagaimanapun, perubahan dari segi pelaksanaannya berlaku dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian. Sehubungan dengan itu, sesuatu pembaharuan telah diusahakan apabila Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dilaksanakan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan murid yang terampil bertutur dalam pelbagai situasi serta mempunyai kemahiran dan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan Oleh yang demikian, sewajarnya usaha murni yang telah dimulakan ini diperluas dan diperkembang ke peringkat sekolah rendah (Tahun 1 Tahun 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1 Tingkatan 3) dengan dikenali sebagai Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Pelaksanaannya dapat memperkukuh dan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi kemahiran bertutur murid. PLBS menekankan pentaksiran yang berterusan iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta semasa aktiviti kokurikulum oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan. Langkah ini juga bersesuaian dan bertepatan dengan hakikat bahawa guru yang mengajar murid itulah yang lebih mengetahui tahap dan pencapaian murid yang sebenar dalam kemahiran bertutur. Pelaksanaan PLBS dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran yang tinggi serta mempertingkatkan nilai dan kualiti lisan murid selaras dengan objektif pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah. Selaku pemimpin sekolah, guru besar dan pengetua memainkan peranan yang utama dalam menjayakan PLBS. Pelaksanaannya yang dipantau dari semasa ke semasa akan menjamin keberkesanannya. Selain itu, ruang atau wadah yang memungkinkan penambahbaikan dan pemulihan secara berterusan dapat diwujudkan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran bertutur yang bertepatan dengan konsep assessment for better learning Pelaksanaan

27

Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dijalankan mengikut peringkat yang berikut:Peringkat I Peringkat II Peringkat III Tahap Satu Sekolah Rendah (Tahun 1 Tahun 3) Tahap Dua Sekolah Rendah (Tahun 4 Tahun 6) 3) Sekolah Menengah (Tingkatan 1 Tingkatan dirancang bagi

Pentaksiran Lisan Bahasa Melayu (PLBS) memenuhi keperluan dan hasrat yang berikut:

Bersifat autentik kerana berupaya untuk mentaksir kebolehan sebenar murid dengan berfokus pada kemahiran bertutur. Menggalakkan proses pengajaran dan kemahiran bertutur di dalam bilik darjah. pembelajaran

Pentaksiran dijalankan secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3 dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dilakukan dalam situasi komunikasi sebenar dan lebih daripada satu kemahiran bertutur ditaksir. Pentaksiran boleh juga dilakukan di luar bilik darjah dan dalam kegiatan kokurikulum yang melibatkan penggunaan Bahasa Melayu Pentaksir ialah guru yang mengajarkan Bahasa Melayu yang mengetahui kemampuan sebenar kemahiran bertutur seseorang murid.

28

Objektif Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Pelaksanaan pentaksiran lisan tersebut dapat: Melahirkan murid yang terampil bertutur dalam situasi yang pelbagai. Memastikan pelaksanaan ujian dikendalikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta semasa aktiviti kokurikulum secara berterusan. Mendedahkan pelbagai situasi bertutur yang sebenar kepada murid untuk membolehkan mereka menimba pengalaman. Membentuk kemahiran dan keyakinan diri kepada murid untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan.

Rasional Pelaksanaan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Berupaya untuk mentaksir kebolehan sebenar murid untuk bertutur bersesuaian dengan anjakan paradigma dalam pentaksiran pendidikan. Memberikan tumpuan kepada kemahiran bertutur murid semasa pengajaran dan pembelajaran, di luar bilik darjah serta semasa aktiviti kegiatan kokurikulum secara berterusan Pentaksiran berterusan bermula dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Pentaksiran dilaksanakan dalam situasi sebenar dan lebih daripada satu kemahiran lisan ditaksir. Pentaksir ialah guru yang mengajar murid dan yang mengetahui kemampuan sebenar kemahiran lisan murid itu.

