You are on page 1of 16

Menjana Sumber Kewangan Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi Umah* Oleh Hasan Bahrom & Mohd Afendi Mat

t Rani Kata kunci : ekonomi umah, kewangan masjid, pembangunan ekonomi Abstrak Masjid adalah sebuah institusi penting dalam masyarakat. Hubungan antara masjid dengan umat Islam tidak boleh dipisahkan. Dalam sejarah, masjid tercatat sebagai nadi kepada kegiatan masyarakat pada keseluruhannya. Masjid bukan sahaja dianggap sebagai institusi ibadat khusus semata-mata, namun peranannya lebih besar dan sangat penting dalam masyarakat. Sebagai institusi yang menjadi akar umbi gerakan masyarakat, masjid seharusnya diurus dengan sempurna dan sistematik. Ia harus mempunyai dana yang cukup untuk mengendalikan kegiatannya dalam membangunkan sumber insan. Secara umumnya umat Islam sentiasa bersedia untuk memberi sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga atau dari aspek harta jika dikaitkan dengan institusi masjid. Pelbagai cara boleh dijadikan asas, malah telahpun dilakukan oleh kebanyakan masjid di Malaysia, dalam mencari sumber kewangan masjid. Dana masjid jika dikendali dan diurus dengan baik dan sistematik boleh menjadi sumber asas kepada kekuatan ekonomi umat Islam pada keseluruhannya. Dengan jumlah masjid yang banyak mencecah keempat ribu buah [ 4,000 ], dan mempunyai sumber dana yang kuat, malah terdapat di antara masjid di negara ini mempunyai dana terkumpul mencecah RM500,000.00, tidak mustahil ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi umat. Persoalannya bagaimana kekuatan ini boleh dibangunkan? Kertas ini akan cuba mencari permasalahannya dan ingin mencadangkan satu pendekatan yang boleh dilakukan dalam menjadikan masjid sebagai pemangkin pembangunan ekonomi umah. PENDAHULUAN Dalam sistem pengurusan Islam, masjid adalah institusi wakaf, sama ada yang disediakan oleh kerajaan atau diserahkan secara ikhlas oleh individu kepada individu tertentu atau kepada institusi kerajaan untuk diurus dan ditadbir. Institusi Masjid mesti ditadbir atas roh keikhlasan dan amanah dari Allah swt. Harta masjid sama ada alih atau tidak alih adalah kepunyaan umum dan bukan milik individu. Pemegang amanah masjid bertanggungjawab mengurus dan mentadbir berdasarkan premeter yang ditentukan oleh syarak. Masjid ada lambang atau syariat yang diterjemahkan dalam bentuk material yang amat signifikan dengan keunggulan dan kesyumulan Islam.
*

Kertas kerja ini dibentang di Seminar Seminar Antarabangsa Ekonomi Islam, Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia, pada 15-17 Julai 2009 Prof Madya dan Doktor Falsafah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, Malaysia, Shah Alam Selangor, bidang kepakaran Syariah dan Politik Doktor Falsafah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Malaysia, Shah Alam Selangor, bidang kepakaran Syariah dan Perundangan.

Institusi Masjid adalah nadi masyarakat Islam secara akar umbi

yang

mempunyai peranan yang amat penting. Masjid bukan sahaja medium aktiviti rutin dalam proses mengerat dan mendekatkan hubungan silaturrahim, tetapi ia wajar dilihat sebagai movement (gerakan). Masjid menjadi sumber kekuatan dan kegemilangan umat Islam. Umat yang gemilang pada zaman awal Islam mendapat sumber kekuatan mereka daripada masjid. Malah tamadun Islam yang mula bertapak di Madinah bermula dengan pembinaan masjid (Ahamad Zaki Hj Abdul latiff, 2007). Para pengurus masjid harus melihat institusi ini sebagai sebuah institusi yang penting dalam organisasi masyarakat. Justeru, pengurusan masjid harus kreatif dan inovatif dalam merubah dan menyelesai masalah umat. Institusi masjid bukan sahaja dilihat sebagai tempat rujukan, penyelesai masalah masyarakat setempat, tetapi dilihat sebagai medium merungkai masalah moral dan menyelesai masalah kemiskinan umat.

