Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
15Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nota Kuliah Ssbs 3204

Nota Kuliah Ssbs 3204

Ratings: (0)|Views: 1,586 |Likes:
Published by 540254

More info:

Published by: 540254 on Nov 19, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/02/2012

pdf

text

original

 
NOTA KULIAH SSBS 3204: MUHAMMAD SHARIF PONO (UM)BAB 1: PENGENALAN222221.1Arahan Keselamatan ialah satu DOKUMEN BERTULIS berkaitan garispanduan mengenai peraturan-peraturan kawalan keselamatan perlindunganuntuk ketua-ketua jabatan di semua kementerian, jabatan, badan berkanun danagensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.1.2Arahan ini menetapkan darjah-darjah keselamatan mengikut prinsip-prinsiptertentu untuk dilaksanakan oleh semua jabatan kerajaan bagi mengawalRahsia Negara dengan berkesan.
1.3
Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan bahawa peruntukan-peruntukan di dalam Arahan Keselamatan difahami dan dipatuhi oleh semuapenjawat awam di jabatan masing-masing. Alasan tidak mengetahui dan tidak mematuhi ini tidak akan diterima sebagai sebab terjadinya pelanggarankeselamatan.1.4 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia adalah menjadi kuasapusat untuk mengeluarkan arahan tambahan serta memberi tafsiran bagimana-mana peruntukan yang terkandung di dalam Arahan Keselamatan ini.BAB 2: TANGGUNGJAWAB DAN PELAKSANAAN ARAHAN KESELAMATAN2.1Dasar keselamatan adalah dibuat oleh Jemaah Menteri dengan nasihatJawatankuasa Keselamatan Jabatan Kerajaan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai antara jabatan. Urusetia kepada jawatankuasa ini ialah Pejabat KetuaPegawai Keselamatan Kerajaan.2.2Arahan Keselamatan dikeluarkan supaya jabatan mematuhi arahan tertentuyang sama yang mesti dijalankan diseluruh perkhidmatan kerajaan. Adakalanya dengan persetujuan Pegawai Keselamatan Kerajaan. Jabatan bolehmenambah dan mengeluarkan arahan-arahan lain bagi keperluan sendiri.2.3Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan adalah bertanggungjawab untuk merancang, merumus, menyelaras dan melaksanakan sistem kawalankeselamatan perlindungan yang meliputi bidang tugas mengenai perkara-perkara dasar bagi menentu dan memastikan:
 
Keselamatan fizikal premis atau tempat yang digunakan oleh jabatan- jabatan yang menguruskan perkara-perkara terperingkat,
Keselamatan perkara-perkara terperingkat,
Seseorang yang kesetiaannya kepada negara atau kejujurannyamenimbulkan keraguan, tidak mendapat sebarang pekerjaan atau terusberada dalam pekerjaan yang melibatkannya dengan perkara-perkaraterperingkat.2.4Untuk menentukan pelaksanaan sistem kawalan keselamatan perlindungan,Pegawai Keselamatan Kerajaan adalah diberi kuasa menasihat dan membantuserta menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan keselamatan di semua jabatansecara bebas. Kewajiban dan tanggungjawab adalah:
Memberi nasihat dan membantu semua Kementerian, Jabatan Persekutuan,Jabatan Negeri, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Malaysia di dalamsemua aspek keselamatan perlindungan.
Menyelaras dengan cawangan-cawangan keselamatan Kementerian LuarNegeri, Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di dalamsemua aspek keselamatan perlindungan.
Menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Keselamatan Jabatan-jabatanKerajaan.
Menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa sasaran penting.
Membawa ke pengetahuan Jawatankuasa Keselamatan Jabatan-jabatanKerajaan apa-apa masalah berkaitan dengan dasar kerajaan dan arahan-arahan pelaksanaan berhubung dengan keselamatan di Jabatan-jabatanKerajaan.
Memberi nasihat bercorak teknik kepada Jawatankuasa KeselamatanJabatan-jabatan Kerajaan berkaitan dengan masalah-masalah keselamatan.
Menyedia atau membantu Jabatan-jabatan Kerajaan menyedia penentuan-penentuan kelengkapan dan bahan-bahan yang mempunyai cirrikeselamatan.
Melawat, memeriksa, menyiasat dan memberi nasihat kepada semua jabatandi dalam aspek keselamatan perlindungan.
Mengesyor kepada jabatan-jabatan berkenaan tindakan yang sepatutdiambil ke atas semua perlanggaran keselamatan yang diketahui danmelaporkan kepada Ketua Setiausaha Negara atau Pengerusi JawatankuasaKeselamatan Jabatan-jabatan Kerajaan dan mengambil tindakan sepertiyang diarah olehnya.
Memberi kepada Cawangan Khas, Polis Di Raja Malaysia berkenaandengan tapisan keselamatan.
Memberi latihan kepada semua penjawat awam di dalam aspek-aspekeselamatan perlindungan.
Membentuk dan menguntukkan perkataan-perkataan kod.
Menentukan keselamatan sistem saifer.
 
