Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Impak Perkongsian Pendapatan Suami Isteri

Impak Perkongsian Pendapatan Suami Isteri

Ratings: (0)|Views: 446 |Likes:
Uploaded from Google Docs
Uploaded from Google Docs

More info:

Published by: Mohd Afendi Mat Rani on Feb 12, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/12/2012

pdf

text

original

 
1
Impak Perkongsian Pendapatan Suami Isteri Terhadap Nafkah Rumahtangga:Kajian di Shah Alam Selangor
 Azhar bin Abdul AzizPusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam Emel: azhar_952@yahoo.com Mohd Afandi Mat RaniPusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Emel: mohdafandi@salam.uitm.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini untuk mencerakinkan amalan perkongsian pendapatan antara suami isteridalam aspek perbelanjaan nafkah asasi dan nafkah bukan asasi di kalangan masyarakat  Islam di Shah Alam. Kajian ini menggunakan rekabentuk deskriptif dan korelasi. Datadianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif serta turut mengaplikasikanstatistik deskriptif dan statistik inferensi. Sebanyak 500 responden telah dipilih sebagaisampel purposif iaitu wanita Islam yang berkahwin dan bekerja dalam pelbagai sektor  pekerjaan di seluruh Shah Alam. Dapatan kajian mendapati amalan perkongsian pendapatan antara suami isteri berlaku dalam kedua-dua aspek iaitu nafkah asasi dannafkah bukan asasi dan perkongsian pendapatan lebih banyak berlaku dalam aspek nafkah asasi berbanding nafkah bukan asasi, dan sumbangan pendapatan isteri lebihbesar melebihi dua pertiga daripada jumlah perbelanjaan. Dapatan kajian jugamendapati dua masalah utama yang timbul daripada amalan perkongsian pendapatan.Pertama ialah berlaku pengabaian langsung oleh suami terhadap nafkah isteri dalamaspek nafkah asasi dan nafkah bukan asasi, dan kedua berlaku pemberian nafkah tidak mencukupi keperluan isteri yang sepatutnya diberikan oleh suami (nafkah tidak 
mencapai kadar ma„r 
u
 f). Prinsip asas dalam mengukur berlakunya pengabaian nafkahisteri berdasarkan kepada hadd kifayah yang menentukan suami berkemampuan untuk menanggung nafkah isteri mencukupi keperluan. Akhirnya dapatan kajian inimenyarankan satu pendekatan terbaik dalam amalan perkongsian pendapatan ialahmengikut pendapat al-Qara
dawi 
yang bersandarkan kepada pendapat al-Layth dan Imam M 
a
lik.
ABSTRACT
This research analyses the practice of combine income between husband and wife on thedisbursement of fundamental and non fundamental maintenances among the muslimsocieties in Shah Alam. This research applied the descriptive and correlation methods. Data is analysed using the inductive and deductive methods while descriptive and inferential statistics are also applied during data analysis. The total of 500 sets of questionnaire were successfully gathered from purposive respondents such as married muslim women who are working in varied sectors in Shah Alam. This research has found that two major problems occur during the practice of combine income. Firstly thehusband is totally disregard in both aspects fundamental dan non fundamental
 
2
maintenances. Secondly the both aspects of maintenances given by the husband is
insufficient for the wife needed (not achieve to the ma„r 
u
 f rate of maintenances level) inboth aspects fundamental and non fundamental maintenances. Finally this researchstudies has found that al-Qarad 
awi 
‟s verdict based o
n al-Layth and Imam M 
a
lik opinionis the best way to practice the combine income between husband and wife.
Kata Kunci:
Pengkongsian pendapatan suami isteri, nafkah suami, had kifayah
Pengenalan
Islam telah meletakkan prinsip asas di dalam peraturan kekeluargaan iaitu kaum lelakitelah diberi beberapa kelebihan berbanding kaum wanita disebabkan mereka telahdianugerahkan oleh Allah kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk membolehkanmereka melaksanakan tugas mencari nafkah. (Abd Allah Wahid Nafi, 1979: 102-107)Tanggungjawab nafkah itu adalah wajib dan ia tidak akan gugur walaupun isteri ituseorang yang bekerja atau tidak bekerja, kaya atau miskin. Tanggungjawab suami untuk memberi perbelanjaan nafkah isteri itu sabit dengan sebab telah sempurna akadperkahwinan yang sah. (Al-Sy
a
fi
‘i
e, Mu
h
ammad bin Idris, 1970: 336) Perintah wajibnafkah tersebut ke atas suami telah dirakamkan dalam al-Quran menerusi firman AllahS.W.T di dalam Surah al-Nis
a
‟ (4):34 yang bermaksud:
 