JUMLAH MASJID DI SELURUH MALAYSIA Bilang masjid bagi setiap negeri di Malaysia tidak sama, jumlah masjid tersebut tidaklah bergantung kepada keluasan kawasan sesebuah negeri, kerana itu terdapat negeri yang mempunyai keluasan yang besar, tetapi mempunyai bilangan masjid yang sedikit. Pada keseluruhannya masjid di Malaysia berjumlah 3974 buah, yang mempunyai saiz yang berbeza. Masjid di Malaysia dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu Masjid Negeri, masjid Daerah, dan masjid Kariah. Setiap masjid mempunyai fungsi yang hampir sama, namun ia mempunyai kelebihan tersendiri. Boleh dikatakan masjid negeri mempunyai kelebihan tersendiri, dan mempunyai kelengkapan fizikal yang mencukupi. Sementara masjid kariah terdapat banyak kekurangan yang boleh memberi kesan kepada sistem pengurusan . JADUAL 1 : Jumlah Masjid di seluruh Malaysia Negeri Jumlah 1 Selangor 362 2 Perak 580 3 Kelantan 537 4 Terengganu 455 5 Pahang 539 6 Johor 657 7 Pulau Pinang 252 8 Melaka 163 9 Perlis 73 10 Negeri Sembilan 256

11 12 13 14

Sarawak Sabah Kedah Wilayah Persekutuan JUMLAH

305 466 452 37 3974

AKTIVITI MASJID SEMASA DI MALAYSIA A. KULIAH AGAMA MINGGUAN Dalam melaksana aktiviti mingguan, kebanyakan masjid memberi tumpuan kepada pelajaran yang berkaitan dengan ilmu fardu ain, seperti ilmu fiqh, ilmu tauhid, ilmu yang berkaitan dengan hadis, al-Quran dan tasauf. Sementara pada setiap malam jumaat setiap masjid mengadakan doa selamat dan bacaan yassin. Boleh dikatakan semua majlis ilmu itu diadakan selepas maghrib atau isyak. Sementara majlis yang khusus bagi kaum wanita diadakan selepas waktu asar. Jadual 1: Contoh Kuliah Agama Mingguan Kuliah Kuliah Feqah Kuliah Tauhid Kuliah Tasauf/ Tajwid Kuliah Hadith Doa selamat dan bacaan yasin Fardu Ain/Tajwid (Wanita) B. AKTIVITI BULANAN Dalam melaksanakan program bulanan pada umumnya kebanyakan masjid di Malaysia hampir bersamaan kegiatan yang mereka laksanakan. Mungkin juga terdapat masjid yang agak terhadapan dari aspek kegiatan mereka seperti sekolah atau kelas tahfiz bagi kanak-kanak dan orang dewasa, kelas tusyen bagi anak-anak kariah, atau kegiatan lain yang boleh menjana pendapatan ekonomi masjid. Pada umumnya aktiviti masjid yang sudah menjadi simbol mereka antaranya majlis tahlil meraikan bakal haji, upacara qurban, ceramah umum pada hari-hari kebesaran Islam seperti menyambut awal Muharram, ceramah maulid Rasul, dan ceramah umum Isra Mikraj. Selain itu masjid juga menganjurkan aktiviti gotong royong yang dibuat kadang-kadang setahun dua kali, majlis Qurban sempena menyambut hari raya kurban, terdapat juga masjid yang mengadakan majlis berkhatan secara beramai-ramai di kalangan anak kariah, majlis ini selalunya dibuat pada bulan cuti sekolah. Pada bulan musim haji, masjid mengadakan Hari Isnin Selasa Rabu Khamis khamis Setiap Selasa & Khamis Masa Selepas Maghrib Selepas Maghrib Selepas Maghrib Selepas Isyak Selepas Maghrib Selepas Asar

majlis meraikan anak kariah yang hendak pergi menunaikan fardu haji. Selain daripada aktiviti tetap bagi mengingati hari kebesaran Islam, masjid juga mengadakan aktiviti secara berkala seperti kursus mengurus jenazah dan sebagainya. Jadual 2 : Contoh Kegiatan bulanan masjid Bulan Muharam Safar Rabiul Awal Rabiul Akhir Jamadil Awal Jamadil Akhir Rejab Sya`aban Ramadhan Shawal Zulkaedah Zulhijjah Penggerak Masjid Masjid diurus oleh satu jawatankuasa. Perlantikan Jawatankuasa ini telah diperuntukan Dalam Perlembagaan Malaysia, Jadual Ke-9 senarai 2 butiran 1, yang menyatakan bahawa hal-hal berkaitan dengan agama Islam adalah terletak di bawah kuasa negerinegeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Oleh itu, masjid termasuk di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri seperti mana yang ditentukan oleh akta atau enakmen setiap negeri di Malaysia. Dalam akta atau enakmen tersebut dinyatakan dengan tentang jelas bidang kuasa ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid, termasuklah kuasa yang berkaitan dengan pengurusan dana dan harta masjid. Misalnya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 1989 seksyen 58(1), dimana peruntukan tersebut telah menjamin kedudukan urusan masjid dari segi pengurusan dan pembiayaan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Peruntukan ini telah memberi ruang kepada jawatankuasa masjid agar dapat menunaikan fungsinya dengan baik sebagai pusat ibadat umat Islam. Terdapat dua bentuk struktur organisasi jawatankusa yang terlibat dalam Hari Raya Qurban Hari Kebesaran Islam Maal Hijrah Hari Asyura Maulidur Rasul Aktiviti - Upacara Qurban Ceramah umum - Gotong Royong - Ceramah Maulidur Rasul - Mesyuarat Agung - Gotong Royong - Ceramah Umum - Program Ramadhan Majlis Tahlil Sempena Meraikan Bakal Haji - Majlis Berkhatan

