You are on page 1of 20

Intekma Resort

22hb - 24hb Jun 2007

One AIM one Aspiratio n, one Inspiratio n, one Mission

KONSIS

07

CELIKKAN...

hatimu

Celikkan HatiMu

Objektif Celikkan Hatimu 1. Mengenali asal usul diri kita sebagai seorang umat Muhammad s.a.w. 2. Menimbulkan rasa izzah (bangga) dengan islam. 3. Mengetahui hakikat keadaan sebenar umat islam kini dan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk membaik pulih dan meletakkan kembali islam pada tempatnya.

1. Celikkan Hati MU
Manusia muslim, pelajar, atau melayu? Hadith:

??

Quran (49:13) Allah hanya melihat hati dan perbuatan hambaNya yakni Islam; bukan pada bangsa dan rupa seseorang. Quran (49:10) Maka kita adalah muslim dan setiap mereka yang beriman adalah adik beradik kandung kita. Kisah Musab Umair selepas peperangan Badar

2. Makna ISLAM?
Pada bahasa islam bermaksud tunduk, patuh dan berserah diri Islam adalah kata kerja, bukan kata nama.

3. Kebaikan bagi mereka yang faham


Hadith:

: : )) ((.
Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, nescaya Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam ad-Din Tanda kasih sayang Allah pada hambaNya adalah dengan mengurniakan kefahaman ad-Din kepadanya. Apa maksud kefahamaan dalam ad-Din? Adakah kefahaman akal atau hati yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut?

4. Manusia seperti logam


Hadith logam:

: : )) ((.
Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Apabila seseorang telah faham sesuatu, kehebatannya dapat digunakan untuk menyokong jahiliyyah atau menyokong islam segalanya bergantung pada kefahamannya. Kisah Umar al-Khattab faqahu: memahami ilmu Fiqh. (Contoh: ?). faqihu: memahami Islam. (Contoh: ?). Tidak semestinya untuk kita memahami Islam, perlu kepada pengetahuan ilmu fiqh yang mendalam dan tidak semestinya faham ilmu fiqh dapat membawa kepada kefahaman islam

5. Memahami dengan hati


Quran al-Araf 7:179 Allah menciptakan pada manusia 3 anggota: mata untuk melihat; telinga untuk mendengar; dan hati untuk memahami Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya otak atau akal manusia. Kisah novel / filem-filem

Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang. Apa yang perlu difahami? 7:179 dari Al-Quran, manusia akan mengetahui tujuan mereka dicipta

Kandang: Ibadah Lasso: Khalifah

6. Undang-undang Allah / Sunnatullah


Allah telah membahagi ilmu manusia kepada dua yakni ilmu sains tulen dan sains social. Kedua-dua bidang ilmu ini menceritakan sunnah-sunnah yang bersifat pasti dan tidak berubah. Sunnah Allah adalah ketentuan dan peraturan yang digariskan oleh Allah sebagai panduan bagi manusia dalam menjalani kehidupan. Sejarah termasuk dalam bidang ilmu sains sosial. Ia membicarakan perjalanan kehidupan manusia, bagaimana mereka berinteraksi dan bermasyarakat. Allah menetapkan sunnah-sunnahNya ini sebagai pengajaran kepada manusia. Allah telah menetapkan sains sosial sebagai matlamat dan sains tulen sebagai alat dan cara mencapai matlamat. Manusia cuba untuk menyelesaikan masalah manusia (eg rompak, curi, rogol, bunuh) tetapi gagal. Masalah manusia tidak dapat diselesaikan melainkan dengan undangundang Pencipta manusia. Allah memberi keizinan kepada manusia untuk menggunakan akal atau otak untuk sains tulen (cara mencapai matlamat) tetapi tidak untuk sains social (matlamat), contohnya manusia tidak berjaya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia(eg. Rompak, curi, bunuh) dengan menggunakan undangundang yang dicipta oleh manusia sendiri. Ini kerana Allah, Pencipta manusia, lebih tahu kepada masalah dan penyelesaian kepada setiap perkara yang berhubung kait dengan manusia.

