You are on page 1of 6

Nota Novel Anak Din Biola

ANAK DIN BIOLA(MAARUF MAHMUD) BIODATA PENULIS - Dilahirkan di Hulu Yam Baru pada 4 Disember 1920. - Menerima pendidikan awal di Sekolah Mekayu Hulu Yam dan melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di MPSI. Setelah itu, beliau bertugas sebagai guru dan kemudian bertugas di DBP dab bersara pada 1977 - menceburkan diri dalam bidang penulisan sejak 1955. - memenangi hadiah dalam peraduan menulis cerita kanak-kanak anjuran Jabatan Pendidikan Negeri, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Kementerian Pendidikan Malaysia.Mendapat penghargaan dalam Peraduan Menulis Novel Sejarah (kanak-kanak) Dewan Bahasa dan Pustaka,1981. Banyak menghasilkan buku kanak-kanak seperti Wira di Bumi Warisan, Pelita yang Menyala dan Berenang Di Lautan Cetera. Anak Din Biola memenangi hadiah pertama dalam Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSOGAPENA II,1982. SINOPSIS Novel ini mengisahkan kehidupan Budiman bin Budin, seorang anak yatim piatu yang tinggal di rumah anak-anak yatim iaitu Rumah Bonda. Budiman tidak mahu menjadi peminta sedekah kerana itulah amanat daripada arwah ibunya. Ayahnya iaitu Din Biola merupakan seorang penggesek biola yang terkenal. Budiman telah berusaha untuk memenuhi wasiat arwah ayahnya supaya mewarisi bakat ayahnya iaitu menjadi penggesek biola yang termasyhur. Jasa Din Biola tetap dikenang dan dihargai oleh pihak kerajaan.Pingat Jasa Kebaktian telah dianugerahkan kepada arwah Din Biola. Budiman telah bertemu dengan seorang penggesek biola yang buta bernama Pak Wan Busu. Secara kebetulan, Pak Wan Busu ialah anak murid arwah bapanya.Budiman telah belajar menggesek biola daripada beliau. Akhirnya, Budiman berjaya menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Budiman telah berjaya memenuhi wasiat arwah ayahnya. Datin Siti Norbayu telah mempelawa Budiman membantunya mengajar di Sekolah Muzik Lagu Bayu. Pada waktu siang,Budiman bekerja manakala malamnya dia mengikuti kelas untuk menambahkan pengetahuannya dalam bidang muzik di Tokyo, Jepun. Budiman gembira kerana sahabat karibnya iaitu Chong dan Chandra sudah dapat berdikari. Chandra belajar sambil bekerja di klinik bapa saudaranya di Kota Raya. Chong pula berjaja barangbarang kerja tangan bapa Linda. TEMA Kegigihan seorang remaja melaksanakan amanat arwah bapanya supaya berjaya dalam bidang muzik.

PERSOALAN PERSOALAN 1.Amanat atau wasiat orang yang telah meninggal dunia dilaksanakan dengan

BUKTI Budiman berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan wasiat arwah ayahnya

sebaik mungkin.

supaya menjadi pemain biola yang termashur. 2.Anak yatim boleh berjaya dalam Budiman, Chong dan Chandra mampu kehidupan jika gigih berusaha. berdikari setelah sekian lama dibantu oleh Pak Jais dan kakitangan Rumah Bonda. 3.Budi dan jasa orang akan tetap dikenang Pak Wan Busu sering menziarahi pusara walaupun sudah meninggal dunia. guru muziknya iaitu arwah Din Biola sebagai tanda mengenang jasa. 4.Sikap tidak amanah dan menyeleweng Pak Mat Tukang Masak yang makan harta mendatangkan kesan yang buruk. anak yatim dan mengedar dadah, akhirnya ditangkap oleh pihak polis. 5.Masih ada orang yang berhati mulia dan Pak Jais menjaga anak-anak yatim dengan prihatin terhadap anak yatim dan orang yang penuh kasih sayang. kurang bernasib baik. WATAK DAN PERWATAKAN WATAK PERWATAKAN Budiman -kuat memegang amanah