Israk Mikraj Ramadhan Syawal

pengurusan masjid. Pertama ialah ahli jawatankuasa masjid dan kedua pegawaipegawai masjid atau lebih dikenali sebagai pegawai syarak. Dari aspek aktiviti pihak yang sebenar merancang dan mengelolakan adalah jawatankuasa masjid. Pada

kebiasaannya ahli jawatankasa ini terdiri antara 10 hingga 15 orang yang dilantik mengikut kaedah-kaedah tertentu. Manakala pegawai-pegawai masjid iaitu pegawai syarak terdiri daripada nazir, imam, khatib, bilal, mungkim dan noja (siak), di mana mereka dilantik oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri berdasarkan kepada kelayakan yang mereka perolehi. Mereka ini adalah sebagai kakitangan masjid yang diberi elaun tertentu mengikut keperluan dan tahap di mana mereka bertugas. Pegawaipegawai ini hanya menjalankan tugas masing-masing yang telah ditetapkan dan tidak terlibat secara langsung dalam perancangan dan perlaksanaan pengurusan masjid. Sesetengah masjid di negara ini turut melantik seorang nazir. Sementara imam dan khatib ada kalanya juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa masjid. Sementara sebahagian lagi bukan sebagai jawatankuasa, tetapi turut dijemput hadir dalam mesyuarat jawatankuasa apabila perlu, namun pada kebiasaannya mereka sentiasa dijemput bagi mengetahui perkembangan masjid pada keseluruhannya. Dari aspek perlantikan Ahli Jawatankuasa Kaedah yang digunakan perlantikan berbeza antara negeri-negeri di Malaysia. Kaedah pertama ialah melalui pemilihan di dalam mesyuarat agung masjid atau surau bagi ahli kariah tersebut. Mesyuarat tersebut memilih calon yang sesuai mengikut jawatan. Setelah ahli kariah memilih jawatankuasa pelaksana aktiviti masjid, senarai jawatankuasa tersebut akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk disahkan. Sementara kaedah kedua dimana Majlis Agama Islam boleh melantik individuindividu tertentu untuk mengisi jawatan-jawatan penting seperti Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan sebilangan ahli jawatankuasa yang lain. Manakala mesyuarat agung ahli kariah hanya melantik beberapa orang lagi ahli jawatankuasa yang diperuntukan. Kaedah ketiga ialah Majlis Agama Islam Negeri melantik semua ahli jawatankuasa dari jawatan pengerusi hingga ke jawatan ahli biasa. Dalam

perkembangan terakhir, semakin banyak negeri yang cenderung beralih dari kaedah pertama kepada kaedah ketiga dalam perlantikan jawatankuasa masjid maing-masing. Kebanyakan masjid tidak memberi elaun kepada ahli jawatankuasa ini. Dalam semua kaedah perlantikan di atas, setiap pemegang jawatan telah ditentukan kelayakan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Satu contoh struktur pengurusan masjid ialah seperti digambarkan dalam Carta 1. Jawatan terpenting ialah pengerusi kerana ia merupakan orang yang paling berpengaruh dan aktif dalam kariah masjid berkenaan. Oleh kerana itu pengerusi diberi tanggungjawab untuk mengetuai pasukan pengurusan masjid dan mengawal segala urusan yang berkaitan dengan dana dan harta masjid.

Contoh : Carta Organisasi Masjid.