Konsep Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Bahasa Melayu 29

Pentaksiran lisan ini dilaksanakan berasaskan sekolah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pentaksiran ini dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran, di luar bilik darjah serta semasa aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Pentaksiran dijalankan oleh guru-guru mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu yang

Pelaporan pencapaian murid direkodkan dalam buku atau kad kemajuan pada penghujung setiap penggal persekolahan. Murid ditaksir pencapaiannya atau penguasaan lisannya dalam pelbagai aktiviti individu dan kumpulan. Kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran ini tinggi manakala nilai dan kualiti lisan dapat dipertingkatkan selaras dengan hasrat dan objektif pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah. Pentaksiran ini membolehkan penambahbaikan dan pemulihan dilakukan secara berterusan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bertutur.

30

PENGOPERASIAN
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH BAHASA MELAYU

BAB 4

PENGOPERASIAN PLBS PENGENDALIAN PLBS PERINGKAT KEBANGSAAN (LPM) Penubuhan Jawatankuasa Pengendalian PLBS Penasihat Pengerusi : Pengarah Peperiksaan : Timbalan Pengarah Peperiksaan (Operasi)

31

Naib Pengerusi

: Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Rendah dan Rendah (KS SPPMRR)

Setiausaha

: Ketua Penolong Pengarah Unit UPSR : Semua Pegawai Unit UPSR Ketua Pentaksir Kebangsaan Ketua Pentaksir Negeri

Ahli Jawatankuasa

Tugas

dan

tanggungjawab

Jawatankuasa

Pengendalian

PLBS

Peringkat Kebangsaan Sebelum Pentaksiran Sebelum Pentaksiran Menyediakan surat pekeliling berkaitan PBS

Menyediakan dokumen Panduan Pentaksiran dan Manual Pengendalian PBS Menyediakan bahan taklimat pengendalian PBS Memberi taklimat pengendalian PBS kepada pegawai JPN, KPK dan KPN Menyediakan aplikasi bagi kemasukan markah Melantik Ketua Pentaksir Kebangsaan Memantau pelaksanaan PLBS di peringkat JPN

Semasa Pentaksiran

Selepas Pentaksiran Menerima Laporan PLBS/SBOA Report daripada JPN Menyediakan laporan pemantauan PLBS

32

Proses Kerja Pelaksanaan PLBS Peringkat Kebangsaan Tempoh Tindakan Pelaksanaa n Ketua Sektor SPPMRR Ketua Penolong Pengarah UPSR Januari Januari

Bil

Proses

Tanggungjawa b

Menyediakan pekeliling PLBS

Pengarah Peperiksaan

Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengendalian PLBS

Pengarah Peperiksaan

Menyampaikan maklumat berkenaan pelaksanaan PLBS di peringkat negeri

Pengarah Peperiksaan

Ketua Penolong Pengarah UPSR Januari

Menyediakan dokumen dan bahan taklimat pengendalian PBS

Pengarah Peperiksaan

Ketua Penolong Pengarah UPSR Januari

Melaksanakan taklimat pengendalian PBS dan menyerahkan bahan PBS

Pengarah Peperiksaan

Pegawai Unit UPSR Januari

Memantau pelaksanaan di peringkat JPN

Pengarah Peperiksaan Pengarah Peperiksaan

Pegawai Unit UPSR Pegawai Unit UPSR

Mei - Julai

Menyediakan laporan pemantauan PLBS

Ogos - Sept

33

PENGENDALIAN PLBS PERINGKAT NEGERI Penubuhan Jawatankuasa Pengendalain PLBS Peringkat Negeri Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha : Pengarah Pelajaran Negeri : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri : Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan : Ketua Sektor Pengurusan Akademik : Pegawai Sektor Penilaian & Peperiksaan Pegawai Sektor Penilaian & Peperiksaan Pegawai Sektor Pengurusan Akademik Semua Pegawai Peperiksaan PPG / PPD Ketua Pentaksir Negeri Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengendalian PLBS

Ahli Jawatankuasa : Semua Pegawai Pelajaran Gabungan / Daerah

Peringkat Negeri Sebelum Pentaksiran Menerima dan mengedar surat pekeliling Lembaga

