Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
3784928-Kerancuan-Bahasa-Melayu-

3784928-Kerancuan-Bahasa-Melayu-

Ratings:
(0)
|Views: 5|Likes:
Published by M'ZulAdam

More info:

Published by: M'ZulAdam on Feb 11, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/19/2013

pdf

text

original

 
1
.0PENDAHULUAN1.1Pengenalan
Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapicabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasasebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atautersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya.Isu bahasa Melayu baku, bukanlah isu bahasa yang betul atau yang tidak betul.Pembakuan bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuanuntuk mewujudkan masyarakat yang padu. Usaha pengembangan bahasa Melayu baku diMalaysia dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana banyak  perubahan yang berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat pengguna bahasa Melayu. Sebagai akibat " perubahan yang mengelirukan pengguna bahasa Melayu( baku)", seolah-olah timbul keengkaran untuk menggunakan bahasaMelayu baku.Sebenarnya, tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan dan kajianterperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan pembakuan bahasa Melayu itusendiri. Usaha untuk menjelaskan situasi itu terasa amat perlu bagi mengelakkankekeliruan dan krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi, bahasaMelayu sekarang ini sedang diancam dan digugat oleh bahasa Inggeris ekoran daripada
 
era globalisasi dan ekonomi digital
.
Hal ini demikian kerana kita mahu seluruhmasyarakat tahu akan
 
cara menggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segalaurusan rasmi. Dalam hal ini juga, setiap ahli masyarakat harus prihatin dan belajamenguasai bahasa Melayu baku.1.2
Objektif 
Objektif kajian adalah untuk membincangkan bagaimana bentuk kekeliruan ataukerancuan bahasa itu, faktor-faktor yang menyebabkan kerancuan serta kesannyaterhadap pembakuan bahasa yang diperjuangkan oleh ahli-ahli bahasa.1.3
Kaedah
Saya menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk beberapa buku yang berkaitan, majalah, melayari internet dan membuat kesimpulan terhadap pandangan penulis buku.1.4
Batasan
Skop kajian tugasan ini hanya memfokuskan kerancuan atau
 
kekacauan dari segisebutan iaitu pengaruh bahasa ibunda, bahasa pasar dan bahasa dialek. Ia jugamemfokuskan kerancuan dari segi tatabahasa iaitu kesilapan penggunaan
adalah
atau2
 
ialah
, kata sendi
di
, kesilapan penggunaan kata dalam ayat seterusnya faktor-faktor  penyebab kerancuan tersebut dalam kalangan penutur bahasa Melayu.1.5
Definisi Konsep
Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai " keadaanrancu ( tidak teratur dsb), kekacauan. Manakala pembakuan sebagai " usaha ( tindakan proses) membakukan( menstandardkan). Takrif perkataan kesan ialah sesuatu ( samaada kebaikan/ keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian.Awang Sariyan (1996 : 3 ) Pembakuan Bahasa dapat didefinisikan sebagai usaha,tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadidasar ukuran ".Dr. Nik Safiah Karim ( 1986) Pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yangmelanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkatsebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan bahawa definisi kerancuan bahasa dan kesannya terhadap proses pembakuan bahasa Melayu adalah kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk terhadap usaha dalammenstandardkan bahasa Melayu.3

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->