PERANAN MASJID Dalam sejarah Islam, masjid merupakan satu institusi yang amat penting. Ia bukan sekadar merupakan satu tempat bagi umat Islam melakukan ibadat-ibadat khusus seperti sembahyang, membaca al-Quran, berzikir dan seumpamanya, bahkan ia telah dijadikan sebagai pusat pembangunan masyarakat Islam yang lebih menyeluruh. Oleh kerana itulah usaha pertama yang dilakukan oleh Rasulullah saw untuk membentuk masyarakat dan negara Islam di Madinah ialah mendirikan masjid. Masjid Nabawi di Madinah telah menjadi nadi kepada segala kegiatan penting di zaman Rasulullah, di mana baginda mendidik umatnya supaya dapat mengatur urusan hidup dan urusan agama pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Lantaran itu, masjid telah memainkan peranan yang amat luas yang mencakupi aspek-aspek ibadat, ilmu, politik, ekonomi, ketenteraan, pentadbiran, pembentukan dasar negara, perhubungan antara negara dan sebagainya. (Lokman dan Musa, 1996) Apabila zaman berlalu,

peranan masjid dalam masyarakat umat Islam semakin berkurangan dan semakin malap. Sudah tentu suasana sedemikian amat berbeza dari peranan masjid yang diasaskan oleh Rasulullah saw. Sekalipun demikian usaha untuk mengembalikan peranan masjid yang lebih menyeluruh telah mula digerakkan. Beberapa forum, bengkel dan seminar telah diadakan supaya pihak pengurusan masjid di seluruh negara dapat mengembangkan peranan dan aktiviti masjid mereka, di samping pihak pengurusan masjid berusaha mempertingkatkan mutu pengurusan. Antara perbincangan awal yang pernah diadakan ialah satu seminar masjid anjuran Yayasan UMMI Malaysia pada tahun 1986 dan satu muzakarah pegawai-pegawai pengurusan masjid peringkat kebangsaan di bawah anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994, dan pada tahun 2006 satu konvensyen masjid telah diadakan bagi melihat kembali fungsi dan peranan masjid yang lebih mencakup dan konferehensif. Dalam konvensyen juga mencadangkan supaya golongan profesional dilibatkan dalam struktur organisasi dan pengurusan masjid. Secara umumnya peranan masjid dapat disimpulkan kepada;

a.

Pusat Pengembangan Ilmu

Sejarah telah memperlihatkan masjid dijadikan pusat penyebaran dan perkembangan ilmu pengetahuan. Masjid tempat melahirkan ramai cendekiawan Islam terunggul. Pelbagai ilmu disebar melalui institusi masjid, dalam ertikata lain masjid dijadikan pemangkin kepada pembinaan modal insan yang diyakini kredebiliti ilmu dan keunggulan cakupan ilmu yang diperolehi. Sebagai pusat pengembangan ilmu Islam, masjid bukan sahaja sekadar mengendalikan urusan kegiatan mingguan, bulanan atau tahunan sahaja, tetapi masjid harus berfungsi dan mampu melahirkan ulama atau cendikiawan Muslim yang unggul dan berwibawa. Kalau dalam sejarah Islam, khususnya zaman Rasulullah saw dan para Khulafa al-Rasyidin masjid telah mampu melahirkan ulama besar, gemilang dan terbilang dari aspek nama dan ilmu seperti Abdul Rahman bin Auf, Zaid bin Thabit, Abu `ubaidah bin al-Jarrah, Salman al-Farasi dan sebagainya. Meskipun masjid pada masa kini mungkin sukar untuk mengulangi kejayaan apa yang pernah dicapai oleh institusi itu pada zaman Rasulullah saw dan para khulafa al-Rashidin, kerana kekurangan prasarana, peralihan fungsi dan

tanggungjawab, dimana pada masa kini para ilmuan Islam dihasilkan daripada institusi pendidikan secara formal. Namun institusi masjid pada masa ini boleh mencipta nama seperti itu dengan melahirkan genarsi al-Quran, ilmuan berwibawa dengan

menyediakan dana yang secukupnya bagi membiayai umat Islam yang berkesanggupan meningkatkan `keagamaan. Pemberian biasiswa yang kepada masyarakat untuk meningkat ilmu ilmu pengetahuan dalam bidang yang bersangkutan dengan

pengetahuan semacam satu pelaburan jangka panjang kepada individu tersebut, yang nantinya akan memberi sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan masjid pada masa akan datang. Dengan dana yang besar masjid boleh menjadi kuat dan mantap bagi melahirkan ulama yang berwibawa dalam pelbagai aspek ilmu. Dalam ertikata lain apa yang telah dilakukan oleh generasi awal dalam melahirkan individu yang berwibawa ilmu keagamaannya boleh juga dilakukan oleh organisasi masjid pada masa ini dengan pendekatan mungkin berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat dahulu. Namun matlamat dan fungsinya tetap sama dengan apa yang telah mereka lakukan. Dengan menyediakan kewangan untuk disumbangkan sebagai biasiswa untuk diberikan dalam bentuk pinjaman atau sumbangan bagi mana-mana pelajar yang berkelayakan menerimanya. b. Pusat Pentadbiran dan Pengurusan negara