-taat mengerjakan perintah Tuhan -bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu

-berani hadapi cabaran

-tidak mudah putus asa

-rajin -berbakat besar dalam bidang muzik

-berkeyakinan tinggi

HURAIAN Tidak menceritakan rahsia Pak Mat Tukang Masak mencuri barang-barang milik Rumah Bonda Bangun setiap kali mendengar azan Subuh walaupun terlalu mengantuk Berusaha mendapatkan biola Bayu Senja dan mempelajarinya sehingga ke rumah Pak Wan Busu secara senyap-senyap Bersedia melawan semasa diugut oleh anak-anak yang meminta sedekah di kawasan perkuburan Jalan Ampang Tetap berusaha untuk mendapatkan biola walaupun percubaan pertamanya gagal. Sering membantu Mak Yah memasak di Rumah Bonda Berjaya menyakinkan Pak Wan Busu dan Datin Siti Norbayu bahawa dia mewarisi bakat ayahnya Ingin membuktikan bahawa anak yatim piatu mampu berjaya jika dibimbing dan diberi kepercayaan

WATAK SAMPINGAN Pak Wan Busu

Datin Siti Norbayu

Pak Mat Tukang Masak

-seorang yang cacat penglihatan -mempunyai seorang isteri bernama Inah dan anak perempuan bernama Lina -mengajar anak-anak buta menggesek biola dan bekas anak murid Din Biola -pemilik Sekolah Muzik Lagu Bayu -baik hati -banyak memberi galakan serta tunjuk ajar kepada Budiman -terlibat dengan perkara keji -menjual biola Bayu Senja milik arwah ayah Budiman -dipenjarakan apabila rahsia terbongkar -anak yatim piatu -penghuni Rumah Bonda -ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya -sahabat baik Budiman -bekerja menjual barang-barang kerja tangan bapa Linda -anak yatim piatu berketurunan India -penghuni Rumah Bonda -suka menolong Budiman -bekerja di klinik bapa saudaranya di Kuala Lumpur -kakitangan Rumah Bonda -bersubahat dangan Pak Mat Tukang Masak -penguasa Rumah Bonda - bertanggungjawab - mengambil berat tentang anak yatim -menggantikan tempat Pak Jais -datangnya daripada sebuah sekolah pemulihan akhlak -tegas tetapi penyayang

Chong

Chandra

Pak Man Tukang Jahit Pak Jais

Pak Rahim

LATAR LATAR MASA

HURAIAN -Ketika Budiman berusia 13-14 tahun -Waktu pagi

PERISTIWA -Arwah bapa Budiman meninggal dunia ketika Budiman berusia 13 tahun. Sekarang, dia berumur 14 tahun.

-berlangsungnya penganugerahan pingat di istana.

-Waktu malam

-Pak Mat Tukang Masak mencuri barang di Rumah Bonda. -Budiman belajar menggesek biola daripada Pak Wan Busu. -Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya berlangsung.

TEMPAT

-Rumah Bonda -Rumah Pak Wan Busu -Kota Raya -Kampung Tiga -Tanah Perkuburan Ampang -Dewan Srikota

-Tempat tinggal anak-anak yatim -Budiman ke rumah Pak Wan Busu hampir setiap malam setelah Mengetahui Pak Wan Busu mengajar orang buta bermain biola. -rumah pangsa tempat Pak Mat Tukang Masak ditangkap. -kampung asal Budiman,Chong dan Chandra. -Tempat arwah ayah Budiman disemadikan.

-Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya berlangsung. -Semua anak yatim ditempatkan di Rumah Bonda

MASYARAK AT

-Masyarakat anak-anak yatim -Masyarakat Melayu -Masyarakat orang buta

-Masyarakat Melayu daripada pelbagai latar belakang

-Masyarakat orang buta yang gigih berusaha

PLOT PERMULAAN PERKEMBANGAN

KLIMAKS

-Budiman,Chong dan Chandra berpindah dari Kampung Tiga ke Rumah Bonda. -Kegiatan jahat Pak Mat Tukang Masak terbongkar. -Budiman mendapat tahu bahawa biola arwah ayahnya telah dijual. -Budiman menerima pingat bagi pihak arwah bapanya yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang muzik. -Budiman belajar menggesek biola daripada Datin Siti Norbayu dan Pak Wan Busu. -Pak Mat Tukang Masak ditangkap pihak polis kerana mengedar dadah. -Budiman menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya dan telah memenuhi amanah arwah ayahnya. -Budiman membantu Datin Siti Norbayu mengajar kelas biola -Chong dan Chandra sudah dapat berdikari. -Pak Wan Busu dan Linda menjalani pembedahan mata.

PELERAIAN

GAYA BAHASA GAYA BAHASA BAHASA JEPUN PERIBAHASA BAHASA ISTANA SIMILE

CONTOH Sakura No Hana. tempat jatuh lagi dikenang patik, tuanku, beta, pacal - dadamu bidang seperti dada ayahmu. - ayahmu meninggal seperti lilin yang telah padam

TEKNIK PLOT Teknik Plot Pemerian

Dialog

Monolog

Monolog dalaman

Imbas kembali

Contoh Pakaian untukku telah diukur. Sepasang baju Melayu lengkap dengan tajak. Baju itu nanti,warna hitam,seluar hitam . (halaman 5) Siapa ajar Lina main biola? Ayah yang ajar (halaman 74) Tahukah Pak Mat menggesek biola tanyaku pada diri sendiri (halaman 7) Berapa lama pula nak jadi pemimpin si buta fikirku di dalam hati (halaman 117) Stesen minyak itu masih ada di situ. Aku,Chong dan Chandra pernah bekerja di situ. Kami bekerja malam mengisi minyak. Kami dapat gaji RM 5 semalam. (halaman 14)

NILAI DAN PENGAJARAN Nilai 1.Kejujuran Bukti Budiman tidak bersetuju dengan cadangan Chandra untuk membuat kerja rumah bagi pihak orang lain dengan tujuan menipu guru mereka. Anak-anak yatim di Rumah Bonda sayang akan Pak Jais sehingga ada yang tak mahu keluar walaupun sudah tiba masanya. Budiman berani memanjat pohon tembusu semata-mata untuk belajar menggesek biola. Lina sanggup memimpin Linda yang buta pergi dan balik semasa belajar di rumah Pak

2.Kasih sayang

3.Keberanian

4.Bantu-membantu

5.Keyakinan

6.Kerjasama

7.Setiakawan 8.Menghargai jasa anak seni

Wan Busu. Budiman yakin dapat memehuhi amanat arwah ayahnya untuk menjadi penggesek biola yang terkenal. Chong dan Chandra sanggup membantu Budiman bekerja mencari wang untuk membeli biola. Chandra tidak mahu berpisah dangan Chong dan Budiman. Budiman akan dihantar ke Jepun untuk melanjutkan pelajarannya setelah memenangi Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya.

SOALAN RAMALAN KARANGAN PMR BAHASA MALAYSIA 2011


Fokus tajuk tentang tema 1. Pengangkutan awam ( kemalangan, kesesakan, punca, langkah dan kesan dll) 2. Kecemerlangan pelajar ( fokus JERI, kokurikulum, kurikulum, dll ) 3. Masalah sosial (buanga bayi, budaya lepak, ponteng sekolah, rokok, punca, langkah, kesan) 4. Keluarga ( bahagia, impian, dll ) 5. Perpaduan ( langkah, kesan dll )

You might also like