You are on page 1of 6

Babi

Pendidikan dan Masyarakat


Basheer El Tom Dr. Basheer El Tom dilahirkan di Sudan pada tahun 1936; berbangsa Sudan; Pembantu Profesor, Universiti Malik Abdulaziz, Makkah; sebelum mi sebagaipensyarah semenjak tahun 1969; mendapat ijazah Ph. D. dalam pendidikan danpada Universiti Edinburgh. Penerbitan beliau termasuklah dua makalah, satu tentang Bidang kuasa Guru Islam dan satu lagi tentang Falsafah Pendidikan dalam Masyarakat Islam. Ahli Persatuan Pelajar Islam, Britain, Persatuan Ahli Sains Sosial Islam dan Persekutuan Pertubuhan Pelajar Islam, Britain; menghadiri Persidangan Pendidikan Islam Dunia yang Pertama diadakan di Makkah pada tahun 1977, dan Simposium Antarabangsa Pendidikan Islam yang diadakan di Nigeria.

Seruan kepada Islam hendaklah diukur berdasarkan kandungan akhlaknya, berdasarkan idea bagaimana ia diasaskan, berdasarkan perasaan tinggi yang dilahirkan oleh seruannya kepada para penganutnya. mi adalah kerana ajaran Islam ber: tujuan untuk mendidik manusia, sebelum rnenjadi penggubal undang-undang. Yang pertama sekali, Islam sebagai ajaran penting tentang cendekiawan, dan yang kedua satu cara peringatan dan penghuraian ajaran agama. Islam meletakkan manusia lebih tinggi daripada makhluk yang lain, meng1

PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT DALAM DUNIA ISLAM

hormati kemuliaannya dan berusaha untuk menaikkan taraf dirinya menerusi pembinaan peribadi atas dasar yang kukuh berlandaskan kepercayaan sebenarnya bahawa Allah itu Esa. Tidakkah pernah manusia memikirkan bahawa Pesuruh Allah s.a.w bergantung pada asas akhlak dan pemulihan sosial atas kehendak.Nya sebagai pendidik? Dia telah mendidik makhlukNya sebelum Dia menjadikannya pemimpin terkemuka dalam masyarakat agung yang baru dengan perutusan mulia untuk seluruh manusia. Ini adalah satu fakta sejarah yang menunjukkan bahawa pendidikan itu adalah sumber tamadun tinggi yang menjadi bukti yang jelas dalam catatan manusia. Kebanggaan kita pada masyarakat pertama dan masyarakat contoh dalam Islam adalah kerana ia berasaskan pendidikan yang dilahirkan atas petunjuk al-Quran dan begitu rapat pertaliannya. T~tapi masyarakat Islam sezaman tidak sama seperti masyarakat pada zaman permulaan Islam yang berasaskan kepercayaan sebenarnya. Alasan kegagalan ideologi mi adalah amat menye dihkan iaitu orang Islam dididik menuru t cara yang tergelincir jauh daripada ajaran Islam yang asaJ. Mereka telah memilih kurikulum lain yang tidak diberikan petunjuk dengan jelas oleh kepercayaan kepada Allah. Jika kita ingin menjadikan Islam satu kenyataan dalam masyarakat, kita tidak hams bermimpi dengan kegemilangan masa silam yang berlandaskan cita-cita dan ungkapan yang kosong semata-mata. Kita haruslah meletakkan asas pendidikan kita atas dasar keislaman. Sudah menjadi harapan kita agar perbincangan tentang pendidikan menurut Islam menjadi tanda dan isyarat hasil kerja Islam yang tulen dalam bidang

mi.

Pendiclikan dan masyarakat adalah perkara yang amat luas dan rumit. Bagi membincangkannya dengan sempurna, adalah perlu supaya meletakkan pelbagai aspek pendidikan Islam, setiap satunya mengandungi bidang penyelidikan bebas 2

PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT

yang memerlukan perlakuan yang khusus dan tertumpu dalam dua aspek sahaja: 1. Kepentingan kepercayaan asas iaitu aqidah dan kesannya terhadap orientasi sosial dan pewujudan semangat dalam susunan masyarakat (esprit de corps) kita yang sebenarnya, dan Pendidikan sebagai cara utama untuk kesempurnaan, pemuithan dan kemajuan masyarakat.

2.

Setiap aspek di atas meiupakan mata pelajaran yang luas dan dipersembahkan berasingan supaya peranan yang diambil oleh setiap satu bahagian adaiah jelas dapat dilihat menerusi kepentingan kedua-dua aspek dalam hubungan asas pendidikan kepada masyarakat. Pentingnya Aqidah sebagai Faktor Dalam Tentu Arah Sosial dan Pewujudan Pengukuhan Dalam Masyarakat Aqidah (kepercayaan atau keyakinan) mempunyai kesan yang zahir path pendidikan. Pendidikan yang berasaskan doktrin yang kukuh dan mantap adalah lebih balk daripada pendidikan tanpa sebarang asas yang kukuh. Ini clisebabkan masyarakat yang berasaskan ideologi lemah dan tidak kukuh adalah tertakiuk kepada kemerosotan yang pantas dan kemunduran yang muktamad. Ini berlaku kerana masyarakat tersebut kekurangan tujuan, sasaran dan panduan yang dirumuskan dengan balk, dan idea asas yang mantap. Satu contoh yang balk ialah masyarakat Barat, dengan keruntuhan akhlaknya, pertalian keluarga yang lemah dan perpecahan ikatan keluarga. Ini telah menggerakkan seseorang untuk membuat kajian dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah mi. Salah seorang ahli fikir yang cuba untuk membuat diagnosis ialah ahui sosiologi, Karl Mannheim. Adalah berfaedah 3

PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT DALAM DUNIA ISLAM

jika dapat melihat sepintas lalu hasil usahanya. Mannheim mengatakan bahawa pemikiran manusia yang terdapat di tepian jalan di Barat adalah agak dangkal, dan dia adalah mangsa tak hirau. Manusia yang sedemikian rupa cenderung untuk mengikuti keinginan dan selera badan. Mereka berfikir tetapi amat seclikit sekali. Manusia biasa seperti juga gada-gada yang berputar menurut arah hala angin. Mereka mudah dipengaruhi oleh setiap cadangan yang meyakinkan. Menurut Mannheim, cendekiawan mempunyai kebingungan dan kecenderungan kepada benda yang bersifat khayalan atau negatif. Menurutnya lagi cerdik pandai tidak mempunyai status sebenarnya atau bidang kuasa daJam masyarakat Barat. Mereka tidak boleh menjadi pemimpin atau satu teladan yang baik kepada yang lain. Institusi sosial juga menggambarkan kesedaran yang sedikit tentang orang ramai dan kebingungan cerdik pandai tidak dapat memberikan tentu arah atau kepemimpinan sosial positif. Profesor Mannheim menggunakan pendidikan sosial untuk menyebarkan pengetahuan dan membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat; dan merangsang cerdik pandai untuk menyedari tanggungjawab mereka sebagai pemimpin masyarakat semula j adi. Beliau berharap untuk mengembalikan institusi sosial seperti keluarga, sekolah dan media, vokasi yang hilang sebagai wakil pendidikan. Harapan mi adalah akibat kepercayaannya bahawa jika institusi masyarakat bertindak cara jeriis tentu arah sosial yang ada boleh berfungsi positif. Tetapi beliaujuga sedang mencari asas yang kukuh untuk tentu arah sosial, kerana dia sentiasa percaya bahawa tanpa sokongan ideologi susunan sosial akan runtuh. Adakah Dr Mannheim mendapati apa yang dicari-carinya? Dan awal lagi~ dia telah menolak kepercayaan Kristian sebagai asas kerana dia meyakini bahawa agama Kristian merupakan satu paksaan, dan tidak dapat mengikuti pandangan masa depan bagi susunan
. -

mi,

PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT

sosial moden yang rumit. Dia mengesahkan pandangannya dengan berkata, Jika kebangkitan Kristian tidak diwakii oleh pergerakan yang lebih kuat dan kepimpinan yang lebih balk yang mainpu menyaingi kebangkitan semula sosial yang diharapkan maka demokrasi baru negara mi (Britain) tidak boleh dijangkakan sebagai gesaan Kristian. Mannheim memiih Demokrasi sebagai ganti ideologi Kristian, kerana dia tidak ingin menggadaikan kebebasan individu. Namun demikian, beliau mendapati dirinya berkata, Tanpa ragu-ragu , Demokrasi telah kehilangan sebarang pandangan yang jelas dalam keinginannya membina rakyat. Keraguan menunjukkan bahawa Mannheim cinta akan kebebasan seperti juga ia mencintai paksaan. Tetapi oleh sebab dia tidak mempunyai keinginan membiarkan Demokrasi mengheret masyarakat Barat ke dalam perpecahan dan kelam-kabut, dan diajuga tidak ingin melihat masyarakat Barat menderita di bawah diktator perhambaan Komunis, beliau memilih beberapa jalan tengah sebagai penyelesaian. Tetapi dia tidak berusaha untuk mentakrifkan sistem jalan tengah ini. Apa yang diperkatakannya ialah ideologi pertengahannya hendaklah seperti agama cara berkesanannya dalam menyatukannya dan seperti juga asas pendidikan. Bahawa Mannheim sepatutnya menolak dasar Kristian sebagai asas ideologi bagi Barat yang dipulihkan adalah tidak dapat dipertahankan; begitu juga bagi bab kepercayaan Kristian adalah kabur dan tidak mantap. Walaupun percubaan yang berulang dalam usaha pemulihan, agama Kristian telah menjadi kabur dan difahami oleh kaum tertentu sahaja, dan dengan itu tidak dapat meninggalkan kesan ke atas masyarakat sebagai tenaga sosial yang mendidik. Ia menjadi statik, dan dengan itu, hilang pertalian kepada persekitaran yang berubah dan maju. Keraguannya untuk mempertimbangkan Demokrasi sebagai asas ideologi masyarakat adalah dengan mudah difahami. Demokrasi dengan sendirinya bukanlah satu ajaran. Ia merupakan satu arena yang membolehkan

mi

You might also like