Pada zaman Rasulullah saw dan khulafa al-Rasyidin, masjid telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Masjid menjadi tempat dalam merancang pentadbiran negara dalam pelbagai aspek. Sama ada dari aspek perancangan strategik peperangan, pengurusan kewangan, penerimaan tetamu luar negara, dan dialog antara kaum agar negara dapat ditadbir dengan harmoni dan beradab. Sebagai pusat pentadbiran, masjid berfungsi menerima tetamu atau pembesar-pembesar Negara luar yang hendak menjalinkan hubungan dengan Negara Islam. Masjid sebagai medium penampilan corak dan imej pengurusan Islam yang boleh dicontohi dan diteladani oleh masyarakat luar. Ia dijadikan tempat yang muqaddas [suci] dan bebas dari pengaruh puak atau kumpulan yang berkepentingan. Masjid dilihat sebagai tempat milik umum yang harus ditadbir dengan bebas dan mempunyai kuasa otonomi dalam menentukan hala tuju pengurusannya. Sekalipun suasana ini tidak boleh berlaku lagi sebagaimana pada zaman Rasulullah saw, namun roh dan pengaruhnya boleh dijadikan contoh dalam kita menentukan corak pengurusan masjid pada masa ini. Kegagalan institusi masjid

membebaskan diri daripada pengaruh kelompok atau puak, akan menyebabkan masjid tidak menjadi institusi yang disegani dan berwibawa dalam menyelesai masalah umat pada keseluruhannya. c. Pusat Pembangunan Ekonomi

Dalam sejarah Islam masjid berperanan sebagai pusat perkembangan ekonomi umat Islam. Sebarang bentuk sistem ekonomi dibentang dan diselaraskan di masjid, malah masjid dijadikan pusat pemantauan perkembangan ekonomi umat Islam ketika itu. Para pedagang menjadikan masjid tempat pertemuan untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat berkaitan dengan perniagaan. Malah para saudagar luar yang hendak berurusan dengan peniaga sama ada di Madinah atau di Mekah akan berurusan di masjid. nstitusi masjid mempunyai dana yang mencukupi dalam menampung pentadbiran masjid dan membantu umat Islam yang berhadapan dengan masalah

khususnya dalam aspek ekonomi. Sebagai pusat penyelesai masalah, masjid dijadikan tempat tumpuan untuk umat mendapat khidmat dan nasihat daripada mereka yang berkeupayaan dan pakar dari pelbagai bidang dan kemahiran. Kerana itu dapati masjid dibangun dalam satu kawasan yang luas, berhampiran dengan tempat tinggal, pusat perniagaan dan di sekelilingnya dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan sosial dan perniagaan. Justeru itu kedudukan masjid dibangunkan di kawasan strategik yang menjadi tempat tumpuan masyarakat. Dalam ertikata lain nilai-nilai komersial menjadi krateria dalam menentukan kewujudan sesebuah masjid. Justeru itu di dapati kedai adalah merupakan aktiviti ekonomi yang melingkungi persekitaran masjid. Berasaskan kepada sentimen tersebut masjid haruslah mempunyai sumber pendapatan yang boleh dijana tanpa mengharapkan sumbangan daripada orang ramai semata-mata. kedai atau bazar yang menjual beraneka keperluan masyarakat, harus dilihat sebagai aktiviti

bukan sampingan kepada institusi masjid. Kakitangan masjid harus kreatif dan inovatif dalam memikir dan merencana sumber pendapatan daripada usaha dan modal masjid itu sendiri, tanpa banyak bergantung kepada pihak pemerintah atau selainnya. SUMBER KEWANGAN MASJID Satu aspek yang perlu dilihat ialah apabila berlakunya peningkatan aktiviti-aktiviti masjid pastinya memerlukan pembiayaan yang banyak. Oleh kerana itu, pihak pengurusan masjid bukan sahaja perlu merancang aktivitinya, malah ia perlu juga merancang bagaimana mendapatkan sumber kewangan bagi membiayaan aktiviti-aktiviti