9. Sejarah
Sejarah adalah sebahagian daripada sains sosial. Sejarah membenarkan kita menganalisa faktor-faktor yang membawa kepada kenaikan dan turunnya satu bangsa. Oleh itu, bagaimana caranya untuk menaikkan satu bangsa? Meletak kembali islam pada tempatnya yang tinggi? Wajar kita kaji sedalam-dalamnya sunnatullah dan mengikutinya. Quran al-Fatir 35:42 44 Kamu tidak akan dapati pada sunnatullah itu satu perubahan. Bermakna jika kita menolak apa yang dibawa oleh ar-Rasul s.a.w. maka natijah sama seperti yang berlaku pada bangsa lalu iaitu membawa kejatuhan pada bangsa tersebut. Malah, Allah berfirman supaya berjalan di muka bumi ini dan melihat tempat, akibat dan kesan sejarah yang menimpa orang-orang sebelum ini yang mendustakan rasul. Bahkan, Allah berfirman mereka lebih kuat daripada kamu.

Sejarah Umat Islam


o Sejarah mereka yang bergelar muslim bermula dari nabi Adam a.s., seterusnya nabinabi yang terdahulu dan akhirnya nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi penutup. o Kisah kejadian adam a.s. dan bagaimana iblis ingkar terhadap suruhan Allah supaya tunduk sujud menyebabkannya digolong sebagai musuh manusia yang nyata. o Tatkala adam a.s. diturunkan Allah, maka beliau sedar peranan dan matlamat yang dipikulnya di muka bumi ini: ubudiyyah dan khalifah. o Quran ad-Dzariyat 51:56 dan al-Baqarah 2:30 o Dari nabi Ibrahim a.s., telah muncul nabi Ismail a.s. di Mekah dan nabi Ishak a.s. di Palestine. o Nabi Ishak, Yaakub, Yusuf, Musa sehinggalah ke nabi Isa a.s. semuanya diutuskan kepada bani Israel. o Namun selepas nabi Isa a.s., Allah mengalih pemilihan nabi dikalangan nabi Ishaq ke keturunan nabi Ismail a.s. iaitu Muhammad s.a.w.
Adam a.s.

Ibrahim a.s.

Ishaq a.s. Yaakub a.s

Ismail a.s.

(1)

Yusuf a.s Musa a.s

Adnan

(2)
Fihr b. Malik (Quraisy) Abdul Manaf Abdul Muthalib (Syaibah)

Isa a.s

610 tahun

Abdullah Muhammad s.a.w.

Sebelum Kenabian (Jahiliyah)


o Sebelum kelahiran nabi s.a.w. seluruh dunia berada dalam keadaan jahiliyah, bukan sahaja di Mekah. o Jahiliyah? Dinamakan jahiliyah bukan kerana mundur dari segi ilmu pengetahuan (padahal tamadun Rome dan Parsi telah wujud pada ketika itu); tetapi kerana mereka semua tidak mengenal tuhan yang sebenarnya. o Penduduk Mekah pada asalnya mengikut ajaran nabi ibrahim dan ismail a.s. tetapi telah terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang. o Perbalahan sesama kaum sangat berleluasa. Begitu juga dengan zina, judi, membunuh anak. o Pencapaian dan tamadun tinggi (sains tulen) yang terdapat di Rome dan Parsi tidak bermakna apabila tidak digunakan sebagai alat untuk mencapai matlamat (sains sosial)

Celikkan Hatimu: Sebelum kerasulan:

Jahiliyah di seluruh dunia

Tanah Arab: - sembah berhala - bunuh anak - gaduh puak - tindas wanita - hormat tetamu

5 tahun: Penyucian hati

Uzlah di gua Hira sebelum kenabian

Keruntuh an akhlak Rom & Parsi

570M kelahiran Nabi Muhammad SAW

- dipelihara Allah dari terjebak dalam kerosakan masyarakat - digelar al-amin - mengembala kambing - berdagang

Nota Tambahan:

Mekah:

- dawah 24/7, 100% energy - teliti rumah ke rumah, kenal semua orang - penanaman, pengukuhan aqidah & iman (teori) - tiada hukum syara diturunkan - diseksa & pulau Dakwah sulit - sikit yg terima Islam - dapat logam 3% of total population 613 bermula dakwah terang2 623 hijrah

610M

turunnya wahyu pertama

Nota Tambahan:

Madinah:

- Pembinaan Negara - Perlaksanaan system islam - teori kepada praktikal - banyak perang 636 (uhud) 623M penubuhan Negara islam pertama 625 (badar) Pembukaan kota Mekah - masuk islam berbondong2 (120000 org) 633M kewafatan nabi saw

Nota Tambahan:

Khulafa Ar-Rasyideen:

Khalifah dilantik sebelum uruskan jenazah nabi

Selesaikn nabi palsu, murtad & enggan bayar zakat

-Buka Syria, Palestin, Mesir -pemerintahan sistematik -pusat pemerintahan di Baitul Maqdis

-Buka Armenia, khurasan, Utara Africa -bukukan Quran

pengukuhan daulah, pemantapan daulah dan penyebaran daulah. 635 Umar alKhatab Ali RA 656 islam sampai ke660 sempadan china dan utara afrika (andalus belum)

633 Abu Bakr 2thn setengah

645

Uthman RA

Nota Tambahan:

Umayyah:
Misi ke Africa utara & andalus: Utbah Nafiq & Tariq Ziad

bermula tentera laut or armada ketika zaman muawiyah (pusat damsyik) 661

Menguasai syam cuba kuasai constantinople

Perluasan kuasa & penyebaran dawah

Bermula system monarchy ie pengwarisan takhta kerajaan (diasaskan oleh Muawiyah yg mewariskan kuasa kpd anaknya Yazid)

Umar Abd Aziz (tokoh terkenal)

750 725 (95H) Andalus jatuh islam telah kuasai 2/3 dunia (berdasarkan population manusia, bukan kawasan area)

Nota Tambahan:

Abbasiyah Awal:
Menjadi world order : - perlu belajar arab utk menguasai sesuatu bidang - pakaian ditiru - digeruni seluruh dunia - terpaksa tunduk pada sistem Islam walau tak masuk islam Harun Ar-Rasyid: Ilmu falsafah -hai awan, pergilah kemana engkau nak pergi tetapi hasilnya Ilmu sains tetap akan kembali pada aku juga (ibn sina etc) Imam2 hadith Imam2 feqah Wilayah terlalu luas, tiada lagi kawasan utk dibuka, tiada kerja perluasan kuasa tumpu pada pembinaan tamadun 988 Mesir: Universiti AlAzhar

Kerajaan Abasiyah diasaskan oleh AlAbbas Abdulllah dan berpusat di Kota Baghdad

750

813 Khalifah Al-Makmun: - bait al-hikmah (terjemah & kumpul buku2) - hantar org2 belajar bahasa lain - tapis tamadun2 dulu Tamadun Islam - system pendidikan islam - universiti & tokoh2 ilmu & industri/sains etc

Nota Tambahan:

Abbasiyah akhir:

Kemewahan mula melalaikan umat islam (bibit2 kejatuhan dapat dilihat)

1255 serangan Hulagu ke Baghdad

Kerajaan berpusat di Mesir setelah kejatuhan Baghdad

1265 kejatuhan Abasiyah

Nota Tambahan:

Uthmaniyah:

Sultan Sulaiman (Magneficient): -kuasai Balkan, Turki, Hungary

Beberapa jajahan Kerajaan Islam diambil alih Barat, Negara islam miskin, perang pemikiran

Kerajaan Islam mula lemah & Barat semakin berkembang


Perang dunia 1 jatuh khalifah 1265 Uthman Gazi mengasas Uthmaniyah di Turki 1290 M Sultan Baybar I telah mengalahkan tentera Monggol 1453 Sultan Muhammad AlFateh membuka Constantinople 1900an 1924 Tamatnya system khilafah ditangan Kamal Attartuk

Nota Tambahan:

Kebangkitan Eropah:
Perang dunia lebih membuka peluang penguasaan Barat

Eropah di zaman gelap

Tentera Salib menawan B.Maqdis

Ilmu pelayaran Islam kini dipelajari oleh orang Eropah di Andalusia bermula era penjajahan oleh Barat

Kebangkitan Barat selari dengan pengasingan Gereja daripada kehidupan secularism & materialism 1099 1095 mulanya bangkit dgn Perang Salib, dipelopori Pope Urban 1511 Melaka ditawan Portugis