Peperiksaan Malaysia Menerima dan mengedar dokumen Pengendalian PLBS Menghadiri taklimat Pengendalian PLBS di peringkat kebangsaan Menubuhkan Jawatankuasa Pengendalian PLBS Peringkat Negeri Melantik Ketua Pentaksir Negeri, Ketua Pentaksir Kawasan, Pentaksir Kawasan, Ketua Pentaksir Sekolah , Pemantau dan Penyelaras Mengarahkan sekolah melantik Pentaksir Sekolah Mengarahkan sekolah menubuhkan Jawatankuasa Pengendalian PLBS peringkat sekolah

34

Menerima

senarai

Jawatankuasa

Pengendalian

PLBS

peringkat sekolah Mengedar dokumen dan melaksanakan penataran PLBS kepada PPG / PPD Membahagikan sekolah-sekolah mengikut kawasan Mengadakan taklimat penataran / mesyuarat penyelarasan / mesyuarat pemantauan di peringkat negeri Menyelaras taklimat di peringkat kawasan Mengadakan penataran PLBS kepada Pengetua / Guru Besar, Ketua Pentaksir Kawasan, Pentaksir Kawasan dan Ketua Pentaksir Sekolah Semasa Pentaksiran Memantau pelaksanaan PLBS di peringkat PPG / Memastikan semua sekolah akur dengan

PPD

prosedur penskoran Memastikan penyelarasan peringkat kawasan Memastikan pentaksiran di sekolah dilaksanakan dilaksanakan perlu) Selepas Pentaksiran Mengumpul Borang Gred Induk / Laporan PLBS/ SBOA Report, laporan pemantauan dan laporan penyelarasan Mengadakan Mesyuarat Pasca Pemantauan Memastikan setiap sekolah menghantar Laporan PLBS/SBOA Report kepada PKw Membantu menyelesaikan kes-kes khas Mengadakan mesyuarat penyelarasan (jika

35

Memastikan

sekolah

mengeluarkan

pelaporan

pelaksanaan PBS kepada calon

36

Proses Kerja Pelaksanaan PLBS Peringkat Negeri Bi l Proses Tanggungjaw ab Tempoh Tindakan Pelaksanaa n Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan JK Negeri dan Ketua Pentaksir Negeri Januari Januari Januari

Menerima pekeliling daripada LPM

Pengarah Pelajaran Negeri

Januari

Menubuhkan Jawatankuasa Pengendalian PLBS peringkat negeri

Pengarah Pelajaran Negeri Pengarah Pelajaran Negeri Pengarah Pelajaran Negeri Pengarah Pelajaran Negeri

Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengendalian PLBS peringkat negeri

Menyampaikan maklumat berkenaan pelaksanaan PLBS di peringkat JK Daerah

Menyediakan dokumen dan bahan taklimat penataran

Pegawai SPP

Februari

Menyediakan surat arahan hadir taklimat kepada PPG / PPD

Pengarah Pelajaran Negeri Pengarah Pelajaran Negeri

Pegawai SPP

Februari

Melaksanakan penataran dan menyerahkan bahan PLBS

Februari Pegawai SPP

37

Bi l

Proses

Tanggungjaw ab

Tempoh Tindakan Pelaksanaa n

Mengedar surat makluman pemantauan dan penyelarasan ke sekolah

Pengarah Pelajaran Negeri Pengarah Pelajaran Negeri

Pegawai SPP

April

Memantau pelaksanaan di peringkat PPG / PPD

Jawatankuasa PBS

Mei Julai

10 Memastikan setiap sekolah Pengarah menghantar PLBS/SBOA PKw Report Laporan Pelajaran kepada Negeri

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Ogos

PENGENDALIAN PLBS PERINGKAT GABUNGAN / DAERAH

38

Jawatankuasa Daerah Pengerusi

Pengendalian

PLBS

Peringkat

Gabungan

: Pegawai Pelajaran Gabungan /

Daerah Setiausaha : Penolong Pegawai Pelajaran atau Penyelia Penilaian dan Daerah Ahli Jawatankuasa : Pegawai Unit Kurikulum PPG / PPD Pegawai Unit Pendidikan Islam dan Moral PPG / PPD Semua Pengetua / Guru Besar Ketua Pentaksir Kawasan Pentaksir Kawasan Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengendalian PLBS Peringkat Gabungan / Daerah Sebelum Pentaksiran Menerima pekeliling dan taklimat penataran Menubuhkan jawatankuasa PLBS peringkat PPG Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat Memantau pelaksanaan di peringkat sekolah Memastikan semua sekolah menghantar Peperiksaan Gabungan /

