You are on page 1of 10

1

KAEDAH DAN PERATURAN PENJUALAN ARAK DI NEGERI SELANGOR 1 Oleh: Dr Mohd Afendi Bin Mat Rani Termizi Ismail

1.0

PENDAHULUAN

Industri judi dan arak yang bertapak dalam negara kita semakin hari semakin diminati oleh rakyat Malaysia sama ada secara sedar atau tidak. Ia menjadi sebahagian besar daripada sumber ekonomi Negara hasil daripada keuntungan syarikat dengan jumlah ratusan juta ringgit dan disalurkan kepada kerajaan melalui pendapatan cukai syarikat.Ini dapat dibuktikan melalui perbandingan kekuatan kewangan syarikat gergasi negara adalah tidak begitu jauh kehadapan dengan kekuatan industri judi dan arak di negara ini. Sebagai contoh TNB menguruskan perkara asasi yang digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia seramai 22,712,000 juta orang. Manakala Telekom merupakan syarikat yang telekomunikasi negara yang terbesar. Judi dan arak hanyalah 'permainan' sampingan segelintir rakyat yang gilakan wang segera, tetapi keuntungannya tidak jauh ketinggalan daripada syarikat-syarikat gergasi tersebut malah Genting Bhd lebih berjaya mengaut keuntungan dalam tahun 1999 dengan jumlah untung sebanyak RM1.1 bilion berbanding Telekom dengan RM 819 juta, TNB sebanyak RM 773 juta serta Maybank sebanyak RM 969 juta. Jika dahulu arak hanya dijual dipremis-premis tertutup seperti pub, disko, lounge, serta pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan di seluruh negara. Kini ia bebas dijual di premis yang dibuka 24 jam tanpa ada pemantau daripada pihak berkuasa. Melihat kepada wujudnya terlalu banyak premis ini. Maka gejala ini amat merisaukan kita sebagai umat Islam. Ia diyakini akan terus merosakkan anak-anak muda Melayu kita. Ini berikutan penjualan secara terbuka minuman haram itu, akan menggalakkan lebih banyak aktiviti maksiat terus berlaku. Jika fenomena ini terus berleluasa, yang pasti harapan untuk melihat generasi akan datang terdidik dengan akhlak-akhlak mulia akan terus musnah dan hancur begitu sahaja. Namun sebaliknya jika masyarakat dan pemimpin lebih mahu bersikap berkecuali demi menjaga hubungan antara kaum dan agama yang dianggap sensitive, dengan berfaktakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan arak 24 jam di premis 7-Eleven
1

Kertas kerja ini dibentang di dalam Mesyuarat Ahli Majlis Perbandaran Klang, Anjuran Majlis Perbandaran Klang, pada 29 Ogos 2009.

Kertas ini cuba untuk membincangkan beberapa aspek berkaitan isu-isu semasa terutama berkaitan penjualan arak dan keruntuhan moral remaja Islam hari ini yang dilihat berpunca daripada berleluasanya penjualan arak yang tidak terkawal. Beberapa cadangan yang dikemukakan kepada pihak berwajib ini diyakini mampu menangani dan dapat dibendung ke arah penambahbaikan pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada hari ini.

2.0

PENGHARAMAN ARAK DARI SUDUT HUKUM SYARAK

Islam mengharamkan minum arak secara putus kerana ia dianggap sebagai punca seala kejahatan. Selain arak itu merosakkan akal fikiran, ia juga merosakkan kesihatan, menghabiskan wang ringgit malahan boleh menyebabkan pertumpahan darah. Tetapi oleh kerana pada zaman permulaan Islam, arak telah menjadi kegemaran kebanyakan orang Arab maka syariat Islam mengharamkan khamar itu tidak dengan sekaligus bahkan dengan cara berperingkat-peringkat. Pertama Allah menurunkan ayat yang menerangkan bahawa arak yang diambil daripada buah kurma dan anggur adalah bukan daripada rezeki yang baik sebagaimana firmanNya : Maksudnya : Dan daripada buah-buahan kurma dan anggur kamu jadikan daripada minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Yang kedua Allah menurunkan ayat yang menjelaskan bahawa keburukan yang ada khamar lebih banyak daripada kebaikannya sebagimana firmanNya : Maksudnya : Mereka bertanya kamu (Muhammad) mengenai khamar dan judi, katakanlah bahawa pada kedua-duanya dosa yang besar dan bermunafaat kepada manusia tetapi dosa kedua-duanya itu lebih besar daripada munafaat. Kemudian turun ayat seterusnya yang melarang orang yang dalam keadaan mabuk menunaikan solat sebagaimana firmanNya : Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu hampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa-apa yang kamu cakapkan. Akhir sekali turunlah ayat al-Quran yang memberi kataputus tentang pengharaman arak sebagaimana firmanNya :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman seseungguhnya arak, judi, mengundi nasib, berhala-berhala adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, maka jauhilah daripadanya mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.