1453 Islam Andalusia telah jatuh ke tangan Ratu Isabela dan Raja Ferdinand III

Vasco Da Gama jumpe Cape Town, Goa, & jalan ke Timur, Asia Tenggara

Nota Tambahan:

Celikkan HatiMu 5

Ini Peranan Kita


Sedarkah kita di mana diri kita berada di dalam timeline tersebut? Islam telah naik selama 600 tahun dan turun dalam tempoh masa yang sama iaitu 600 tahun Bermula dengan nabi s.a.w. bersungguh-sungguh berdakwah dan akhirnya dikurniakan Allah Madinah, sebuah Negara Islam diikuti seterusnya dengan khalifah islamiyah (penguasaan politik) dan akhirnya menatijahkan sebuah tamadun / hadhari (penguasaaan hati-hati manusia) Apabila islam dan dakwah berada di klimaksnya, Allah menjatuhkan islam melalui masyarakat-masyarakat yang mundur seperti mongol dan eropah yang ketika itu masih berada dalam zaman gelap mereka (dark ages) Semuanya berpunca dari kesalahan umat islam sendiri. Putih (alat dan cara mencapai matlamat) kuat tetapi Kuning (matlamat) lemah Menurut jumhur ulama; semua umat islam berdosa dan bersalah apabila khalifah islamiyah dijatuhkan pada 1924. Kecuali mereka yang berfikir dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghidupkan kembali khalifah. Kerana tiada satu kuasa yang menegakkan islam, al-Quran tinggal separuh; kerana hokum-hukum tidak dapat ditegakkan (eg hudud, ekonomi) Malah, umat-umat islam memberi wala kepada orang kafir. Ketika nabi s.a.w. wafat, perkara pertama yang menjadi fokus utama umat islam adalah bermesyuarat melantik seorang khalifah dan bukanlah menguruskan mayat baginda s.a.w. yang disanyangi mereka (malah Ali, Fatimah dan Aisyah radiallahu anha yang bertindak menguruskan mayat rasul terakhir tersebut) Umat islam pada ketika itu faham bahawa setiap saat tanpa seorang khalifah, maka semua umat berdosa. Adakah kita berada di Era Abassiyyah yang mempunyai tamadun islam yang hebat? Atau, di Era Umayyah yang mempunyai kerajaan islam yang luas? Atau, di Era Madinah yang mempunyai sebuah negara islam yang kuat? Atau, di Era Makkah?

CELIKKAN HATIMU
Ini Peranan Pelajar (hadis ghulam)

Ghulam, Sihir dan Rahib..


Persis perjalanan hidup kita yang bukannya kebetulan kerana kebetulan bertentangan dengan aqidah kita! Tetapi adalah sunnah Allah yang akan terus berlaku.

Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:


Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya. Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: Jika kamu takutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ububapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakana kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku. Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah

binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai. Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya). Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, engkau akan diuji nanti. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentang ku. Budak tersebut berjaya mengubati penyakit kusta dan sopak. Dan juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit hingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut, dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut: semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku. Budak berkata kepadanya: Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu. Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sedia kala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: Siapa yang mengembalikan penglihatanmu? Kata pembesar tersebut: Tuhanku. Raja sangat marah dan mengatakan: Ada ke tuhan lain selain dariku? Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membonngkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini. Lalu budak itu menjawab: Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah. Lalu iapun ditangkap dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan seksaan). Lalu rahib pun ditangkap. Ia diserahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi. Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: Balik semula kepada agama asalmu. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: Bawa budak ini ke bukit sekiansekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki. Tiba-tiba bukit bergegar dab jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya: Mana dia kawan-kawanku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan ia ke dalam laut. Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: Mana kawan-kawanku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: Apa dia? Kata budak: Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku. Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba orang ramai berkata: Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* Kami percaya kepada Tuhan budak ini. Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan: Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku. Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak, akan dicampakkan ke dalam parit tersebut. Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tibatiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: Wahai ibu, sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran! Hadis riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqaiq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer alQuran) dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar. *di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada dalam riwayat Tarmizi.

Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa: Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Omar r.a telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan di bawah telinganya yang masih luka. ALLAHU AKBAR!

You might also like