You are on page 1of 15

Learning

BAB 1

1.0 Pengenalan Kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh mana kaedah koperatif dapat meningkatkan prestasi pelajar tingkatan satu dalam mata pelajaran matematik. berasaskan kaedah koperatif. Seringkali pelajar akan berasa bimbang , takut dan bosan untuk mempelajari matematik kerana pengajaran dan pembelajarannya yang bosan dan kesukaran untuk memahami dan menyelesaikan masalah-masalah atau soalan-soalan matematik. Kini dengan mata pelajaran matematik diajar dalam Bahasa Inggeris akan lebih menakutkan dan menyukarkan lagi pelajar-pelajar di luar bandar terutamanya untuk mempelajari matematik dengan perasaan seronok dan gembira. 1.1 Latar Belakang Kajian Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik pada masa kini adalah berpusatkan guru dan latih tubi secara individu. Namun begitu, tidak semua pelajar dapat mengikuti pendekatan tersebut dengan baik. Ini adalah disebabkan terdapat di kalangan pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang berbeza-beza diantara satu sama lain. Maka adalah malang bagi pelajar lemah untuk bersaing dengan pelajar bijak dalam satu masa dan dalam satu kelas yang sama bagi mempelajari sesuatu topik matematik.

Terdapat beberapa bentuk strategi pembelajaran kumpulan koperatif dicadangkan. Antaranya ialah Student TeamAchievement Division ( STAD ), Teams-Games-Tournament ( TGT ) , Teams Assisted Individualization ( TAI ) dan Jigsaw II. Disini pengkaji akan memilih untuk menggunakan strategi pembelajaran Student Team-Achievement Division ( STAD ). Kajian mendapati pendekatan koperatif berkesan dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar, meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, memperbaiki suasana pembelajaran dan meningkatkan hubungan sosial antara pelajar.

1.2 Pernyataan Masalah Pelajar tingkatan satu sering menghadapi masalah dalam mempelajari mata pelajaran matematik. Kelemahan dalam memahami Bahasa Inggeris dan bosan dengan kaedah pengajaran traditional menyebabkan pelajar tidak berminat untuk mmempelajari matematik. Maka kajian ini akan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah koperatif dapat membantu meningkatkan minat dan pencapaian prestasi pelajar terhadap matematik. 1.3 Konsep Rangka Kerja Rangka kerja bagi kajian ini ( Rajah 1 ) menunjukkan perkaitan antara strategi pembelajaran yang digunakan. Strategi pembelajaran yang dibandingkan adalah pembelajaran koperatif dan pembelajaran traditional sebagai kumpulan kawalan. Perbandingan antara kedua-dua strategi pembelajaran dilihat dari

segi kesan terhadap hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran diukur di dalam kajian ini adalah dalam bentuk prestasi dan pencapaian pelajar serta minat pelajar dalam mata pelajaran matematik Pengajaran dan Pembelajaran Dengan Kaedah Koperatif Pengajaran dan Pembelajaran Tanpa menggunakan Kaedah Koperatif

Kesan (a) Minat Pelajar (b) Pencapaian Pelajar (c) Masalah yang timbul Rajah 1 1.4 Tujuan Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan sejauh mana pembelajaran koperatif dapat membantu menanam perasaan minat dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajar Tingkatan Satu dalam matematik. 1.4.1 Objektif Kajian Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai objektif berikut :a) Untuk meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran matematik.

b) Untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik bagi tajuk Basic Measurement (Ukuran Asas)

