You are on page 1of 8

PENGENALAN

DEFINISI PENYAMAN UDARA


- Merupakan proses perawatan dan pengawalan udara pada sesuatu ruang tertentu (ruang tertutup). - Rawatan yang dimaksudkan adalah dari segi mekanikal yang mana akan dilakukan kepada suhu, kelembapan, kebersihan pengagihan udara dan permbaharuan udara.

PERBEZAAN SISTEM PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA

Penyaman udara - Merupakan aplikasi bagi sistem penyejukan. - Adalah ditakrikan sebagai sebuah kawalan bagi sistem pergerakan udara, kadar kelembapan perubahan suhu dan kebersihan pada sebuah raung yang tertentu.

Sistem penyejukan - Asas Pemampatan wap dibentuk untuk menyejukan persekitaran melalui pendedahannya kepada satu cecair didih yang sejuk. - Merupakan sistem yang diperlukan bagi menghasilkan suhu bagi sesuatu ruang. - Ianya merupakan aplikasi yang perlu bagi mendinginkan sesuatu ruang.

SIFAT-SIFAT SISTEM PENYEJUKAN


- Dapat menyingkirkan haba. - Memberikan keselesaan kepada pengguna dimana suhu sesuatu ruang dapat ditukarkan mengikut kehendak manusia. (Air-cond). - Dapat mengurangkan bau busuk dan kadar pembiakan bacteria. - Jangka hayat makanan dapat ditingkatkan. Penukaran suhu. - Dapat menghasilkan ais daripada pembekuan air. Penyimpanan bahan - Dapat menyimpan darah manusia pada suhu yang sesuai iaitu -5 darjah celsius hingga -7 darjah celsius.

TAKRIFAN PENYAMAN UDARA

Udara kering. - Udara kering merupakan udara yang tulin. - Adalah merupakan udara yang tidak mengandungi wap air atau mana-mana pencemaran.

Udara lembap. - Merupakan udara yang tidak mengandungi mana-mana pencemaran. - Ia mengandungi satu campuran wap air dan udara kering.

KOMPONEN PENTING DI DALAM PENYAMAN UDARA

Pemampat (compressor). Adalah proses pengepaman bahan pendingin ke seluruh kitaran penyejuk. Memampatkan cecair penyejuk dan ia bertukar kepada gas yang bertekanandan bersuhu tinggi.

Pengental (condenser). Memindahkan haba pada gas keudara luar dan gas bertukar menjadi cecair yang masih bertekanan dan bersuhu tinggi.

Injap Pengembangan (expension valve). Merupakan proses penyejatan haba pendam. Cecair yang bertekanan rendah yang sejuk dialirkan kepada alat penyejat.

Merendahkan suhu dan tekanan cecair. Pengewap (evaporator). Merasai suhu bagi bahan (persekitaran yang diperlukan) unutk disejukkan. Mengambil haba dari udara dan cecair akan bertukar menjadi gas semula. Pada bahagian ini udara sejuk dihasilkan.

KITAR PENYAMANAN UDARA ASAS

Kitar penyamanan udara asas ialah suatu kitaran yang menunjukkan bagaimana bahan pendingin mengalir ke sistem yang

mengandungi empat komponen utama iaitu pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat. Pemampat (compressor) akan menyedut bahan pendingin wap bahan pendingin dari saluran sedutan dan memampatkannya menjadi tekanan tinggi dan suhu tinggi, lalu disingkirkan ke pemeluwap melalui saluran nyahcas. Pengental (condenser) berfungsi untuk menyingkirkan haba yang terhasil daripada proses mampatan dan proses sejatan dari penyejat. Semasa haba disingkirkan, proses pemeluwap berlaku iaitu wap bahan pendingin bertukar bentuk menjadi cecair bahan pendingin.Tekanan dan Suhu cecair bahan pendingin masih tinggi dan mengalir ke injap pengembangan. Injap Pengembangan (expension valve) berfungsi untuk merendahkan tekanan dan juga suhu cecair bahan pendingin ke penyejat. Pengewap (evaporator) berfungsi untuk menyerap haba dari ruang yang didinginkan .Semasa penyerapan haba, berlaku proses sejatan cecair iaitu cecair bahan pendingin bertukar menjadi wap yang bersuhu rendah dan bertekanan rendah. Seterusnya, bahan pendingin mengalir ke pemampat dan kitaran bermula lagi

JENIS DAN PRINSIP KERJA SISTEM PENYAMANAN UDARA

Sistem penyaman udara kini terdapat banyak dipasaran. Sistem ini juga digunakan untuk pelbagai kegunaan dan keupayaan. Ini termasuklah sistemsistem kecil dan juga sistem-sistem yang besar. Sistem penyaman udara yang aktif boleh dibahagikan kepada tiga bahagian asas iaitu :i. ii. iii. Sistem Unit. Sistem Loji. Sistem Kawalan Setempat.

SISTEM UNIT
Terdapat empat jenis sistem penyamanan udara jenis unit, iaitu unit penyamanan udara jenis tingkap, unit penyamanan udara jenis pisah,unit penyamanan udara jenis pisah terbilang,dan unit penyamanan udara kemas siap.

(a) UNIT PENYAMANAN UNIT JENIS TINGKAP. Unit ini dipasang pada dinding atau tingkap didalam bilik yang hendak didinginkan. Unit ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pemeluwap (terletak di luar bilik) dan bahagian penyejatan (terletak didalam bilik).

(b) UNIT PENYAMANAN UDARA JENIS PISAH. Unit jenis pisah ialah sistem penyamanan udara yang berasingan diantara bahagian penyejukan dan bahagian pemeluwap.

(c) UNIT PENYAMANAN UDARA JENIS PISAH TERBILANG. Unit penyamanan udara jenis pisah berbilang menggunakan sebuah unit luar dan dua atau tiga buah unit dalam.

(d) UNIT PENYAMANAN UDARA JENIS KEMAS SIAP BERBILANG. Komponen unit penyaman udara jenis kemas siap diletakkan didalam sebuah tempat berbentuk kotak. Sistem ini digunakan untuk bilik yang luas dan besar seperti dewan dan muzium.

You might also like