3.0

HIKMAT ISLAM MENGHARAMKAN ARAK

Syariat Islam telah mengharamkan arak dan menetapkan hukuman berat ke atas peminum-peminum arak kerana ia boleh membahayakan bukan sahaja kepada peminum arak itu sendiri, bahkan mendatangkan juga mudarat kepada masyarakat. Di antara kemudaratan yang timbul daripada minum arak.

1.

Merosakkan kesihatan. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam Hadithnya yang bermaksud : Bahawasanya arak itu bukan ubat tetapi adalah sebagai pembawa penyakit. Mengikut kajian ilmiah bahawa arak menjadi sebab datangnya bermacam-macam penyakit seperti sakit perut, hilang selera makan, perjalanan darah tidak betul, sakit paru-paru, lemah nafsu, sesak nafas, kecacatan pada kandungan, mandul dan sebagainya.

2.

Arak adalah punca segala kejahatan. Ini Kerana apabila seorang itu mabuk maka dia akan melakukan kejahatan sama ada dari segi percakapan dan perbuatannya, tanpa menyedari akibatnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Khamar adalah punca kejahatan.

3.

Menyebabkan perpecahan dan permusuhan dalam masyarakat. Apabila seorang itu mabuk maka akalnya tidak dapat menghalang dirinya daripada mengeluarkan kata-kata atau perbuatan yang menyakiti orang lain. Sehingga boleh berlaku pergaduhan dan pembunuhan. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya :

Maksudnya : Sesungguhnya syaitan mengkehendaki supaya berlaku permusuhan dan kebencian disebabkan oleh arak dan judi.

4.

Orang yang mabuk arak tidak mengindahkan tuntutan-tuntuan agamanya dan tidak mempedulikan larangan-larangan syarak. Hal ini diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran :

Maksudnya : Dan arak itu menghalang kalian daripada menginati Allah dan daripada menunaikan solat maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)

5.

Menghabiskan harta. Jika seorang itu asyik minum arak yang menjadi punca kejahatan maka sudah tentu dia melakukan kejahatan-kejahatan yang lain seperti berjudi, berpoya-poya, pergi ke tempat-tempat maksiat dengan menghabiskan masa tenaga dan wang ringgit. Jadi oleh kerana begitu hebatnya bahaya daripada minuman arak itu maka memang munasabah sekali Islam mengharamkan arak serta menetapkan hukuman yang berat ke atas peminum-peminum arak itu.

4.0

PENGHARAMAN PENJUALAN ARAK

Pengharaman arak di dalam Islam, bukan hanya sekadar minum sahaja, bahkan Islam melarang semua aspek yang berkaitan dengan arak. Ini sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan hadith sebagaimana yang berikut:


Ertinya : Dari Jabir r.a berkata dia mendengar Rasulullah saw bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan RasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. (Riwayat al-Bukhari, 2/779)

Rasulullah saw bersabda lagi:


Maksudnya: Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya. (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam AtTarghib: Perawinya thiqah )

Di dalam hadith

yang lain,

Rasulullah saw bersabda

yang bermaksudnya:

Sesungguhnya Allah mengharamkan arak. Sesiapa yang sampai kepadanya ayat ini, dan padanya masih terdapat arak, janganlah dia meminumnya, dan jangan menjualnya,

5.0 HUKUMAN DAN PENALTI BAGI PEMINUM ARAK DALAM ISLAM para ulamak fiqh bersependapat menyatakan bahawa hukuman bagi orang yang minum arak ialah dirotan. Namun para ulama berbeza pendapat tentang kadarnya. Ada yang mengatakan bahawa hukumannya ialah sebanyak lapan puluh kali rotan. Ini adalah pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad. Manakala Imam Syafie dan satu pendapat daripada Imam Ahmad mengatakan bahawa hukuman bagi kesalahan tersebut ialah sebanyak empat puluh kali rotan. Walaupun demikian boleh juga pesalah itu dikenakan rotan sebanyak lapan puluh kali jika pada pendapat pemerintah pesalah itu patut dirotan sebanyak tersebut. Jadi hukuman hadnya ialah empat puluh kali manakala yang selebihnya adalah dianggap sebagai hukuman tazir.