1.4.2 Persoalan Kajian Untuk mencapai tujuan dan obkjektif kajian, pengkaji akan mengadakan jawapan kepada soalan-soalan kajian berikut :a) Sejauhmanakah pembelajaran matematik secara koperatif mempengaruhi persepsi dan minat pelajar terhadap pembelajaran matematik dalam topik Ukuran Asas ? b) Adakah kaedah pembelajaran koperatif membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik ? 1.4.3 Hipotesis Kajian Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian ini, dua hipotesis nul dikemukan :Hipotesis nul 1: Tidak terdapat perbezaan persepsi dan minat di kalangan pelajar yang menerima pembelajaran koperatif dengan pembelajaran tradisional Hipotesis nul 2: Tidak terdapat perbezaan prestasi di kalangan pelajar yang menerima pembelajaran koperatif dan pembelajaran tradisional. 1.5 Signifikan kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan garis panduan oleh guru-guru matematik dalam mengenalpasti kaedah-kaedah yang dapat digunakan untuk meningkatkan minat dan pencapaian prestasi pelajar dalam memberikan maklumat kepada guru tentang kebaikan dan kelebihan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran matematik. Kajian ini diharapkan menjadi perhatian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia serta sekolah menyarankan pembelajaran secara koperatif digunakan di sekolah-sekolah. Usaha ini juga diharap dapat menyemai perasaan minat dan seronok untuk mempelajari matematik dan mengetahui perkaitan matematik dalam kehidupan seharian. 1.6 Batasan Kajian Kajian ini adalah dibentuk kajian tindakan dan dijalankan di sebuah sekolah sahaja. Dengan demikian , hasil kajian hanya dapat digeneralisaikan kepada sebuah sekolah tersebut sahaja. Kajian perlaksanaan ini melibatkan sebuah sekolah menengah di Selangor. Kajian ini melibatkan pengkaji sebagai guru dan para pelajar tingkatan satu. Tumpuan kajian ini adalah untuk menilai pencapaian dan persepsi pelajar dengan pendekatan kaedah pembelajaran koperatif bagi subjek matematik. 1.7 Takrifan Istilah Berikut adalah merupakan definisi kepada istilah-istilah dalam kajian ini. (a) Pembelajaran Koperatif Pembelajaran secara berkumpulan seramai 5 orang dengan kebolehan yang berbeza. (b) Student Team-Achievement Division ( STAD )

STAD atau Kumpulan Pelajar-Division Pencapaian digunakan dengan pelajar dari pelbagai tahap keupayaan akademik. Pelajar belajar dalam kumpulan dan kemudian akan diuji secara individu. (c) Teams-Games-Tournament ( TGT ) TGT atau Kumpulan-Permainan Kejohanan akan menggunakan pertandingan dan permainan sebagai bentuk ujian. Pelajar dengan tahap keupayaan yang sama akan mewakili kumpulan masing-masing untuk bertanding mendapatkan markah tertinggi. (d) Teams Assisted Individualization ( TAI ) TAI memerlukan setiap ahli kumpulan untuk menjawab satu worksheet pada masa lapang mereka. Ujian akan diberi untuk melihat pencapaian pelajar dan yang melepasi tahap tertentu akan meneruskan ujian yang berikutnya sementara yang gagal perlu belajar lagi dan kemudian menduduki semula ujian tersebut. (e) Jigsaw II Jigsaw II adalah dimana setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk mempelajari bahagian spesifik dari topik tertentu. Setiap ahli kumpulan yang pakar dalam bahagian itu akan berkumpul sesama mereka yang pakar dari kumpulan lain dan berbincang. Sekembali mereka kepada kumpulan asal, pakar ini akan menerangkan kepada ahli kumpulan mereka. Ahli kumpulan akan diberikan kuiz berkaitan semua topik. (f) Persepsi Pelajar Persepsi merupakan tanggapan pelajar terhadap sesuatu perkara atau terhadap matapelajaran yang dipelajari. Dalam kajian ini, persepsi pelajar dilihat daripada soal-selidik yang dijawab oleh pelajar. Pelajar akan menjawab berdasarkan pengalaman mereka belajar dengan kaedah pembelajaran koperatif . Ia merangkumi perasaan minat dan keseronokan dalam mempelajari ilmu matematik.

1.8 Ringkasan Kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana kaedah Pembelajaran Koperatif dapat meningkatkan prestasi dan minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat kelemahan yang wujud dalam mengimplimentasi kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Semoga dengan pembaharuan dan pengubahsuaian yang sesuai, diharapkan kaedah ini akan dapat meringankan tekanan kepada guru dan hasilnya kelak dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang matematik.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan Bab ini membicarakan tentang kajiankajian literatur yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan terutamanya yang melibatkan pembelajaran koperatif. Ia akan menyentuh serba sedikit tentang pencapaian pelajar dan peranannya dalam menimbulkan pencapaian pelajar dalam matematik. Pada asasnya pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah yang menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Kaedah ini jiga mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri. 2.1 Konsep Pembelajaran Koperatif Secara umumnya pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil pelajar bagi memberi peluang pelajar berinteraksi sesama mereka di dalam proses pembelajaran. Slavin (1990) berpendapat rasional disebalik pembelajaran koperatif adalah pelajar akan bersedia membantu rakan sekumpulan sekiranya mereka ingin kumpulan mereka berjaya. Selain daripada itu, rakan sebaya dikatakan berupaya menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar semasa menerangkan konsep yang sukar.