daripada JPN / PPD

penataran kepada sekolah

Laporan PLBS/SBOA Report mengikut jadual yang ditetapkan

39

Semasa Pentaksiran Mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat Memastikan Memastikan Memastikan pentaksiran penyelarasan pemantauan di peringkat peringkat sekolah sekolah daerah

daerah

dilaksanakan dilaksanakan dilaksanakan Membantu menyelesaikan kes-kes khas

Selepas Pentaksiran Mengumpul Borang Gred Induk / Laporan PLBS/ SBOA Report, laporan pemantauan dan laporan penyelarasan Mengadakan mesyuarat pasca pemantauan Memastikan setiap sekolah menghantar Laporan PLBS/SBOA Report kepada PKw

Memastikan sekolah mengeluarkan pelaporan pelaksanaan


PBS kepada calon

40

Proses Kerja Pelaksanaan PLBS Peringkat Gabungan / Daerah Bil Proses Tanggungjawa b Tindakan Tempoh Pelaksanaan

Menerima pekeliling dan taklimat penataran daripada JPN PPG / PPD

Pen. PPG / PPD (Penilaian dan Peperiksaan) Februari

Menubuhkan jawatankuasa Pengendalian PLBS PPG / PPD

Pen. PPG / PPD (Penilaian dan Peperiksaan) Januari

Menyediakan surat arahan hadir taklimat penataran kepada sekolah PPG / PPD

Pen. PPG / PPD (Penilaian dan Peperiksaan) Pen. PPG / PPG / PPD PPD (Penilaian dan Peperiksaan) Februari Februari

Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat penataran kepada sekolah

Memantau pelaksanaan di peringkat sekolah

PPG / PPD

AJK Pemantau Pen. PPG / PPD (Penilaian dan

Mei - Julai

PPG / PPD

Ogos

41

Bil

Proses Memastikan sekolah Laporan setiap PLBS/SBOA

Tanggungjawa b

Tindakan

Tempoh Pelaksanaan

menghantar Peperiksaan)

Report kepada PKw

42

PENGENDALIAN PLBS PERINGKAT SEKOLAH Jawatankuasa Pengendalian PLBS Peringkat Sekolah Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha : Pengetua / Guru Besar : Guru Penolong Kanan (Akademik) : Setiausaha Peperiksaan Ketua Panitia Pentaksir Sekolah Guru Cemerlang Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengendalian PLBS Peringkat Sekolah Sebelum Pentaksiran Menerima surat pekeliling PBS daripada JPN Menerima dokumen PBS daripada JPN Pengetua / Guru Besar menubuhkan

Ahli Jawatankuasa : Ketua Pentaksir Sekolah

Jawatankuasa PBS sekolah Pengetua / Guru Besar melantik pentaksir bagi Menghantar senarai Jawatankuasa dokumen PBS dan untuk dan setiap mata pelajaran berkaitan pentaksir kepada JPN Memperbanyakkan Menyediakan Memastikan jadual pihak PBS PBS kegunaan pentaksir pelaksanaan sekolah menghantar salinan kepada JPN dan Pentaksir Kawasan menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan PBS bagi tujuan pembelajaran dan pentaksiran.

43

Memastikan pihak sekolah mestilah melantik

guru mata pelajaran sebagai pentaksir untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Memastikan sekolah memberi makluman pelaksanaan PBS kepada murid dan ibu bapa / penjaga Memastikan setiap murid memiliki fail PBS

Semasa Pentaksiran Memastikan pentaksiran dijalankan semasa

pengajaran dan pembelajaran Memastikan penyelarasan skor di peringkat Memastikan Memastikan Memastikan Memastikan pemantau pentaksir pentaksir pentaksir dalaman merekod membuat dalam evidens skor sekolah dilakukan oleh KPS pemantauan mengikut jadual yang telah ditetapkan skor Borang Skor Individu menyimpan pentaksiran dalam fail individu dengan selamat memaklumkan kepada murid dan ibu bapa / penjaga yang ditaksir dan murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran Memastikan pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk

44

Selepas Pentaksiran

Memastikan Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh


Pengetua / Guru Besar dan disimpan di sekolah dan satu salinan dihantar kepada JPN melalui PKw

Memastikan pihak sekolah menyediakan Laporan PLBS/SBOA


Report dan diserahkan kepada PKw mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak LPM Memastikan Setiausaha Peperiksaan memasukkan skor calon dalam format pentaksiran yang ditetapkan oleh LPM Mengeluarkan pelaporan pelaksanaan kepada calon

45

Proses Kerja Pengendalian PBS Peringkat Sekolah

Bil

Proses

Tanggungjawa b

Tempoh Tindakan pelaksanaa n

Menerima pekeliling dan 1 menghadiri taklimat penataran daripada PPG / PPD Menubuhkan jawatankuasa pelaksana Melaksanakan taklimat penataran

Pengetua / Guru Besar

GPK Akademik

Januari

Pengetua / Guru Besar Pengetua / Guru Besar

GPK Akademik GPK Akademik

Januari

Februari

Melaksanakan pentaksiran

Pengetua / Guru Besar

Pentaksir

Januari Julai (Tahun 6) Januari Okt. (Tahun 1 - 5)

Menyelaras skor

Pengetua / Guru Besar

Penyelaras

April

Memantau pentaksiran

Pengetua / Guru Besar

Pemantau

Mac

46

Bil

Proses

Tanggungjawa b

Tempoh Tindakan pelaksanaa n

Menghantar 7 PKw

Laporan

PLBS/SBOA Report kepada

Pengetua / Guru Besar

Setiausaha Peperiksaa n Ogos

47

PENYELARASAN Konsep Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor. Objektif Memastikan penyelarasan dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah mengikut prosedur yang ditetapkan Menentukan skor pentaksir dilakukan mengikut kriteria yang ditetapkan Menentukan ketekalan skor

Prosedur

Melantik Ketua Pentaksir Kebangsaan sebagai penyelaras Penyelaras diberi taklimat penyelarasan Melaksanakan penyelarasan Sekolah menyediakan evidens untuk diselaras Memilih sampel skor secara rawak mengikut aras pencapaian calon Membandingkan skor penyelaras dengan skor pentaksir Memberikan skor baru

48

Penyelaras Penyelaras adalah pegawai yang dilantik untuk melaksanakan penyelarasan PBS. Penyelaras terdiri daripada:

Penyelaras Luaran i) berkaitan) ii) iii) iv) v) Penyelaras Dalaman i) Ketua Pentaksir Sekolah (mata pelajaran berkaitan) ii) Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan) Ketua Pentaksir Kebangsaan Ketua Pentaksir Negeri Ketua Pentaksir Kawasan Pentaksir Kawasan Pegawai LPM (mata pelajaran

iii) Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan)


Manual Penyelarasan yang dikeluarkan oleh LPM boleh digunakan oleh penyelaras.

49

PEMANTAUAN Konsep Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Objektif Memastikan pemantauan dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah mengikut prosedur yang ditetapkan Mengelakkan penyelewengan dalam PBS Mengenal pasti masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan pentaksiran Menyalurkan seterusnya. Prosedur Melantik pemantau PBS Pemantau akan diberi taklimat pelaksanaan berkaitan PBS Memantau pelaksanaan PBS di sekolah sekurang-kurangnya sekali setahun Memilih/mengenalpasti sekolah yang akan dipantau Melaksanakan pemantauan di sekolah sampel Bilangan sekolah yang dipantau oleh seseorang pemantau akan ditetapkan oleh JPN / PPG / PPD Pemantau menggunakan Borang Pemantauan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pemantau menyediakan laporan pemantauan kepada JPN / PPG / PPD masalah yang berkaitan untuk tindakan

50

Pemantau Pegawai Pemantau Pegawai Pemantau ialah pegawai yang dilantik untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LPM. Pemantau terdiri daripada: i. Pegawai Pemantau Luaran a) b) c) d) e) Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Pegawai PPG / PPD Jemaah Nazir Sekolah Pegawai daripada Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia f) Pegawai yang dilantik dan diberi tauliah oleh LPM ii. Pegawai Pemantau Dalaman a) b) c) d) e) f) Pengetua/Guru Besar Guru Penolong Kanan (Akademik) Ketua Pentaksir Sekolah mata pelajaran berkaitan Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan) Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan) Guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar

51

Tanggungjawab Pemantau Sebelum Pemantauan Menerima surat pelantikan sebagai pemantau Menerima taklimat tugas pemantauan Merancang jadual pemantauan Menghubungi pihak sekolah Menyediakan dokumen-dokumen pemantauan

Semasa Pemantauan Berjumpa dengan Pengetua / Guru Besar untuk mendapat maklumat awal tentang pelaksanaan PBS di sekolah berkenaan Bertemu dengan Ketua Pentaksir Sekolah Menyemak dokumen / evidens yang berkaitan Membincangkan dapatan dengan pihak sekolah Selepas Pemantauan Menyediakan laporan pemantauan Menghantar laporan pemantauan yang lengkap kepada pihak sekolah dan SPP JPN Manual Pemantauan yang dikeluarkan oleh LPM boleh digunakan oleh pemantau.

52

PENGESANAN Konsep Pengesanan ialah proses menilai PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan penambahbaikan PBS. Objektif Mendapatkan maklumat tentang kesesuaian instrumen

pelaksanaan PBS. Prosedur Pengesanan boleh dijalankan secara dalaman atau luaran: Pengesanan secara dalaman boleh dijalankan oleh pegawai daripada institusi berikut: Lembaga Peperiksaan Malaysia Bahagian-bahagian dalam Kementerian Pelajaran Malaysia Pengesanan secara luaran boleh dijalankan oleh: pelajar-pelajar yang menjalankan penyelidikan di peringkat ijazah sarjana / ijazah kedoktoran penyelidik swasta

53

Prosedur Pengesanan dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian

gunaan (applied research) berdasarkan sampel. Untuk setiap kajian, strategi / kaedah berikut dijalankan. Mengenalpasti tujuan kajian Menentukan bersesuaian. Contoh instrumen yang boleh dipilih seperti berikut: Instrumen soal selidik Temubual Senarai semak Pemerhatian Menentukan persampelan Melaksanakan ditentukan seperti: Pengetua / Guru Besar Guru Penyelaras Pemantau Murid Jabatan Pelajaran Negeri Penggubal Ibu bapa / penjaga pengumpulan data daripada sumber dan membina instrumen kajian yang

54

Melaksanakan pemprosesan data dengan mengambil kira pembolehubah berikut: Lokasi sekolah Keberkesanan panduan / dokumen pentaksiran Penggunaan panduan / dokumen Kefahaman pelaksanaan Konsep perkara yang ditaksir Maklumat dan kekangan Guru Murid Membuat rumusan kajian berdasarkan dapatan Menyediakan laporan Mengemukakan cadangan

sekolah

Pelaksanaan Pengesan Pengesanan PBS mestilah dijalankan selepas satu kitaran lengkap pelaksanaan PBS.

55

PROSEDUR KESELAMATAN Skor yang diberi berdasarkan kepada evidens calon menunjukkan calon telah ditaksir mengikut ketetapan dalam dokumen pengendalian PBS. Skor dan evidens perlu diuruskan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan Proses Pengurusan Skor JPN menerima aplikasi kemasukan skor PBS daripada LPM dan mengedarkan ke sekolah melalui PPG / PPD Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memastikan Laporan PLBS / SBOA Report dihantar kepada PKw mengikut masa yang telah ditetapkan oleh LPM Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memastikan skor dihantar ke PPG / PPD akur dengan prosedur penghantaran yang ditetapkan PPG / PPD memastikan skor diterima daripada sekolah dan dihantar ke JPN akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan JPN memastikan skor diterima dari PPG / PPD dan dihantar ke LPM akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memastikan dokumen/ skor calon disimpan di tempat yang selamat dan mematuhi prosedur keselamatan