Punca perselisihan di kalangan mereka ialah disebabkan kerana hukuman bagi kesalahan had minum arak tidak diterangkan secara jelas di dalam al-Quran dan juga Hadith-Hadith Nabi dan Athar para sahabat. Sesungguhnya dalam al-Quran ada disebutkan tentang pengharaman arak tetapi tidak menetapkan hukuman had kepada peminum-peminum arak. Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w. tidak menetapkan kadar yang tertentu. Ada kalanya baginda merotan pesalah tersebut hanya beberapa kali sebatan, tetapi tidak melebihi daripada empat puluh kali sebatan. Kemudian Sayidina Abu Bakar pula menghukum peminum-peminum arak sebanyak empat puluh kali

sebatan. Diriwayatkan daripada Ibn Said al-Khudri dan Ali bahawa Nabi Muhammad s.a.w. menghukum orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebatan. Apabila tiba pada zaman Sayidina Umar maka beliau meminta nasihat daripada para sahabat lalu Abdul Rahman bin Auf berkata:

Maksudnya : Seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebat, kemudian Umar pun menetapkan hukuman itu sebanyak 80 kali dan para sahabat semuanya setuju dengan Umar yang mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak.

6.0 UNDANG-UNDANG KESALAHAN JENAYAH SYARIAH MINUM ARAK DI NEGERI SELANGOR

Peruntukan tentang hukuman minum arak telah dikanunkan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri di Malaysia. Dari sudut pentadbiran undang-undang bagi kesalahan minum dan menjual arak terdapat dua insitusi seperti jabatan Agama Islam negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Berdasarkan kepada peruntukan yang terkandung dalam enakmen negeri masing-masing, jabatan agama Islam negeri hanya mempunyai bidangkuasa terhadap orang Islam yang meminum arak dan minuman lain yang memabukkan, sama ada minum di mana-mana kedai atau di tempat awam, atau menjual, menawarkan jualan, atau mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan arak, menyimpan dan juga membeli adalah menjadi satu kesalahan.Di negeri Selangor, peruntukan ini terdapat dalam seksyen 18 (1) dan (2):

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995,: Seksyen 18 (1) Mana-mana orang yang, dimana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Seksyen 18 (2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya. Manakala dari sudut hukuman, mereka yang melakukan kesalahan yang

dinyatakan di atas jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda sama ada tidak melebih RM 5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan yang membabitkan premis jualan arak yang melanggar peraturan yang ditetapkan ia adalah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri masing-masing. Pihak jabatan Agama Islam tidak akan terlibat dengan apa jua yang berkait dengan premis jualan sama ada untuk menutup, menghalang jualan, menghadkan lesen jualan, menyita dan lain-lain lagi. Ini kerana hal-hal yang berkaitan dengan premis adalah di bawah bidang kuasa PBT. Justeru, PBT adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab untuk membuat segala peraturan dan kawalan yang berkaitan dengan kaedah jualan, pengeluaran lesen jualan, bilangan premis yang dihadkan dan peraturan-peraturan lain yang dilihat bercanggah dengan hukum syarak, khususnya bagi kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang beragama Islam.

Bidangkuasa yang diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor walaupun pada hakikatnya adalah terhad dan sempit, namun berdasarkan kepada peruntukan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Jabatan Agama Islam Selangor mempunyai bidang kuasa untuk membuat membuat serbuan di kilang-kilang arak yang besar di sekitar Lembah Klang yang difahamkan ramai pekerjanya yang terdiri daripada masyarakat Islam. Begitu juga boleh dicadangkan Jabatan Agama Islam negeri mengambil tindakan ke atas premis yang menjual arak, yang mana orang Islam terbabit sama, sama ada di hotel, kelab-kelab eksklusif, pasaraya, begitu juga di kedai-kedai seperti 7-eleven yang mencampuradukkan arak dengan minuman ringan lainnya. Peruntukan ini terdapat dalam seksyen 18(2) sama ada menjual atau mempamerkan minuman yang memabukkan adalah satu kesalahan.

7.0

PENJUALAN ARAK KEPADA MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini , setiap penganut agama mempunyai hak mereka sendiri. Mereka yang bukan Islam mempunyai hak untuk makan dan minum perkara-perkara yang tidak dibenarkan ke atas umat Islam. Antaranya ialah arak. Bagi umat Islam pula mempunyai hak agar mereka dihormati dalam perkara pengendalian arak. Namun perlu diketahui bahawa agama lain juga tidak menggalakkan penganutnya minum secara berlebihan, biarpun mereka tidak mengharamkannya. Penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam adalah diharuskan kerana ia adalah minuman bagi mereka. Agama Islam tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam sama ada menjual atau meminumnya. Kerajaan Islam yang

memerintah tidak boleh menghentikan atau menyekat penjualan arak di kalangan masyarakat bukan Islam. Malah minuman keras itu dibenarkan diimport oleh orang bukan Islam Namun pelaksanaannya hendaklah disesuaikan dengan undang-undang negeri berkenaan di samping mengambil kira majoriti masyarakat setempat. Aktiviti minum minuman keras itu mestilah dikawal pihak berkuasa tempatan di tempat premis yang tidak bercampur dengan aktiviti perniagaan untuk orang Islam.