Menentukan pelaksanaan dasar dan pengeluaran pas keselamatan, kadpengenalan jabatan, kad kuasa dan kad perlantikan.
Mengeluarkan arahan-arahan keselamatan dari semasa ke semasa.
Menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Kompaundi bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan dan di dalam semuaaspek keselamatan perlindungan sebagaimana yang diarahkan oleh KetuaSetiausaha Negara atau Jawatankuasa Keselamatan Jabatan-jabatanKerajaan.
2.5
Langkah-langkah yang disebut dalam arahan ini hanya akan berkesan jikasetiap penjawat awam memahami sebab diadakan langkah-langkah itu dansedar akan akibat-akibatnya jika peruntukan-peruntukannya tidak dipatuhi.Adalah juga ditegaskan betapa mustahaknya seorang pegawai awammenggunakan budibicara apabila menguruskan perkara rasmi yangdiketahuinya.2.6Langkah-langkah keselamatan jabatan mengandungi beberapa cara yang salingbergantung di antara satu sama lain, tetapi tiada satupun diantaranya bolehmemberi kesan sepenuhnya dengan sendiri, tetapi apabila dilaksanakan semuasekali dapat menjamin keselamatan yang maksimum.2.7Langkah-langkah keselamatan akan berkesan dan berjaya jika:Arahan-arahan senang difahamiSetiap orang benar-benar memahami perlunya langkah-langkah itu diadakan.Langkah-langkah itu dikuatkuasan dengan tegas hingga dihormati dan menjadiperkara biasa.2.8Langkah-langkah keselamatan mestilah:
Meliputi semua premis atau tempat di mana perkara terpeingkat disimpan;
Memberi perlindungan keselamatan yang secukupnya terhadap perkaraterperingkat;
Meliputi semua orang yang dibenarkan melihat perkara terperingkat;
Direncanakan untuk mengetahui orang-orang yang mungkinmembahayakan keselamatan perkara-perkara terperingkat dan hendaklah juga diadakan peraturan untuk mengecualikan mereka daripada melihatperkara-perkara terperingkat itu;
Menghalang sesiapa yang tidak diberi kebenaran melihat perkaraterperingkat dan mestilah dibuat dengan tujuan untuk menghadapi bahayakompromi dan perbuatan-perbuatan yang cuai dan kelakuan yang tidabijaksana;
Berasaskan prinsip bahawa perkara terperingkat hanya dimaklumkankepada mereka yang benar-benar “Perlu Mengetahui”.

Activity (15)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Bhacyrus Rameles liked this
Zubir Zubear liked this
Zubir Zubear liked this
johnceyna liked this
zulsklangkawi liked this
0199991444 liked this
Iced Tiramisu liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->