Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Dato

Dato

Ratings: (0)|Views: 3 |Likes:
Published by Budax April

More info:

Published by: Budax April on Feb 12, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/22/2013

pdf

text

original

 
Dato Bahaman  Penentang Inggeris di PahangDecember 9, 2009Oleh Anak Waris | Kategori Pejuang Bangsa, SejarahArtikel ini telah dibaca sebanyak: 14,746 kaliAsalAbdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato Bahaman ialah orang besar yangmenentang penjajahan Inggeris di Semantan, daerah kekuasaannya di Pahang, Tanah Melayu.Bapa Dato Bahaman ialah Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Riau. Ibunyapula ialah Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunanBugis dari Sulawesi Selatan. Walaupun beliau dilahirkan di Rantau Panjang iaitu sebuah kampung didaerah Bentong, beliau banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan BendaharaAli iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad.Dato Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadirakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta,Dato Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.Dato Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkandengan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkansikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adindabaginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalamperang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato Bahamantelah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut,kedudukan Dato Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajakberunding oleh baginda Sultan Ahmad.Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan DatoBahaman digelarkan Seman Tahan oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidakbernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahanInggeris. Beliau tidak mengiktiraf pemerintahan Inggeris diPahang sejak awal lagi dan mencetuskankebangkitan di Pahang.
 
 Awal penentanganSegala-galanya bermula pada Oktober 1888 apabila British melantik JP Rodger sebagai ResidenPahang. Pihak Inggeris sememangnya sudah lama mengintai peluang untuk menjajah Pahang danpeluang mereka terbuka apabila mengetahui Sultan Pahang bermusuhan dengan dengan adindanya,Wan Mansur. Rancangan Wan Mansur untuk menyerang Sultan Ahmad diketahui British dan bangsaasing itu mengambil kesempatan untuk berbudi kepada Sultan Ahmad dengan mematahkan cubaanserangan itu.Melihat seolah-olah Sultan Ahmad sudah termakan dengan budi yang ditabur mereka, Britishmengutuskan Hugh Clifford untuk memujuk Sultan supaya menerima seorang residen untukmembantu baginda memerintah Pahang. British sebenarnya memasang helah untuk menjajahPahang bagi membolehkan mereka memungut hasil bumi yang banyak di negeri itu. Pihak Britishseterusnya memujuk Sultan Ahmad bagi membolehkan pihak Inggeris campurtangan di dalampemerintahan Pahang kerana mahukan hasil bumi Pahang seperti balak, bijih timah, getah, gading,rotan, emas dan padi.Untuk menangani masalah campurtangan pihak Inggeris di Pahang, Sultan Ahmad mengadakanmesyuarat bersama Dato Bahaman, Tok Gajah dan pembesar-pembesar Pahang di Kuala Bera,Temerloh. Selepas mesyuarat sulit yang diadakan di Sungai Salan, Pulau Tawar, Jerantut, semuapihak membuat keputusan tidak bersetuju membenarkan campurtangan pihak Inggeris ke atasPahang.Pada tahun 1885, British telah mengangkat Wan Mansur, kekanda kepada Sultan Ahmad menjadiRaja Muda. Berikut berlakunya kematian seorang Cina di istana Sultan Ahmad telah menyebabkanSultan Ahmad terpaksa menandatangani perjanjian membenarkan British campurtangan dalampemerintahan Pahang. Walaupun pada mulanya baginda enggan menerima kehadiran bangsa asing,atas beberapa helah dan desakan dari British, Sultan Ahmad akhirnya terpaksa bersetuju untukmenerima seorang Residen British di Pahang.JP Rodger pada mulanya hanya berkhidmat sebagai penasihat Sultan untuk memerintah negeritetapi lama-kelamaan lelaki asing itu mula besar kepala. Dia mula mengambil alih urusan mentadbirPahang serta masuk campur ke dalam adat dan agama penduduk tempatan. Rodger mula merangkapelbagai peraturan sesuka hatinya tanpa berunding dengan sultan atau pembesar negeri. SultanAhmad dipaksa meluluskan segala peraturan yang diperkenalkan olehnya. Antara peraturandiperkenalkan Rodger, ternyata melanggar adat resam orang Melayu. Antaranya ialah melarangpenduduk membawa senjata atau keris sesuka hati.
 
 Rodger juga melarang pembesar negeri memungut cukai walaupun sebelum itu, semua pembesardiberi mandat oleh Sultan untuk memungut cukai, sebaliknya, Rodger melantik pegawainya, E.AWise untuk mengutip cukai. British juga melantik E.A Wise sebagai majistret dan pasukan polis dikalangan pegawai mereka bagi mengawal dan mengadili kes jenayah dan secara tidak langsungmengurangkan kuasa pembesar Melayu yang dipertanggungjawab menjalankan tugas berkenaansebelum itu.Tindakan Rodger menimbulkan kemarahan pembesar Melayu terutama Dato Bahaman. Beliauenggan tunduk kepada perintah British dan terus mengutip cukai di Semantan. Tindakan DatoBahaman itu menyebabkan British menghantar surat amaran kepada beliau tetapi tokoh pahlawanitu tetap tidak mengendahkannya. Tindakan Dato Bahaman itu turut disokong penduduk yangenggan bertuankan bangsa asing di tanah air sendiri.Ketegangan bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balaipolis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato Bahaman, tanpa sebarang perundingandengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut,beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato Bahaman supaya pergi kePekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato Bahaman enggan ke Pekan, Sultanmengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Dato Setia PerkasaPahlawan, Orang Kaya Semantan.Oleh kerana perlucutan jawatannya oleh Sultan dipengaruhi oleh Inggeris, Dato Bahamanbersumpah akan menghalau orang-orang Inggeris keluar dari Pahang kerana mereka telahmemalukannya.Pada Oktober 1891, British menghantar 25 anggotanya ke Balai Polis Lubuk Terua bagi mengawasitindak-tanduk Dato Bahaman. Kemuncak kepada kebiadapan British apabila pihak Inggerismenangkap 3 orang pengikut Dato Bahaman di Sungai Semantan ketika sedang memancing ikan.Ketiga-tiga orang pengikut Dato Bahaman itu dibawa ke rumah pasung Lubuk Terua untuk diadilidan dihukum. Pihak Inggeris menuduh Dato Bahaman menyuruh ketiga-tiga orang itu mencuri hasilhutan tanpa kebenaran dan memerintahkan Dato Bahaman ditangkap dan dihukum. Salah seorangpengikut Dato Bahaman yang telah ditangkap berjaya melepaskan diri dan memberitahu DatoBahaman tentang rancangan jahat Inggeris.Dato Bahaman kemudiannya meminta pihak Inggeris membebaskan penduduk yang ditahansebaliknya pihak Inggeris menunjukkan sikap besar kepala dan enggan mengikut arahan berkenaan.Mereka berkeras membawa tahanan itu ke Balai Polis Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicara.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->