56

Pengurusan Evidens Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memastikan evidens calon disimpan seperti ketetapan yang terdapat dalam Dokumen Pentaksiran PBS mata pelajaran yang berkaitan Evidens calon yang berpindah hendaklah disimpan di sekolah asal jika telah selesai sepenuhnya. Jika evidens belum disiapkan sepenuhnya, evidens hendaklah dibawa ke sekolah baru Tempoh penyimpanan evidens calon Tahun 6 ialah enam (6) bulan selepas keputusan UPSR diumumkan Tempoh penyerahan evidens kepada calon ialah 30 hari selepas tempoh penyimpanan tamat Pengetua / Guru Besar diminta melupuskan evidens yang tidak dituntut oleh calon selepas tamat tempoh penyerahan

PENGURUSAN DAN PROSEDUR KES KHAS

57

Calon Pindah

Sekolah asal calon bertanggungjawab untuk memastikan rekod, butiran pentaksiran dan skor calon diterima oleh sekolah baru Sekolah baru bertanggungjawab memastikan menerima rekod, butiran pentaksiran dan skor calon daripada sekolah asal Sekolah baru bertanggungjawab memasukkan skor calon ke dalam aplikasi yang ditetapkan bersama-sama skor calon lain.

Calon Daftar Lewat Calon hanya dinilai dalam tempoh pelaksanaan PBS Skor calon hanya akan diambil kira melaksanakan PBS Pengecualian PBS dalam tempoh calon

Calon istimewa yang ingin mendapat pengecualian PBS hendaklah mengemukakan permohonan mengikut Buku Peraturan dan Panduan UPSR yang dikeluarkan oleh LPM dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri. JPN hendaklah menghantar salinan yang telah diluluskan ke LPM (unit UPSR) pada atau sebelum 1 Julai.

58

BAB 5 RUMUSAN
APA PERLU BUAT Melaksanakan PBS Perancangan PBS Penataran PBS Pengoperasian PBS Pentaksiran Penyelarasan Pemantauan Pengesanan Pelaporan PBS Penilaian PBS

APA PRINSIP PERLU GUNA Kesahan Relevans Cukup Cakup Kebolehpercayaan Ketepatan Ketekalan Telus Keboleharapan yang tinggi

Prinsip Tiga Serangkai Ada laksana? Laksanakan dengan betul Laksana ikut standard dan prosedur

MENGAPA PERLU BUAT PBS Merealisasikan Matlamat KBSM, Objektif Kurikulum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Pembinaan Modal Insan Memantau perkembangan modal insan pelajar

59

Assessment of learning Assessment for learning

BILAKAH PELAKSANAANNYA Ikut perancangan dalam : Jadual Jadual Jadual Jadual Pelaksanaan Pelaksanaan Pelaksanaan Pelaksanaan PBS PBS PBS PBS Pusat Negeri Gabungan / Daerah Sekolah

PERANCANGAN DALAM JADUAL PBS Penataran Pentaksiran PBS di sekolah Pemantauan Penyelarasan Pengesanan Pelaporan Penilaian

SIAPAKAH YANG AKAN MELAKSANAKANNYA Pegawai LPM Pegawai SPP JPN Nazir PPD/Gabungan/Bahagian Ketua Pentaksir Kebangsaan Ketua Pentaksir Negeri Ketua Pentaksir Kawasan Pentaksir Kawasan Ketua Pentaksir Sekolah Pentaksir Sekolah

BAGAIMANAKAH PELAKSANAANNYA Pembentukan Jawatan Kuasa PBS di pelbagai peringkat Menetapkan fungsi Jawatan Kuasa Menetapkan tugas dan tanggungjawab AJK 60

Melaksanakan proses kerja yang telah ditetapkan Melantik AJK Melantik Pentaksir Penataran Pengoperasian Pelaporan

PENATARAN Taklimat Pelaksanaan Penataran Input tentang Dasar, Konsep dan Prosedur PBS Input Kerangka PBS ikut mata pelajaran Input Pengoperasian PBS Bengkel Pembentangan Pemantapan Modul Produk Penataran

HARAPAN Ada ilmu tentang PBS Ada kemahiran untuk melaksanakan PBS Mantap sikap untuk melaksanakan PBS Bersedia dengan perancangan PBS di pelbagai peringkat

61

62

You might also like