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawabterhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan(memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Menerusi ikatan suci akad ijab dan kabul itu maka terkandung di sebaliknyatugas-tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. Amanah ituterpikul di bahu para suami selaku
al-Qaww
a
m
iaitu pemimpin atau ketua keluargasupaya berusaha mencari nafkah untuk menyara isteri dan keluarga. (
„Abd Allah Wahid
Nafi, 1970:107) Dengan ini jelas bahawa objektif Syariah dalam institusi kekeluargaanIslam lebih bersifat ibadah kepada Allah S.W.T di samping untuk melengkapi sertamemenuhi tuntutan-tuntutan ibadah yang lain kepadaNya. (Al-Ghazal
i
Ab
u H
am
i
d,
 
3806H: 24) Namun begitu, akibat daripada perubahan ekonomi global maka kaum wanitadi dunia umumnya dan kaum wanita di Malaysia khususnya tidak terkecuali daripadamengalami arus perubahan yang besar dari aspek status sosial. Peranan wanita modenhari ini tidak lagi tertumpu hanya di rumah sahaja; tetapi sebaliknya mereka juga menjadinadi tenaga penggerak kepada pembangunan ekonomi negara melalui sektor pertanian,perindustrian, perkhidmatan, dan berbagai-bagai lagi bidang profesional. (Abd RahimAbd Rashid, 2001: 135)Kaum wanita hari ini telah berlumba-lumba dalam mengejar kemajuan sertamenceburi bidang kerjaya yang dapat memberi jaminan status sosial yang tinggi dalamkehidupan mereka. Secara tidak langsung wanita yang telah terlibat dalam kerjaya telahturut menyumbangkan pendapatan mereka untuk keperluan rumahtangga. Melaluiperkongsian sumber pendapatan di antara suami isteri dikatakan dapat menjaminkestabilan dan keharmonian rumahtangga di samping dapat membantu prosesperkembangan modal insan anak-anak yang baik dari aspek fizikal, spiritual, emosi danintelektual. (Khadijah Mohd Salleh, 1985: 41)Dalam erti kata yang lain, kaum wanita yang mempunyai kerjaya telah turutbersama-sama berganding bahu dengan suami di dalam mengurustadbir perbelanjaanrumahtangga bagi keperluan nafkah isteri dan ahli keluarga yang mana secara tradisinyaia sepatutnya wajib ditanggung oleh suami. Senario ini sekaligus telah memecahkantradisi klasik secara stereotaip yang hanya menekankan konsep
androgyny
iaitu konsephanya satu pihak (kaum lelaki) sahaja yang bekerja untuk mencari nafkah bagi keperluanrumahtangga. (Jeffrey S. Turner
et. al
., t.t: 46)
Perkongsian Pendapatan Menurut Terminologi
Secara terminologi, istilah perkongsian pendapatan yang digunakan oleh sarjana Baratmoden seperti Mary Ann Lamanna iaitu seorang profesor Sosiologi di Amerika Syarikatuntuk menjelaskan tentang perkongsian pendapatan di antara suami dan isteri ialah
combine income
. (Mary Ann Lamanna
et.al,
1994: 473) Perkataan
combine
bermaksudmenggabungkan,menghubungkan atau mengkombinasikan. Perkataan
combine
jugaboleh diertikan sebagai mempunyai dua benda dalam satu-satu masa. (Kamus Dwi

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->