Menurut Johnson & Johnson (1990), untuk mencapai matlamat pembelajaran iaitu menghargai matematik, menaakul secara matematik, menanamkan rasa yakin terhadap kebolehan sendiri

dalam matematik dan membolehkan penyelesaian masalah matematik, guru harus beralih daripada kaedah tradisional kepada penggunaan bahan pembelajaran individu berasaskan pendekatan koperatif. Slavin (1995) pula menegaskan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan pendekatan yang berstruktur dan sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai untuk pengajaran sebarang mata pelajaran. Meriam Ismail (1997) telah mengkaji kesan strategi TeamGames-Tournament, salah satu strategi dalam pembelajaran koperatif ke atas sikap pelajar terhadap matematik di sebuah sekolah di negeri Sarawak. Kajian quasi-experimental ini mengukur sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan selepas pendedahan terhadap pembelajaran koperatif. Walaupun tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap diperolehi tetapi kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian matematik dan kehadiran pelajar ke kelas. Pengkaji menganggap kedua-dua ini boleh dijadikan penunjuk tentang sikap pelajar terhadap penggunaan strategi Team-GamesTournament dalam pengajaran matematik. 2.2 Teknik-Teknik Pembelajaran Koperatif Para sarjana telah memperkenalkan pelbagai teknik untuk mengendalikan pembelajaran koperatif yang menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbeza-beza. Diantara teknikteknik yang kerap disenaraikan di dalam literatur ialah Belajar Bersama (Learning Together ) oleh Johnson dan rakan-rakan di University of Minnesota, Pembelajaran Pasukan Pelajar ( Student Team Learning) oleh Slavin dan rakan-rakan di Johns Hopkins University, Jigsaw oleh Aronson dan rakan-rakan di University of

Texas, Penyiasatan Kumpulan ( Group Investigation ) oleh Sharan dan rakan-rakan di Tel Aviv University. Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagai suatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi (Cohen, 1994). Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus (Johnson & Johnson, 1991); Lyman & Foyle, 2000). Menurut Slavin (1995), pembelajaran koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan dalam fokus ini pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk mengembangkan perasaan satu kumpulan dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Pada masa pelajar bekerja bersama-sama, mereka belajar untuk saling memberi dan menerima bantuan, berkongsi idea, mendengar penjelasan pelajar yang lain dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah matematik bersama. 2.3 RINGKASAN Kesimpulannya, telah banyak kajian kes dijalankan oleh para pengkaji dan kajian tersebut menunjukkan wujudnya kesan yang positif terhadap pelajar dari segi sikap, minat, keseronokan dalam mempelajari mata pelajaran matematik dengan lebih mendalam dan peningkatan pencapaian dalam kemahiran penyelesaian masalah dan aktiviti metakognitif. BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Dalam bab ini, kajian akan meumpukan kepada metodologi yang akan digunakan untuk menjayakan kajian ini iaitu rekabentuk kajian, sampel populasi, lokasi kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, prosedur memperolehi data dan juga prosedur menganalisis data. 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah berbentuk Quasi Eksperimen di mana soal selidik akan dijalankan untuk mengkaji minat dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik. Pengkaji akan mengedarkan satu set soal selidik (Apendik 1) yang bertujuan untuk mengkaji minat pelajar terhadap matematik. Soal selidik ini mengandungi soalan umum dan mudah untuk diisi oleh pelajar. Soal selidik di bina sendiri oleh pengkaji dan ditadbirkan kepada pelajar kumpulan rawatan sahaja.Soal selidik berbentuk skala Likert dimana pelajar diperlukan memilih jawapan mengikut skala yang diberikan iaitu skala 5 sebagai sangat bersetuju,4 bersetuju, 3 kurang pasti, 2 kurang bersetuju dan skala 1 sebagai tidak bersetuju Seterusnya pengkaji akan mengedarkan satu lagi set soalan ujian pra (Apendik 2) iaitu ujian peringkat awal sebelum pembelajaran koperatif dijalankan terhadap pelajar untuk mengetahui pencapaian pelajar dalam matematik. Selepas semua ujian tadi dilaksanakan, pelajar akan dibahagikan kepada dua buah kelas iaitu kelas yang diajar secara tradisional dan satu lagi didedahkan dengan kaedah pembelajaran koperatif. Setelah kedua-dua buah kelas selesai mempelajari kesemua kemahiran bagi tajuk ukuran asas dibawah subtopik masa dengan berdasarkan sukatan pelajaran tingkatan satu maka set soalan ujian pasca akan diedarkan. Kemudian barulah proses penilaian kajian bermula.