berkenaan. Sebahagian masjid mungkin telah berjaya merancang sumber kewangan jangka panjang dengan menjana pendapatan sendiri dari harta masing-masing di samping sumbangan atau bantuan dari berbagai-bagai pihak. Mengumpul dana atau mencari sumber pendapatan masjid adalah salah satu daripada kuasa yang diberi oleh Majlis Agama Islam Negeri kepada Jawatankuasa Masjid dalam sesuatu kariah di negeri berkenaan. Jawatankuasa diberi kuasa mengadakan kutipan wang dalam bentuk khairat kebajikan masjid, yang dikutip melalui tabung masjid, kutipan hari jumaat, kutipan pada hari kebesaran Islam. Terdapat juga dana masjid datang daripada derma atau sedekah yang dibuat oleh orang-orang tertentu dalam bentuk bulanan sama ada secara tunai atau menyelesaikan bil-bil elektrik dan air yang digunakan oleh masjid. Selain daripada itu terdapat juga masjid yang mempunyai tanah wakaf yang diusahakan dalam bentuk binaan kediaman, kedai atau tanah kosong yang disewakan kepada masyarakat setempat. Adakalanya masjid mendapat pendapatan dari urusan perkuburan ahli kariah atau orang lain. Terdapat juga pihak masjid yang memiliki harta milik khas dengan kebenaran Majlis Agama Islam untuk diusahakan sebagai menampung sumber pendapatan daripada masjid berkenaan. Kuasa mengumpul dan mencari dana masjid ini dinyatakan dengan jelas dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau Undang-undang Pentadbiran Hukum Syarak yang diwartakan oleh setiap negeri di Malaysia. Mungkin banyak lagi sumber pendapatan yang boleh diperolehi oleh masjid bagi menampung perbelanjaan pengurusan dan mengendali aktiviti masjid. Soalnya sejauh mana jawatankuasa sesebuah masjid itu dapat melaksanakan tugasnya berdasarkan kepada kuasa yang telah diberikan kepadanya, semuanya itu amat bergantung kepada wawasan dan kesungguhan ahli-ahli jawatankuasa masjid berkenaan menjana sumber kewangan institusi masjid di bawah kendalian mereka. Dalam kajian yang dibuat oleh Sanep pada tahun 2000 yang bertajuk Dana dan harta masjid di Malaysia: ke arah pengurusan strategik, terdapat kira-kira 57.5%

daripada 73 masjid yang dikaji, masjid memperolehi pendapatan tahunan kurang dari RM50,000, sementara 20.5% mendapat pendapatan antara RM50,000 hingga RM100,000 dan 22.0% mendapat lebih dari RM100,000. Jumlah pendapatan keseluruhan 73 masjid yang dikaji pada tahun 1999 ialah kira-kira RM5.5 juta, dan ini bermakna purata pendapatan masjid berkenaan ialah sekitar RM75,000. Pada umumnya hampir 50% dari jumlah pendapatan ini adalah terhasil dari kutipan jumaat,

10

manakala bakinya adalah dari pelbagai bentuk sumbangan di samping pendapatan dari aset fizikal dan aset kewangan. Sementara itu jumlah perbelanjaan semua masjid yang dikaji juga hampir RM5.5 juta pada tahun 1999. Antara perbelanjaan utama yang dikeluarkan oleh masjid ialah pembayaran gaji atau elaun kakitangan, pembaikan dan senggaraan bangunan, dan pembiayaan pelbagai majlis yang diadakan di sepanjang tahun. Bentuk-bentuk pendapatan dan perbelanjaan serta jumlah masing-masing bagi keseluruhan masjid yang dikaji adalah seperti dinyatakan. Pada umumnya pendapatan sesebuah masjid tidak sama dengan

perbelanjaannya pada setiap tahun. Malah ada beberapa buah masjid mempunyai lebihan pendapatan yang besar dan pada ketika lain mempunyai lebihan perbelanjaan yang besar pula. Kewujudan fenomena sedemikian telah menyebabkan setiap masjid mempunyai simpanan bank yang sentiasa positif. Sebagai contoh, masjid 1 jumlah pendapatan RM 348,114.00 sementara dari aspek perbelanjaan RM 303,121.00 dan terdapat lebihan dalam simpanan sebanyak RM 44,993.00, sementara masjid 2 jumlah pendapatan RM15,777.76, jumlah perbelanjaan RM16,210.00. Contoh masjid kedua ini perbelanjaan lebih daripada kutipan, ini bermakna masjid berkenaan terpaksa menanggung beban perbelanjaan yang berlebihan. Sementara masjid 3 Pendapatan berjumlah RM18,215.00, sementara Perbelanjaan RM9,381.00, Baki di Bank