8.0

KAEDAH DAN PERATURAN PENJUALAN ARAK

Memandangkan fenomena membeli dan meminum arak adalah fenomena yang begitu kritikal menular di kalangan muda-muda hari ini, maka sebagai sebagai negeri maju dan didominasi oleh orang Islam, maka tindakan drastik perlu dibuat segera agar gejala buruk ini dapat dibendung melalui pelaksanaan undang-undang yang berkesan yang dapat dipatuhi oleh masyarakat awam selain daripada kesedaran daripada pihak masyarakat sendiri. Pelaksanaan ini boleh dilihat kepada negeri Kelantan yang menghadkan kelulusan lesen penjualan arak kepada premis bukan Islam, namun dikeluarkan dalam jumlah yang terkawal mengikut keperluan sesuatu tempat. Antara langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ialah menyusun semula premis penjualan arak berkuatkuasa mulai 1 Julai 1993. Semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel, restoran atau kedai makan. Namun orang bukan Islam boleh minum di rumah kediaman mereka atau di tempat bukan tempat awam. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh di Bandar Kota Bharu hanya terdapat 19 premis perniagaan bukan Islam yang menyediakan minuman itu kepada bukan Islam. Kejayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan peraturan Islam di kawasan pentadbirannya menarik minat pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi. Pelaksanaan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak PBT di negeri Kelantan boleh diikuti di negeri lain, khususnya di negeri Selangor, walaupun suasana politik dan populasi masyarakat mengikut kaum yang berbeza. Langkah pensrukturan semula kedai menjualan arak di mana hanya lapan kedai milik orang bukan Islam yang diberi lesen bagi menjual minuman keras berbanding sebelum 1990 adalah sebanyak 86 buah. Pendekatan yang diambil oleh Kelantan begitu berhemah, bermula dengan memperkenalkan arak sebagai produk yang merbahaya dan haram, peraturan penjualan diperketatkan. Peringkat awal setiap peniaga arak dipantau dan memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang muslim. Kini mereka semakin memahami dan ramai yang menutup kedai untuk bertukar ke perniagaan lain yang lebih baik. Akhirnya rakyat bukan muslim di negeri itu memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa arak.

Pendekatan utama yang dilihat ialah memastikan pengeluaran lesen penjualan arak yang diluluskan adalah terhad mengikut kesesuaian majoriti penduduk bukan Islam di sesuatu tempat. Begitu juga kedai-kedai 24 jam yang menjual arak dikenalpasti sebagai tempat yang menjadi tumpuan anak-anak remaja Islam, seperti di 7-Eleven. Sebenarnya isu penjualan arak 24 jam secara terbuka di 7-Eleven ini sememangnya pernah perkatakan sebelum ini. Justeru langkah awal perlu diambil secara bijaksana dan berhemah. Semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam ini hendaklah menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja iaitu mereka yang bukan Islam dan menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Selain itu, premis-premis hendaklah mengeluarkan dan menguatkuasakan arahan tidak menjual arak kepada mereka yang muslim. Sebagai contoh pasaraya Giant kini telah menguatkuasakan arahan tersebut. Terdapat di kalangan pasar raya menggunakan troli yang mempromosikan arak yang turut sama digunakan oleh orang Islam yang mengunjungi pasar raya tersebut. Justeru pihak pasaraya perlu melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka demi menjaga sensitiviti masyarakat Islam dan negara Malaysia yang dilabelkan sebagai negara Islam. Penjualan arak juga hendaklah dilakukan di satu sudut yang agak tertutup dan memaparkan dengan jelas papan tanda yang menyatakan bahawa penjualan arak kepada umat Islam adalah merupakan satu kesalahan. Manakala kaunter penjualan arak hendaklah dikendalikan oleh orang yang bukan Islam. Mereka juga hendaklah memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam.

PENUTUP

Arak adalah ibu segala kejahatan dan antara dosa yang terbesar. Justeru apa yang diharapkan daripada penulisan dan sumbangan yang kecil ini dapat membuka mata dan minda kita untuk melakukan perubahan ke arah kewujudkan insan rabbani yang jauh daripada melakukan perkara-kara yang syubahat, apatah lagi mencerobohi perkara yang jelas diharamkan oleh Allah Taala. Nabi SAW telah bersabda dengan cukup jelas menyatakan

" Sesungguhnya Allah telah menfardhukan beberapa perkara lalu janganlah kamu lalaikannya, Allah juga telah mengharamkan banyak perkara maka janganlah kamu mencerobohinya" ( Riwayat Darul Qutni - Hadis Hasan ) Sila Lihat Saryh al-alba'in hadisan an-Nawawiah, Darul Qutaibah, 1990, Tahqiq oleh Abd Aziz Izzuddin asSairawan.

10

You might also like