3.2 Sampel dan Populasi Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu di sebuah Sekolah Menengah di Banting, Selangor. Kesemua sampel yang dipilih merupakan pelajar satu kelas yang akan belajar menggunakan kaedah koperatif dan satu kelas lagi menggunakan kaedah tradisional. Kedua-dua kelas yang dipilih adalah di tahap pencapaian sederhana, iaitu terdiri daripada pelajar pintar dan sederhana lemah. 3.3 Instrumen Kajian Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan ujian pra dan ujian pos untuk menguji pencapaian pelajar dalam topik Ukuran Asas Basic Measurement. Beberapa instrumen akan digunakan di dalam kajian ini seperti pemerhatian, soalan ujian dan set soalan soal selidik. Instrumen pertama iaitu set soalan soal selidik bertujuan untuk mengetahui latar belakang pelajar terutamanya yang berkaitan dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik. Instrumen kedua ialah ujian pra iaitu soalan ujian matematik. Ujian dijalankan selama 30 minit. Pencapaian pelajar daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji sejauh mana tahap pembelajaran pelajar tanpa penggunaan kaedah koperatif. Instrumen ketiga ialah ujian pasca iaitu soalan ujian matematik. Ujian dijalankan selama 30 minit. Pencapaian pelajar daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran secara koperatif.

3.4 Prosedur Memperolehi Data Kajian ini menggunakan reka bentuk Quasi-experiment. Ujian pra telah diberikan kepada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan pada awal kajian. Selepas tempoh pengajaran selama 6 minggu , pelajar dari kedua-dua kumpulan diberikan ujian pos ( post test ). Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas tingkatan satu. Semua pelajar dari kedua-dua buah kelas akan menjawab soal selidik yang pertama (Apendik 1) yang akan digunakan untuk mengkaji latar belakang sampel. Dari soal selidik ini pengkaji akan membuat penilaian terhadap faktor-faktor latar belakang sampel yang mungkin mempengaruhi keputusan kajian. Set soalan matematik pertama atau pra ujian (Apendik 2) akan dijalankan di kedua-dua buah kelas dan hasil keputusan akan digunakan untuk memperolehi data tentang pengetahuan sedia ada dan tahap pencapaian sampel dengan operas-operasi asas matematik. Keputusan ujian ini juga akan mempengaruhi hasil kajian. Ujian kedua (Apendik 3) bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan sesi pembelajaran secara koperatif mahupun secara tradisional. Ujian ini mengandungi 20 soalan pelbagai aras. Masa yang diberikan 30 minit. Kesemua soalan yang diberikan akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kerana mematuhi syarat sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu.

3.5 Prosedur Menganalisis Data Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisis mengikut tiga jenis data atau maklumat berikut :(a) Maklumat berkaitan minat pelajar yang diperolehi daripada borang soal selidik pertama (Apendik 1) Data yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan skor min. (b) Maklumat tentang pengetahuan sedia ada pelajar dan tahap pencapaian pelajar dalam matematik dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai (c) Maklumat dari segi pencapaian pelajar selepas sesi pengajaran dan pembelajaran koperatif dijalankan. Keputusan pencapaian pelajar dengan pembelajaran secara kaedah koperatif dan pelajar dengan kaedah tradisional dibandingkan. Maklumat ini diperolehi daripada ujian pasca (Apendik 3). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai. Analisis ujian-t digunakan untuk membandingkan perbezaan pencapaian ujian pra dan ujian pasca antara kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Setelah kesemua maklumat ini dipungut barulah hasil kajian akan diperolehi.

3.6 Ringkasan Kajian ini akan menggunakan rekabentuk kajian kes kerana ia ingin mengkaji sejauh mana pelajar yang betul-betul memahami pembelajaran secara kaedah koperatif boleh meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran matematik. Dapatan daripada ujian pos yang diberi pada akhir 6 minggu pengajaran adalah sangat penting untuk menunjukkan sama ada terdapat perbezaan prestasi di kalangan pelajar ini.

You might also like