RM31,677.35 Baki di tangan RM121.19. Kajian yang dibuat oleh Sanep pada 2000 juga menunjukkan aliran yang sama misalnya Masjid Saidina Abu Bakr As-Siddiq mempunyai simpanan bank pada tahun 1999 sebanyak RM320,000 sedangan Masjid Kampung Chenderah, Melaka pada tahun tersebut tinggal berbaki di dalam bank. hanya mempunyai RM3100 sahaja yang

Jadual : 3 Taburan Jumlah Perbelanjaan dan Jumlah Pendapatan masjid ( Sanep : 2000) Jumlah pendapata n Jumlah pendapatan RM50,00 RM50,001 RM100,00 RM150,00 RM200,00 Jumla h

11

0 ke bawah RM50,000 ke bawah RM50,001 RM100,000 RM100,001 RM1500,00 RM1500,01 RM200,000 RM200,001 ke atas 36 6

RM100,00 0 4 9

1 RM150,00 0

1 RM200,00 0

1 ke atas

40 15

1 42 15 6 5

5 5

6 73

Demikian juga dari aspek simpanan dana masjid di bank, menurut Sanep (2000) jumlah simpanan untuk semua masjid yang terlibat dalam kajian yang beliau lakukan ialah kirakira RM4.3 juta. Ini bermakna masjid yang menerima pendapatan yang besar pada setiap tahun tersebut lebih besar kecenderungan mereka mempunyai simpanan di bank yang lebih besar juga kerana mereka mampu membuat tabungan pada setiap tahun dengan amaun yang agak banyak di samping menyediakan wang bagi mengendalikan kegiatan agak lebih selesa, jadual empat memprihalkan kenyataan yang dikemukakan.

Jadual : 4 Taburan Simpanan di Bank dan Jumlah Pendapatan masjid ( Sanep : 2000) Simpanan di Bank Jumlah pendapatan RM50000 RM50001 RM100001 RM150001 RM200001 ke ke atas bawah RM100000 RM150000 RM200000 1 1 32 6 1 2 2 Jumlah

Baki negatif RM999 ke bawah RM1,000 ke RM49,000 RM50,000 RM99,999 RM100,000

1 2 41

14

10

12

RM149,999 RM150000 RM199,999 RM200,000 ke atas 42 15

2 6 5 5

2 73

Merangka Strategi Penjanaan Kewangan Masjid Berdasarkan kepada sumber pendapatan dan jumlah tabungan yang dimiliki oleh sesebuah masjid, sekurangnya-kurangnya ada dua implikasi dasar yang boleh

ditunjulkan. Pertama, kebanyakan jawatankuasa masjid masih perlu meningkatkan kecekapan pengurusan terutama dalam pengurusan dana dan harta sama ada dari aspek pendapatan dan perbelanjaan masjid. Jawatankuasa masjid harus memikirkan pendekatan yang lebih sistematik dan terancang dalam mendapatkan dana masjid. Penerapan nilai-nilai korporat dan governance dalam pengurusan kewangan masjid. Nilai integriti harus dititikberatkan agar kredibiliti jawatankuasa masjid dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi tersebut meningkat. Pada umumnya masyarakat Islam tidak berkira sangat memberikan sumbangan mereka sekiranya perkara yang hendak dilakukan itu dikaitkan dengan institusi masjid. Oleh kerana itu mereka memerlukan latihan dan pendedahan yang berterusan dalam perkara ini, di mana latihan sedemikian boleh dianjurkan oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. Latihan dalam pengurusan dana memang telah diadakan dari masa ke masa, namun skop latihan nampaknya terhad kepada soal-soal yang bersangkutan dengan tatacara perakaunan. Oleh itu dicadangkan supaya latihan dalam pengurusan dana dan harta yang lebih menyeluruh patut diadakan bagi membolehkan jawatankuasa masjid mampu menggerakkan dana masjid dengan lebih aktif, bukan sekadar untuk mendapatkan pulangan terbaik tetapi juga untuk menyediakan jumlah dana yang sewajarnya dalam membiayai berbagai-bagai bentuk aktiviti masjid. Bagi memastikan latihan itu berguna, maka dicadangkan juga supaya tempoh perkhidmatan sesuatu jawatankuasa masjid dipanjangkan dari dua tahun ke lima tahun.

13

Terdapat dapatan kajian yang dibuat oleh Sanep (2000) dimana dana masjid agak besar, namun kebanyakannya tersimpan di bank-bank perdagangan, dan

pulangan yang diperolehi darinya agak rendah. Selain itu kebanyakan masjid membuat simpanan dalam akuan semasa dengan pulangan yang minima, ada juga masjid yang membuka akaun pelaburan di bank-bank berkenaan. Namun pulangan dari akuan pelaburan di bank juga masih rendah. Sanep (2000) mendedahkan kajian yang mereka lakukan mendapati bahawa jumlah simpanan di bank oleh 73 masjid ialah bernilai RM4.3 juta. Ini bermakna purata simpanan masjid berkenaan ialah hampir RM60,000. justeru itu dana simpanan yang dimiliki oleh masjid ini bolah dijana bagi menggerakkan peningkatan tabungan masjid dan seterusnya menggerakkan ekonomi umat Islam pada keseluruhannya. Kita boleh membuat andaian sekiranya bilangan masjid di seluruh Malaysia yang berjumlah 3974 buah, maka secara kasar anggaran simpanan wang masjid di bank perdagangan atau institusi kewangan pada keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM238 juta. Sekiranya satu peratus (1%) dari jumlah wang yang terkumpul iaitu 23 juta dimasukkan dalam satu tabung atau dalam satu akauan yang disatukan, dan diurus dengan baik, profesional dan sistematik, sudah pasti pulangan yang

diperolehi daripada tabungan tersebut mungkin lebih baik daripada apa yang mereka perolehi sekarang ini.

CARTA 1 : Konsotium Masjid Malaysia

SUMBER a. Masyarakat b. Syarikat c. Kerajaan

Masjid Negeri Masjid Daerah Masjid Kariah

Syarikat / Kooperasi/ konsotium

Lembaga pemegang Amanah

14

Keuntungan

Jawatankuasa Pelaburan

Dalam ertikata lain masjid hendaklah merangka plan strategik dan kerjasama pintar antara institusi masjid di seluruh Malaysia, agar dana yang begitu besar dapat dimanfaatkan oleh umat Islam pada keseluruhannya. Pihak pengurusan masjid perlu ada kesepakatan yang mampan dan nilai kepercayaan yang tinggi bagi memastikan kewangan yang mereka sumbangkan itu memperolehi pulangan yang sewajarnya. Penulis berpendapat pelaburan yang dikemukakan itu hanya boleh dilakukan oleh

sebuah syarikat pelaburan atau pengurus dana yang cekap dan berpengalaman. Jabatan atau Majlis Agama Islam boleh menjadi pemangkin dan penggerak dalam merangka skim pelaburan masjid yang bersesuaian dengan syariat, dan melantik pengurus dana atau pengurus pelaburan yang berwibawa dan dipercayai. Penulis berpendapat dengan adanya mekanisma yang jelas dan tersusun, dana masjid yang begitu besar jumlahnya boleh digunakan bagi mengurus institusi masjid dengan lebih baik dan sempurna. Dengan sistem yang sedemikian, hasrat masjid menjadi sebuah institusi yang berwibawa dan berkeupayaan menyelesai masalah masyarakat dapat direalisasikan. Sekiranya institusi masjid mempunyai dana yang kuat dan mencukupi banyak perkara boleh diselesaikan. Masjid bukan sahaja sebagai tempat pertemuan bagi melaksana tuntutan fardu kifayah, tetapi ia dilihat sebagai institusi yang boleh menyelesai masalah umah, dan mengembalikan peranannya sebagaimana zamanzaman awal kewujudannya. Dengan tindakan sedemikian masyarakat akan lebih yakin dan percaya, malah masyarakat akan dapat melihat peranan yang dilakukan oleh institusi masjid bukan sehaja sekadar mengendalikan urusan rutin, tetapi juga dapat menyelesaikan masalah harga diri umat Islam sendiri.

PENUTUP

15

Masjid sebagai institusi akar umbi masyarakat, harus memperlihatkan keupayaannya menterjemahkan kehendak agama. Fungsi masjid bukan sekadar tempat melaksana tuntutan ibadat khususiyah semata, ia menjangkau amalan yang menyangkut antara hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah swt. Ahli jawatankuasa masjid hendaklah bekerjasama dengan semua pihak, dan mempunyai hati yang terbuka menerima teguran dan pandangan orang lain. Dana masjid yang besar itu boleh sekiranya diurus dengan lebih baik yang akan mendatangkan kebaikan kepada institusi tersebut.

16

You might also like